TAMB 9 : ugut
"No." Ujar Farish mendatar. Bella mengerutkan dahi.
"Ala.. please..."
"No. If I said no, I really mean it." Ujar Farish keras. Bella memuncung sambil memeluk lengan Farish.
"Please... sekor je.." ujar Bella lembut. Tangan bermain main di lengan Farish. Cuba memujuk.
"No!" Ujar Farish lagi.
"Ala.. awak.. bolehla.." ujar Bella manja. Dia kemudiannya memandang binatang yang berada di sangkar itu sebelum dibelai bulunya.
"Its cute right?" Soal Bella sambil menghulur kucing parsi itu kepada Farish malangnya lelaki itu menjauh.
"Letak balik." Ujar Farish tegas.
"Please.. seekor ni je.. rumah tu takde kucing. Nanti kalau awak pergi kerja, saya sunyi.." ujar Bella. Farish meraup muka.
"I can die!"
"Tak! Kucing tak membunuh la wak."
"Kuku dia tajam"
"Tak."
"Gigi dia boleh gigit aku."
"Tak. Kucing ni jinak."
"Aku alergik dengan bulu dia."
"Takpun. Kalau tak mesti awak dah bersin dah sekarang."
"Aku taknak!" Ujar Farish sambil menghentak kakinya. Persis seorang kanak kanak yang tidak dapat lolipop.
"Awak.. sunnah tau bela kucing? Kucing ni binatang kesayangan Rasulullah tau? Dapat pahala kalau kita bela dia." Ujar Bella. Tangan masih membelai bulu kucing tersebut. Farish masih mencuka.
"Dia tak gigit." Ujar Bella sambil menghulurkan kucing itu kepada Farish.
"Hisy, takde ke binatang lain yang nak dibeli?" Soal Farish. Masih taknak beli kucing gebu tu. Bella menggeleng
"Saya taknak yang lain. Nak kucing.. please.." pujuk Bella. Farish menjulingkan matanya ke atas lalu pergi ke kaunter. Bella tersenyum suka. Setelah selesai membeli kucing parsi, mereka keluar dari kedai.
"Jangan menyesal kalau esok aku dah mati kena gigit." Ujar Farish. Bella mencubit lengan suaminya.
"Kalau kena gigit pun takkan mati lah!" Ujar Bella geram.
______________________________
Walaupun sudah tersedia sangkar untuk kucing itu, jarak Farish dengan kucing itu boleh mencecah 10 kilometer. Bella membelai bulu kucing itu.
"Cubalah pegang." Ujar Bella. Farish menggeleng.
"Hell no. Tak boleh ke letak dia jauh jauh sikit? Aku nak tengok tv lah!" Ujar Farish geram. Berkerut dahinya memandang kucing parsi itu seolah olah amat membenci kucing itu.
"Kenapa awak tak suka kucing? Ke awak takut kucing?" Soal Bella. Farish memandang ke arah lain.
"Betulkan?"
"Mana ada! Aku tak takut kucing la." Ujar Farish. Cuba berdalih padahal dah terang lagi bersinar kenyataan bahawa dia takut kucing.
Bella tersenyum.
"Awak nak pergi tempat papa awak tak?"
"No."
"Nak?"
"Bella!"
"Ha, pergi. Tu, papa panggil awak." Ujar Bella lalu terus diletakkan kucing itu di lantai. Macam berpakat, kucing itu berjalan ke arah Farish.
"Stay away." Ujar Farish kepada kucing. Bella menahan senyum. Kucing itu masih mendekati Farish.
"Bella!" Jerit Farish geram. Kaki sudah melangkah jauh dari kucing namun kucing itu semakin mendekat. Bella melepaskan tawa.
"Bella, aku boleh mati sekarang ni tahu tak?" Soal Farish lagi.
"Tak matilah wak. Lainlah kalau yang berjalan ke arah awak tu harimau."
"Bella! Dia nak makan aku!" Jerit Farish apabila jaraknya dengan kucing itu sudah 10cm. Bella masih ketawa.
"Aku boleh mati tau tak? Nak jadi balu ke?" Soal Farish geram. Kaki makin menjauhi kucing itu. Bella menggeleng dalam sisa tawa lalu bangun dan mengambil kucing itu.
"See? Dia bukan monster" ujar Bella lalu meletakkan kucing itu di dalam sangkarnya yang baru sahaja dibeli tadi bersama makanan, minuman, dan tempat buang najis serta tempat tidur. Besar jugakla sangkar tu. Tapi sangkar tu dekat luar rumah sebab Farish ugut dia cakap nak buang kucing tu dalam sungai kalau sangkar kucing tu dalam rumah.
Baru sahaja Bella ingin duduk di sofa kembali, Farish menariknya dan menyebabkan dia terduduk di atas riba Farish.
"Argh!" Jerit Bella terkejut. Tangannya secara tidak sengaja melingkar di leher Farish dan tangan Farish dipinggangnya.
"Nakal." Ujar Farish lalu bibir Bella dikucup. Bella tersenyum lalu membalas perlahan. Lalu Bella melepaskan ciuman. Mata Farish direnung.
"Kucing tu tak membunuhla. Lainla kalau harimau ke, dinasour ke." Ujar Bella perlahan. Wajah Farish diusap perlahan.
"Tak kira. Tetap kena denda jugak." Ujar Farish sambil menelentangkan Bella.
"Hei!" Jerit Bella apabila badan Farish sudah berada di atasnya.
"Kita dekat ruang tamu la awak." Ujar Bella. Farish senyum.
"So?" Soal Farish.
"Lepasla! Orang nak masak." Ujar Bella cuba melepaskan diri.
"Takpayah. Aku makan kau je lunch ni." Ujar Farish. Matanya makin redup. Bella menolak Farish lagi.
"Takpayahla. Semalam kan dah dapat."
"Nak lagi."
"Takboleh."
"Nak jugak."
"Tak boleh."
"Nak!"
"Tak boleh!"
"Kau nak aku buang kucing kau dalam sungai?"
Bella terdiam.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top