27

.
.
.

Dari luar restoran yang omma janjikan untuk kami makan tengah hari bersama-sama di situ itu, dapat aku lihat omma sedang duduk berbual dengan perempuan itu.

Tersenyum sinis aku, mentertawakan diri sendiri dalam hati. Sudah aku menjangkakan semua ini bakal terjadi. Diikutkan hati mahu saja aku berpatah balik namun apa pula kata omma nanti? Dituduhnya pula aku mengelat dari berjumpa dengannya nanti.

Lagi pun itu hanya akan memberi kelebihan buat perempuan bermuka tembok itu, memberinya lebih banyak ruang untuk mengambil hati omma sementelah aku ini dianggap seperti menantu tak dihadap.

Nafas aku tarik sebelum aku hembus perlahan, mencari kekuatan sebelum langkah aku atur tenang memasuki restoran itu yang agak padat dengan manusia memandangkan tika ini sememangnya waktu sesak, lunch hour.

Punyalah rancak dua wanita itu berbual sesama mereka sampaikan aku sudah berdiri di hadapan mereka pun tak mereka hiraukan sehinggalah omma yang mengangkat muka, memandangku dengan senyuman lebarnya.

"Eh, Haneul! Tak perasan pula omma kamu dah sampai! Duduklah."

Dengan senyuman aku hanya menurut, mengambil tempat duduk di hadapan omma sementelah perempuan itu duduk di sisi omma. Renungan matanya pada aku yang dalam diam tampak sinis tak aku hiraukan. Beg tangan aku letakkan di atas meja di tepi dinding.

"Tak tahu pula omma ajak orang lain sekali. I'm sorry, what's your name? Lupa." Tenang aku bertanya pada perempuan itu, senyuman manis terukir di bibir namun pastinya terlihat sinis baginya.

"Oh Hani.." Perlahan dia menjawab dan aku hanya mengangguk-angguk kecil seraya melarikan pandanganku.

"Maaflah, omma lupa nak bagitahu Haneul yang omma ajak Hani sekali. Kebetulan Hani pun ada jumpa client dekat area sini tadi, kan Hani?"

Manis perempuan itu tersenyum pada omma seraya mengangguk sopan.

"Oh, faham. Semua dah order ke? Jomlah makan. Kejap lagi tak sedar dah habis waktu lunch pula kan?" Sekadar menukar topik, senarai menu aku capai. Membiarkan sepasang mata tajam perempuan itu menghunus ke arahku.

.
.
.

"Haneul sihat? Muka nampak pucat je?" Tanya omma, sekadar berbasa-basi mungkin memandangkan sejak tadi kami hanya makan tanpa topik perbualan. Mungkin juga kalau tiada aku sekarang mereka sudah sakan berbual. Tak faham juga aku kenapa omma mengajak aku makan di sini sekarang bersama perempuan itu.

"Sihat je. Tadi Haneul rasa lesu, tu yang basuh muka, lupa pula touch up balik make up, tu yang nampak pucat tu."

"Kita jadi perempuan ni kena rajinkan diri hias diri, nak pula kalau dah bersuami. Risau aje suami cari yang lain."

Tertawa perlahan aku mendengar balasan omma sebelum aku tersenyum.

"Saya berhias untuk suami saya. Kalau nak berhias untuk suami, dalam rumah pun boleh, lebih dari tu pun saya boleh buat. Lagi pun suami saya tak pernah complain apa-apa sebab serba-serbi saya layan dia cukup. Buat apa saya nak risau dia cari yang lain? Saya lagi risau kalau ada perempuan tak sedar diri, sepertinya dah tak ramai lelaki bujang di negara ni sampaikan suami orang pula yang dicari."

Tenang aku bersuara dengan senyuman masih menghiasi bibirku, memandang omma sebelum di hujung kataku, sepasang mataku berkalih pada perempuan itu yang tampaknya seperti tercekik dengan kata-kata aku. Tika renungan matanya mula bertukar tajam barulah aku mengalihkan pandanganku semula pada omma yang tampaknya masih terkedu.

Sudah tidak lalu hendak menjamah makanan di hadapanku, pinggan aku tolak perlahan menjauhi aku.

"Omma terus-terang sajalah dengan saya. Untuk apa omma ajak saya datang ke sini? Saya tak rasa omma hadap sangat hendak makan tengah hari dengan saya sekarang."

Wajah omma aku tatap lama sebelum lambat-lambat beralih pada perempuan itu, kali ini renungan tajamnya aku balas turut sama tegang, senyuman masih sinis terukir di bibirku.

.
.
.

"Omma dah bincang dengan Hani, dia sudi nak tolong kamu dengan Taehyung."

Menggelegak darah aku rasakan saat ini tika cukup tenang omma bersuara dengan dirinya sempat berbalas mata dengan perempuan di sisinya itu.

"Hani sudi mengandungkan anak Taehyung untuk kamu berdua."

Bullshit.

Tertawa perlahan aku mendengar cadangan omma.

"Omma, kalau omma lupa, saya dengan Taehyung tak mandul pun. Ya, mungkin saya pernah gugur tapi saya tak mandul. Nak perempuan ni mengandungkan anak Taehyung? Dengan cara apa? Bagi perempuan ni kahwin dengan Taehyung? I'm still his wife."

Tegas aku bersuara, tiada lagi senyuman di bibir namun wajah tetap beriak tenang.

"Saya sanggup lakukan hubungan tanpa status dengan Taehyung."

Mencerlung tajam mata aku pada perempuan itu yang cukup berani menyuarakan hasrat itu pada aku. Dia ingat aku akan terharu?

"Nonsense. Omma terdesak sangat ke nak kan cucu sampaikan sanggup untuk dapatkan cucu luar nikah? Itu yang omma nak?"

"Ya, dan kamu patut sedar diri yang kamu tak boleh bagi semua tu pada omma. Apa yang omma mahukan hanya cucu tapi seorang pun kamu tak boleh bagi."

Tertawa aku tika omma kini jelas sedang menentang aku. Kalau dulu mungkin aku akan sedih melihat riak wajahnya yang penuh kebencian pada aku sekarang namun kini api kemarahan dirasakan begitu marak membakar hati aku.

"Baru beberapa bulan lepas saya dan Taehyung sambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama tapi omma dah sibuk nak kan cucu. Hubungan kami baru menginjak setahun lebih tapi omma dah kecoh, dari dulu. You know what can I call you? Obsession, yes. Taksub. Kenapa? Risau saya akan jadi macam omma, lepas tiga tahun baru boleh berikan cucu yang pertama buat ibu omma?"

Cukup lancang aku bersuara, melepaskan segala yang terbuku di hati aku di hadapannya dan perempuan itu hari ini. Biar dia tahu, biar dia rasakan sendiri apa rasanya bila aib sendiri disebarkan di hadapan orang luar seperti perempuan itu.

"Haneul!"

"Omma kata omma pernah ada di tempat saya, omma pernah bagitahu saya omma faham perasaan saya tapi sekarang omma bawa jumpa perempuan yang omma sendiri pilih untuk menggantikan tempat saya? Sekarang omma bagitahu saya kalau omma ada ditempat saya sekarang, apa reaksi omma? Would you like it? Would you approved it? Ternyata ibu mertua omma lebih baik dari omma. Sekurang-kurangnya dia tak hina omma sampai macam ni sekali.."

Dapat aku lihat sepasang mata tuanya mula terlihat berkaca, terpukul dengan setiap butir kataku.

"Anggaplah saya menantu yang jahat atau tak sedar diri, terpulang pada omma. Ada banyak lagi cara lain untuk saya buktikan yang saya menantu yang baik buat omma tapi bukan dengan cara ni. Saya dah cukup bahagia dengan Taehyung sekarang. Terpulang pada omma sama ada nak anggap saya atau perempuan ni sebagai menantu omma, saya dah tak kisah tapi sampai bila-bila, masih ada rasa hormat dan sayang saya buat omma. Walau apapun, omma tetap ibu Taehyung, wanita yang melahirkan lelaki yang tulus menyayangi dan mencintai saya, suami saya.."

Semakin jelas genangan air mata di tubir mata omma buatkan aku turut sama merasa sebaknya namun tak pula air mataku wujud saat ini. Kini pandangan aku berkalih pula pada perempuan itu.

"Seronok dapat tengok aku dengan mak mertua aku bergaduh macam ni? Puas hati? Jangan rasa puas sangat, dulu pun aku pernah ada ditempat kau tapi tengoklah di mana tempat aku sekarang, bagaikan tiada nilai."

"Jangan ingat kau dah dapat mak mertua aku, kau akan dapat suami aku pula. Sekali kau sentuh aku dan suami aku, aku sendiri akan tunjukkan pada kau sisi posesif aku. Aku tak akan pernah mengalah untuk sesuatu yang paling aku sayang. Siapa yang datang merebut, aku tak akan teragak-agak untuk gigit tangan dia sampai putus. Agak-agak masih ada ke lelaki yang mahukan perempuan kudung?"

.
.
.

"Ada orang tunggu kau dekat dalam office kau."

"Siapa?"

"Masuklah, tengok sendiri. Lama dah dia tunggu kau tu."

Masuk saja ke dalam pejabat aku, lantas aku terkaku di ambang pintu tika melihatnya sedang elok duduk bersilang kaki di atas sofa yang terletaknya berhampiran dengan meja kerjaku. Tenang dia duduk menghadapku sekarang dengan senyuman penuh keyakinannya.

Jung Jaehyun.

"Sampai pun. Lunch dengan hubby ke? Lambat betul masuk office?"

Kepala aku mulalah berdenyut-denyut sakit bila lelaki itu bangun lalu langkahnya diatur santai menghampiri aku. Kalau tadi aku perlu menghadap omma dan madu tak jadi aku, kini aku perlu menghadap lelaki ini pula.

Sengaja pintu pejabat ini aku biarkan terbuka luas lalu langkah aku atur ke meja kerja tanpa mempedulikannya yang masih memerhati tanpa lepas setiap gerak-geriku dengan senyuman masih terukir di bibirnya.

Beg tangan aku letakkan di atas meja lalu aku duduk di kerusi berhadapan meja kerjaku, masih tak menghiraukannya.

"Rasanya kita dah tak ada apa-apa urusan lagi. Buat apa awak datang sini lagi?"

"Saja. Nak tahu sama ada awak akan datang atau tidak ke majlis perasmian nanti. Saya dah hantar e-mel tapi awak tak balas."

Kali ini tanpa diminta, tanpa segan silu dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan denganku. Sengaja aku mengelak dari bertatapan mata dengannya, komputer aku hidupkan sebelum fokuskan hanya tertumpu pada skrin lebar itu.

"Nanti saya akan berikan jawapan pada awak melalui e-mel."

"Saya mahukan jawapannya sekarang."

Lantas aku menoleh, merenung tepat ke arahnya yang jelas sedang tersenyum kemenangan tika berjaya memancing perhatianku.

"Dan saya tak akan pergi selagi awak tak setuju yang awak akan datang. Kebetulan jadual saya lengang petang ni, bolehlah saya temankan awak kerja."

Mengeluh berat aku seraya mengalihkan pandanganku dari terus menerus tertumpu padanya. Masalah tadi tak habis lagi, datang pula lagi satu masalah.

"Saya akan datang dengan suami saya nanti. Sekarang awak boleh keluar dan tolong, jangan datang sini lagi tanpa urusan. Mungkin dulu waktu awak jadi suami saya, awak dah terbiasa buat semua ni, berjumpa dengan perempuan lain di belakang pengetahuan isteri awak. Tapi sekarang tolong, saya bukan perempuan seperti itu, saya bukan perempuan yang akan melayan seorang lelaki yang selamanya tak kan pernah merasa cukup dengan seorang perempuan."

.
.
.

Double update! 💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top