Open order
BLURB KOMBO
TIKA RINDU MENJAUH
ARENA YIDIN
Gelaran janda membuat Emelda semakin diburu derita. Itulah yang terjadi kepada wanita itu setelah kematian suaminya Kamal. Hidupnya melarat kerana dihalau oleh ibu mentua dan adik iparnya keluar dari rumah yang mereka duduki setelah Kamal pergi. Dia dan kedua anaknya menjadi mangsa keegoan Puan Sharifah dan Kamelia.
Hinggalah di tengah kesengsaraan hidupnya hadir Badlishah, lelaki biasa yang tiada apa. Cuma sedikit manis paras rupanya sebagai perantara ketika suaminya telah tiada. Mereka bernikah demi kelangsungan hidup kedua anak kecil itu.
"Kita boleh cuba hubungan ini demi Ziyad dan Ejad. Diorang sayang Bad. Tentang Mel, biarkan rasa sayang itu datang sendiri." EMELDA.
"Saya ikhlas. Saya dan Kamal memang jauh bezanya. Tapi saya buat semua ni demi awak, Ziyad dan Ejad. Saya tak nak awak menyesal nanti." BADLISHAH.
Emelda sudah membulatkan hatinya. Dia tidak mahu tersungkur lagi. Kali ini biar Badlishah yang memandu perjalanan hidupnya. Kamal dan Badlishah memang berbeza. Namun dia tidak mahu lagi untuk mempertaruhkan hidup anak-anaknya.
Mereka bahagia selama setahun hidup bersama walaupun tanpa cinta di pihak Emelda. Namun Emelda mula berubah ingin menjadi isteri yang sebenar untuk Badlishah. Sayangnya kenapa pula datang onar dari adik dan bonda arwah suaminya untuk menghalang kebahagiaan yang sudah ada? Kenapa pula ini jadinya?
"Sampai mati aku tak nak tengok kau hidup senang Mel. Kau tu pembunuh abang aku. Jaga kau Mel. Aku akan pastikan kau hidup merempat sekali lagi." Kamelia.
Kerana ini, satu kesilapan telah berlaku. Badlishah menjadi mangsa. Dia sangat tersinggung dengan apa yang Emelda lakukan kepadanya. Rupanya Emelda masih tidak mahu melepaskan Kamal. Apatah lagi dengan hasutan Kamelia, Emelda menjadi wanita berhati batu yang tidak mempedulikan perasaan suaminya sendiri.
Badlishah memendam perasaan. Dia pergi untuk menenangkan diri. Mampukah Emelda melepaskan Badlishah? Atau mungkinkah rindu lelaki itu semakin menjauh untuknya? Emelda harus memujuk suaminya dan meminta maaf atau akan kehilangan lelaki itu buat selama-lamanya.
🌸🌸🌸
KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH
EYRA SHAZLEYRA
Husna membenci manusia yang bergelar doktor kerana kesilapan masa lampau. Sebuah kehilangan yang terlalu mustahil untuk dicari ganti walaupun seluruh harta diserahkan.
Namun, kehadiran seorang doktor telah mengubah rasa di jiwanya. Tiba-tiba digoyah keadaan. Mahu mengakui, takkan sesekali dia lakukan.
"Saya sukakan awak, Husna. Saya tahu awak tahu apa yang saya rasa. Kalaulah saya boleh tukar kerjaya, saya akan buat demi awak." - Doktor Izhar.
"Saya minta maaf, Doktor Izhar. Saya tak pernah sukakan awak." - Siti Nur Husna.
"Saya akan buat awak sukakan saya, Husna. Saya akan buat awak rindu saya tanpa kata."
Tragedi yang menimpa menyedarkan Husna yang dia turut mencintai Izhar. Namun, tanpa sempat dia mahu mengaku, Izhar telah pergi meninggalkan dia. Izhar benar telah membiarkan dia merindu tanpa kata.
Peluang yang ada, Fendi tekad meneruskan rancangan untuk memiliki Husna.
"Aku tahu taraf aku, Husna. Langsung tak layak nak memenangi hati kau? Masalahnya sampai bila kau nak tunggu dia? Ah! Aku tak kira. Aku nak suruh mak aku pergi jumpa ayah kau." - Fendi.
Takdir yang terjalin tak siapa mampu menduga. Kerana jodoh terletak di tangan-NYA.
"Mak ngah datang ni mewakilkan Doktor Kamal untuk merisik Husna." - Hajah Maimunah.
Husna keliru. Apa yang telah berlaku? Kenapa lain yang dia harapkan, lain pula yang terjadi? Kenapa timbul nama Doktor Kamal pula? Jika keadaan benar mendesak, Husna lebih rela memilih Fendi.
"Izhar tak sedarkan diri selama seminggu akibat komplikasi daripada kecederaan. Selepas buka mata, nama Husna yang pertama dia sebut."- Doktor Kamal.
Rumah tangga akhirnya terbina kerana takdir telah menentukan. Namun, bahagia pasti akan tergoyah jika tiada kepercayaan. Cinta tak mustahil akan lenyap tanpa kejujuran.
"Aku dah mula rasa berdosa tolong kau diam-diam, Husna. Dikira bersubahat menipu Izhar." - Fendi.
"Aku cuma takut, Fendi. Macam mana kalau Izhar tinggalkan aku sebab aku tak boleh bagi dia anak?" - Husna.
Kemunculan orang ketiga dalam hidup mereka yang cukup bahagia telah menyedarkan Husna yang dia tak rela kehilangan Izhar. Izhar seorang lelaki yang cukup sempurna dari segala segi jika ingin dibandingkan dengan dia.
Berjayakah Husna kembali memenangi hati Izhar? Jika ingin dibandingkan dengan Karmila, memang gadis itu memiliki segala kelebihan.
Sanggupkah Izhar tinggalkan dia kerana pernah bersikap ingkar? Apa yang telah berlaku dalam kehidupan Husna sehingga dia alami trauma?
Sesiapa yg berminat nak dapatkan ebook ni blh pm saya 0175816031.
arenayidin
19 Mac 2022
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top