21

.
.
.

Setelah hampir seminggu lebih aku duduk di wad ini, akhirnya doktor membenarkan aku untuk pulang ke rumah petang ini. Sementara Taehyung membuat pembayaran di kaunter yang terletaknya di lobi hospital, aku menunggunya di dalam wad. Beg pakaian sudah turut sama ada di sisiku di atas katil tika ini.

<Taehyung 🐒

Lama lagi ke?

Tak sabarnya dia nak balik
Sekejap sayang, tengah ramai ni
Baru tinggal kejap dah rindu ya?

Haah
Nak gambar

Ngade


Tertawa sendiri aku. Merungut-rungut tapi hantar juga gambar pada aku.

Handsome tak

Biasa je
Lagi handsome suami aku

Eleh
Tunggu kau dekat rumah nanti
Siap kau

Mak tachod!

Macam baru bercinta, tersipu-sipu aku ketawa sendiri sambil berbalas mesej dengannya.

"Haneul."

Sehinggalah ada suara garau seorang lelaki datang menegurku, menghentikan bait-bait bahagia yang sedang berputik di hati aku. Terngadah kepalaku melihat lelaki di hadapanku tika ini. Berderau darah aku tatkala melihatnya sekarang.

Dia. Jung Jaehyun.

Tersenyum dia melihat aku sekarang. Sejambak bunga dan sebakul buah ada di tangannya.

"Dah nak balik?" Soalnya ramah dengan senyuman, tampak tenang. Matanya melirik pada beg pakaianku.

Aku cuba terlihat tenang sama sepertinya walaupun hati aku mula dijentik rasa kurang senang dengan keberadaannya yang ada di depan aku sekarang. Macam mana kalau Taehyung naik dan nampak aku berdua dengan lelaki ini sekarang?

"Maaf baru sekarang dapat melawat awak, seminggu ni sibuk. Awak sihat? Baby macam mana?"

Sedari tadi hanya dia yang bersuara dan kini panahan matanya masih tertumpu tepat pada aku, bagaikan menunggu aku membuka mulut untuk berbicara dengannya.

"Okay je." Balasku pendek dan dapat aku lihat senyumannya bertukar hambar, mungkin terasa hati dengan ketidakmesraanku terhadapnya sekarang.

"Tadi nampak Taehyung dekat bawah, tengah beratur dekat kaunter. Nampak sibuk betul dengan phone, saya tak tegurlah." Ceritanya dengan senyuman dan aku hanya tersenyum palsu seraya mengangguk faham.

"Oh ya, ini buah tangan saya untuk awak. Tak tahu pula awak dah discharge hari ni. Bolehlah awak makan dekat rumah buah ni."

Sebakul buah-buahan dan sejambak bunga mawar merah diletakkan di sisi aku di atas katil namun tak pula aku menyentuh apa-apa pun itu, hanya melihat. Serba-salah hendak menerima, memikirkan apa reaksi Taehyung nanti.

"Terima kasih." Perlahan aku bersuara seraya cuba memaniskan muka. Siapa tahu niatnya memang ikhlas hendak melihat keadaan aku hari ini.

Jaehyun hanya tersenyum seraya mengangguk kecil.

"Sayang."

Lantas aku dan Jaehyun melihat ke arah yang sama. Terlihat Taehyung baru saja menyelak tirai yang menutupi hadapan katilku. Terus mati senyuman manisnya tika itu tatkala melihat Jaehyun ada denganku.

Sepasang matanya menatap tepat ke arah Jaehyun sebelum perlahan-lahan beralih pada aku.

"Taehyung. Sihat?"

Jaehyun terlebih dahulu menghampiri Taehyung sebelum tangan kanannya dihulurkan pada Taehyung, hendak berjabat tangan.

Terlihat Taehyung mengalihkan pandangannya dari terus menembusi anak mataku, beralih pula pada Jaehyun di hadapannya sebelum riak wajahnya yang tadinya tampak tegang cuba dimaniskan. Tangan Jaehyun disambut lalu digenggam.

"Sihat, sihat. Kau apa khabar?" Tanya Taehyung dengan senyuman manisnya lalu tubuh Jaehyun dipeluk santai, gaya lelaki bertemu teman lama.

"Sihat."

"Terima kasih sebab hantarkan isteri aku ke hospital hari tu."

"No hal lah, bro."

Masing-masing tersenyum melihat satu sama lain. Tangan Taehyung menepuk-nepuk santai bahu Jaehyun dengan senyuman yang hanya aku tahu, hanya sekadar layar manis buat tontonan lelaki di hadapan kami tika itu.

.
.
.

Sebaik saja Jaehyun pulang, terus wajah Taehyung kembali tegang, senyuman mesranya terus hilang. Sedar yang dia mengelak dari bertentangan mata dengan aku bila dia hanya menunduk. Memasukkan barangnya dari dalam laci meja berdekatan katil ke dalam beg galasnya.

"Taehyung."

Panggilku namun dia masih diam berdiri di sisi hadapanku. Zip ditarik menutupi backpack miliknya lalu tali begnya digalas ke bahu kanannya. Sebelah tangannya mula mengangkat beg pakaianku. Sempat aku lihat matanya mengerling pada bakul buah dan sejambak bunga pemberian Jaehyun tadi di atas katil.

"Aku letak beg dekat kereta sekejap, nanti aku naik balik." Pesannya tanpa memandangku. Baru saja dia hendak melangkah pergi, lengannya aku genggam, mematikan niatnya.

"Aku tak tahu pun dia nak datang hari ni." Perlahan aku bersuara. Sedih hati bila melihatnya jauh hati denganku. Kalau dulu mungkin aku akan mengusiknya kerana cemburu tapi kini, aku rasa dia layak untuk merasakan semua itu.

Kini sepasang matanya barulah menatap tepat sepasang anak mataku, lama. Kali ini aku menunduk, melihat sejambak bunga pemberian Jaehyun tadi. Lantas tangan aku mencapai bunga mawar merah itu sebelum aku buang ia ke dalam tong sampah berdekatan, di hadapan Taehyung yang masih setia memerhati.

Kepala aku angkatkan, melihatnya. Dapat aku lihat riak wajahnya tampak terkedu, terkejut dengan tindakanku.

"Aku hanya akan terima bunga dari lelaki yang bergelar suami aku. Hanya dia. Lagi pun aku rasa suami aku tahu, aku tak sukakan bunga."

Tersenyum juga dia mendengar pujukanku. Tanpa kata, tangannya mengusap lembut atas kepalaku.

"Aku minta maaf sebab terlalu ikutkan perasaan.." Perlahan dia bersuara. Lantas aku menggeleng perlahan, pergelangan tangannya aku genggam lembut.

"Aku faham.." Perlahan juga aku membalas sebelum kami hanya tersenyum, hambar.

"Buah tu kau bawalah, bagi dekat kaunter nurse depan, dia orang mesti suka." Tuturku dengan senyuman cuba diceriakan, tak mahu suasana hening terus-menerus menyelubungi kami. Tersenyum lagi Taehyung mendengar cadanganku sebelum pipiku dicuit lembut.

"Yalah." Sepatah dia membalas sebelum tanpa diduga dia menunduk, mengucup lembut ubun-ubun rambutku.

"Maaf ya?" Bisiknya lagi di telingaku buatkan aku merasa sebak sendiri. Pastinya dia sendiri tak mahu menarik muka di depan aku tadi namun seperti aku, dia hanya manusia yang kadangkala tewas dengan perasaan sendiri.

Tangannya sempat mengelus lembut rambutku sebelum bakul buah turut sama dibawa dengannya lalu langkahnya diatur meninggalkan aku. Sempat dia menoleh, mengukirkan senyuman manisnya untukku.

.
.
.

Atas nasihat Mama, Taehyung pun bawa aku pulang ke rumah keluarga aku. Kata Mama nanti adalah yang tolong tengok-tengokkan aku dekat rumah ni kalau Taehyung kerja balik minggu depan. Aku pula masih lagi ada cuti berbaki dua hari.

Taehyung keluar dengan Papa ke bengkel. Kebetulan pula kereta Papa semalam rosak dan dimasukkan ke bengkel. Hari ini Papa meminta tolong Taehyung membawanya ke bengkel itu, hendak mengambil kereta Papa yang sudah siap dibaiki. Maka tinggallah aku berdua saja dengan Mama di rumah.

Puas Mama menghalau aku masuk ke dalam bilik untuk berehat tapi aku masih berdegil, hendak duduk di ruang tamu menonton televisyen. Tak tahu ke Mama betapa bosan dan rimasnya aku terperap di wad hospital seminggu lepas? Ini dah balik, disuruhnya pula aku terperap di dalam bilik, memang taklah.

Sementara Mama di dapur dan aku di ruang tamu, kami dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Perit rasanya tekak ini tatkala melihat sendiri siapa yang sedang berdiri di hadapan rumahku tika ini.

Omma.

.
.
.

"Omma datang sini nak minta maaf dengan Haneul. Maafkan omma ya?"

Mata tua omma terlihat sarat dengan air mata, berkaca tika memohon maaf padaku tika ini. Tak semena-mena hati turut sama tersentuh. Dengan senyuman, aku hanya menggeleng perlahan sebelum sepasang tangan tuanya aku genggam lembut.

"Tak apa, omma. Salah kami juga tak bagitahu omma awal-awal. Kami cuma tak nak buat omma sedih.."

Kali ini omma pula menggeleng laju, genggaman tanganku dibalas.

"Jangan cakap macam tu.. Omma patutnya faham situasi kamu, faham keadaan kamu.. Haneul kena kuat ya? Tak apa, Haneul dengan Taehyung muda lagi. Banyak lagi masa dan peluang. Dulu pun omma lepas tiga tahun kahwin baru dapat Taehyung seketul tu."

Tertawa aku mendengar celoteh omma. Dengan senyuman hambar, aku hanya memerhati omma menyeka air matanya sendiri.

Dalam hati dirasakan sebak tatkala memikirkan terlalu banyak hati yang sentiasa berharap, hancur keranaku. Omma, appa, mama, papa dan Taehyung..

"Omma.."

"Hmm?"

"Maafkan Haneul ya?" Perlahan aku memohon maaf. Tiada air mata, hanya senyuman hambar walaupun jauh di sudut hati, aku sedang menangis bersamanya.

Tampak omma terkedu sebelum aku ditarik ke dalam pelukannya. Mata aku pejamkan, menahan tangisan tatkala merasakan sendiri kehangatan pelukannya yang bagaikan seorang ibu kandung buatku.

"Jangan cakap macam tu, Haneul.. Kamu dah bahagiakan Taehyung, itu pun omma dah cukup berterima kasih dengan kamu.."

Perlahan-lahan mata aku celikkan, tersenyum. Tersentuh dengan kata-kata omma. Rasa diri ini dihargai..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top