19

.
.
.

"Taehyung.."

"Ya, sayang."

Terdengar suaranya perlahan dan lembut menyahut panggilanku sebelum wajahnya yang terlihat kabur menyinggah penglihatanku, semakin lama semakin jelas.

Tersenyum dia tika sepasang mataku bertaut dengan sepasang anak matanya. Mungkin dia sedang tersenyum namun renungan matanya tak mampu menipu, dia risaukan aku.

Terasa tangannya mengusap lembut atas kepalaku.

"Lama kau tidur, risau aku.." Tuturnya perlahan dengan senyuman namun matanya tampak berkaca-kaca. Pastinya hatinya terasa lapang melihat aku membuka mata sekarang. Sebelah tangannya menggenggam erat dan lembut tangan kananku.

"Nak minum?" Soalnya perlahan dan aku hanya diam. Tidak senyum, tidak apa, hanya menatapnya lama.

"Nak makan?" Tanyanya lagi, seolah-olah mencari topik untuk aku berbicara dengannya.

Tiba-tiba hati dirasakan sebak. Mana mungkin aku lalu untuk makan sekarang..

Tidak mahu menangis lagi di hadapannya, aku hanya menggeleng perlahan walau mata mula dirasakan berkaca-kaca. Dapat aku lihat renungan matanya turut berubah, sayu sebelum cepat-cepat dia cuba mengukirkan senyum untukku.

Rambutku dielus lembut dengan sebelah tangannya lagi masih menggenggam lembut jari-jemariku.

Sama denganku yang cuba untuk kuat buatnya, dia turut melakukan perkara yang sama untukku tika ini.

"Rehatlah lagi. Nanti lapar bagitahu aku, aku seludup masuk Mcd untuk kau, nak?" Soalnya dengan sengihan buatkan aku turut sama tersenyum namun di luar mampuku, air mata dirasakan mengalir perlahan ke sisi mata kananku.

Sebak tika melihatnya sekarang yang cuba berlagak biasa di depan aku, seolah-olah semua ini tidak memberi kesan padanya.

Terlihat dia hanya diam, membiarkan air mata aku mengalir satu per satu. Sebelum lambat-lambat tangannya mengusap lembut air mataku. Mata aku pejamkan, menangis lagi tika dirinya menunduk, mengucup lembut dan perlahan ubun-ubun rambutku, lama.

Kali kedua, kami merasakan kehilangan ini. Semakin berat bebanan perasaanku padanya, rasa bersalah padanya. Seolah-olah aku menjadi penghalang untuknya merasa bahagia, merasa sendiri bahagianya menjadi seorang ayah.

"Aku minta maaf.." Pintaku perlahan dengan mata yang masih terpejam rapat.

"Jangan minta maaf dengan aku, Han.. Kau tak pernah buat salah dengan aku.." Perlahan dia bersuara sebelum kucupan hangatnya beralih pula pada sisi kepalaku, membawa tubuhku lembut ke dalam pelukannya.

Kepala aku rehatkan di bahunya, melepaskan segalanya di situ. Tangannya dirasakan tidak jemu-jemu mengusap belakang kepalaku.

Dia hanya diam, membiarkan aku menangis di bahunya sedangkan aku tahu, dia sangat menginginkan tangisanku ini terhenti tatkala aku mendengar dan merasakan sendiri betapa kuat dan laju detakan jantungnya tika ini.

.
.
.

Sudah masuk lima hari aku di dalam wad ini, sepanjang tempoh lima hari itu juga Taehyung sentiasa ada dengan aku.

Sedangkan aku tahu betapa banyak tugasan dan tuntutan kerjanya tapi dia masih enggan meninggalkan aku hanya semata-mata untuk kerja sedangkan Mama sendiri dah volunteer diri untuk menjaga aku di sini.

Hari ini ada Mama dan Papa datang melawat aku, kurang sedikit rasa beban dan kesedihan di hati tika mereka datang melawat aku setelah seharian mereka di sini semalam semata-mata menunggu aku selamat menjalani pembedahan.

Macam-macam yang kami bualkan. Mama, Papa duduk di kerusi pelawat bersebelahan katil sementara Taehyung buat katil aku ni macam katil dia sekali, tak berganjak dari terus duduk di depan aku.

"Kim Taehyung."

Sehinggalah kami dikejutkan dengan kehadiran seseorang.

Ibu mertuaku.

Dengan seorang perempuan tinggi lampai turut sama berdiri di sisinya.

Oh Hani.

Otak mula diasak dengan pelbagai soalan.

Bagaimana omma boleh tahu aku di sini sedangkan aku dan Taehyung sendiri membuat keputusan sama untuk merahsiakan apa yang terjadi pada aku sebelum dan kini dari pengetahuan keluarga Taehyung.

Kedua, apa pula hubungan omma dan perempuan itu sehinggakan mereka boleh ke sini bersama?

.
.
.

"Sampai hati kamu berdua tak bagitahu omma yang Haneul keguguran? Kenapa Tuan dan Puan Min boleh tahu tapi omma,appa tak boleh? Apa bezanya omma,appa dengan mak,ayah kamu Haneul?"

"Omma, dahlah.. Jangan salahkan Haneul pula. Taehyung sendiri yang buat keputusan ni."

"Yalah tu. Entah-entah isteri kamu ni yang suruh, kamu tu dahlah takut bini."

Mata aku pejamkan seraya menunduk. Tak tahu hendak memberi reaksi apa, aku lebih memilih untuk diam. Ditambah pula dengan adanya perempuan itu sebagai pemerhati, terasa seperti dipermalukan di hadapannya. Mujur saja Mama, Papa tiada lagi bersama kami sekarang.

"Takut dengan hormat ada bezanya, omma."

Terdengar perlahan Taehyung membalas namun tegas, masih sedar dirinya masih seorang anak buat wanita di hadapannya tika itu.

"Ini pun nasib baik Hani yang bagitahu omma yang Haneul dekat sini. Kalau tak, entah-entah sampai Haneul ni gugur lagi nanti pun omma tak tahu."

Terhenyak dada aku dihimpit rasa sebak yang menerjah hati tika kata-katanya itu dirasakan tajam menikamku. Marah dengan kata-katanya namun pada masa yang sama, terkilan.

"Omma." Pantas dan lantang suara Taehyung bersuara, jelas berang dengan kata-kata ibunya sendiri namun cuba dikawal hanya kerana status ibu yang dipegang perempuan tua itu.

"Masih tertanya-tanya kenapa kami tak nak bagitahu omma kalau macam inilah caranya omma datang melawat kami?"

Sebak hati tatkala mendengar sendiri getar pada suaranya, jelas terkilan dengan kata-kata ibunya sendiri.

"Kalau omma datang sini semata-mata nak buat isteri Tae makin sedih, omma boleh balik.."

Mata mula dirasakan panas dan membahang. Kepala masih aku biarkan menunduk walaupun aku tahu mata tua omma sedang menatapku lama dan tajam.

Tak pernah aku menjangkakan yang omma akan mula membenci aku seperti sekarang sedangkan hubungan kami baik-baik saja sebelum ini, bahkan cukup rapat.

"Omma kecewa dengan kamu, Haneul.."

Mata aku pejamkan tika ayat itu menyapa perlahan pendengaranku sebelum terdengar derapan kaki omma dan perempuan itu berlalu pergi.

"Sorry for your lost, Taehyung.."

Sempat aku dengar suara perempuan itu berbicara pada Taehyung sebelum dirinya mengatur langkah sama keluar dari wad ini bersama omma.

Tidak mampu bertahan lagi, setitis demi setitis air mataku sendiri dirasakan hangat menitis di atas tanganku. Dengan mata yang masih terpejam rapat, aku menangis dengan senyap.

Sehinggalah aku merasakan gegaran kecil di sisiku di atas katil ini, bauan lelaki yang amat aku kenali semakin menghampiriku sebelum dirasakan tubuhku ditarik lembut dan perlahan ke dalam pelukannya.

Telapak tangannya menyentuh belakang kepalaku, menyebamkan lembut wajahku ke bahunya sebelum rambutku diusap lembut dan perlahan. Sebelah tangannya lagi mengusap lembut belakang tubuhku.

Lemahnya aku, entah kesekian kali aku menangis di hadapannya dan entah kesekian kali, tidak pernah jemu dia memujukku, menenangkan aku dengan sentuhannya.

"Did I disappointed you too?" Perlahan aku bertanya di bawah nafasku yang terasa lelah, mata aku pejamkan, merasakan sendiri degupan jantungnya di tubuhku.

Dapat aku rasakan dirinya menggeleng perlahan seraya memperkemaskan pelukannya pada tubuhku.

"Apa yang terjadi pada kita sekarang semuanya di luar kemampuan kau, di luar kemampuan kita.. Tak ada sesiapa untuk dipersalahkan.. Kau tak buat salah apapun, Haneul.. Sekuat mana pun kau cuba untuk lindungi dia tapi kalau dah tertulis dia hanya pinjaman sementara buat kita, dia tetap bukan untuk kita.."

"Tuhan tahu masa yang sesuai untuk berikan kita sesuatu.. Macam Tuhan berikan kau pada aku.."

"If I can wait for a thousand years just to be with you, why wouldn't I wait for another years just to have our little creations together with you?"

"You're more than enough for me, Haneul.. I don't want anyone else except you, only you.. Hanya kau, Langit aku.."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top