11

.
.
.

Malam ini aku menemani Taehyung ke annual dinner yang diadakan oleh syarikat guamannya di salah sebuah hotel terkemuka di Gangnam.

Aku mengenakan dress simple namun tetap elegan berwarna peach sementara Taehyung segak dengan suit Tuxedo lengkap berwarna Navy blue.

"Jom."

Tegurnya saat aku hanya diam, berdiri di hadapan ballroom yang sudah terhias indah di depan aku tika ini. Tak kurang ramai manusia memenuhi tempat ini. Tumpuan utama aku mestilah pada makanan yang sudah siap terhidang di buffet berdekatan.

Terus aku angkat muka memandang Taehyung tika mendengar getaran tawanya. Terasa telapak tangannya diletakkan di bawah telapak tanganku sebelum jari-jemarinya dikaitkan pada celahan jari-jemariku, menggenggamnya kemas.

"Pantang betul dia bila nampak makanan." Usiknya seraya mula mengatur langkah seiring denganku dengan tangannya masih menggenggam erat tanganku.

"Mestilah, niat datang sini memang nak makan kan?" Balasku buatkan tawanya tercetus.

"Yalah, sayang."

Kini panahan mata aku tertumpu pada seorang perempuan tinggi lampai yang berdiri tidak jauh dari kami di barisan buffet. Cantik, sedangkan aku yang perempuan pun mengakuinya.

Namun apa yang menarik perhatianku bukan hanyalah tentang rupa paras dan bentuk tubuhnya yang layak bergelak model itu tapi dress yang tersarung pada tubuhnya.

Navy blue.

Aku toleh, menunduk memandang tubuh Taehyung.

Kebetulan pula hanya perempuan itu dan Taehyung saja yang mengenakan pakaian bertemakan warna itu malam ini.

Tiba-tiba hati rasa meluap-luap dengan satu perasaan.

Tak kan benda kecik macam ni pun aku nak cemburu kut?

"Fikir apa?"

Aku angkat muka pandang Taehyung. Mungkin tersedar yang aku ralit merenung tubuhnya, dia menegur.

Aku pandang depan semula, pada perempuan tadi yang kini sedang ramah berbual dengan seorang lagi wanita.

"Kau kenal perempuan tu?"

Terus Taehyung angkat muka dari terus ditalakan pada aku, turut sama memandang perempuan itu.

"Yang mana satu?"

"Yang pakai dress navy blue tu."

"Oh, Hani. Satu team dengan aku. Kenapa?"

Satu team? Tiap harilah buat kerja sama-sama kan? Dari pagi sampai ke malamlah Taehyung menghadap perempuan tu?

"Haneul."

Panggilan Taehyung memaksa aku melarikan pandangan dari terus menatap perempuan itu yang kali ni sedang seronok sakan bergelak tawa dengan rakan-rakannya yang lain.

"Kau okay tak ni?"

"Okay, cuma lapar je. Hehe." Balas aku acuh tak acuh, ketawa paling fake aku bagi.

Taehyung hanya diam, tenung aku dengan muka jelas tak percayakan aku. Bukan sehari dua dia mengenali aku, pasti dia tahu aku hanya menipu.

"Taehyung!"

Serentak aku dan Taehyung angkat kepala. Berderau darah aku bila perempuan itu datang menghampiri kami. Tersenyum lebar dia dengan panahan matanya seratus peratus hanya tertumpu pada suami aku. Bersinar-sinar matanya saat berada di hadapan Taehyung sekarang.

"Dah lama sampai?" Tegurnya ramah pada Taehyung, sempat matanya dilirikan sekilas pada aku, terus hambar senyumannya tika bersabung mata dengan aku.

"Baru je. Kenalkan my wife, Kim Haneul."

Senyuman hambar turut aku ukirkan untuk perempuan itu tika Taehyung memperkenalkan aku padanya.

"Oh Hani." Dia turut memperkenalkan diri dengan senyuman manis tapi aku tahu hanya layar buat ditayang pada mata Taehyung.

Macam orang selalu kata lelaki boleh baca fikiran lelaki, begitu juga perempuan.

"Jomlah makan, kebetulan saya pun baru nak ambil makanan. Kita makan semeja?" Soal Hani dengan panahan matanya penuh mengharap pada Taehyung namun Taehyung pula lantas menunduk, melihat aku.

"I'm okay only if my wife willing to."

Perlahan Taehyung bersuara dengan matanya masih tertumpu pada aku. Dapat aku rasakan yang sebenarnya dia pun tak nak duduk dengan perempuan ni tapi aku nak tengok, sejauh mana permainan perempuan ni dan sama ada tanggapan aku pada perempuan ini tepat atau salah sama sekali.

"Okay je. Lagi ramai lagi meriah kan?"

.
.
.

Awal-awal lagi perempuan ni dah tunjuk belang. Sebaik saja Taehyung mengambil tempat duduk di sebelah aku, laju saja perempuan itu mengambil tempat duduk di sebelah Taehyung sedangkan ada lagi tiga kerusi kosong di meja bulat ni.

"Makanlah dulu, abang ambilkan air untuk kita."

Kalau tak ada perempuan ni dengan kami, mungkin awal-awal aku dah gelak guling-guling dekat tepi kerusi ni ketawakan Taehyung tapi eloklah, biar kasi dengar sikit perempuan ni yang tepi aku ni laki orang.

Aku hanya mengangguk.

Kini tinggallah aku berdua semeja dengan perempuan ini.

Awkward.

"So, you're Kim Taehyung's wife?"

Teralih juga kepala aku ni menoleh melihat perempuan itu tika persoalan itu ditujukan pada aku, tersenyum dia melihat aku. Senyuman sinis.

"Macam yang dia kenalkan pada awak, ya saya." Balasku, turut sama tersenyum.

"Dengar cerita you janda sebelum kahwin dengan Taehyung, betul?"

Entah dari mana dia tahu aku pun tak pasti dan tak rasa pula nak ambil tahu. Mukanya jelas berpuas hati dengan aku yang tak terus menjawab, ingat aku sentaplah tu.

"Pelik. Macam mana lelaki macam Taehyung boleh berminat dengan perempuan macam you?"

"Entah, sebab perempuan macam you bukan type dia kut? Kalau tak, dah tentu-tentu dia kahwin dengan you, tak kan dengan I pula kan?" Balas aku turut sama berpeluk tubuh.

Perempuan macam ni jangan dibiarkan, pijak kepala nanti.

Terus naik merah muka dia mendengar balasan dari aku, mungkin tak menjangkakan yang aku akan turut serta dalam permainan sindir-menyindir yang dia sendiri mulakan.

"Kenapa? Insecure bila nampak I rapat dengan suami you?"

"Not really. As we speak right now, I'm his wife, not you. There's nothing to be insecure about. You just like a mosquito following around the bee who's already found his mate."

Makin merah menyala wajahnya menatapku sekarang dengan rahang yang diketap kuat. Sepatutnya yang marah sekarang ni aku atau dia?

"Sorry to bother you guys, tapi dah tak ada tempat kosonglah dekat meja lain. Boleh kami duduk sini?"

Datang seorang lelaki dan seorang lagi perempuan menghampiri meja ini namun panahan mata aku masih tertumpu pada sepasang mata perempuan itu yang tak lepas dari merenungku tajam.

Tiba-tiba saja perempuan itu tersenyum sebelum dia menjelingku, meleraikan pautan mata antara kami. Kepalanya diangkat melihat lelaki dan perempuan yang menegur kami tadi penuh mesra.

"Sure, duduklah."

.
.
.

Kemuncak majlis makan malam ini, semua kakitangan syarikat dipanggil ke atas pentas untuk merakamkan gambar bersama sebagai memori. Pada mulanya Taehyung tak nak, lebih memilih untuk menemani aku makan di meja, sehinggalah perempuan di sebelahnya itu selamba menarik tangannya agar berdiri sama dengannya.

"Jomlah, Tae. Setahun sekali je kita dapat macam ni." Ceria dan cukup manja perempuan itu memujuk Taehyung tapi aku lebih prefer melabeblnya sebagai gedik dan kurang kasih sayang.

Kalau tiada nama baik dan imej Taehyung sebagai suami aku yang perlu aku jaga sekarang, dah lama aku sodok muka perempuan ni pakai kerusi. Sabar Haneul sabar!

Geram rasa hati bila Taehyung hanya diam, membiarkan tangannya ditarik manja perempuan itu. Sempat Taehyung berbicara denganku melalui matanya. Seolah-olah ingin aku tahu yang dia sendiri tak mahu dan tak ingin aku salah faham.

"Pergilah." Arahku.

Serba salah Taehyung menatapku sekarang.

"Jom." Ajak perempuan itu lagi dan rasa kecewa pada suami sendiri bila dia hanya menurut, bangun dari terus duduk di sebelahku tika tangannya ditarik lagi oleh Hani.

Tanpa mempedulikan tatapan mata Taehyung padaku saat dia ingin berlalu pergi, gelas berisi wine di atas meja aku ambil lalu aku teguk perlahan.

Makan tinggallah aku berdua dengan perempuan tadi yang menumpang duduk di meja kami tadi dengan suaminya.

"Dari dulu perangai tak ubah-ubah."

Sebaik saja gelas yang sudah kosong itu aku letakkan di atas meja, terdengar rungutan perempuan di sebelahku ini menarik perhatianku untuk menoleh.

"Not you, her. That bitch."

Hampir tergelak aku bila selamba dia memanggil perempuan tadi dengan panggilan sebegitu seraya mulutnya dimuncungkan sedikit tepat ke arah perempuan itu yang sedang mendaki anak tangga naik ke atas pentas bersama Taehyung.

Menyirap darah aku tatkala melihat tangannya melingkar di lengan Taehyung. Dapat aku lihat muka serba salah Taehyung dari sini tapi tak pula dia menepis tangan perempuan itu dari terus menyentuhnya. Enggan terus melihat, lantas aku mengalihkan pandangan.

"Kesian Taehyung. Dah macam-macam cara dia buat untuk mengelak dari perempuan tu tapi dah nama pun tak tahu malu, macam-macam cara juga perempuan tu buat biar dia dapat menempel dengan Taehyung."

Kepala aku angkatkan, mendengar tanpa membalas apa. Wajah perempuan itu yang tampaknya masih leka merenung perempuan itu aku tatap.

Cantik, tampak tenang tapi agak garang.

Mungkin perasan yang aku tenung dia dari tadi, panahan matanya beralih pada aku sebelum dia tersengih. Hilang terus muka garang dia. Comel.

"Lupa nak kenalkan diri. Saya Minjoo. Yang duduk sebelah saya tadi, Namjoon, suami saya."

"Oh. Saya Min Haneul, isteri Taehyung."

"Tahu."

Tersenyum aku bila sempoi dia menjawab. Nampak bersahaja orangnya.

"Maaf sebelum ni saya dengan Namjoon tak dapat datang wedding awak dengan Taehyung, baby kami demam time tu, kena warded."

Lah, dah ada baby rupanya.

"Baby dah sihat ke?"

"Dah sihat dah. Ni nenek dia yang jagalah ni dekat rumah. Ikutkan saya tak nak pun ke sini, biar Namjoon pergi sendiri tapi takut perempuan macam Hani tu pula rembat tempat saya nanti."

Tergelak aku bila selamba dia mengutuk perempuan tu tapi memang betul pun. Bayangkan kalau aku tak ada dekat sini, entah-entah melompat perempuan tu dekat belakang Taehyung minta piggy back.

"Namjoon dulu satu team dengan Taehyung, kira rapatlah sebab tu saya pun kenal sikit-sikit suami awak."

Aku hanya tersenyum mendengar ceritanya namun pada masa yang sama mengharap Minjoo terus membuka cerita, tak payahlah susah-susah aku nak korek rahsia dekat Taehyung balik nanti.

"Tapi sekarang dah tak satu team dah, dah hampir setahun kut Taehyung minta tukar ke team lain."

"Sebab?"

"Sebab dah tak tahan dengan perempuan tu, menempel macam tahi hidung. Kerjanya nak berkepit 24 jam dengan Taehyung. Dulu Namjoon, Taehyung, perempuan tu ada dalam satu kumpulan yang sama. Taehyung tak tahan, dia minta tukarlah ke team lain. Tapi tak lama lepas tu, perempuan tu menggedik minta tukar satu team dengan Taehyung lagi, mentang-mentang anak boss."

Bahaya ni. Dah serupa parasit.

Mata aku kini tertumpu pada perempuan itu. Dapat aku lihat betapa tak selesanya Taehyung berada di sisi perempuan itu sekarang. Tak segan silu perempuan itu merangkul pinggang Taehyung sekarang, bersiap sedia hendak mengabadikan gambar sekali lagi.

Tangan mula mengepal penumbuk.

"Kesian Taehyung, tersepit. Dan perempuan tu pula pandai ambil kesempatan dalam kesempitan. Bukan sekali dua Taehyung terus-terang dekat perempuan tu yang dia tak ada apa-apa perasaan pun dekat perempuan tu tapi perempuan tu peduli apa? Tengoklah sekarang, even depan awak, yang sah-sah dia dah tahu isteri Taehyung, masih juga terkinja-kinja dengan Taehyung. Kalau saya jadi awak dah lama saya celup kepala dia dalam balang cocktail tu."

Kalaulah hati tak dirasakan setawar sekarang, mungkin aku sudah ketawa dengan lawak Minjoo itu namun dada dirasakan sebu melihat Taehyung dan perempuan itu di depan aku tika ini.

.
.
.

Double update! ;)💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top