14
.
.
.
Hujung minggu ini Taehyung mengajak aku ke rumah keluarganya, makan malam di sana. Berita kehamilan aku sudah kami sampaikan pada Mama dan Papa. Kini giliran keluarga Taehyung pula untuk kami kongsikan berita baik ini bersama.
Menangis-nangis Mama bila aku bagitahu yang aku mengandung. Papa pula tak tunjuk sangat reaction tapi malamnya aku balik rumah, barulah Mama telefon cakap Papa menangis sendiri dalam bilik tidur. Hailaaa..
Sampai saja di rumah keluarga Taehyung, aku disambut oleh adik-adik Taehyung. Si kembar perempuan, Taeri dan Taeyeon dan si bongsu lelaki, Taeoh.
Jarak Taeri dan Taeyeon beza lima tahun dengan Taehyung, sementara Taeoh sembilan tahun beza umurnya dengan Taehyung, jauh benar. Patutlah Taehyung jauh lebih matang dari aku walaupun kami sebaya, dengan adik-adiknya yang ramai, mesti sedari kecil dia perlu tunjukkan sikap yang matang sebagai anak pertama.
Si Kembar yang riuh dan punya perangainya tersendiri, menyambut gembira kehadiran aku, terus lupa abang sendiri. Taeoh pula paling ngam dengan Taehyung walaupun jarak umur mereka yang jauh, mungkin juga sebab mereka sama-sama lelaki.
"Omma mana?" Soalku pada Taeyeon dan Taeri.
"Dekat dapurlah, bersungguh-sungguh masakkan makan malam untuk kakak. Paling semangat. Kalau tak, makan choco jar je kami akak."
Tergelak aku dengar jawapan Taeri. Dari dulu aku memang dah ngam dengan adik-adik Taehyung. Ditambah pula dengan perangai Taeri yang banyak cakap dan Taeyeon yang pemalu tapi mesra.
.
.
.
"Kau nampak omma nangis tadi bila kita bagitahu mereka yang kau mengandung? Comel je."
Tersenyum aku mendengar Taehyung bercerita kembali reaksi omma dan yang lain-lain tadi. Terharu bila melihat semua orang turut tumpang gembira dengan kami, rasa disayangi.
Perlahan-lahan senyuman aku bertukar hambar. Lambat-lambat aku menunduk, sebelah tangan menyentuh perut sendiri yang masih kempis.
"Hey.. Kenapa ni?"
Terdengar suara Taehyung lembut menyapa pendengaranku. Pada masa yang sama, terasa gegaran kecil di atas katil ini tika dia mengambil tempat duduk di sebelah aku.
Kepala aku angkatkan, berbalas mata dengannya yang menatapku dengan renungan mata yang sarat dengan rasa peduli tentangku. Dengan senyuman hambar masih terukir di bibir, aku menggeleng perlahan.
Bukan sehari dua dia mengenali aku. Tidak semudah itu untuk aku menipunya. Terasa telapak tangannya yang lebar diletakkan di atas tanganku yang masih berada di atas perutku. Matanya masih membalas lembut renungan mataku.
"Ceritalah. Anggap sekarang ni aku adalah Taehyung, kawan baik kau, bukan suami kau. Lupakan sekejap suami kau yang handsome tu."
Tersenyum dia bila berjaya juga dia mencetuskan tawa aku walaupun sekejap.
"Boleh eh tukar-tukar macam tu?"
"Anything for my sayang."
Tertawa lagi aku mendengar jawapannya. Tersengih suka dia bila aku mencuit lembut pipinya.
"Ceritalah." Lembut dia memberi ruang buat aku.
Lambat-lambat senyuman aku kembali bertukar hambar. Tak semena-mena mata mula dirasakan panas dan membahang, membuatkan senyuman aku hilang.
"Macam mana kalau jadi macam sebelum ni?" Soalku perlahan dengan suara yang mula tenggelam, menahan gelora di dada. Dapat aku lihat riak wajahnya berubah, terkedu.
"Aku takut.." Rintihku perlahan dengan air mata yang tak tertahan. Akhirnya apa yang terbuku di hati selama beberapa hari ini, aku luahkan padanya.
"Sebab ini kau banyak diam beberapa hari ni?" Soalnya perlahan, tangannya menyeka lembut air mataku.
Kepala aku tundukkan seraya mengangguk perlahan.
"Kenapa perlu takutkan benda yang belum terjadi dan kemungkinan besar tak akan jadi pun?" Tanyanya perlahan namun aku tahu, dia tak mengharapkan aku untuk menjawab.
"Jangan beratkan fikiran dan hati kau dengan perkara-perkara macam tu,.. Kau sepatutnya happy sekarang ni, tak adillah kalau hanya aku sorang yang happy.."
Pujuknya lagi. Tangannya kini mengelus lembut kepalaku, seolah-olah ingin mengusir segala bebanan yang sering mengganggu fikiranku.
"Jangan sesali apa yang dah terjadi dan jangan persoalkan apa yang belum terjadi. Yesterday was history, tomorrow is a mystery, today is a gift, that why it called the present."
Tuturnya lagi. Tersenyum dia tika aku kembali mengadahkan kepalaku, menatap sepasang matanya.
"Don't be scared of anything when at the end of the day, you still have me, Haneul."
Terpujuk rasa hati tika mendengar janjinya yang satu itu. Tahu seburuk apa pun aku, dia akan tetap menerima aku. Walaupun sesukar mana jalan yang perlu aku lalui, akan ada dia menemani aku melewati semua itu.
"Dahlah, jangan fikir yang bukan-bukan. Nanti kau stress, aku yang risau. Nanti aku ikut sama stress, dah kita sama-sama stress, berjemaah stress nya."
Akhirnya tercetus juga tawa aku.
"Aku suka tengok kau gelak macam ni. Aku suka tengok kau happy. Happiness suits you well, Haneul.."
Terukir senyuman halus di bibirku. Terharu. Betapa bermaknanya kegembiraan aku buatnya. Seperti yang pernah dia beritahu aku sebelum ini. Gembiranya aku, gembiralah dia. Bahagianya aku, bahagialah dia..
.
.
.
Seperti kebiasaan hari pagi aku, aku pasti akan membantu Taehyung bersiap. Paling aku suka bila mengikat tali lehernya. Bukannya dia tak reti cuma aku saja yang mahu dan dia pun melayan saja kehendak aku.
Belum sempat aku nak jengketkan kaki macam selalu, awal-awal dia dah terkangkang depan aku biar ketinggiannya menyamai ketinggian aku yang sememangnya pendek darinya. Padahal masa sekolah rendah aku lagi tinggi dari dia, tak adil betullah!
"Jangan tergolek pula. Karang aku jatuh, kita jatuh sama-sama." Usiknya dengan tangannya memeluk erat pinggang aku buatkan tawa aku tercetus.
"Biar jelah aku jengket kaki macam selalu."
"Aku tak nak kau penat."
"Kalau macam tu kita duduk jelah."
"Tak sweet lah pulak."
Tergelak aku dengar jawapan dia. Habis dia terkangkang macam ni sweet lah?
"Kalau macam tu pakai sendiri."
"Tiba-tiba tak reti buat sendiri." Rengeknya pula buatkan aku tersengih. Gedik betul!
Walaupun dah lama berkawan dengannya dan sudah menjadi isterinya pun, aku tetap malu hendak bertatapan lama dengan sepasang matanya. Macam sekarang, sengaja aku mengelak dari bertentangan mata dengannya sedangkan aku tahu, dia sedang menunggu aku membalas renungan matanya.
Tak semena-mena pipi dirasakan panas dan membahang direnung suami sendiri. Semakin malu bila terdengar getaran tawanya perlahan, pastinya dia dapat lihat sendiri betapa merahnya pipi aku sekarang.
"Dah mengandung pun, masih malu dengan aku?" Usiknya buatkan aku makin malu, sempat hujung ibu jari dan jari telunjuknya mencuit halus pipi aku.
Terus lupa yang dulu aku langsung tak tahu malu dengan lelaki di hadapanku ini tika hubungan kami hanya sebatas rakan karib.
"Dah siap." Aku bersuara, sengaja menukar topik setelah selesai menyimpul kemas tali lehernya namun dia masih macam itu juga, merenungku sampailah sepasang mataku tertumpu tepat pada sepasang matanya, barulah dia tersenyum.
"Pandang pun." Usiknya dengan senyuman penuh mengusiknya.
"Dahlah pergi kerja, nanti lambat."
Berbeza dengan aku yang masuk kerja pukul sembilan, dia pula pukul lapan sudah harus terpacak di pejabat.
"Can we just stay like this forever, sayang?" Soalnya buatkan aku tertawa.
"Tak sakit kaki ke nanti terkangkang macam ni lama-lama?" Gurauku.
"I can't feel anything except love whenever I'm with you, sayang so don't worry, I'm good."
Tergelak lagi aku mendengar jawapan dia. Semenjak aku pregnant ni ada saja modal dia nak mengayat aku.
"Dahlah berdiri elok-elok, koyak seluar awak nanti, saya juga yang kena jahit."
Kali ini dia pula yang tertawa mendengar bebelan aku. Aku pun tak perasan lancar saja mulut aku ni membahasakan diri 'awak-saya' dengannya tapi tak ada pula dia mengusik aku, sebaliknya senyumannya tampak suka aku menggunakan 'awak-saya' dengannya.
Terus dia berdiri tegak, mendengar kataku namun tangannya masih memeluk longgar pinggangku.
"Dah pergi cepat. Jalan jam nanti susah." Halau aku lagi dan dia hanya tersenyum sebelum dia mengangguk sekali.
"Yalah.." Lembut dia bersuara seraya menarik aku lebih dekat padanya sebelum dirasakan kucupannya yang hangat dan lembut singgah di ubun-ubun rambutku.
"Jaga diri." Pesannya.
Kali ini tangan kanan aku pula digenggam. Tergelak dia bila spontan aku membawa kekura tangannya ke bibirku, mengucupnya lembut. Rasa sebak pula bila hujung hidung aku menyentuh kekura tangannya tika ini. Terasa tangannya mengusap lembut atas kepalaku tika aku menyalami tangannya saat ini.
"Jangan buat kerja berat-berat, makan jangan lupa. Jangan stress, stress. Kalau penat, rehat sekejap. Apa-apa call aku."
"Ya, abang."
Tergelak dia tika aku memanggilnya 'abang'.
"Untuk yang bawah ni pula, duduk situ elok-elok. Sampai due date kita jumpa, okay?"
Tergelak aku bila dia menunduk, membawa kepalanya pada paras perutku. Terasa telapak tangannya yang lebar menggosok lembut perutku sebelum satu kucupannya singgah di situ. Pertama kali dia buat semua ini, tak semena-mena rasa hiba sendiri.
Sebaik saja dia kembali berdiri tegak, tanpa sebab aku ditarik ke dalam pelukannya. Lama dia memelukku, seolah-olah tak mahu melepaskan aku pergi.
Lambat-lambat aku membalas pelukannya, kepala aku sebamkan ke dadanya, mencium bauan tubuhnya yang selalu membuat aku merasa tenang. Mata aku pejamkan, terasa bahagia tika mendengar sendiri degupan jantungnya, turut sama laju denganku. Bukan kerana rasa gemuruh atau takut, tapi bahagia. Bahagia memiliki dan menjadi miliknya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top