39

.
.
.

"Taehyung, kamu minum kopi?"

Soal Puan Min pelik tika mereka sekeluarga sarapan bersama. Bukan Puan Min saja pelik, Tuan Min dan Haneul juga pelik melihat Taehyung yang tiba-tiba saja bagaikan buang tebiat membancuh kopi sendiri pagi ini.

Bukannya mereka tak tahu lelaki itu cukup tidak sukakan kopi. Tapi pagi ini, dah masuk tiga cawan kopi dia teguk.

"Teringin." Balas Taehyung seraya tersengih. Setelah kopi siap digaul hingga sebati, terus diteguknya kopi buatannya sendiri itu.

Pekatnya mengalahkan bontot kuali, pahitnya mengalahkan kena reject dengan crush sendiri tapi dirasakan begitu nikmat di tekak lelaki itu.

Membulat mata Tuan dan Puan Min melihat menantu mereka saat itu. Sempat mereka berbalas pandangan sementara Haneul pula masih tak berhenti mengerutkan dahi, pelik dengan suami sendiri.

Kali ini roti potong dan bekas jem strawberi kegemarannya pula Taehyung capai. Dia paling sukakan jam strawberi. Kalau dia perlu memilih untuk hidup dengan hanya satu makanan, dia akan pilih jam strawberi.

Jem strawberi yang sudah dicalitkan pada hujung pisau itu disapukan pula pada permukaan roti dengan berselera. Kecur air liurnya dengan hanya melihat serat buah strawberi itu disapukan di atas roti putih itu.

Setelah berpuas hati dengan sapuan jemnya di atas roti, roti itu dilipat dua lalu disumbat masuk ke dalam mulut. Roti itu digigit lalu dikunyah menjadi cebisan-cebisan kecil. Setelah itu, cebisan roti yang sudah hancur dikunyah itu ditelan masuk pula melalui esophagus.

Baru saja Taehyung hendak mengunyah untuk kali yang kedua, lantas terbantut niatnya tika rasa mual tiba-tiba saja melonjak dari perut naik ke tekaknya. Hampir saja dia termuntah di meja makan itu namun pantas dia berlari ke tandas berhampiran dapur itu.

"Dah kenapa tu?" Soal Tuan Min pelik. Puan Min pun turut sama terkebil-kebil pelik.

"Kenapa, mama?" Tanya Haneul, risau.

"Entahlah laki kamu tu. Banyak sangat minum kopi agaknya."

.
.
.

"Awak ni dah kenapa asyik muntah-muntah je?"

"Entahlah. Aku rasa nak nangis pun ada sekarang ni." Adu Taehyung sedih seraya merangkak keluar dari tandas bilik tidur itu.

Sampai saja di sisi katil, kepalanya direhatkan di kaki isterinya yang kebetulan sedang duduk di situ. Taehyung memejamkan mata, suka saat Haneul mengurut lembut pelipis kepalanya.

Senyuman terukir di bibir pucatnya tika Haneul meletakkan minyak angin di pelipis kepalanya. Suka bila isterinya itu memanjakannya. Dagunya direhatkan di peha isterinya itu seraya kepalanya didongakkan, menatap penuh sayang wajah wanita itu.

"Haneul, asal kau makin cantik eh?" Soal Taehyung dengan senyuman, sengaja kepalanya dilentokkan ke atas peha isterinya itu buatkan Haneul mencebik tapi tersenyum juga dia melayan sifat manja suaminya itu.

Mungkin juga kerana suaminya itu anak sulung, jarang dimanjakan. Sekarang dengan dialah suaminya menunjukkan sisi manjanya itu.

"Awak ni dah mabuk sebab banyak sangat muntah ke?" Usik Haneul seraya tangannya mengelus lembut atas kepala Taehyung. Jari-jemarinyanya mengurut lembut belakang kepala Taehyung sehinggalah perlahan-lahan suaminya itu memejamkan mata.

"Aku nak tidur kejap. Nanti kejutkan aku." Rengek Taehyung dengan mata yang sudah terpejam rapat buatkan Haneul tertawa.

"Tidur macam ni?" Soal Haneul dengan sisa tawa yang masih berbaki.

"Hmm." Gumam Taehyung dengan mata masih terpejam rapat.

"Hmm, yalah." Lembut Haneul membalas seraya tangannya masih mengelus lembut rambut suaminya yang lebat itu.

Semakin hari, semakin berat rasa sayang dan cintanya buat lelaki itu..

.
.
.

"Minum kopi lagi?"

"Haah, hehe."

Malu-malu Taehyung mengaku sebelum kopi panas di dalam mug di tangannya itu disisip perlahan.

Menggeleng perlahan Haneul melihat tabiat pelik suaminya itu sejak kebelakangan ini sebelum dirinya duduk di atas sofa yang sama dengan Taehyung.

Tanpa menunggu lama, mug di tangan diletakkan di atas meja di ruang tamu itu sebelum tubuh isterinya ditarik lembut mendekatinya.

Mama dan Papa sudah tidur sementara mereka masih duduk menonton TV di ruang tamu. Lebih tepatnya, Taehyung lah yang menonton movie, sementara Haneul hanya ingin menemani suaminya itu.

Sebelum isterinya itu menyandarkan kepala ke bahunya, cepat-cepat Taehyung mencapai mangkuk berisi ramen Samyang 3x spicy yang sudah ditambah lagi dengan extra sos samyang double spicy. Kombinasi cirit.

Setelah mangkuk ramen itu selamat berada di tangan, barulah dia kembali duduk bersila, menyediakan posisi yang elok buat isterinya itu menyandarkan tubuh padanya.

Berkerut-kerut dahi Haneul tika aroma pedas ramen itu mencucuk-cucuk deria hidungnya.

"Awak makan ramen pedas ke?"

"Haah."

"Bukan ke awak tak suka makan pedas? Awak bukannya tahan pedas pun."

"Teringin."

Dari beberapa hari lepas, itu sajalah alasan lelaki itu. Sebelum ini mana lelaki itu tahan minum kopi dan makanan pedas.

Strawberi yang dulunya paling dia gemari kini itulah punca lelaki itu muntah-muntah. Bukan setakat jem strawberi, apa-apa berkaitan dengan strawberi Taehyung anti. Bau perfume seakan-akan buah itu pun boleh buat lelaki itu muntah teruk.

Pelik.

.
.
.

"Esok birthday omma. Appa ajak makan malam dekat rumah, kau nak datang?"

Perlahan Taehyung bertanya seraya menarik lembut tubuh Haneul ke dalam dakapannya. Wangian syampu yang melekat di rambut isterinya itu dikucup lembut dengan mata yang terpejam.

Sungguh wangian yang datang dari tubuh wanita itu cukup menenangkannya, mereda sedikit rasa mual dan peningnya setiap kali mencium bauan tubuh isterinya itu.

Haneul hanya diam seraya merehatkan dahinya ke dada Taehyung, berfikir. Tangan kanannya diletakkan di atas dada bidang lelaki itu, merasakan sendiri rentak degupan jantung suaminya itu.

"Awak pergilah. Omma mesti rindukan awak."

"Kau tak nak ikut?" Soal Taehyung seraya menunduk.

"Bukan tak nak ikut, cuma risau omma tak nak jumpa saya.." Perlahan Haneul berterus-terang buatkan Taehyung terdiam.

Sejujurnya masih ada rasa marah di dalam hati lelaki itu tika ibunya itu sendiri memberitahu perihal Mansae pada isterinya tanpa pengetahuannya namun semua itu ditolak tepi kerana dia tahu walau apapun, wanita itu tetap seorang ibu buatnya.

"Aku tak kan pergi kalau kau tak ikut.." Tutur Taehyung perlahan sebelum ubun-ubun rambut isterinya itu dikucup lembut.

"Lagi pun kau sendiri yang cakap dengan aku sebelum ni, yang kau nak cuba berbaik dengan omma. Mungkin ini peluang kita?" Soal Taehyung lembut buatkan Haneul mendongak perlahan, mencari wajah itu di dalam kegelapan.

"Macam mana kalau sampai bila-bila omma awak bencikan saya?"

"Ia hanya mengambil masa lima saat untuk aku jatuh sayang pada kau, percayalah tidak sesukar itu untuk menyayangi kau. Sampai masanya nanti, omma sendiri akan nampak kenapa aku sayang sangat dekat kau..  Sabar ya, sayang?" Perlahan Taehyung meminta seraya hujung jarinya mencuit lembut bawah dagu isterinya itu.

Hatinya dirasakan turut sama luluh saat melihat sepasang mata isterinya itu yang terlihat berkaca-kaca. Lantas tubuh isterinya itu dibawa lebih erat ke dalam pelukannya.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top