TAMB 14 : Preggy!

"Dia kurang air dalam badan. Exhausted. Bahaya untuk kandungan dia." Ujar Doktor itu.

"Kandungan?" Soal Puan Dahlia. Doktor itu tersenyum.

"Puan Bella disahkan mengandung dua minggu." Ujar Doktor itu sambil tersenyum. Puan Dahlia dan Encik Naqib juga tersenyum lebar.

"Alhamdulillah... tak sangka akhirnya kita akan dapat cucu." Ujar Encik Naqib sambil memandang Puan Dahlia yang hampir menitiskan air mata. Gembira.

"Boleh kami tengok anak kami?" Soal Puan Dahlia teruja. Doktor itu mengangguk.
_____________________

"Bella mengandung?" Soal Bella perlahan. Puan Dahlia angguk. Bella hanya diam sebelum perutnya diusap. Bella tersenyum.

"Alhamdulillah.." ujar Bella sambil mengelap air matanya.

"Bella nak bagitahu bila dekat Farish pasal berita gembira ni?" Soal Puan Dahlia lagi. Bella memandang ibunya lalu senyum nipis diukir.

"Nanti Bella balik KL Bella cakap." Ujar Bella sambil tersenyum. Puan Dahlia angguk.
_________________________

Vicky hanya memerhati Farish yang sedari tadi masih fokus pada kerjanya.

"Banyak sangat ke kerja tu?" Soal Vicky.

"Kau rasa? Dah berapa lama dah aku tak masuk ofis." Ujar Farish mendatar sambil matanya masih di skrin komputer. Sesekali dia mengurut lehernya yang lenguh. Celine bangun lalu mengurut perlahan tengkuk lelaki itu. Farish hanya membiarkan.

"Ni, aku nak keluar kejap. Nak makan. Kau nak kirim apa apa tak?" Soal Vicky sambil bangun. Tangan sudah mengambil kunci kereta.

"Taknak." Ujar Farish. Celine menggeleng kecil.

"Belilah apa apa yang boleh alas perut mamat ni. Dia ni ikut kepala dia, kebuluranla jadinya." Ujar Celine lalu menekan sedikit kuat tengkuk Farish.

"Sakitlah!" Ujar Farish sambil kembali meneruskan kerjanya.

"Kau tu degil. Kerja kerja jugak. Janganla nanti kerja siap, tuan pulak arwah." Ujar Celine. Vicky tergelak manakala Farish hanya menjeling.

"Okeyla aku cau dulu." Ujar Vicky. Setelah beberapa minit Vicky keluar, kedengaran seperti ada kereta masuk di kawasan garaj.

"Eh, cepatnya dia beli makanan?" Soal Celine. Farish menjongket bahu.

"Daripada kau bazirkan air liur kau tu, baik kau urut kuat sikit. Tengkuk aku lenguh sangat ni." Ujar Farish sambil menggerakkan tengkuknya ke kanan dan kiri. Celine hanya akur sambil tangannya masih memicit tengkuk Farish.

"Farish." Kedengaran ada suara memanggil nama Farish. Serentak Farish dan Celine menoleh.

Bella!

Bella masih terkaku. Kedudukan Farish dengan Celine sangat rapat dan tangan Celine berada di tengkuk Farish. Farish tak menolak! Farish biarkan je bila tangan perempuan tu dekat tengkuk dia. Dahla mereka berdua je dalam rumah ni!

"Oh shit." Gumam Farish perlahan lalu dia bangun. Baru sahaja kakinya hendak melangkah ke arah Bella, gadis itu sudah berlari keluar. Farish mengejar Bella. Celine yang memerhati menepuk dahi.

"Aduh.. there will be the war again!" Ujar Celine sendirian. Dia turut melangkah keluar.

"Bella wait!" Ujar Farish sambil memegang tangan Bella. Bella cuba meronta namun pegangan terlalu kuat.

"It just a misunderstanding. Aku tak.."

PANG!!

"Haritu awak balik, awak mabuk. Badan awak ada banyak kesan lovebite yang bukan daripada saya! And harini, saya balik awak tengah mesra dengan perempuan lain!" Ujar Bella sambil teresak. Tangan memukul dada Farish berulang ulang kali.

"Bella." Panggil satu suara. Bella memandang figura gadis itu.

"It just salah faham. Kami takde apa apa hubungan okey. He's yours." Ujar Celine sambil melangkah ke arah Bella. Bella tersenyum sinis.

"Ingat aku percaya? Mulut semua boleh menipu!" Ujar Bella dan terus masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. Celine meraup muka lalu memukul lengan Farish.

"Auch!"

"Bodoh. Apahal kau tak bagitahu bini kau perkara sebenar hah?" Marah Celine sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Farish mengekor langkah Celine.

"Oh gosh! Kau kenapa masuk rumah? Pergilah kejar bini kau sana!" Ujar Celine. Farish menjeling.

"Kau fikir aku nak kejar dia guna apa kalau takde kunci kereta?" Soal Farish sambil tangannya mencapai kunci kereta dan kaki melangkah ke arah keretanya. Celine malu sendiri.
________________________

Bella mengelap air mata yang menitis. Emosi dia asyik sensitif je sejak mengandung ni. Tiba tiba ada tangan yang memegang tangannya.

"Bella." Panggil Farish. Bella hanya diam namun mata memandang ke arah lain.

"Aku dengan Celine takde apa apa pun. She just.."

"Habis tu kenapa awak duduk dengan dia masa saya takde? Awak buat apa dengan dia?" Soal Bella mendatar. Farish mengurut kepala. Perempuan ni memeningkan.

"Dia just temankan aku. Bukan dia seorang je masa tu. Vi.."

"Teman? Buat apa nak berteman bagai? Selama ni awak hidup seorang diri okey je? Sejak bila awak jadi manja dengan perempuan ni?" Soal Bella keras.

"Hei, aku bukan nak diorang teman sangat pun tapi sebab aku de..."

"Habistu kalau awak taknak diorang teman kenapa..."

"Bagi aku bercakap dulu boleh tak?!" Suara Farish sudah meninggi. Kesabarannya juga tipis melayan perempuan. Bella terdiam namun dia terus bangun dan berlalu pergi.

"Bella!" Panggil Farish namun figura Bella semakin menjauh. Farish meraup muka.

Perempuan!

"Assalamualaikum." Sapa satu suara. Farish mengangkat muka. Matanya serta merta membulat. Nafasnya seakan akan terhenti.

"Nur.."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top