28

.
.
.

Dari ambang pintu bilik kerjanya yang terbuka luas, dapat aku lihat Taehyung sedang tekun menaip di meja kerjanya. Seperti biasa, cermin mata bulatnya terletak elok di atas batang hidungnya setiap kali dia membuat kerja. Dengan senyap, langkah aku atur perlahan memasuki bilik kerjanya.

Sempat dia mengangkat kepala, memandang sekilas ke arah aku sebelum kami berbalas senyuman. Sementelah dia menyambung kerjanya, aku berjalan-jalan di sekitar bilik kerjanya ini.

Apa yang aku tahu, Taehyung memang suka membaca. Buku-buku yang dipilihnya juga sarat dengan maklumat dan berkonsepkan ilmiah. Seperti buku-buku di dalam bilik ini, rata-ratanya berkenaan politik dan sejarah. Belum apa-apa aku dah menguap tatkala membaca setiap tajuk buku-buku yang tersusun elok di dalam rak buku berhadapan dengan aku ini.

Kepala aku angkatkan saat terdengar Taehyung tertawa. Ternyata dia sedang menompang dagu, memerhati aku sejak tadi dengan senyuman.

"Kalau dah ngantuk pergilah tidur. Tak payah tunggu aku."

"Tak nak, nak tunggu awak. Tak apa, awak buatlah kerja awak. Nak pinjam buku boleh? Saya baca buku sementara tunggu awak." Pintaku seraya main tarik saja mana-mana buku yang ada di depan aku tika ini mengundang tawanya lagi.

"Yalah tu, entah-entah dia yang tidur dulu nanti. Kita jugalah yang kena angkut dia masuk bilik nanti." Usiknya seraya bangun dari kerusinya buatkan aku tersengih.

Langkahnya diatur menghampiri aku dengan Macbook miliknya dibawa sekali sebelum dia mengambil tempat duduk di atas sofa dengan reka bentuk 'L' itu yang terletaknya tidak jauh dari aku.

Duduk berlunjur dia di atas situ sebelum ruang di sisinya di atas sofa itu ditepuk-tepuk perlahan, memberi isyarat untuk aku duduk di sisinya.

"Sini, duduk dengan aku." Ajaknya mengundang senyum di bibirku. Aku hanya menurut, dari duduk di sebelahnya aku terus baring di sofa itu dengan pehanya menjadi alas kepalaku.

Tersenyum dia melihat tingkahku sebelum tangannya sendiri mengusap lembut atas kepalaku. Terpaksalah dia meletakkan Macbook miliknya itu di atas tempat letak tangan di sisi sofa ini. Dia sambung membuat kerja sementara aku mula membuka buku yang aku main rembat ambil tadi.

Berkerut-kerut dahi aku membaca buku itu sekarang. Pasal business lah pula. Mana aku minat. Mata aku ni pun mulalah berpinar-pinar melihat betapa banyaknya ayat di dalam satu rangkap di setiap helaian muka surat buku itu, bagaikan tak bernoktah.

Terangkat kepala aku, mendongak melihat Taehyung bila terdengar getaran tawanya perlahan.

"Apa berkerut-kerut dahi tu sayang?"

"Ish, jangan sibuklah. Orang tengah fokus ni."

"Uuuu, takutnya. Okay,okay, kita diam." Usiknya tanpa memandang aku tapi senyuman mengusiknya masih terukir di bibir buatkan aku turut tersenyum. Seksi pula tengok dia ni dari bawah. Kalau dekat ni dah lama aku kiss.

Tak pasal-pasal muka membahang sendiri dengan imaginasi nakal aku. Aku ni dah kenapa? Hormon tak stabil mungkin.

Makin merah muka bila dia tiba-tiba saja tunduk, merenungku tepat sebelum hujung bibirnya naik, tersenyum nakal.

"Ha, fikir apa tu sampai merah muka? Awak nodai kita dalam imaginasi awak ke?"

"Mana ada!" Laju aku membidas seraya buku aku bawa ke muka.

Terdengar tawanya lagi seraya terasa tangannya menarik perlahan buku di atas mukaku tika ini. Tak tunggu lama terus dia menunduk, mengucup lembut pipiku sebelum sekilas bibirnya menyentuh bibirku, mengusik aku.

"Taehyung!"

"Eleh, tak suka konon padahal kau nak kan? Nak lagi? Meh aku kasi!"

"Haha!"

Terbahak-bahak aku ketawa kegelian bila habis seluruh muka aku diciumnya bagaikan tiada hari esok sampai sesak nafas aku dibuatnya. Taehyung pun tak kurang juga seronok sakan mentertawakan aku sebelum tubuh aku dipeluk, risau kalau aku tergolek pula jatuh dari sofa ini.

"Eh, dah, sudah. Suka betul dia. Jangan gelak beria sangat, karang yang dekat dalam tu ingat tengah gempa bumi pula, bergegar tak sudah."

Mana aku tak gelak kalau dia tak habis-habis buat lawak?

"Tak payah nak buat-buat baca buku sangat. Dah tutup je buku tu, aku tahu kau bukan faham pun." Bebelnya seraya menarik buku itu terus dari tanganku lalu diletak tepi dan aku hanya membiarkan seraya tersengih.

Tersenyum lagi aku tika sebelah telapak tangannya diletakkan di atas perutku, lengan tangannya itu aku sentuh sebelum dengan senyap jari-jemari aku mengusap lembut bulu tangannya yang halus itu sementelah dia hanya membiarkan, menyambung kerjanya.

"Taehyung."

"Hmm."

"Kalau omma kau benci aku, kau akan bencikan aku juga?" Soalku perlahan tanpa memandangnya walhal aku tahu, kini sepasang matanya tertumpu pada aku.

"Tak." Sepatah dia menjawab namun kedengaran tegas dan aku tahu, dia sentiasa tetap dengan setiap pendirian jawapannya yang diberi.

"Kenapa?"

"Sebab kau isteri aku dan aku suami kau. Aku tahu baik buruk kau, luar dalam kau lebih dari semua orang termasuk omma dan aku tak pernah jumpa apapun sebab untuk aku bencikan kau. Sebaliknya makin hari makin berat pula rasa cinta aku buat kau. Ingatkan sebelum ni aku dah cukup bersungguh-sungguh cintakan kau tapi lepas kahwin dengan kau ni, rupanya tak pernah cukup.. Tiap hari ada je cara kau buat aku jatuh cinta lagi dan lagi pada kau. Betullah kata orang, bercinta dengan isteri sendiri tu lebih indah."

Tertawa perlahan aku mendengar jawapannya. Aku punyalah serius, dia bermadah jiwang pula dengan aku. Namun mudah saja hati ini disentuh dengan pengakuan cintanya itu, tahu yang dia benar-benar tulus menyayangi dan mencintai aku.

"Lagi pun siapa lagi yang nak berpihak pada kau kalau bukan suami kau ni? Bukankah tanggungjawab suami itu sendiri untuk sentiasa ada di sisi isteri? Melindungi kau, jaga kau, sayang dan cintakan kau, jadi rumah buat kau tika mana kau perlukan perlindungan dan tempat untuk berehat.."

Tersenyum lagi aku walau mata ni mulalah dirasakan sarat dengan air mata, terharu. Dagunya aku usap lembut dan perlahan buatkan dia tersenyum halus.

"Aku tak sempurna, Haneul.. Tapi doakan aku dapat jadi suami yang baik buat kau, jadi ayah yang buat anak-anak kita.."

Kini tanganku beralih pula pada pipinya, mengusap pipinya lembut.

"Aku tak tahu apa akan jadi pada aku kalau tak ada kau.." Perlahan aku bersuara buatkan dia tersenyum hambar.

"Kau rasa aku?" Soalnya pula dalam nada mengusik buatkan aku turut sama tersenyum walau masing-masing dalam diam merasa sebaknya.

"Should I finish my work quickly before you start crying?" Usiknya bila melihat tubir mata aku yang tampaknya mula sarat dengan air mata buatkan tawaku tercetus.

"Tidurlah, nanti dah siap aku bawa kau masuk bilik. Sweet dreams sayang." Bisiknya, mengukirkan senyuman di bibirku.

Sebaik saja aku baring mengiring menghadap perutnya, dirasakan kucupan lembutnya singgah di atas kepalaku. Tangannya mengusap lembut atas kepalaku, sesekali jari-jemarinya menyusuri lembut setiap helaian rambutku, buatkan aku merasa tenang sehinggakan aku terlena di ribanya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top