29

.
.
.

Empat bulan sudah berlalu, kandungan aku pun sudah menginjak ke usia tujuh bulan atau dikira dalam minggunya, sudah mencecah dua puluh lapan minggu. Cepat saja masa berlalu, aku sudah berada di akhir trimester kedua aku.

Setiap hari aku lalui dengan rasa syukur walaupun terselit rasa gentar di dalam hati. Selagi bayi ini belum berada di dalam dukunganku, selagi itu hati ini resah dibelenggu gusar.

Mujurlah ada Taehyung yang selalu mendengar segala luahan hatiku tanpa jemu, bersedia menerima dan membawa pergi separuh bebanan hati dan fikiranku dengannya.

Mama dan Papa sudah lama tahu tentang kehamilan aku ni, sejak trimester pertama aku lagi, begitu juga keluarga Taehyung. Cumanya, omma..

Langsung tak aku tahu bagaimana reaksinya tika mengetahui tentang berita kehamilan aku ini. Dia sendiri enggan bertemu dengan aku setelah kes makan tengah hari aku bersamanya dan perempuan itu dulu.

Waktu aku dan Taehyung mengumumkan berita kehamilan aku itu pun, omma enggan turun makan malam bersama kami, yang ada hanyalah keluarga Taehyung yang lain. Mungkin juga kemudiannya omma hanya tahu berita itu dari mulut appa.

Tak apalah. Seperti Taehyung selalu kata pada aku, mungkin juga omma malu hendak berjumpa dengan aku. Ya, semuanya telah aku ceritakan pada Taehyung dulu. Termasuk niat 'suci' omma dan perempuan itu yang bila diingat semula sememangnya hanya perancangan gila dan tak masuk akal.

Harap seperti yang Taehyung selalu juga katakan pada aku, semoga dengan kelahiran Mansae nanti, hubungan aku dan omma akan kembali rapat macam dulu. Semoga wajah comel Mansae nanti mampu mencairkan hati omma.

Siapa Mansae?

Nama sementara atau panggilan manja yang aku dan Taehyung berikan buat baby kami, sudah tentu idea Taehyung.

Mansae yang membawa maksud sorakan 'hooray!' atau panjang umur. Comel setiap kali nama itu meniti di bibir aku, terutama sekali bila Taehyung sendiri yang menyebut nama itu setiap kali dia berbual dengan bayi kami.

Macam sekarang, bukan main rancak dua beranak ni bersembang kencang. Rutin Taehyung sebelum tidur, baring berbantalkan pehaku menghadap perutku.

Bercerita dengan Mansae kami dan membacakan apa-apa bahan bacaan yang dia ada. Tak kisahlah buku cerita, buku berilmiah, komik, surat khabar atau bahan dari internet, semua dia sampaikan pada Mansae.

Berkat dari kerajinan dia itu, Mansae pun dah reti membezakan dan mengesan suara ayahnya itu. Respons luar biasa diberikan setiap kali dengar suara Taehyung. Mulalah dia akan berpusing setempat, sekejap ke kiri sekejap ke kanan, sekejap lagi terbalik, sampai mood excited dia, habis ditendangnya aku.

Bila mood excited dia datang? Bila dia dengar Taehyung gelak. Dia pun tahu ayah dia ni comel, hot, extra handsome lain macam bila gelak. Belum apa-apa aku dah jealous. Entah-entah anak aku perempuan. Huhu, berebutlah aku nanti.

Aku yang sejak tadinya sibuk menyelak majalah berkenaan hiasan dalaman bangunan terus terhenti dari terus berhenti sejenak seraya menunduk tatkala suasana bilik tidur ini tiba-tiba dirasakan sunyi. Tiada lagi bebelan suara garau namun cukup lembut suamiku itu menjengah gegendang telinga aku.

Tersenyum aku tika melihat Taehyung sudah tertidur dengan posisi kepalanya masih di atas pehaku, hujung hidung mancungnya masih menyentuh lembut perutku yang sudah menunjukkan baby bump ketara. Rambut hitamnya yang lurus dan lebat itu aku usap lembut dan perlahan, membiarkan jari-jemariku menelusuri lembut helaian-helaian rambutnya.

Sisi wajahnya itu aku tatap lama. Keningnya yang lebat dan terukir cantik, bulu matanya yang panjang dan lentik, hidungnya yang terletak mancung, seulas bibirnya yang terbentuk indah dan semula jadi memerah semulajadi bak delima.

Rupa parasnya jauh lebih sempurna dari aku sehinggakan dulu aku sendiri segan berjalan di sisinya walau hanya sekadar kawan dan kini, dia sudah pun menjadi suami aku, ayah kepada anakku.

Entah apa yang dirinya lihat pada aku sehinggakan dia sanggup setia dengan perasaannya buatku walaupun tika itu aku sudah bersama dengan lelaki.

Tika mana aku menganggap diri aku kononnya sudah menemui kebahagiaan aku sendiri, dia masih menunggu aku tanpa sedikit pun mengganggu kebahagiaan aku kerana baginya, cukup dengan hanya melihat aku bahagia, dia akan sama bahagia denganku.

Dan sekarang, dialah erti kebahagiaan buat aku. Dia yang tulus menerima baik buruk aku. Dia yang mengajar aku itu apa erti sebenar sayang dan mencintai.

Lambat-lambat tanganku dari rambutnya beralih pula pada pipinya, mengusapnya lembut dan perlahan dengan ibu jariku. Tersenyum halus aku tika dirinya mula mengeliat kecil, geli mungkin dengan sentuhanku sebelum perlahan-lahan dia membuka mata. Tika sepasang matanya terbuka, barulah dia mengangkat muka melihat aku.

Dengan muka mengantuknya, sepasang matanya bergerak perlahan mengamati setiap inci wajahku.

"Janganlah tengok double chin saya lama-lama." Rungutku seraya mengangkat muka, mencetuskan tawanya sebelum selamba dia mencuit halus bawah daguku.

"Eeee, ada jemput-jemput ikan bilislah bawah ni. Nak sikit." Usiknya seraya mencuit-cuit halus bawah daguku. Laju saja tangan aku menepis lembut tangannya namun pada masa yang sama aku turut sama tak dapat menahan tawa dengannya.

"Suka usik saya kan?"

"Yalah, manja aku cuma kau seorang je boleh rasa." Balasnya tenang dengan senyuman memikatnya buatkan aku turut sama tersengih.

"Mesti kau rasa nak je kiss aku time aku tertidur tadi kan tapi tak sampai kan?" Tak habis-habis mengusik aku, kali ini senyumannya bertukar nakal buatkan aku mencebik.

"Mana ada, perasan."

"Eleh. Kalau nak kita kiss, cakap. Orang sombong selalu rugi. Kan Mansae kan?"

"Tak dengar, tak dengar—"

Chup!

Belum sempat aku habis cakap, dia dah sambar bibir aku. Tergelak dia melihat reaksi aku seraya duduk bersila di sisi aku. Terus bahang naik ke muka.

"Nak kata first time, lebih dari tu pun kita dah buat, masih malu dengan aku?" Usiknya lagi dengan sisa tawa yang berbaki. Letihlah aku layan bapak Mansae ni, huaa!!

.
.
.

"Melukis lagi?"

Lantas aku menoleh tika terdengar suara garau Taehyung lembut menegurku dari ambang pintu. Terlihat sisi tubuhnya tersandar elok pada ambang pintu itu sambil tersenyum memerhati aku seraya berpeluk tubuh.

Beg kerjanya masih digalas pada bahu kanannya dengan blazer hitam miliknya di tangan. Wajahnya jelas kepenatan seharian bekerja namun senyumannya cukup manis dihadiahkan buat aku.

"Lukis muka aku lagi?" Soalnya dengan senyuman masih menghiasi seulas bibirnya. Langkahnya turut sama diatur menghampiri aku dengan sepasang matanya tertumpu pada kanvas di hadapanku.

Aku hanya tersengih malu. Kalau perempuan lain mengandung mesti mengidam makanan atau teringin nak buat sesuatu yang pelik tapi aku pula, gian sungguh hendak melukis. Peliknya aku hanya ingin melukis wajah Taehyung.

Pernah sekali, satu malam aku tak tidur, ralit sangat melukis kening, mata dan hidungnya. Ya, hanya kening, mata dan hidungnya untuk satu malam itu.

Sampai saja Taehyung di sisi aku, bahu aku dipeluk kemas sebelum dia menunduk, menghadiahkan kucupan lembut atas kepalaku. Bau seharian peluhnya dan minyak wanginya yang menyatu menyapa lembut deria hidungku, menenangkan namun pada masa yang sama, menggemparkan rama-rama di dalam perutku.

Terasa telapak tangannya menyinggah lembut atas perutku sebelum tangannya mengusap lembut di situ, menyapa Mansae yang tampaknya sudah terjaga dari tidurnya.

"Cantik tak?" Soalku ingin tahu seraya menatapnya yang sudah duduk bersila di tepi aku. Tersenyum aku melihatnya yang tampak kagum, meneliti setiap inci lakaran wajahnya yang aku lukiskan di kanvas berhadapan kami tika ini. Matanya tampak bercahaya, begitu juga senyumannya.

Mungkin juga dia merasa sesuatu saat menatap lukisan aku yang satu ini. Lukisan gambaran dia sedang tersenyum, memandang seorang bayi di dalam dukungannya yang aku bayangkan itulah dia dan Mansae satu hari nanti.

"Is that me and Mansae?" Soalnya dengan tawa sebelum dia mendongak melihat aku. Untuk seketika kami hanya berbalas renungan dan senyuman sebelum aku mengangguk perlahan.

Aku hanya membiarkan tatkala dirinya tiba-tiba saja menarik perlahan kerusi yang aku duduki sekarang agar berhadapan dengannya.

"Aku kagum dengan kau. Macam mana kau boleh lukis semua ni?"

"Aku bayangkan dalam fikiran aku dan aku gambarkan semuanya dalam lukisan aku."

Tersenyum dia mendengar jawapanku. Tangannya kini menyentuh lembut dan perlahan pipi kananku.

"Satu hari nanti, kau dah tak perlu bayangkan gambaran ni dalam fikiran kau semata-mata. Satu hari nanti, aku akan jadikan lukisan kau ni satu kenyataan." Ceritanya dengan senyuman. Di hujung katanya, sempat dia meniru gaya mendukung seorang bayi buatkan aku tertawa perlahan.

"Masa tu jangan cemburu pula kalau aku lebihkan Mansae dari kau."

"Sampai hati." Aku dah mula tayang muka sedih.

"Sampailah, tak kan tak sampai."

"Taehyung! Dahlah, tak nak kawan kau dah!"

Baru saja aku acah-acah nak bangun, dengan tawa dia menarik lembut tanganku agar duduk kembali.

"Aku gurau jelah, sayang. Mestilah aku akan lebihkan kau dari segala-galanya, termasuklah anak-anak kita nanti."

"Kenapa pula?"

"Yalah, sebab aku tahu seorang perempuan bergelar ibu macam kau, mesti akan lebihkan anak-anak dari segalanya, termasuklah diri kau sendiri."

"Jadi, tanggungjawab akulah pula untuk lebihkan kau dari segala-galanya. Kalau tak siapa lagi? Anak-anak dah ada kau, aku tak risau tapi itu tak bermakna aku tak sayang dia orang cuma aku sayang kau lebih sikitlah."

Tergelak aku mendengar penjelasannya.

"Yalah tu. Entah-entah nanti berkepit je dengan anak dua puluh empat jam. Balik kerja pun nanti yang dicarinya dulu anak, dah tak cari aku dulu." Rajukku, padahal hanya sekadar ingin mengusiknya.

"Mansae belum lahir lagi tapi aku dah saksikan sendiri betapa banyaknya pengorbanan yang kau buat untuk dia dan aku. Jujur, aku hargai setiap pengorbanan kau untuk bawa Mansae ke dunia ni dan aku rasa tak adil untuk aku buat semua macam yang kau cakap tu bila dia dah lahir nanti."

"Aku tak setuju dan tak akan pernah faham dengan lelaki yang dah mula tak mesra dengan isteri bila anak dah lahir, semua perhatian yang dulunya seratus peratus buat isteri tiba-tiba dah beralih dekat anak, isteri dibiar macam orang gaji."

"Bukan ke sepatutnya lepas dah nampak semua pengorbanan yang isteri kita dah buat untuk kita masa dia mengandung, bersalin, kita sepatutnya lebih menghargai isteri kita? Lebih sayangkan dia?"

"Sayang anak boleh tapi kena sayang isteri juga, sama rata. Nak sayang isteri lebih pun lagi elok sebab nanti tua pun, kita laki bini tinggal berdua juga, anak-anak dah sibuk dengan kehidupan sendiri."

"Ha, ni lagi satu, aku pun tak setuju dengan mindset orang sekarang kena ada anak sebab bagi mereka, anak-anak nilah yang akan jaga kita bila kita tua nanti. Kalau tak ada anak, tak adalah yang nak jaga. "

"Aku tak kisah anak-anak kita nak jaga kita ke tidak nanti. Jangan salahkan dia orang kalau dia orang tak nak, dia orang tak hutang hidup pun dengan kita. Dia orang tak minta pun kita lahirkan dia orang. "

"Cukup aku jaga isteri aku, isteri aku jaga aku masa aku tua nanti, sudah. Kau tak nak jaga aku pun tak apa tapi aku dah janji dengan mak bapak kau aku nak jaga kau sampai tua, nak tak nak kau kena hadap juga muka aku ni masa kita tua nanti."

"Habislah, tiap hari memang muka kita berdua jelah yang gaduh, wrestling tengah-tengah rumah orang-orang tua tu."

Tercetus jua tawa aku mendengar bebelannya. Habis panjang lebar dia berbicara, sedari sekolah dulu dia memang selalu melibatkan diri dalam debat dan aktiviti lain yang berkaitan dengan public speaking. Eloklah sekarang dah jadi peguam.

Namun dalam diam, aku tersentuh. Tersentuh dengan pemikirannya yang cukup matang dan sentiasa menjadikan aku sebagai keutamaannya. Betullah, lebih indah memiliki lelaki yang mencintai kita daripada memiliki lelaki yang kita cintai.

"Mestilah aku nak jaga kau. Aku cuma ada kau, Mama, Papa dan Mansae.. Waktu tu pun, mesti yang aku ada cuma kau.." Perlahan aku bersuara, tak semena-mena merasa sebak.

Tersenyum halus dia melihat aku yang mula tampak beremosi. Faham sangat dengan aku yang sensitif.

"Kau janji tak kan tinggalkan aku?"

Tersenyum tenang dia mendengar soalanku. Kedua-dua tanganku yang sejak tadi di atas ribaku digenggam lembut sebelum kedua-dua kekura tanganku itu dibawa perlahan ke bibirnya, sebelum atas jari-jemariku itu dikucup lembut dan perlahan.

"Tak akan.. Kalau aku pergi nanti siapa yang nak jaga kau?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top