16
.
.
.
"Saya setuju."
Tersenyum lelaki di hadapanku tika ini tatkala mendengar pengesahan dari aku. Dengan senyuman penuh yakin masih menghiasi bibirnya, dirinya duduk tegak dari terus bersandar pada belakang kerusi.
"Glad to hear that. Saya janji awak tak akan menyesal dengan kerjasama kita ni dan saya janji, I'll be professional."
Aku hanya mengangguk kecil seraya mengalihkan pandanganku dari terus bertatapan mata dengannya saat sedar yang dirinya cukup ralit merenung sepasang anak mataku.
Perutku yang sejak malam tadi dirasakan tidak selesa aku usap perlahan. Kalau sebelum ini hanya rasa kejang, kini aku mula merasakan seperti jarum-jarum halus menusuk-nusuk dari dalam perutku, nyeri dan ngilu. Garis halus mula wujud di dahiku, berkerut menahan sakit.
"Haneul."
Terdengar suara Jaehyun menegurku, mungkin perasan dengan riak wajahku yang mula terlihat jelas menahan sakit.
"Awak okay? Muka awak pucat."
Aku hanya menggeleng perlahan, masih menunduk enggan bertatapan mata dengannya. Tangan kananku masih menekan kuat perutku sendiri yang semakin lama semakin tak tertahan nyerinya. Tanpa sedar peluh dingin mula membasahi dahiku.
"Saya nak ke tandas sekejap." Pamitku seraya berdiri.
"Haneul!"
Hampir saja aku terjelopok jatuh namun sempat tanganku berpaut pada sisi meja di hadapanku. Mata mula terlihat berpinar-pinar, kepala turut sama terasa berat, ringannya tubuh aku rasakan tika ini.
"Haneul, are you okay?" Terdengar suara Jaehyun samar-samar di pendengaranku. Pada masa yang sama, terasa tangannya memeluk erat bahuku, menghalang tubuhku dari terkulai jatuh ke atas lantai.
Aku menunduk saat merasakan sendiri cecair pekat dan hangat mengalir dari celahan pehaku. Dengan penglihatan yang semakin kabur, dapat aku lihat sendiri tempat dudukku yang dipenuhi dengan cecair merah darah, begitu juga skirt labuhku.
Nafas aku mula dirasakan laju, sangat laju sehinggakan aku merasa cemas. Ingin saja aku menangis namun di luar kawalanku, penglihatanku mula terlihat kelam sebelum berubah gelap sepenuhnya.
.
.
.
Perlahan-lahan mata aku celikkan. Beberapa kali aku mengerdipkan mata sehinggalah siling putih di atasku tika ini mula terlihat jelas. Untuk seketika aku hanya diam, cuba mengingat semula apa yang terjadi.
Jaehyun.
Darah.
Ya, aku alami pendarahan.
Lantas aku menunduk dengan tangan kananku pantas menyentuh atas perutku, mencari sekurang-kurangnya benjolan halus di bahagian bawah abdomenku. Keluhan nafas aku lepaskan dengan mata yang terpejam, bersyukur dan lega saat tanganku menyentuh permukaan itu.
Dia masih ada di situ.
Dengan kelopak mata yang masih terkatup rapat, laju saja air mata aku mengalir. Dada dirasakan sebu, sesak dengan pelbagai perasaan yang bercampur-baur. Air mata aku biarkan mengalir perlahan dan hangat ke sisi mataku, membasahi telingaku.
"Haneul.."
Dengan kelopak mata yang terasa berat dan pedih, perlahan-lahan mata aku celikkan seraya menoleh ke sisi kananku, mencari dari mana datangnya suara garau namun cukup lembut menyapaku itu.
Jaehyun.
Terlihat dia sedang berdiri tidak jauh dariku, menatapku dengan renungan matanya yang turut sama tampak mendung.
Langkahnya diatur perlahan menghampiri aku sebelum tanpa dipinta dia duduk di kerusi bersebelahan dengan katilku.
"Boleh awak minta tolong pihak hospital hubungi suami saya.." Pintaku perlahan dengan genangan air mata, masih punya rasa segan untuk menangis di hadapannya.
Namun hati dirasakan cukup hiba tika wajah Taehyung bermain di fikirkanku. Aku tak nak dia risaukan aku tapi pada masa yang sama, aku perlukan dia saat ini di sini.
"Dia dah dalam perjalanan ke sini."
Mata aku pejamkan saat air mata tak mampu lagi aku tahan dari terus mengalir. Hanya Taehyung yang aku perlukan tika ini. Hanya dia yang tahu bagaimana hendak menenangkan aku.
"Haneul."
Lantas mata aku celikkan tika terdengar suara itu menyapa pendengaranku. Suara garau namun cukup lembut setiap kali berbicara denganku, apatah lagi tika memanggil sebaris namaku. Suara dia, Kim Taehyung.
Sebaik saja mata aku celikkan, sepasang matanya yang jelas sarat dengan rasa bimbang tentang aku menyambut lembut renungan mataku. Tiada senyuman di bibirnya, jelas raut kebimbangan di wajahnya, tahu aku sudah membuatnya risau hampir separuh mati.
Melihatnya sekarang ini sudah cukup buatkan air mata aku kembali mengalir, cukup deras.
"Shh, I'm already here.." Bisiknya perlahan di telingaku memujukku. Mata aku pejamkan, menangis di bahunya tika dirinya menghampiriku lebih dekat, memelukku.
Tubuhnya turut sama aku peluk, tangan menggenggam kuat bajunya sementara dia mengusap lembut belakang bahuku. Sesekali hidung dan bibirnya menyentuh lembut ubun-ubun rambutku.
"Sorry for being late, Haneul.. Maaf aku tak ada sebaik saja kau bangun tadi.." Bisiknya lagi buatkan hati aku turut sama luluh.
"Aku takut, Taehyung.."
"Don't be scared as long as you have me, Haneul. Walau apa pun jadi, aku tetap ada untuk kau, aku tetap sayangkan kau Haneul.."
Semakin deras air mata yang mengalir, tubuh aku biarkan tidak berdaya di dalam pelukannya.
.
.
.
Lambat-lambat aku mengunyah. Setiap suapan yang masuk ke dalam mulut aku dirasakan tawar, mungkin juga kerana hilangnya selera makan aku. Akhirnya aku berhenti dari terus makan. Belakang tubuh aku sandarkan pada katil dengan cardiac table masih ada di depan aku serta makanan yang hanya satu per empatnya bersentuh.
Sesekali aku melihat ke pintu masuk wad, mengharapkan susuk tubuh Taehyung muncul dari situ. Tahu dia sekarang sedang berjumpa dengan doktor yang merawatku. Entah apa yang doktor perlu bincangkan dengannya sampai tak boleh berbincang di depan aku.
Lambat-lambat aku menunduk, melihat perutku sendiri sebelum tangan kananku menyentuh lembut atas permukaan itu, mengusapnya lembut.
Pada mulanya aku sendiri geli untuk melakukan hal seperti ini, mengusap perut sendiri tapi kini seolah-olah sudah menjadi kebiasaan buat aku.
Usia kandunganku sudah melepasi usia lima belas minggu, melewati usia kandunganku dulu yang hanya bertahan hingga usia lapan minggu dan setiap hari aku berdoa semoga dia tetap terus bertahan.
"Dah habis makan?"
Kepala aku angkatkan tika terdengar suara Taehyung menyapaku. Entah sejak bila dia sudah berada di sebelah aku pun aku tak tahu, leka sangat termenung.
Aku hanya memerhati bila mana dia mengambil tempat duduk di atas katil, berhadapan denganku, dengan cardiac table masih berada di antara kami.
"Sikitnya makan." Tegurnya tatkala melihat dulang makananku yang gayanya macam tak bersentuh pun.
"Tak ada selera."
"Mana boleh macam tu. Nak cepat keluar kan? Kenalah makan. Kau duduk lama-lama dekat sini aku tak nak jaga."
Tergelak aku mendengar ugutannya yang aku tahu hanya sekadar gurauan semata-mata ingin melihat aku tertawa.
"Doktor cakap apa?" Soalku bila tawaku mereda. Dapat aku lihat dia hanya diam, menatapku lama sebelum dia tersenyum nipis, tampak hambar lalu dia menggeleng perlahan.
"Tak ada apalah. Dah, sambung makan." Balasnya tanpa melihat aku, jelas mengelak dari terus membuat hubungan mata denganku.
"Taehyung.." Panggilku lagi, separa merayu. Serba salah saja wajahnya saat renungan matanya dipaksakan untuk berbalas mata denganku.
"Nak tahu? Habiskan makan dulu." Kali ini selamba dia bersuara sambil membuka kasut sebelum dia duduk bersila di depan aku. Sudu dan garfu di atas dulang diangkat.
"Tak sedap."
"Shh, jangan cakap kuat-kuatlah. Kesian nurse dengar, penat-penat dia orang masak."
Laju saja tangan aku memukul lututnya di bawah meja buatkan tawanya tercetus. Ada saja lawak bodoh dia ni tau.
"Bukan dia orang yang masaklah!"
"Oh, ek?" Balasnya selamba sambil tersengih. Pada masa yang sama, nasi dicedokkan ke dalam sudu di tangannya sebelum sudu berisi penuh nasi, kuah sup dan sayur itu di bawa ke depan mulutku.
"Aaaaa, buka mulut."
Tergelak aku dengan gayanya sekarang, macam nak suap baby pula.
"Awak ingat saya baby ke?"
"Yalah, kau kan baby ayang aku."
Sekali lagi tawa aku tercetus, sampai naik cramp balik perut aku. Dengan tawa yang mereda, tangan mengusap perlahan perut sendiri. Dapat aku lihat riak wajah Taehyung berubah, jelas bimbangkan aku.
"Sakit lagi?" Soalnya. Pada masa yang sama, tangannya dari bawah meja menyentuh sama perutku. Terharu tika tangannya turut sama mengusap perlahan dan lembut perutku.
"Sikit." Balasku sambil tersenyum. Dapat aku lihat dia turut sama tersenyum namun seperti menyimpan sesuatu jauh dari pengetahuan aku, begitu juga sepasang matanya. Tampak pilu..
"Makanlah, kau dah cukup sakit, aku tak nak kau tambah sakit.."
Tersentuh namun pada masa yang sama, cukup sebak tatkala mendengar dirinya memujukku sekarang. Mungkin dia tampak bersahaja, mampu bergurau denganku tapi aku tahu, itu semua hanya sekadar menutupi rasa bimbang dan risaunya yang menggunung tinggi buatku.
"Okay, aku makan."
Tersenyum dia tika melihat aku mula duduk tegak, bersiap sedia hendak disuap olehnya. Sempat tangannya menyelitkan rambutku di belakang telingaku kiri dan kanan.
"Lepas ni aku ikatkan rambut kau."
Aku pula yang tersenyum. Dalam diam suka bila dia memanjakan aku walaupun hakikatnya dia memang selalu manjakan aku.
Dengan senyap aku mengunyah setelah Taehyung menyuapkan sesudu nasi di dalam mulutku.
"Tak nak sayur."
"Kena makan sayur, sayang. Nanti anak aku pendek macam kau macam mana?" Bebelnya sambil menunduk, sibuk mencedokkan sayur dan nasi untukku. Mulalah aku mencebik tak puas hati dengan complain dia.
Namun dalam diam, aku terharu dengannya, melihatnya sekarang. Wajahnya yang masih menunduk itu aku tatap lama, dalam diam aku semakin jatuh cinta dengannya. Kawan baik aku sendiri, suami aku sendiri.
"Taehyung."
"Hmm."
"I love you."
Terangkat kepala dia tika aku mengucapkan sebaris ayat itu. Lama dia menatap aku sebelum terukir senyuman di bibirnya. Bukan senyuman mengusik atau mengejek tapi senyuman tulusnya yang aku cukup tahu, hanya terukir bila dia betul-betul gembira.
"Apa kau cakap?" Soalnya, kali ini senyumannya bertukar kepada senyuman mengusiknya itu buatkan aku tertawa.
"Aku cakap 'I love you'. Aku sayang kau, lebih dari seorang kawan.. dan aku baru sedar sekarang.." Tuturku perlahan tatkala hati tiba-tiba merasa sebak.
Terlihat dia hanya tersenyum halus. Tersenyum aku tika tangannya mengusap lembut atas kepalaku bagaikan aku ini anak kecil di matanya.
"I love you too, sayang.."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top