22
.
.
.
Setahun sudah berlalu, setiap detik yang berlalu mencambahkan rasa cinta aku buatnya, Kim Taehyung, suamiku yang dulu hanya sekadar mengisi kekosongan hatiku sebagai seorang kawan namun kini melengkapi hidupku sebagai figura seorang suami dan sahabat buatku.
Demi aku, dia sanggup berpindah syarikat dan memulakan kariernya semula di syarikat yang baru. Sanggup menyimpan hasratnya jauh dalam dasar hatinya untuk memiliki cahaya mata demi menghormati keputusanku yang masih trauma, takut untuk menghadapi peritnya sebuah kehilangan untuk kesekian kali.
Terlalu banyak yang dia korbankan untuk aku buatkan aku sering mempersoalkan diri, layakkah aku memiliki seorang suami sepertinya? Yang ada di hati dan fikirannya hanyalah bagaimana untuk membahagiakan aku. Sedangkan aku..
"Ha, termenung lagi?"
Tersedar aku dari lamunan bila suara garau Taehyung menegurku. Terkebil-kebil aku melihat dia yang sedang sibuk melipat t-shirt dan tracksuit miliknya di hadapan aku. Punyalah jauh aku mengelamun sampai tak sedar yang kami sedang sibuk mengemas pakaian untuk dibawa hiking esok.
Memang itulah aktiviti hujung minggu kami. Hiking dan berkhemah di dalam hutan untuk satu malam. Hobi kami sejak zaman bujang lagi.
"Fikirkan apa?" Soalnya seraya menarik zip menutupi backpack miliknya seusai mengemas pakaiannya. Lama juga aku termenung sampai Taehyung siap packing dulu dari aku.
"Tak ada apalah." Balasku sambil tersenyum halus. Lantas aku menunduk bila Taehyung sudah mula keluarkan jurus membaca fikiran aku, merenung tepat sepasang anak mataku lama.
Terngadah kepala aku memandangnya tika dia mengesot menghampiri aku. Pakaian dan beg galas aku yang sejak tadi di depan aku ditolak tepi sebelum dia semakin menghampiri, membiarkan lutut kami saling berlaga. Tertawa aku bila kedua-dua tanganku ditarik lalu digenggam lembut, tandanya soal jawab bersama Inspektor Kim Taehyung bakal bermula.
"Jangan buat aku tertanya-tanya, tak tidur kau malam ni aku buat."
Tergelak lagi aku mendengar ugutannya. Tachod!
"Betul, saya okay. Jangan risaulah."
"Haneul sayang, aku bukan kenal kau semalam, aku bukan baru kahwin dengan kau siang tadi. Aku tahu luar dan dalam kau. Tak baik menipu suami. Buatnya kiamat esok, merangkak kau cari aku dekat akhirat nak minta maaf dengan aku."
Tersenyum dia bila sekali lagi berjaya mencuit hati aku. Inilah salah satu kelebihan kahwin dengan kawan baik sendiri, masuk air. Nak pula aku memang spesis mudah terhibur.
"Ceritalah. Tak kisahlah seberapa panjang pun ceritanya, aku akan dengar. Aku tak tidur pun tak apa asalkan kau dapat tidur dengan hati yang tenang." Lembut dia memujukku, ibu jarinya mengusap lembut pipiku. Dia Kim Taehyung, tahu caranya untuk mengurangkan rasa beban di hati aku ini. Senyuman halus terukir di bibirku.
Setiap inci wajahnya aku amati. Dari rambutnya, bergerak pula pada keningnya, beralih pada sepasang matanya, hidungnya yang mancung dan berakhir pada seulas bibirnya. Seringkali orang memuji keindahan rupa parasnya, seringkali juga aku menerima tempiasnya, sering dikatakan beruntung memiliki seorang suami yang kacak sepertinya.
Tapi aku tahu, beruntungnya aku memilikinya bukan hanya kerana rupa parasnya namun keperibadiannya yang seringkali menyentuh hati aku.
Kali ini tangan aku pula menyentuh pipinya buatkan kedua-dua pipinya naik, mengukirkan senyum.
"Kau tak sunyi hidup berdua saja dengan aku?" Perlahan aku bertanya. Bergetar hati ini menahan sebak tika soalan itu sendiri meniti di bibirku. Seringkali aku bertanyakan soalan itu pada diriku sendiri saat menatap dirinya yang sedang nyenyak tidur di sisiku.
Dapat aku lihat riak wajahnya berubah drastik, terkedu saat mendengar persoalan aku itu. Lama sepasang matanya menatap ke dalam anak mataku silih berganti.
Sebelum lambat-lambat bibirnya mengukirkan senyuman halus lalu kepalanya menggeleng perlahan.
"Kenapa aku perlu rasa sunyi? Kaulah dunia aku. Cukup setiap kali aku balik, kau ada. Itu dah cukup buat aku, aku dah tak perlukan sesiapa." Lembut dia berbicara namun sentuhannya jauh menyusuri dasar hati aku. Sebak tatkala melihat senyumannya sekarang. Tuhan, dia terlalu baik untuk aku..
"Walaupun tanpa anak?" Perlahan aku bertanya, memudarkan senyumannya, terkedu dengan soalanku yang satu itu. Lama dia menatapku sehinggalah tangannya dirasakan mengusap lembut sisi kepalaku.
"Ya, walaupun tanpa anak.. Kalau ditakdirkan kita akan terus berdua sampai akhir hayat, aku terima. Biar aku yang jaga kau, biar aku tengok dengan mata kepala aku sendiri bila kau menua nanti. Bila rambut ni dah tak sehitam sekarang, bila pipi ni dah tak sehalus sekarang, bila bibir ni dah tak selembut sekarang.."
Tersenyum aku tika jari-jemarinya menyentuh lembut rambutku, bergerak perlahan ke pipiku sebelum beralih lembut pada permukaan bibirku.
"Kau rasa aku akan masih cantik bila aku dah tua nanti?"
"Siapa peduli? Kau tetap Kim Haneul aku.."
Sebak menyelubungi hati tika mendengar jawapannya. Tangannya aku tarik sebelum aku genggam erat. Terlihat dia turut sama tersenyum.
"Tapi bila tengok Mama, aku dah boleh bayangkan rupa kau bila kita dah tua nanti. Percayalah, kau akan tetap cantik walaupun hanya dalam bayangan aku."
Tersenyum lagi aku walau mata mula dirasakan berkaca.
"Terima kasih Taehyung sebab terima aku.."
Menggeleng perlahan dia tika mendengar kata-kataku sebelum kekura tanganku dibawa ke bibirnya, mengucup lembut di situ.
"Kau yang terima aku, Haneul.. Setiap detik sejak aku lafazkan ikrar perkahwinan kita, aku berterima kasih pada kau untuk itu.."
.
.
.
Bagaikan pengantin baru yang baru saja berbulan madu, aku dan Taehyung menikmati pemandangan di atas bukit ini bersama. Tangan Taehyung memeluk bahuku erat sementelah tanganku memeluk pinggangnya. Masing-masing menggalas beg di bahu, siap sedia hendak bermalam di sini malam ini.
Ternyata ramai juga pendaki yang ingin bermalam di sini malam ini. Baguslah, tak adalah sunyi mana nanti. Di atas sini sudah disediakan rumah penginapan. Tak perlulah kami susah-susah hendak memasang khemah.
"Cantik kan?" Soalku.
"Yang mana?" Soalnya, mengusik dengan sepasang matanya sejak tadi sememangnya leka memerhati aku. Bagaikan reaksi aku lebih indah dan menarik dibandingkan dengan pemandangan yang menghijau di hadapan kami tika ini.
"Kalau depan aku ni, aku setuju, memang cantik."
"Mengada-ngada." Balas aku seraya melepaskan pinggangnya sebelum lengannya aku tumbuk lembut mengundang tawanya. Muka cuba aku keraskan walaupun pipi membahang suka.
Siapa saja tak suka kena puji dengan suami sendiri? Tapi masalahnya sekarang suami aku ni kawan baik aku sendiri. Terjun bukitlah aku kalau dia tahu aku suka dia puji aku.
Sekali lagi Taehyung menarik tubuhku ke dalam pelukannya, memeluk bahuku erat sebelum dirasakan bibirnya menyentuh lembut atas kepalaku, menghadiahkan sebuah kucupan hangat di situ. Tersenyum sendiri aku sebelum pinggangnya kembali aku peluk erat.
Kini masing-masing diam, menikmati pemandangan bukit-bukau menghijau yang menenangkan terbentang luas di depan kami.
"Nanti kalau kita dah ada anak-anak, aku nak bawa dia orang hiking ke sini. Tengok pemandangan ni sama-sama, dengan ibu dia, dengan ayah dia." Teruja aku bercerita dengan mataku masih galak melihat ke hadapan. Sedar yang Taehyung menunduk, memerhati aku tika berbicara dengan senyuman halus dan lembutnya.
Bila aku mengangkat muka memandangnya, senyumannya melebar. Seolah-olah suka tatkala aku mula terbuka bercerita soal anak dengannya. Hiba hati tika dia menunduk, mengucup lembut dahiku.
"Semoga hari itu tiba secepat mungkin." Perlahan dia bersuara, seolah-olah berdoa untuk kami buatkan aku turut sama tersenyum, sebak.
Dapat aku lihat sepasang matanya turut sama berkaca tatkala menatapku tika ini sebelum pantas dia mengangkat muka, mengelak dari terus bertatapan mata denganku.
"Taehyung.."
"Hmm?"
"Let's have a baby.."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top