Teaser 2

“Kita pindah semula ke taman Indera nak tak Mel? Kita sewa rumah yang lebih besar dari rumah Mel dulu. Rumah ni Mel sewakan je. Abang tak boleh duduk dalam rumah besar tanpa buat apa-apa Mel.”

Berkerut dahi Emelda. Bulat matanya tidak percaya dengan ucapan Badlishah tika ini.

“Pindah? Pindah kat taman tu balik? Mel tak nak! Mel dah serik Bad. Mel tak nak!”

“Bukan rumah yang Mel tinggal dulu Mel. Tapi rumah lain.”

“Mel tak nak. Mel susah hidup dekat sana. Mel tak sanggup nak hadap lagi. Kenapa Bad nak Mel laluinya sekali lagi? Sekarang kita ada rumah besar. Ada kereta. Ada semuanya Bad. Kenapa nak kena pindah sana balik?”

“Mel, dah setahun abang duduk je dalam rumah ni tak buat apa. Ada kerja dulu pun sekejap sekejap je. Abang takde kegiatan apa pun kat sini nak buat. Kalau dekat sana, macam-macam ada Mel. Ada program surau, ada gotong royong. Ada macam-macam aktiviti dengan anak yatim. Dekat sini semua tu tak ada Mel.”

“Sebelum ni kenapa Bad tak bagitahu Mel pun? Kalau Bad tak boleh nak hidup dengan cara Mel dekat sini, Mel nak buat macam mana? Salah Mel ke? Kenapa Mel nak kena ikut cara Bad, pindah dan duduk sana tempat yang buat hidup Mel perit tu ke? Mel tak nak!”

Emelda bingkas bangun dari duduknya. Nasi lemak di dalam pinggan tidak lagi dijamah. Dia meninggalkan dapur dengan hati yang panas.

“Mel, Mel tunggu. Mel!” Tangan Emelda diraih. Bahu wanita itu dipegang. “Bukan macam tu Mel. Bukan macam tu.”

“Habis macam mana? Mel rasa terhina duduk dekat sana. Anak-anak Mel macam pengemis tak ada makanan. Nak makan ayam goreng pun Mel tak mampu nak bagi. Mel kerja restoran, orang-orang dekat situ hina Mel. Bad tahu ke? Bad tak rasa kan? Mel tak nak lalui semua tu lagi. Mel tak nak duduk dalam rumah buruk. Panas!”

“Istighfar Mel. Apa yang Mel merepek ni? Semua tu takkan jadi lagi Mel. Mel kan dah ada semua. Kita cuma pindah tempat je. Mel boleh bawa apa yang Mel nak. Jadi Mel tak susah macam dulu. Abang cuma nak jadi ketua keluarga macam orang lain, Mel. Abang tak nak satu hari nanti Mel pertikaikan abang tak buat sesuatu pun untuk rumahtangga kita.”

“Mel takkan pertikaikan apa-apa pun asalkan kita duduk sini. Takpe. Bad tak perlu kerja. Mel boleh tanggung semua. Asalkan Bad ada dengan Mel dan anak-anak kita. Tu je.”

“Mel...”

“Mel sakit kepala. Mel tak nak bincang lagi. Cukup Bad!”


arenayidin
19 Mei 2022

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top