18

.
.
.

Hari ini sudah masuk hari ketiga aku ditahan di dalam wad ini. Tertanya-tanya juga aku kenapa aku masih tidak dibenarkan pulang sedangkan aku rasa aku baik-baik saja. Bila ditanya pada Taehyung, jawabnya doktor hendak memastikan keadaan aku betul-betul stabil.

Apa yang dia bincang dengan doktor semalam pun aku masih belum tahu. Tak sempat aku nak soal siasat malam tadi, pagi ini pula bangun-bangun dia tiada di sisi. Mungkin turun ke kafe untuk membeli sarapan.

Tersenyum aku bila hoodie hitam miliknya berada di atas tubuhku, menyelimuti tubuhku sedangkan hoodie kelabunya masih menghangati tubuhku sekarang.

Dompetnya tiada di atas meja kecil bersebelahan katil seperti selalu, yang tinggal hanyalah telefon pintarnya yang diletak bersebelahan dengan telefon pintar milikku.

Dengan hoodie milik Taehyung di dalam pelukanku, perlahan-lahan aku bangun dari terus terbaring. Duduk bersila dengan hoodie Taehyung di atas ribaku.

Baru saja tangan hendak mencapai telefon pintarku, panahan mata aku kini tertumpu tepat pada skrin telefon pintar Taehyung yang kebetulan menyala tatkala beberapa mesej pesanan ringkas berpusu-pusu masuk.

<Mama Haneul

Tae
Haneul macam mana?
Kamu dah bincang dengan dia?
Jangan difikirkan sangat Taehyung
Bukan salah kamu
Bukan salah Haneul
Mungkin bukan rezeki kamu berdua sekarang
Ikhlaskan ya..
Kalau Haneul tak boleh terima, pujuklah dia, mama tahu dia kuat..
Mama on the way ni, sekejap lagi mama sampai.
Jagakan Haneul elok-elok untuk mama, papa ya..

Berderau darahku tika membaca setiap pesanan ringkas dari mama itu, satu per satu.

"Sayang abang dah bangun?"

Terdengar suara ceria Taehyung menyapaku sebelum dirasakan kucupan hangatnya, lembut dan sekilas singgah di atas kepalaku namun aku masih diam dengan panahan mata aku masih tertumpu pada skrin telefonnya.

"Sayang?" Panggilnya lagi tika dirinya sudah berdiri di hadapanku, tepatnya di tepi meja kecil itu yang menempatkan telefon pintarnya. Tangan kanannya menjinjing beg plastik.

Sehinggalah dia menunduk, turut sama melihat skrin telefon pintarnya yang masih menyala di atas meja. Aku tahu dirinya sempat membaca apa yang tertera di skrin telefon pintarnya itu sebelum layar itu kembali gelap.

Tika ini barulah aku mengangkat kepala, merenungnya. Serentak itu dia juga mengalihkan pandangannya kepadaku, turut sama merenung tepat sepasang anak mataku. Riak wajahnya jelas terkedu sebelum terbias jelas riak kebimbangan dan rasa bersalah di wajahnya.

"Apa yang awak sembunyikan dari saya, Taehyung?"

.
.
.

"Kandungan kau di luar rahim. Doktor minta kebenaran kita untuk buang kandungan ni."

"Kalau aku tak nak?"

"Kau bodoh ke Haneul? Kau pun tahu kandungan luar rahim tak kan bertahan lama. Kalau kita tak buang sekarang pun dia tetap akan mati."

Jatuh juga air mata aku tika mendengar kata-kata Taehyung yang kedengaran cukup kasar. Dengan air mata yang mengalir deras tangan aku tak henti-henti mengesat air mataku sendiri.

"Kalau macam tu tunggu jelah aku gugur sendiri.." Perlahan aku bersuara, mula hilang pertimbangan. Teresak-esak aku menangis namun tak sikit pun dia memujuk aku.

Hanya diam melihat aku.

"Aku dah bagitahu doktor yang kita setuju. Petang nanti kau operation."

Kepala aku angkatkan, wajahnya yang tampak tak berperasaan itu aku renung tak percaya.

"Kau tak bincang dengan aku dulu?" Soalku perlahan, menahan rasa amarah yang mula bercambah di hati.

"Aku dah bagitahu kau." Balasnya tenang.

"Aku yang mengandung, aku yang kena operate bukan kau. Kau tak ada hak nak buat keputusan untuk aku!"

"Aku ada hak untuk buat keputusan sebab aku suami kau, sebab aku sayang kau, kau keutamaan aku dan sebab aku boleh buat keputusan tanpa terikut dengan emosi."

Semakin deras air mata yang mengalir bila melihat betapa dinginnya dia sekarang, seolah-olah tidak punya perasaan. Tidakkah terdetik rasa sedih dan gusar di hatinya tika ini? Atau segalanya sudah dia rasakan dulu malam tadi..

.
.
.

"Lagi lima belas minit kami datang semula untuk bawa Puan ke operation theater ya?"

"Baik, terima kasih nurse."

Sejak tadi hanya Taehyung yang bersuara untuk aku. Sedangkan aku hanya diam dengan tangan aku letakkan di atas mataku yang terpejam rapat, menahan diri dari menangis. Dari pagi juga aku langsung tak bercakap dengan Taehyung dan dia juga sama.

Namun air mata tak mampu tertahan lagi tika aku merasakan kucupan hangatnya singgah di atas kepalaku, lama. Tangannya dirasakan mengusap lembut rambutku.

"Aku minta maaf sebab marah kau tadi.."

Semakin deras air mata yang mengalir, dada dirasakan sesak, menahan diri dari menghamburkan tangis semahu-mahunya. Jari-jemarinya masih mengusap lembut atas kepalaku.

"Ini untuk kebaikan kau, Haneul.. Yang aku, mama, papa fikirkan hanya keselamatan kau.. Kau keutamaan kami, keutamaan aku.. Rezeki baby boleh datang lagi tapi kau tak ada gantinya, Haneul.."

Terhambur juga tangisanku, esakan halusku mula jelas kedengaran dengan tanganku masih menutupi mataku.

Sebak tika mendengar suaranya memujukku lembut tika ini. Buatkan aku tersedar, ternyata aku masih memerlukan dia untuk menenangkan aku walau semarah apapun aku dengannya.

"Aku perlu berkeras dengan kau tadi walaupun aku sendiri tak sanggup, aku minta maaf.." Tuturnya perlahan. Getaran suaranya jelas punya rasa bersalah denganku.

"Aku cuba kuat untuk kau sekarang ni, Haneul.. Cubalah kuat untuk aku juga, untuk mama, papa kau.."

Wajah tua mama dan papa bermain di fikiranku. Raut wajah bimbang dan simpati mereka buatku tadi masih terpapar jelas di ingatanku.

"Adik kena kuat ya? Mama dengan papa selalu ada untuk adik."

Menggigil tubuh aku rasakan sekarang, tersedu-sedan menangis.

Aku hanya membiarkan tika tangan Taehyung menarik lembut tanganku dari terus menutupi mataku lalu dibawa ke belakang tubuhnya, memberi ruang untuk aku memeluk tubuhnya.

Lantas tubuhnya aku tarik perlahan ke dalam dakapanku sebelum dia sendiri mendekatkan dirinya padaku, turut sama memelukku. Di dalam pelukan suamiku, aku menangis.

Teresak-esak aku menangis di dadanya. Dapat aku dengar sendiri degupan jantungnya yang laju. Entah kerana bimbangkan aku atau turut sama merasa sebak denganku.

Tubuhku turut sama dipeluknya erat. Tangannya menggosok lembut belakang bahuku, cuba menenangkan aku. Sesekali sisi kepalaku dikucup lembut dan perlahan.

"Saya takut, Taehyung.."

Takut untuk menempuhi pembedahan nanti atau takut kehilangan kandungan ini, aku sendiri tak pasti..

"Aku pun.." Perlahan dia bersuara, jujur sebelum sekali lagi sisi kepalaku dikucup lembut.

"Tapi aku gunakan kau sebagai kekuatan aku. Gunakanlah aku sebagai penguat buat diri kau juga, Haneul. Ini baru permulaan buat kita.. Banyak lagi yang kita perlu tempuhi sama-sama nanti dan aku akan cuba kekal kuat untuk kau, untuk kita.."

Perlahan-lahan tangisanku mereda. Getaran suaranya, sentuhan lembutnya sedikit sebanyak menenangkan aku.

Kini dapat aku rasakan dirinya meniup perlahan atas kepalaku.

"Aku tengah bagi gas penenang."

Tertawa perlahan aku mendengar gurauannya sebelum dapat aku dengar dirinya turut sama tertawa perlahan.

"Daily reminder, I love you Kim Haneul.."

Tersenyum aku tika mendengar luahan cintanya buatku. Dapat aku rasakan detakan jantungnya yang semakin laju tatkala mengungkapkan rasa cintanya itu buatku. Sebak menyelubungi hati tika aku dapat merasakan sendiri betapa besar dan luasnya rasa sayang dan cinta lelaki ini buatku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top