44

.
.
.

"Jom, kita balik."

Tenang Taehyung bersuara seusai dirinya kembali mengambil tempat duduk di sisi Haneul, mengundang kerutan halus di dahi isterinya itu.

"Kata nak makan malam dulu."

"Tak apa, lain kali." Ujar Taehyung seraya berdiri. Tangannya kini menarik lembut tangan Haneul, ingin membantu Isterinya itu bangun.

Walaupun masih keliru, Haneul hanya menurut. Tangan Taehyung digenggam sebelum perlahan-lahan dirinya bangun.

"Tak nak jumpa omma dengan appa dulu?"

"Aku dah bagitahu appa kita nak balik tadi."

"Omma?"

Terdiam Taehyung dibuatnya, enggan menjawab lebih namun cukup memberikan jawapan buat Haneul.

"Kita jumpa omma dulu?" Pinta Haneul buatkan Taehyung mengeluh perlahan.

"Dia tak nak jumpa kita, Haneul.." Jujur Taehyung membalas namun tersenyum pula isterinya itu.

"Omma tak nak jumpa saya, bukan awak. Pergilah, saya tunggu dekat sini."

"Haneul.."

"Biarlah omma tak sayang saya, jangan awak.." Dengan senyuman hambar, Haneul bersuara buatkan Taehyung terdiam. Wajah isterinya itu direnung lama hinggakan hatinya sendiri diasak satu rasa, sebak.

"Jumpa omma dulu ya?"

.
.
.

Demi isterinya, berdirilah Taehyung di situ, hanya beberapa langkah dari belakang tubuh wanita yang telah banyak berkorban untuknya, ibu kandungnya sendiri.

Kehadirannya di situ langsung tak diendahkan walhal dia tahu, sedari tadi ibunya sedar akan kewujudannya di situ.

Perlahan-lahan bibir Taehyung mengukirkan senyuman hambar, tatapan matanya cukup lembut memerhati ibunya itu yang tampak sibuk benar membersihkan sinki.

Tanpa Taehyung sedar, air mata Puan Kim mengalir perlahan membasahi pipi. Tahu anak kesayangannya itu sedang memerhatinya, hanya beberapa tapak darinya.

Ingin sekali dirinya memalingkan tubuh, membawa tubuh anak lelakinya itu erat ke dalam pelukannya, melepaskan segala kerinduannya buat anak sulungnya itu.

Namun kerana ego, hanya air mata yang mampu dia hamburkan di dalam bisu.

"Omma, Taehyung dengan Haneul balik dulu ya?" Dengan senyuman, Taehyung bersuara. Langsung tak terguris hatinya tika ibunya itu hanya diam. Tak sedikit pun walau sekali wanita itu menoleh untuk melihatnya.

"Haneul kirim salam, dia cakap dia rindu sangat dengan omma."

Perlahan-lahan tangan Puan Kim terhenti dari terus menyental span ke permukaan sinki. Tak semena-mena hatinya diruntum pilu saat mendengar nama menantunya itu.

Dulu hubungannya dengan menantunya itu cukup rapat, sejak Taehyung dan Haneul sama-sama di bangku sekolah lagi. Tika mana anak menantunya itu masih hanya sebatas kawan.

Bahkan pernah terdetik di hatinya dulu untuk mempunyai menantu seperti gadis itu. Sehinggakan hatinya sendiri kecewa tika mendapat undangan perkahwinan Haneul dulu.

Dan sekarang bila gadis itu sudah sah menjadi menantunya, semudah itu dirinya mensia-siakan peluang itu. Malah diseksanya perasaan menantunya itu.

Senyuman pasrah menantunya itu setiap kali menerima kata-kata  sinis darinya buatkan hatinya ngilu menahan sebak.

Walaupun punya kekurangan dan sering diuji namun menantunya itu masih mampu tersenyum. Dan hari ini hatinya benar-benar luluh melihat menantunya tadi walau hanya dari jauh.

Senyuman tulus gadis itu meruntuhkan egonya.

"Haneul okay ke sepanjang pregnant ni?"

Terkedu Taehyung tika mendengar sebaris soalan dari ibunya itu. Bagaikan tak percaya nama isterinya meniti di bibir wanita tua itu.

Lambat-lambat Taehyung kembali tersenyum, terharu saat ibunya mula menunjukkan rasa peduli tentang Haneul walaupun sedikit.

"Okay je, omma."

"Jaga Haneul elok-elok. Selalu tengok-tengokkan dia. Mengandung kembar ni kemungkinan tinggi bersalin awal. Kamu tu jaga-jaga, ambil cuti awal." Perlahan Puan Kim memberi pesan, masih berpura-pura sibuk buatkan Taehyung tersenyum lagi.

"Yalah, omma."

"Jangan bagi dia buat kerja berat, kalau boleh kerja ringan-ringan pun tak payah buat dah. Kamu tu pun, jangan asyik kerja je sampai balik lewat. Jangan nak harapkan mentua kamu je yang jagakan isteri kamu. Haneul sepatutnya dah jadi tanggungjawab kamu sepenuhnya, bukan mak ayah dia lagi."

Tersengih Taehyung, terubat rindunya mendengar bebelan ibunya itu.

"Omma tak nak jumpa Haneul?"

"Lain kali sajalah."

Tersenyum hambar Taehyung mendengar jawapan Puan Kim itu.

Tak apalah, sekurang-kurangnya hari ini Taehyung tahu, ibunya itu masih peduli tentang Haneul.

.
.
.

Sementara Taehyung membuat kerja di atas katil dengan iPad tak lepas dari tangan, Haneul cuba melelapkan mata namun dirasakan cukup sukar.

Sekejap golek kanan, sekejap golek kiri sampaikan Taehyung yang sedari tadi cukup fokus membaca email di sebelahnya pun perasan. Mahu tak perasan, bergegar katil tu.

"Ni dah kenapa jadi ayam golek ni?" Soal Taehyung buatkan Haneul mengeluh.

"Tak boleh tidurlah."

"Tak selesa ke?"

Haneul mengangguk perlahan, muka sedih dia tayang.

Tak tunggu lama terus Taehyung tutup iPad miliknya lalu diletakkan di meja bersebelahan katil. Cermin matanya ditarik dari atas batang hidungnya kemudian diletakkan bersebelahan dengan iPad miliknya.

"Sini, pusing belakang." Arah Taehyung seraya mengesot menghampiri tubuh Haneul yang sedang baring menghadapnya.

Tanpa banyak soal, Haneul hanya menurut. Badannya diiringkan pula membelakangkan Taehyung. Lantas Taehyung memeluk tubuhnya dari belakang buatkan dia tersengih suka.

"Selesa?" Soal Taehyung. Tanpa segan silu Haneul mengangguk buatkan tawa Taehyung tercetus.

"Kalau gini baik aku tak payah belikan kau pregnancy pillow tu. Karang jap lagi aku yang pakai."

Tergelak Haneul mendengar bebelan Taehyung.

"Nak buat macam mana, pelukan awak lagi selesa dari bantal tu."

"Elelelele, ingat aku cairlah kau cakap macam tu?" Perli Taehyung walhal sengihannya lebar sampai ke telinga. Suka dengan jawapan isterinya tadi.

Tanpa diminta, spontan tangan Taehyung mengurut perlahan bahagian belakang Haneul. Tahu isterinya itu semakin kerap rasa sakit belakang.

"Dah tidur ke?" Bisik Taehyung perlahan buatkan Haneul tertawa.

"Kenapa? Kalau saya dah tidur, awak nak stop urut and peluk sayalah? Macam tu?"

"Tak baik fitnah. Tapi betullah tu." Gurau Taehyung sebelum masing-masing mengekek tawa.

"Habislah, Haneul. Aku ada baca kalau dah kerap sakit belakang ni, dah tak lama meletuplah kau kejap lagi. " Selamba Taehyung mengusik.

"Janganlah takutkan aku." Perlahan Haneul bersuara, seram sejuk buatkan Taehyung seronok tertawa.

"Nak takut apa? Aku kan ada dengan kau nanti." Pujuk Taehyung seraya mengeratkan pelukannya. Kali ini tangannya menyentuh lembut perut Haneul, mengusap perlahan dan lembut di situ.

"Kau ada ke tak ada, sama je."

"Sampai hati cakap kita macam tu. Dah ah nanti kau bersalin aku tak nak teman. Biar kau bersalin sendiri, aku tidur dekat rumah."

Tertawa perlahan Haneul. Tangan Taehyung yang berada di atas perutnya digenggam lembut.

"Berani buatlah." Ugut Haneul pula.

"Eh, beranilah asal tak berani? Beras aku yang beli. Adeh! Sakitlah!"

Di hujung kata menjerit Taehyung bila cubitan ketam Haneul menyinggah pehanya.

"Cubit balik kang."

Kali ini Haneul pula terjerit kecil, geli bila Taehyung menggigit lembut cuping telinganya buatkan tawa Taehyung tercetus.

"Mana aci. Orang cubit je, dia gigit." Complain Haneul tak luas hati buatkan Taehyung tersengih.

"Nah, gigit." Ujar Taehyung seraya jari kelingkingnya diletakkan di bibir Haneul. Tanpa menunggu lama, terus Haneul membalas dendam.

"Ni gigit pakai gigi ke gusi?" Ejek Taehyung bila Haneul hanya menggigit halus hujung jari kelingkingnya buatkan tawa mereka berdua tercetus serentak.

Tatkala mendengar tawa ibu dan ayahnya yang bergema serentak, twins ikut sama galak bergerak. Walaupun senak perut dibuatnya, Haneul langsung tak melatah sebaliknya gembira. Saat-saat ini yang paling dia nantikan dulu, merasakan kehadiran nyawa lain di dalam rahimnya.

"Haneul. Kau nak tahu tak?"

"Apa?"

"Tadi omma ada tanya pasal kau dekat aku."

Lantas kepala Haneul separa menoleh, tak percaya dengan apa yang baru Taehyung sampaikan padanya itu. Tersenyum Taehyung melihat reaksi Haneul sekarang.

"Dia tanya, kau okay tak time pregnant ni. Dia siap pesan dekat aku suruh jaga kau elok-elok."

Lambat-lambat Haneul mengukirkan senyuman tika mendengar cerita Taehyung itu. Tanpa sedar sepasang matanya mula terlihat berkaca.

"Dah, lepas ni kau jangan risaukan pasal omma lagi. Aku yakin dia masih sayangkan kau. Hakikatnya dia masih peduli pasal kau." Di hujung katanya, pucuk hidungnya dibiarkan menyentuh lembut atas kepala isterinya itu. Membiarkan haruman rambut Haneul menyapa lembut derianya.

Dengan senyuman, perlahan-lahan Haneul kembali memalingkan wajahnya ke hadapan. Tangan Taehyung digenggam erat.

"Aku harap hubungan aku dengan omma akan kembali rapat macam dulu sebelum aku pergi.."

Tersentak Taehyung dibuatnya tika mendengar permintaan isterinya itu.

"Aku tak suka kau cakap macam ni.." Perlahan Taehyung bersuara namun tegas.

"Aku tak nak dengar lagi kau cakap macam ni." Sambung Taehyung lagi bila Haneul hanya diam.

Dengan senyuman tenang, jari-jemari Haneul kita bermain di kekura tangan suaminya itu. Tahu dia tersilap kata. Suaminya itu cukup sensitif setiap kali dia berbicara seperti tadi.

"Yalah, saya minta maaf." Pasrah Haneul bersuara dengan senyuman mengalah.

"Maaf tak diterima, sila cuba lagi."

Tertawa Haneul tika mendengar balasan suaminya itu. Lantas dia memalingkan tubuhnya menghadap suaminya itu.

Di dalam gelap pandangan matanya, anak matanya dirasakan bergerak-gerak, cuba mengagak di manakah terletaknya paras rupa suaminya sekarang.

Tangan kanannya diangkat, cuba mencari wajah yang dulunya menjadi perkara pertama yang dia lihat setelah bangunnya dari tidur dan yang terakhir seusai dirinya lena dibawa mimpi.

Tersenyum halus Haneul tika tangan Taehyung sendiri memimpin dan membawa tangannya menyentuh pipi suaminya itu.

Perlahan-lahan jari-jemari halus Haneul bergerak di atas wajah Taehyung, cuba membayangkan semula wajah suaminya itu.

Keningnya yang lebat. Parut yang wujud di kening kirinya. Hidungnya yang mancung, seulas bibirnya yang lebar.

Merekah senyuman di bibir Haneul tika wajah Taehyung muncul di hadapannya. Suaminya yang sedang tersenyum dengan sepasang matanya yang separa sepet.

Tanpa Haneul sedari, Taehyung turut sama tersenyum tika melihat senyuman polos Haneul itu walau sepasang matanya ma terlihat sarat dengan genangan air mata.

Mana mungkin dia marah, berkecil hati dengan wanita itu terlalu lama. Senyuman isterinya itu saja sudah cukup mencairkan hati dan naluri lelakinya, seperti sekarang.

"Macam manalah aku nak merajuk dengan kau lama-lama Haneul kalau macam nilah rupa kau? Buruk betul." Usik Taehyung buatkan Haneul mencebik tanda tak puas hati.

Makin geram Taehyung dibuatnya bila melihat bibir isterinya itu mencebik.

"Buat lagi bibir macam tu, aku kiss."

"Tak takut."

Dan beberapa detik kemudian, Haneul pun menyesal kerana menjawab.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top