26

.
.
.

Tidak larat untuk memasak seusai pulang dari kerja tadi, aku hanya meminta Taehyung singgah membeli makanan untuk makan malam kami saat dia pulang nanti. Tadi pun aku pulang ke rumah lebih awal dari biasa.

Penat menangis, akhirnya tanpa sedar aku tertidur di atas katil. Sehinggalah aku tersedar sendiri. Sebaik saja mata aku celikkan, terlihat Taehyung sudah duduk di sisiku. Entah sejak bila dia pulang dan duduk di situ pun aku tak tahu.

Namun melihat beg kerja dan blazernya masih terletak di sisi katil dengan tubuhnya masih mengenakan kemeja dan seluar slack, alas kakinya pun belum dibuka, tahulah aku dia baru sampai.

Dengan rasa ngantuk dan mamai yang masih belum surut sepenuhnya, aku hanya diam, memerhatinya yang hanya diam menunduk, tampaknya seperti masih belum sedar akan aku yang sudah terjaga dari tidurku.

Sehinggalah aku tersedar yang air matanya sedang mengalir, setitis demi setitis membasahi pipinya. Dia sedang menangis.. Tiada esakan mahupun sebarang suara, hanya air matanya yang mengalir.

Jarang sekali aku melihatnya menangis namun sekali aku melihat air matanya, hati dirasakan perit menahan pilu. Mungkin inilah perasaannya setiap kali melihat aku menangis di hadapannya.

Dalam diam, aku hanya membiarkan dirinya menangis. Tak semena-mena mata aku turut sama merasakan bahangnya sebelum lambat-lambat sepasang mataku beralih dari terus menatapnya, berkalih ke arah yang sama sepasang matanya sedang melihat sekarang.

Semakin sarat tubir mataku dengan genangan air mata saat melihat sendiri tangannya memegang alat uji kehamilan yang aku guna tadi. Bukan hanya satu, malah empat lagi terletak elok di hadapannya di atas katil ini. Semuanya menunjukkan hasil yang sama dan dirinya masih leka melihat setiap satu darinya dengan air mata.

Terlihat dia bagaikan anak kecil, mula mengesat perlahan air matanya sendiri dengan belakang tangannya buatkan aku tersenyum sendiri. Terlihat comel di mataku, ditambah dengan kelopak mata, hidung, telinga dan pipinya yang memerah kerana bersungguh-sungguh menangis.

Perlahan tanganku menyentuh lututnya sebelum aku usap lembut buatkan dia menunduk, melihatku. Terlihat tangisannya terhenti seketika sebelum setitis demi setitis air matanya kembali mengalir. Tersenyum dia melihat aku sebelum kepala aku diusap lembut.

"Dah bangun?" Soalnya sekadar berbasa-basi dengan suara sengaunya mengundang senyumku sebelum aku mengangguk kecil.

"Kau nangis?" Soalku pula, sama-sama bertanyakan soalan bodoh buatkan dia tertawa perlahan.

"Aku nangis sebab aku happy.." Balasnya tenang dengan senyuman buatkan aku terasa sebak, mata kembali dirasakan panas dan membahang.

Tidak sanggup hendak melihat wajahnya sekarang, perlahan aku menghampirinya sebelum kepala aku rehatkan di atas pehanya, membelakangkannya sebelum salah satu pregnancy test yang sudah aku gunakan tadi aku ambil lalu aku tunjukkan di hadapan kami.

Terasa tangannya tidak jemu mengusap lembut dan perlahan atas kepalaku. Dengan senyuman dia hanya memerhati tingkahku.

"Aku tak salah tengok kan?" Soalku dan dapat aku dengar dirinya mendengus perlahan, menahan tawa tatkala mendengar soalanku.

"Kau nampak dia tulis dekat situ apa?" Soalnya.

"Pregnant.."

Perlahan aku bersuara, mengundang getar di hatiku. Sebak. Terdengar desahan nafasnya perlahan, dia tersenyum.

"Betullah tu. Aku pun nampak benda sama." Tenang dia berbicara. Jari-jemarinyanya menyusuri lembut rambutku, membuatkan aku selesa dengan sentuhannya.

"Ini bukan mimpi kan?"

"Mana mungkin kita mimpikan perkara yang sama?" Balasnya cukup tenang buatkan aku semakin sebak.

Kepala aku angkatkan, menatap wajahnya. Tersenyum dia tika panahan mata kami saling bertaut lembut. Tiada lagi air mata di pipinya, hanya senyuman manisnya.

"Mana tahu aku terlalu mengharap sampaikan ini semua hanya halusinasi buat aku.." Perlahan aku bersuara dan terlihat dia hanya tersenyum sebelum dirasakan tangannya beralih lembut dari kepalaku, kini berada di atas perutku.

Mata aku pejamkan tika dirinya mula menunduk, mendekatkan wajahnya ke wajahku sebelum dirasakan bibirnya mengucup lembut ubun-ubun rambutku sebelum tanpa diduga, beralih lama pada seulas bibirku. Sebak menyelubungi hati tika aku merasakan setitis air matanya jatuh di pipiku.

"Semoga kali ini membawa kebahagiaan buat kita.."

Bagaikan satu doa, suaranya membisikkan perlahan di telingaku buatkan hati diruntum pilu.

.
.
.

"Tahniah, Puan mengandung dua belas minggu."

Malam tadi juga kami ke klinik 24 jam, ingin mengesahkan kehamilanku dan semuanya mula terasa nyata saat doktor sendiri yang memberi pengesahan pada aku dan Taehyung.

Sampai saja di rumah, kami hanya menjamah sedikit makanan yang dibeli oleh Taehyung tadi sebelum masing-masing mula mencari katil, penat seharian bekerja. Taehyung awal-awal sudah tertidur, mujurlah dia sempat mandi sebelum ke klinik tadi.

Sementelah aku masih belum dapat melelapkan mata. Akhirnya aku hanya diam, menatap wajah Taehyung yang tenang diulit mimpi. Rambutnya aku usap lembut dan perlahan, langsung tak mengusik lenanya buatkan aku tahu dirinya benar-benar kepenatan.

Lambat-lambat aku menoleh tika terdengar bunyi getaran dari telefon pintarku di atas meja kecil bersebelahan katil. Lantas telefonku aku capai, skrin yang sudah siap sedia bercahaya itu aku bawa ke depan muka.

<Omma Taehyung
Haneul
Dah tidur?

Kerutan halus wujud di dahi. Sudah lama omma tak menghubungi aku dan kini, lewat malam aku menerima pesanan ringkas darinya. Ada apa?

Ya, omma
Belum
Kenapa?

Kalau dulu mungkin melimpah-limpah ikon emoji aku berikan pada omma tapi sekarang rasa kekok pula hendak melakukan semua itu padanya.

Oh
Kenapa belum tidur?
Taehyung dah tidur?

Entahlah, susah betul nak lelapkan mata ni hehe
Taehyung dah tidur dah
Omma kenapa belum tidur?
Appa dah tidur?

Samalah
Appa pun dah tidur
Omma nak tanya Haneul sikit boleh?

Berdebar-debar pula hati ini tapi jari-jemari dirasakan pantas menaip, membalas.

Apa dia omma?

Esok Haneul busy?

Tak rasanya, omma
Kenapa?

Kita makan tengah hari sama-sama nak?
Dah lama tak spent time berdua dengan kamu
Haritu pun omma ajak lunch sama-sama tapi kamu tak datang

Serba-salah hendak menolak bila omma mula membuka cerita lama, gayanya sepertinya jelas dia masih berkecil hati dengan aku tentang kes itu.

Maaf omma
Haritu ada hal lain, maaf ya
Okay omma, kita makan tengah hari sama-sama esok, Haneul janji :)
Nak ajak Taehyung sekali?

Mungkin ini peluang aku untuk menjernihkan semula hubungan aku dengan omma. Walau apapun, dia tetap ibu buat suami aku.

Lambat-lambat aku menoleh, memandang Taehyung yang masih lena.

Ha kan bagus macam tu
Jangan asyik nak mengelat je dari jumpa omma
Tak payahlah ajak Taehyung
Kita keluar berdua je
Lagi pun dah lama kita tak keluar sama-sama kan?

Terdiam lama aku membaca setiap mesej dari omma itu, membiarkan skrin telefonku menyala lama tanpa bersentuh.

Seperti ada satu bisikan halus yang menggusarkan hati aku tika ini. Macam mana kalau omma ajak perempuan itu sekali esok hari?

Ingin sekali aku bertanya sama ada perempuan itu akan turut serta atau tidak tapi otak melarang keras keinginan hati itu. Telefon aku matikan lalu aku letakkan di bawah bantal.

Sekali lagi wajah suamiku aku tatap lama, cuba mencari ketenangan dari raut wajah itu.

.
.
.

Pagi ini seperti kebiasaanku, aku akan membantu Taehyung bersiap. Hari ini aku memadankan kemeja berwarna maroon, seluar slack dan tali leher hitam untuknya. Seperti biasa, kombinasi pilihanku tak pernah mengecewakan atau sememangnya suami aku sendiri kacak orangnya, entahlah aku sendiri tak pasti.

Sepanjang aku menyimpulkan tali lehernya, aku hanya diam, tidak banyak membuka topik seperti selalunya buatkan sepasang mata suamiku di depan aku ini tidak lepas menilik sepasang anak mataku.

"Dah siap." Dua patah aku bersuara seraya menepuk lembut dada kanannya, memberi isyarat untuknya melepaskan aku.  Kedua-dua tangannya masih merangkul kemas pinggangku buatkan aku tak mampu hendak ke mana-mana untuk mengelak dari terus menjadi tatapan matanya.

"Dah?" Soalnya lagi. Bukannya dia tak dengar apa yang aku kata tadi, tahu itu hanya umpannya untuk aku mengangkat muka, membalas sepasang renungan matanya.

"Dah." Sepatah juga aku membalas, masih mengelak dari menatap sepasang matanya.

"Tak nak kerjalah hari ni."

Terus terangkat kepala aku tika selamba dia bersuara seperti itu. Tersenyum dia bila berjaya menarik perhatianku.

"Pandang pun." Usiknya buatkan aku tak mampu menahan senyum, akhirnya tersenyum juga aku walaupun dirasakan hambar.

"Sayang fikir apa?" Lembut dia bertanya. Dengan senyuman aku menggeleng perlahan.

"Tak baik tipu suami nak pergi kerja."

Tercetus juga tawaku buatkan dia tersenyum kemenangan, suka tatkala mampu membuat aku tertawa.

"Ceritalah, suami awak merangkap kawan baik awak ni sedia berkhidmat. Jangan simpan-simpan, takut melarat. Dah janji kan tak nak stress-stress untuk saya dengan baby?"

Tersenyum lagi aku tika lembut dia memujukku, terasa telapak tangannya menyentuh lembut atas perutku. Terasa sebak mendengar ayat terakhirnya itu.

"Boleh tak kalau untuk kali ni, kita jangan bagitahu siapa-siapa.." Perlahan aku bersuara dengan mata yang mula dirasakan panas dan membahang tika menatapnya sekarang.

"Kenapa?" Tenang dan lembut dia bertanya.

"Saya tak nak semua orang sedih lagi kalau apa-apa jadi lagi nanti..." Di hujung kata, air mata tak dapat aku tahan, mengalir setitis demi setitis di hadapannya.

Terlihat riak wajahnya berubah terkedu melihat air mataku sebelum berubah pilu. Tak mampu menatap terus sepasang matanya yang tampak terluka dengan setiap air mataku yang mengalir, aku menunduk. Mengesat sendiri air mataku sehinggalah dirasakan tangannya sendiri menggenggam lembut tanganku lalu tubuhku ditarik perlahan ke dalam pelukannya.

Habis basah kemejanya dengan air mataku tika aku menangis tanpa suara di dadanya. Terasa jari-jemarinya mengusap lembut belakang kepalaku.

"Jangan cakap macam tu lagi.. Kau dah janji kan nak happy-happy je kali ni? Kau kenalah kuat, baru baby kita kuat. Doktor pun cakap semuanya okay kan? Kau sihat, baby kita pun sihat. Jangan risau, aku ada untuk jaga kau dengan baby kita. Aku tak kan biarkan apa-apa jadi pada kau dan dia. Kalaulah boleh pindahkan uterus kau pergi ke aku, dah lama aku buat. Kalaulah kita berdua ni kuda laut."

Baru nak mood sedih, tergelak aku walaupun sisa baki air mata aku masih mengalir membasahi pipi. Terdengar dirinya turut sama tertawa tatkala mendengar getaran tawaku.

Kepala aku angkatkan, menatapnya dengan tanganku masih memeluknya erat. Tersenyum dia melihat aku dengan tangannya mengusap lembut pipiku, menyeka air mataku.

"Aku ikut saja cakap kau, aku terima semua keputusan kau asalkan ia tak memudaratkan kau dengan baby. Nak bagitahu bila anak kita dah masuk tadika dulu pun tak apa." Selorohnya lagi buatkan aku tertawa lagi.

"Baru lepas nangis pun cantik. Susahlah macam ni sayang. Make sure jangan nangis depan lelaki lain. Faham?" Usiknya lagi dengan tangannya masih mengusap air mataku, tanpa rasa geli langsung.

"Ini memang tak nak bagi aku pergi kerja ke?" Tak habis-habis dia mengusik aku bila aku langsung tak melepaskan pelukan dari tubuhnya. Entah kenapa rasa sedih hendak berpisah dengannya. Lain macam pembawakan budak kali ni.

"Awak ambillah MC."

Rengekku gedik seraya kembali menyebamkan kepalaku ke dadanya, mendengar sendiri degupan jantungnya yang selalu membuatkan detakan jantungku turut sama laju. Semakin sakan rama-rama di dalam perutku mengepak riang saat mendengar sendiri getaran pada dadanya saat dia tertawa.

"Tak boleh sayang. Nanti saya dah kena banyak ambil cuti untuk awak. Nak temankan awak check up, appointment, bila awak dah bersalin nanti, nak jaga awak.."

Tersenyum aku bila dia lembut dia berbicara denganku saat ini.

"Taehyung."

"Hmm?"

Perlahan aku mengundur, memberi ruang untuk kami saling bertatapan mata.

"Kau sayang aku?"

Tergelak dia mendengar soalan bodoh dari aku itu sebelum lambat-lambat dia hanya tersenyum.

"Kalau tak sayang, tak adalah ini.." Tenang dia bersuara dengan tangannya sekali lagi menyentuh perutku.

"Gila tak sayang? Kau kan crush aku dari sekolah.. Akhirnya setelah bertahun-tahun kena friendzone, membuahkan hasil ya?" Usiknya seraya terjongket-jongket kening kirinya mengejekku buatkan tawaku tercetus lagi.

"Dahlah, aku nak pergi kerja. Jalan confirm dah jam ni." Tuturnya dengan senyuman seraya tangannya mengusap lembut atas kepalaku.

"Tak nak tukar baju dulu?" Soalku sebelum kami sama-sama menunduk melihat kemejanya yang comot dek air mata dan mungkin hingus aku sekali melekat di situ.

"Tak apa, bekal dari isteri. Boleh cium kalau-kalau rindu nanti."

Tergelak aku mendengar jawapannya sebelum tawaku mereda, berganti dengan senyuman halus tika dia duduk melutut di hadapanku, mengusap beberapa kali perutku sebelum dirasakan sendiri dirinya mengucup lembut dan lama perutku buatkan hati diterpa rasa sebak.

"Maybe your ears are not developing yet but appa still want to ask you one thing.. Please, stay close to omma, okay? Semoga sampai masanya nanti, appa pula yang dukung awak.."

Perlahan dia berbisik di perutku namun menyapa jelas gegendang telingaku buatkan hati diruntum rasa hiba.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top