25

.
.
.

"Terima kasih sebab berikan kerjasama yang baik dengan kami sepanjang setahun ni. Harap kita dapat bekerjasama lagi untuk projek lain yang akan datang."

Aku hanya tersenyum seraya mengangguk kecil. Huluran tangannya yang ingin berjabat tangan denganku itu aku biarkan sekejap, berfikir sejenak sebelum akhirnya aku sambut jua.

"Jumaat malam minggu depan kami akan buat majlis makan malam untuk grand opening, datanglah. Bawa Taehyung sekali. Nanti waktu, tempat and detail majlis saya akan e-mel invitation card pada awak."

Bersungguh-sungguh Jaehyun mengajak aku buatkan aku serba salah pula hendak menolak pelawaannya itu. Jadinya aku hanya tersenyum seraya mengangguk kecil.

"Nanti saya bagitahu Taehyung."

Melebar senyumannya tika mendengar balasan aku itu.

"Awak dan Taehyung macam mana? Okay?"

Sekian lama dia tidak mencampur adukkan urusan peribadi dan kerja kami, hari ini tiba-tiba saja dia bertanyakan soalan seperti itu pada aku.

"Okay je. Awak dengan Haeri?" Soalku pula, berbasa-basi padahal langsung tak aku peduli.

"Okay juga. Macam biasalah, omma dah bising nak kan cucu." Ceritanya dengan tawa namun sepasang matanya terbias jelas menahan pahit. Aku faham, aku juga ada di posisi yang sama dengannya sekarang namun tak pula aku hendak membuka cerita.

"Taehyung dan awak beruntung. Sekurang-kurangnya awak pernah mengandung, sedangkan Haeri.."

Berderau darah aku tika dia bersuara perlahan, membandingkan aku dengan isterinya. Bayangkan Haeri mendengar semua ini sekarang, pasti hati perempuannya menangis. Seolah-olah kesalahan diletakkan seratus peratus di bahu perempuan itu.

"Kenapa perlu banding-bandingkan isteri awak dengan isteri orang lain? Fikirkan perasaan dia kalau dia tahu macam nilah cara awak bercakap tentang dia di belakang dia. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu."

Beg tanganku yang terletak di kerusi bersebelahan denganku aku capai seraya bangun dari terus berhadapan dengannya.

"Haneul, wait."

Tanpa mempedulikan dirinya yang turut sama berdiri denganku, langkah terus aku atur meninggalkannya. Walaupun aku tahu dirinya tidak mengejarku sampai ke luar kafe namun jantung dirasakan masih berdegup laju.

.
.
.

Sebelum keluar dari pasaraya ini, aku mencuri peluang untuk ke farmasi. Masuk saja ke dalam farmasi itu, langkah aku atur ke bahagian yang menempatkan sesuatu yang sememangnya menjadi tujuan utama aku ke sini.

Sampai saja di hadapan rak yang mempamerkan pelbagai jenis jenama barang yang aku inginkan itu, aku terdiam, melayan debaran di dada. Hampir seminggu lebih aku berkira-kira sama ada aku hendak membelinya atau tidak, hari ini aku sudah ada di sini.

Tak salah kan mencuba? Paling teruk pun aku hanya akan kecewa lagi, menangis lagi.

Dua jenama yang sama dan tiga jenama yang berbeza aku ambil lalu aku bawa ke kaunter. Kebetulan ada tiga lagi pelanggan yang sedang beratur di hadapan kaunter, telefon pintar aku keluarkan tika tersedar adanya panggilan telefon masuk untukku.

Tersenyum aku tika melihat nama pemanggil 'Taehyung 🐒' tertera di skrin telefonku. Tanpa menunggu lama, panggilannya aku angkat.

"Sayang dekat mana tu?"

"Ada dekat farmasi."

"Kenapa? Tak sihat?"

Aduh, terlepas cakap pula.

"Taklah. Beli air mineral, hehe."

"Amboi, air mineral pun nak kena beli dekat farmasi ke?"

Usiknya dan aku hanya tertawa.

"Ada apa awak call saya ni?"

"Dating jom. Makan tengah hari dekat tempat biasa."

"Nak!"

Tergelak dia bila laju saja aku bersetuju.

"Alright. Jumpa dekat sana. Nanti dah on the way bagitahu. Bye, sayang."

"Bye."

"Sweet reminder, I love you." Bisiknya perlahan sebelum panggilan antara kami dimatikan, membuatkan senyumanku mekar kembang.

Telefon pintar aku masukkan ke dalam beg tangan tatkala sampainya giliran aku untuk membuat pembayaran di kaunter.

"Nak plastik?"

"Boleh juga."

Setelah diberitahu harganya, barulah dompet aku keluarkan dari beg tangan. Sementara menunggu baki, sempat aku melihat suasana di luar farmasi sebelum aku terkedu sendiri saat sepasang mataku terpaku pada dua orang wanita yang sedang mengatur langkah seiringan di luar sana. 

Masing-masing mengukirkan senyuman dan berbual mesra sesama mereka, sesekali mereka tertawa. Berpimpinan tangan dengan tangan satu sama lain penuh dengan beg kertas berjenama.

Omma dan Oh Hani.

.
.
.

Sementara menunggu Taehyung sampai, aku masih tak habis fikir. Terbayang-bayang wajah ceria dan bahagia omma tatkala bersama perempuan itu tadi. Cemburu menguasai hati, mengingatkan dulu akulah yang sering omma ajak untuk membeli-belah bersama namun sekarang, perempuan itu menjadi pengganti.

Sejak aku tak datang makan tengah hari bersama omma tempoh hari, terus aku rasakan omma semakin menjauh hati dari aku, malah menjauh diri.

"Ha, fikir apa tu?"

Belum sempat aku menoleh melihat gerangan siapa yang menegurku dari belakang. Aku dikejutkan dengan jari-jemari Taehyung yang nakal mencuit lembut dan halus pipi kananku. Tersengih dia melihat muka tak puas hati aku.

"Apa ni cubit-cubit orang?"

"Nasib baik cubit je. Ikutkan hati, nak je aku kiss, sekali pakej gigit. Geram. Dari tepi dah macam pau aku tengok." Usiknya seraya mengambil tempat duduk di depan aku.

Hari ini dia nampak kacak dengan kemeja biru cairnya. Tengoklah siapa yang pilihkan.

"Dah order?" Soalnya seraya membuka butang pada hujung lengan kemejanya sebelum lengan kemejanya itu dilipat kemas hingga ke siku, menampakkan tangannya yang berurat halus.

Aku menggeleng.

"Lah, kenapa?"

"Tak ada selera."

Mulalah dia tenung aku lama, peduli tentang aku.

"Tak ada, tak ada. Kau kena makan juga. Selagi kau tak makan selagi tu tak boleh masuk office balik. Kau tunggu sini kejap, aku pergi order."

Tertawa aku mendengar ugutannya. Dengan senyuman halus aku hanya memerhatinya yang mengatur langkah ke kaunter.

.
.
.

"Kenapa makan sikit sangat ni?"

"Diet."

"Sejak bila kau buat benda-benda mengarut macam tu?"

Tergelak aku mendengar perliannya yang aku tahu sekadar ingin meledakkan tawaku.

"Haneul, makanlah banyak sikit. Nanti orang ingat aku dera kau."

"Tak ada seleralah. Rasa nak muntah tiap kali lepas makan."

"Hmm, pelik juga. Selalu semua kau makan, tolak batu dengan kayu je." Bebelnya perlahan dan aku hanya tersengih.

"Ke ada benda lain yang kau sembunyikan dari aku ni?" Tanyanya perlahan. Kening kanannya terangkat sebelah.

"Taklah mana ada."

"Haha, sayang. Sebelum saya jadi suami awak, saya ni kawan baik awak tahu? Muka tu nampak sangat tengah menipu. Sekarang cerita dekat aku, apa dia? Siapa buat kau?"

Tersenyum hambar aku tika mendengar bebelannya sekarang. Sepertinya sekarang aku sedang berbicara dengan sisinya sebagai seorang kawan baik buat aku.

"Aku nampak omma dengan Hani tadi.."

Perlahan aku bersuara, berterus-terang dengannya, membiaskan riak terkedu di wajahnya tika aku menyebut nama perempuan itu.

"Rapat betul omma dengan Hani kan? Dengan aku pun dia tak pernah gembira macam tu sekali. Patutlah sekarang dah tak pernah ajak aku keluar sama-sama lagi, dah ada geng baru." Tertawa sendiri aku di hujung kata-kata aku, menyembunyikan kesedihan di hati.

"Haneul,.. Aku dah pernah warning omma, jangan rapat sangat dengan perempuan tu tapi macam kau nampak, omma tak nak dengar cakap aku. Katanya itu hak dia untuk rapat dengan sesiapa. Dah banyak kali aku tegur tapi omma masih dengan pendirian dia, sampai aku dah tak ambil peduli dah pasal dia orang. Lantak dia orang lah nak buat apa."

Aku hanya diam. Sekali lagi, Taehyung langsung tak bersalah dalam hal ini tapi hati tetap dirasakan ingin melampiaskan ketidakpuasan hatiku padanya sekarang. Namun melihat sepasang matanya sekarang yang terlihat begitu terdesak tak mahukan aku menjauh hati dengannya, hati dihimpit rasa bersalah.

"Boleh tak mulai hari ini, kita berhenti fikirkan tentang orang lain?" Perlahan dia bersuara, tampak cukup lelah setiap kali aku membangkitkan isu soal ibunya dan perempuan itu.

"Aku tahu apa yang ada di fikiran kau. Kau rasa Hani cuba rapat dengan omma untuk dapatkan aku tapi percayalah, semua itu tak akan pernah jadi sebab dalam hati aku, hanya ada satu nama. Tak akan ada yang lain, sampai bila-bila. Cukup dengan aku setia dengan kau dan kau percayakan aku, tak akan ada yang mampu pisahkan kita kecuali mati. Itu janji aku buat kau Haneul.."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top