20
.
.
.
"Bilalah aku boleh balik.." Rungutku perlahan dan lantas kepala Taehyung terangkat, melihat aku. Sejak tadi dirinya hanya fokus dengan kerjanya di dalam iPad miliknya yang diletakkan di atas cardiac table antara kami itu. Suka betul duduk depan aku dekat atas katil ni. Cermin mata bulatnya masih terletak elok di atas batang hidungnya yang mancung.
Tersenyum dia mendengar keluhan aku.
"Seronok apa dapat honeymoon dengan aku dekat dalam ni?" Usiknya seraya tersengih.
"Seronok apa dah nak genap seminggu aku duduk dalam ni." Balasku tak puas hati seraya menunduk, menggentel hujung baju sendiri. Menyampah betul dengan baju wad ni.
Lambat-lambat kepala aku angkatkan bila terasa meja di antara aku dan Taehyung tika ini ditolak perlahan ke tepi sebelum lelaki di hadapanku ini mengesot ke depan, mendekati aku, membiarkan lutut kami saling bersentuhan.
Kedua-dua tangan aku digenggam lalu ditarik lembut. Sepasang matanya difokuskan pada aku sorang, tepat pada anak mataku.
"Kan mama dah cakap, jaga kau sekarang ni macam jaga perempuan bersalin—"
"Bezanya aku berpantang tanpa baby." Perlahan aku bersuara, memotong percakapannya buatkan dirinya lantas terdiam. Menatapku lama sebelum ibu jari dan jari telunjuknya mencuit lembut daguku.
"Satu hari nanti, kita akan di sini, macam sekarang ini tapi bezanya, kita tak berdua lagi macam sekarang. Akan ada kau, aku dan baby kita. Okay?"
Mata mulalah terasa panas dan membahang tika melihat senyumannya sekarang.
"Aku dah tak nak mengharap, Tae.."
Senyumannya mengendur, sepasang matanya yang jelas membiaskan riak terkedu itu menatap sepasang anak mataku silih berganti sebelum lambat-lambat bibirnya mengukirkan senyuman halus, hambar.
"Jangan pernah berhenti mengharap, Haneul. Dulu aku pernah mengharap, sentiasa mengharap sampai satu tahap aku mula rasakan harapan aku hanya sekadar mimpi. Tapi tengoklah sekarang, apa yang aku harapkan dah jadi kenyataan. Dia yang aku rasakan sukar digapai sekarang ada di depan aku, sebagai isteri aku.."
Tersentuh tika di hujung katanya, dirinya tersenyum. Senyuman bahagianya.
"Setiap hari bagaikan mimpi indah buat aku. Bagaikan di awang-awangan setiap kali mengingatkan diri yang aku sekarang sudah bergelar suami buat dia. Kau nak tahu tak? Seminggu kita kahwin, seminggu tu juga aku cubit diri aku setiap kali aku bangun tidur dan aku nampak bidadari cantik tidur sebelah aku."
Tergelak aku mendengar usikannya buatkan dia turut sama tersengih.
Bidadarilah sangat dengan air liur meleleh, rambut serabut macam baru lepas gaduh bertarik rambut dengan siamang.
"Yelah tu." Balasku tak percaya walaupun hati berdebar suka. Tertawa dia, cukup manly seraya membiarkan tika aku menarik bingkai cermin matanya dari terus ada di atas batang hidungnya sebelum rambutnya aku raup lembut ke belakang, mengusapnya perlahan berkali-kali.
Tersenyum suka dia dengan tingkahku sekarang sebelum dirasakan telapak tangannya yang lebar menggenggam penuh dan lembut jari-jemariku.
"Teruskan berharap, Haneul.. Apalah erti hidup tanpa mengharap kan? Bagaikan tidur tanpa mimpi.."
Tuturnya perlahan dengan senyuman halusnya buatkan hati diruntum rasa sebak, memikirkan apa akan jadi padaku sekarang tanpa adanya dia di sisi aku? Andai benar dunia ini seperti lena, dialah mimpiku, yang mewarnakan dan menghidupkan lenaku.
.
.
.
"Omma ada call atau mesej awak?"
Dapat aku lihat dirinya seperti terganggu dengan persoalanku. Lantas dia menunduk, tak mahu berterusan dari terus bertaut mata denganku sebelum dia menggeleng perlahan.
Tanpa mempedulikan tatapan mataku, dengan pensil digital masih di tangannya, dirinya meneruskan catatan kerjanya di atas skrin iPad yang diletakkan di atas ribanya. Sejak tadi dia begitu, duduk bersila, berhadapan denganku di atas katil ini sambil membuat kerja.
"Call lah omma, mesti dia tunggu kau call dia."
"Call dia untuk apa? Pujuk dia? Minta maaf dengan dia? Patutnya dia yang datang sini minta maaf dengan kau." Tuturnya perlahan, cuba terlihat tenang namun reaksinya cukup tegang. Langsung tidak mengangkat muka, masih dengan separuh fokusnya pada skrin.
"Dia omma kau, Taehyung.."
"How about you? You're my wife, Haneul. If she hurts you, she hurts me too."
"Jangan disebabkan aku, hubungan kau dengan omma jadi teruk.. Aku tak nak dia ingat sebab aku, kau layan dia macam tadi, macam sekarang ni.. Macam mana kalau dia benci aku sebab tadi?" Perlahan aku bersuara buatkan dia terdiam, menatapku lama.
"Dia tak akan bencikan kau, dia sendiri tahu betapa sayang dan cintanya aku pada kau."
"Itu kau, bukan dia." Balasku lagi, tidak berpuas hati.
"If she hates you than let her be. We live not to get validation from others. Kita tak boleh puaskan hati semua orang, sayang. Kenapa perlu fikirkan seorang yang membenci kau sedangkan seribu lagi sedang menyayangi dan mencintai kau. She had nothing to do with us. If she hates you, I still love you. Even if the world is against you, I will always be on your side."
Tersenyum halus aku, hanya mendengar dengan hati yang disentuh satu rasa, terharu. Namun perlahan-lahan senyumanku memudar tika mengingatkan tentang sesuatu.
"Taehyung."
"Hmm."
"Macam mana omma boleh datang sini dengan Hani?"
Dapat aku lihat dia tergamam seusai soalan itu meniti di bibirku. Sepertimana dirinya hanya diam menatapku, aku turut sama senyap tanpa kata. Menunggu jawapan darinya.
"Mungkin Hani yang bagitahu omma kau ada dekat sini.."
Makin kuat debaran di dada. Selagi perempuan itu terpalit di dalam hidup aku dan Taehyung, selagi itu aku resah. Walaupun bibir Taehyung menyebut nama perempuan itu tanpa perasaan namun masih ada getar di hati aku tiap kali mendengar suara garaunya menyebut nama itu.
"Macam mana dia tahu aku ada dekat sini?"
Taehyung diam lagi, tampak berat mulut dan serba salah hendak memberikan aku jawapan sehinggalah dia menyerah diri dari terus diam tatkala aku masih diam menatapnya, menantikan pembelaan diri darinya.
"Masa Jaehyun call aku bagitahu yang kau ada di hospital, Hani ada dengan aku."
Peritnya tekak saat ini tatkala mendengar balasannya. Wajahnya jelas resah, pastinya tahu yang aku tak akan suka dengan penjelasannya itu.
"Tolong Haneul, percayakan aku. Jangan sesekali salah faham.. Waktu itu kami jumpa client di luar, ada lagi seorang rakan kerja kami ikut sekali. Aku boleh hubungi dia kalau kau perlukan kepastian dari dia."
Bersungguh-sungguh dia menjelaskan. Tangannya yang hendak mencapai telefon pintarnya di atas meja bersebelahan katil aku sentuh lembut sebelum aku menggeleng perlahan.
"Aku percayakan suami aku.." Perlahan aku bersuara, cuba tersenyum. Ya, aku percayakan Taehyung walaupun hakikatnya separuh hati aku sedang mencuba.
"Hani dah lama kenal omma kau?"
Taehyung diam lama, sempat matanya mengelak dari terus menjadi sasaran mataku sebelum dia kembali menatap tepat anak mataku, ada kegusaran di dalam matanya tika menatapku.
"Dah masuk tiga tahun.. Omma kenal dengan Hani waktu aku bawa omma dengan appa datang annual dinner syarikat aku masa tahun kedua aku kerja dekat situ. Hani yang tegur omma, appa aku dulu, masa tu pun Hani baru je masuk kerja dekat syarikat."
Makin kuat dan laju detakan jantung aku. Terkilan rasa hati tapi diri sendiri tidak tahu siapa harus dipersalahkan.
"Omma rapat dengan Hani?" Tanpa mempedulikan Taehyung yang jelas sedang cuba meneka isi hati aku sekarang dengan meneliti setiap inci raut wajahku sekarang, aku bertanya lagi.
Melihat dia yang enggan memberikan jawapan sekarang dan melihat dengan mata kepala sendiri betapa akrabnya omma dan Hani ketika datang ke sini tadi, aku sudah dapat mengagak jawapan buat soalanku sendiri.
"Kenapa kau tak pernah cerita tentang Hani pada aku?" Perlahan aku bertanya, terasa hati dengannya. Bukankah aku ini kawan baiknya? Atau dirinya memang menganggap Hani itu bukan sesiapa dalam hidupnya sehinggakan perempuan itu dirasakan tidak penting untuk diceritakan pada aku atau orang lain.
"Buat apa aku cerita tentang orang yang tak penting dalam hidup aku? Dia cuma rakan kerja aku."
"Tapi dia ada perasaan pada kau."
Dapat aku lihat wajahnya yang jelas tak suka bila aku membangkitkan semula isu itu namun riak wajahnya masih cuba dilembutkan untuk aku, tak mahu aku terasa hati dengannya.
"Tapi aku tak, Haneul. Rasa kasih, sayang, cinta dan setia aku hanya untuk isteri aku. Untuk kau Haneul. Demi Tuhan, aku pun buntu nak buat apa lagi. Aku dah berterus-terang dengan dia yang aku tak boleh balas perasaan dia tapi dia masih macam tu. Kalaulah sekarang ini mudah untuk cari kerja, dah lama aku berhenti kerja dari syarikat tu. Aku dah cuba apply kerja dekat syarikat lain tapi belum tertulis rezeki aku di tempat lain."
Sepasang matanya yang tampak lesu, lemas dalam perasaannya sendiri tika itu aku tatap dengan dada yang terasa sesak. Tak sepatutnya aku menghukumnya untuk perkara yang dia sendiri tak ingini.
Memang aku tak suka bila dia berada dekat dengan perempun itu. Hati dirasakan berdenyut sakit setiap kali memikirkan hakikat yang dia meluangkan masa lebih banyak dengan perempuan itu setiap hari berbanding denganku, isterinya sendiri.
Adakah seperit ini yang dirinya rasakan sepanjang tiga tahun dirinya melihat aku bersama Jaehyun? Walaupun sesakit dan sesukar ini, hati dan perasaannya masih setia pada aku..
"Aku baru hendak merasakan bahagianya hidup dengan perempuan yant paling aku sayang dan cintai.. Aku tak nak, hanya kerana seseorang yang tak pernah aku anggap penting di dalam hidup aku, menjadi punca untuk aku kehilangan kepercayaan seseorang yang punya makna besar dalam hidup aku.."
"Setiap hari aku minta pada Tuhan, semoga rasa sayang dan cinta yang kita rasakan saat ini bukanlah hanya sesuatu yang zahir dan sementara, semoga ia kekal hingga kalau diizin Tuhan, biarlah hanya maut yang menjadi pemisah antara kita.."
Perlahan dia bersuara, entah sama ada memujukku atau menyuarakan isi hatinya padaku. Tiada senyuman di bibirnya, melainkan panahan matanya yang sarat dengan rasa kasih dan cintanya buat aku. Aku hanya membiarkan tika hujung jari-jemarinya menyentuh lembut rambutku.
"Terlalu tinggi ke permintaan aku ni, Haneul?" Soalnya perlahan dengan senyuman hambar, seolah-olah mentertawakan dirinya sendiri buatkan aku yang merasakan sebaknya.
Tangannya yang masih menyentuh lembut rambutku, aku genggam lalu wajahnya aku dekati. Terpejam perlahan matanya tika aku mengucup lembut dahinya. Tertunduk dia dengan mata yang terpejam. Entah apa yang bermain di fikirannya saat ini tatkala aku melihat sendiri telinga, hidung dan kelopak matanya yang memerah, seperti menahan hiba.
Jari-jemarinyanya aku genggam menjadi satu dengan jari-jemariku, membawa genggaman tangan kami dekat ke ribaku seraya dahi aku rehatkan di dahinya.
"Setinggi mana pun permintaan kau, aku akan cuba tunaikan, Taehyung.. Tapi aku tak boleh lakukannya sendiri tanpa kau.." Tuturku perlahan dengan mata terpejam.
"Kita buat sama-sama sampai jadi?" Perlahan aku bertanya, meminta kepastian darinya.
Dengan mata masing-masing masih terpejam dan dengan dahi kami yang masih berlaga menjadi satu, masing-masing mengukir senyum.
"Ya, sampai jadi.." Bisiknya pula, perlahan dan lembut.
.
.
.
Double update!💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top