15

.
.
.

"Kenapa aku pula? Kau tahu kan dalam tahun ni je dah banyak projek aku dapat."

"Ya aku tahu tapi client ni nak kan hasil kerja kau, bukan orang lain. Dah puas dah aku pujuk dia untuk cari interior designer yang lain tapi dia masih nak kan kau. Tapi aku tak terkejutlah, hasil kerja kau memang selalunya tip top."

Kepala yang mula berdenyut sakit aku picit perlahan. Baru sampai office aku dah stress.

"Fine. Kau suruh client tu datang petang ni, aku nak jumpa dengan dia."

"Kira kau setujulah ni?"

"Tengoklah nanti." Jawabku acuh tak acuh. Perut mulalah rasa memulas, stres mungkin.

.
.
.

Lepas melawat tapak projek tengah hari tadi, petang ini terus aku naik semula ke pejabat. Hampir terlupa yang aku ada temujanji dengan seorang lagi client yang sejujurnya masih belum dapat kata sepakat dari aku. Tapi ada baiknya aku memberi peluang pada dia untuk meyakinkan aku.

Jisoo, personal assistant  aku sempat memberitahu aku melalui pesanan ringkas tadi yang klien itu sudah pun menunggu aku di dalam bilik pejabat aku. Nampak benar yang dia memang mahukan perkhidmatan aku.

"Maaf lambat, ada urusan lain tadi. Dah lama tunggu?"

Masuk saja ke dalam pejabatku, terus aku menyapanya ramah walhal yang aku lihat sekarang hanya belakang tubuhnya yang sedang berdiri di hadapan meja kerjaku.

Hilang terus senyuman aku tika sel-sel otak aku pantas menangkap identiti lelaki di hadapanku sekarang walau hanya dengan sebatas melihat belakang tubuhnya.

Dia.

Jung Jaehyun.

Lantas dia memalingkan tubuhnya menghadapku. Terukir senyuman lebar di bibirnya.

"Haneul."

.
.
.

"Maaf, saya tak boleh terima tawaran awak. Dah terlalu banyak projek yang saya perlu handle."

"Atau sebab saya bekas suami awak?"

Terangkat kepala aku tika mendengar andaiannya yang satu itu. Hakikatnya memang itulah salah satu sebab kenapa aku tak mahu bekerjasama dengannya, malah sebab utama.

"Come on. Saya bukan tawarkan awak projek kecil, saya tawarkan awak projek besar. Awak juga yang rugi kalau awak tolak. Saya bukan ke sini sebagai bekas suami awak, saya ke sini sebagai seseorang yang tahu menilai hasil kerja awak. Awak berbakat, Haneul."

Aku hanya diam, berbalas renungan mata dengannya. Lantas aku mengalihkan pandangan aku tika dia tersenyum, mulai tersedar yang aku terlalu leka menatapnya.

"Ada banyak lagi company interior design dekat Seoul ni, awak pilih saja mana yang awak nak."

"Dan saya pilih company ni sebab saya kenal seseorang yang berbakat di sini. She's here, infront of me."

Nampaknya dia memang tak akan mengalah.

"Awak nak lepaskan peluang untuk company awak berkembang hanya kerana masalah peribadi antara kita?"

Soalnya lagi tapi aku tahu, dia hanya sekadar mahu memprovokasi aku.

"Tomorrow I'll come here again and I hope for a wise decision from you."

.
.
.

Malam itu aku langsung tak dapat memejamkan mata. Termenung sendiri memikirkan hal di tempat kerja tadi.

Lambat-lambat aku menoleh, melihat Taehyung yang sudah nyenyak tidur di sisi aku. Seperti selalu, tidurnya pasti memeluk aku dengan posisinya menghadapku. Terasa tenang tatkala melihat wajahnya sekarang yang mungkin sedang lena diulit mimpi.

Paling aku suka menatap wajahnya ketika dia sedang tidur kerana aku tahu, tika inilah dia merasa tenang, tiada apa yang mengganggu fikirannya, tiada bebanan yang dipikul pada bahunya. Bagaikan bayi yang baru lahir, tampak tenang.

Dengan tangannya masih merangkul pinggangku, aku menukar posisi baringku dari menelintang kepada mengiring menghadapnya.

Kepala aku bawa dekat ke bahunya sebelum dahi aku rehatkan di situ. Merasakan sendiri hembusan nafasnya yang halus dan panas dari rongga hidungnya, meniup lembut ubun-ubun rambutku. Tangannya yang merangkul pinggangku aku sentuh, mengelusnya lembut. Perlahan-lahan mata aku pejamkan tika aku mula merasa tenang dengan posisi ini.

Lambat-lambat kelopak mata aku buka kembali tika dirasakan kucupan hangatnya menyinggah lembut atas kepalaku. Senyuman halus terukir di bibirku namun tak pula aku mendongak untuk melihatnya. Mata aku pejamkan kembali tika dirinya membawaku lebih erat ke dalam pelukannya.

Tertawa perlahan aku tika jari-jemarinya mula memicit lembut dan perlahan atas kepala aku. Terasa kelakar pula malam-malam picitkan kepala orang, dahlah dia baru bangun tidur, entah-entah mamai lagi.

"Awak buat apa ni?" Soalku dengan mata masih menatap dadanya, bukan pada sepasang matanya.

"Shh, aku tengah sedut masalah kau."

Tercetus lagi tawa aku mendengar suara garaunya perlahan berseloroh denganku.

"Lepas masalah saya kena sedut, ke mana masalah-masalah tu pergi?"

"Ke aku, biar aku yang tanggung masalah kau. Aku pernah cakap kan pada kau? Aku tak suka tengok kau sedih.."

Perlahan dia bersuara, terdengar tulus dari hatinya buatkan aku terasa sebak sendiri, terharu. Lantas aku mendongak, ingin menatap sepasang matanya dan ternyata dia sudah setia menanti aku untuk melihatnya.

Tiada senyuman di bibirnya melainkan renungan matanya yang redup dan lembut membalas tatapan mataku. Terbias riak peduli dan risaunya buatku sekarang.

"Mana ada aku sedih, aku okaylah. Serius." Tuturku yakin dengan senyuman, cuba meyakinkannya.

"Told someone who keeps silent when something is bothering her."

Tuturnya perlahan buatkan aku menggumam sendiri. Dia kenal aku lebih dari aku mengenali diri aku sendiri. Dia yang menyayangi aku lebih dari aku sendiri.

Mata mulalah dirasakan panas dan membahang. Berkaca-kaca tika menatapnya sekarang. Kali ini rambut aku pula dielusnya lembut. Entah apa yang kelakar, gelak pula dia.

"Betullah, perempuan kalau mengandung memang sensitif. Sebelum ni susah betul nak buat kau menangis. Dulu time sekolah last aku buat kau menangis masa aku masuk hospitallah, kening kena jahit."

Tersenyum juga aku mendengar ceritanya.

"Sebab kaulah sampai sekarang orang ingat aku gangster tau. Dah macam ada anak lipan dekat kening."

Kali ini aku tak mampu menahan tawa buatkan diri turut sama tertawa. Tawanya seolah-olah lega dan gembira dapat melihat tawaku, lebih gembira dari aku.

"Tak apa, awak still handsome dekat mata saya. Macam awak cakap, seksi."

Tersenyum dia tika mendengar komenku. Dengan senyuman lembutnya, dia hanya diam, membiarkan aku mengusap lembut keningnya. Sementara mata aku tertumpu pada keningnya, sepasang matanya pula bergerak perlahan mengamati setiap inci wajahku dengan senyuman halusnya.

"Aku suka bila kau cakap macam tu."

Lantas sepasang mata aku tertumpu tepat pada sepasang matanya. Senyuman masih terukir di bibirnya.

"Macam tu?" Soalku.

"Awak-saya." Tuturnya perlahan dengan senyuman mengusiknya buatkan muka aku memerah, baru tersedar sudah berkali-kali aku tersasul menggunakan kata ganti diri 'awak-saya' dengannya.

"Lembut je dekat telinga aku." Komennya lagi buatkan aku berdebar sendiri.

"Haneul, kau rasa aku kasar ke bila aku guna 'aku-kau' dengan kau?" Soalnya lembut, seolah-olah begitu peduli dengan apa yang aku rasa selama ini.

Lantas aku menggeleng.

"Tak langsung. Just keep using it, I love it."

"Kenapa?"

"Rasa manly."

Tergelak dia dengar jawapan aku sebelum pipi aku dicubit halus.

"Mengada-ngada." Usiknya buatkan aku tersengih.

"Kau pun, jangan ubah apapun tentang kau sebelum ni bila dengan aku hanya kerana aku dah jadi suami kau. Nothing needs to be changed about you Haneul because I love everything about you. "

Tuturnya perlahan. Tangannya kini beralih pula pada pipiku, mengusap lembut di situ. Dalam diam kami berbalas senyuman.

"Janji tak ejek kalau aku guna 'awak-saya' dengan kau nanti?"

Belum apa-apa dia dah gelakkan aku.

"Tak, sayang. I love it, why should I make fun of you?"

"Okay kalau macam tu saya cuba."

Tersenyum dia mendengar jawapanku.

"Hmm, yelah tu. Kita tengok berapa lama boleh tahan."

Tengok tu, belum-belum dah mengusik aku!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top