BAB 47 - Devil's Wrath
Mata perempuan tua itu bertukar merah seperti diludah oleh dewa Hades. Merah dari neraka, merah yang tidak berjiwa. Pandangannya liar lagi ganas bagai dilahirkan semula dari lubuk kebencian.
Lembaran Bernyawa. Itulah sihir yang membolehkan pengguna menjalinkan roh pada jasad yang tidak bernyawa seraya mengawalnya (seperti patung pada tali).Sihir yang sama juga diaplikasikan oleh pewaris Pemedang Barzakh agar nyawa mereka tidak direntap oleh roh-roh jahat yang bersemadi di dalam bilah puaka tersebut.Analogi ini dinamakan 'Joran-dan-Umpan'. Joran itu sekadar bayangan si pengguna di mana roh mereka diumpan pada hujung 'tali joran' untuk menyeru roh dari dalam pedang.Kawalan ini berfungsi secara tidak lanhsung di dalam batin si pengguna.Jika 'umpan' tidak dicampak ke tengah lautan, manakan pula si 'ikan' mahu meragutnya.Tujuan si pengguna hanya bermain 'tarik tali' sahaja dengan pemakan umpan.Jika rohnya ditarik terlalu jauh, dia mungkin akan hilang segala kewarasan dan dikawal sepenuhnya oleh lautan roh yang berkocak ganas mahu keluar dari kesengsaraan dan azab mereka.
Sekarang, mungkin dia telah membiarkan rohnya pergi lebih jauh dari jasad.Kewarasannya seperti telah ditarik rakus oleh roh-roh itu tanpa dilawan.
Ceracak putih mula tumbuh dari tebing gusinya, mencacak hingga tidak tertutup oleh bibir.Dia membiarkan air liurnya meleleh keluar.
Lin menyeringai.Si pemangsa sudah bersedia untuk menangkap mangsa yang bermain licik dengannya.
Dia kini bukanlah lagi seorang manusia atau perempuan tua yang menghirup teh di petang hari untuk melegekan hati yang gusar, tetapi seekor binatang yang telah lenyap sifat kemanusiaannya.Binatang yang sama yang telah mengambil nyawa insan yang paling dia sayang.
Mungkin lebih tepat lagi, Syaitan.
Syaitan yang sama kini bangkit untuk mencari korban baharu.Tidak ada sesiapa mampu menghalangnya melainkan darah si korban sudahpun terpalit pada belakang kerongkongnya.Mengalirkan darah panas yang menyegarkan tekak ribuan roh yang kehausan.
Sarung pedang yang berbalut kain hitam itu ditarik perlahan, menampakkan bilah pedang yang berkilau.Tatkala pedang itu meluncur dari sarungnya, aura berwarna ungu kehitaman menyusup keluar dari tempat yang sama.Ia mengelilingi perempuan tua itu ibarat asap di dalam balang kaca.
Tumbuh-tumbuhan di sekitar mula layu, serangga mati turut mati dengan serta merta.Tidak ada seekor unggas pun berani menyusuri udara ketika ini.
Nyawa mereka yang berada disekitarnya seolah-olah diserap ke dalam pedang puaka itu tanpa kerelaan.Aura ungu kehitaman itu pudar perlahan-lahan di dalam udara seperti telah berpuas hati membaham pembuka selera.
Pedang itu mula bergetar dalam genggaman Lin.Dia dapat dengari dengan jelas raungan raksasa yang mendiami pedang itu seolah-olah batin mereka disatukan dalam satu jasad.Bunyi rantai yang diikat pada kaki si roh bergoncang dalam ritma yang sejajar. Kling Klang Kling Klang. Mereka sedang bergerak.Tetapi, ke mana?
*******
Roh-roh yang berupa manusia dengan muka yang pucat tidak berdarah sedang berarak ke satu tempat.Badan mereka kurus sehingga menampakkan tulang rusuk.Perut pula seakan tiada daging yang bercantum padanya, melengkung sehingga tertonjol tulang pinggul mereka.Tulang pada belakang mereka yang bongkok seperti mahu tertusuk keluar dari kulit.Jari jemari roh-roh itu tirus seakan tulang rangka.Kulit mereka pula melepuh seperti telah direndam hidup-hidup di dalam kawah air yang mendidih.Tidak ada sehelai benang pun yang terpalit pada jasad mereka.
KLING KLANG KLING KLANG
Rantai besi pada buku lali mereka bergoncang tatkala melangkah.Pergelangan tangan dan kaki mereka disambungkan dengan rantai berkarat setiap seorang.Panjangnya hingga merentas ufuk alam.Tidak terkira berapa banyak roh yang terdapat di sini.
Suasana di sini amat suram dan mengerikan.Udaranya kering dan berhabuk.Peparu seakan bergelumang dengan serbuk belerang tatkala menghirup nafas.Membakar salur udara sehingga tiada sesiapa memerlukannya lagi.
Langit umpama lautan malam tanpa sinaran bulan atau langit subuh yang tidak didatangi fajar.Sesekali, api berwarna hijau akan menghembus keluar dari dasar tanah seperti mata air.Sama ada ia akan menerangi permukaan untuk seketika, atau membakar apa sahaja yang berdekatan hingga menjadi abu.
Hell Hound yang sebesar 10 kaki tinggi dengan badan yang sasa sedang berarak seiring roh-roh yang dirantai.Mereka memastikan setiap roh berjalan ke tempat yang telah ditetapkan oleh Tuan mereka.Salakan mereka mampu membuatkan rantai besi berdesing.
Setiap detik berlalu disusuli dengan teriakan roh tanpa henti.Tapak kaki yang hampir merekah kesluruhannya dipaksa untuk meneruskan langkah.Jika lenguh, terpaksalah ia diseret sepanjang perjalanan.Tanah yang kasar dan berbatu kerikil terasa seperti berjalan di atas timbunan jarum.Kadang kala, kulit juga terkopak dari isi semasa menyeret.Terpaksalah berjalan dengan hanya daging pada tapak kaki.Jika mereka membuat masalah, anjing-anjing itu pasti akan melibas dengan ekor mereka yang seakan-akan ekor pari.Hentakannya begitu padu sehinggakan tulang rusuk mereka boleh hancur jika dilibas dari belakang.
Jauh di utara, kelihatan seekor makhluk sedang bersembunyi di sebalik bayang-bayang sambil menunggu ketibaan mangsanya.Dia dirantai pada tiang batu di kiri dan kanannya yang hanya membenarkan makhluk itu bergerak kurang 20 kaki ke hadapan dan belakang.Tiang-tiang batu itu benar-benar kukuh sehinggakan tiada apa-apa pun yang mampu mencalarkannya - apatah lagi merobohkan.
Dua biji mata yang berkilauan dalam gelap terletak di sisi lubang hidungnya.Badan makhluk itu diselaputi sisik berwarna biru yang licin dan tajam seperti serpihan kaca yang membeku.Lidah yang tirus dan berbelah di hadapan terjelir di antara giginya yang mencanak runcing.Empat kaki menjejak tanah bersama tiga jari setiap satu - yang berbilah pada kuku.Lengannya yang panjang dan abdomen yang lebar benar-benar menyerupai seekor biawak - yang saiznya sebesar satu coliseum.
Lihatlah, betapa hodohnya manusia yang dahulunya megah dengan gelaran Maharaja, kini terpaksa menghabiskan sisa-sia hidup abadinya sebagai 'longkang' untuk tuannya.Disebabkan sifatnya yang tamak dan zalim, dia telah diperdaya hingga terpaksa meringkuk di tempat yang keji ini.
Roh pada barisan hadapan sekali sudah menggeletar seluruh badan.Dia menundukkan pandangan kerana tidak mampu untuk bertentang mata dengan bekas Maharaja -nya.Roh di belakangnya pula mendongak ke atas.Matanya terbeliak bersama mulut yang ternganga luas.Dia tidak dapat mengalihkan pandangan - seakan kaku setelah melihat makhluk sebesar itu.
"Maharaja Armon, The Slaver King," kata satu suara yang dingin.Seluruh tempat bergema bagaikan menerima perintah dari langit dewa. "Sekali zalim, selamanya zalim!"
Makhluk itu sudah tidak menghiraukan apa-apa lagi setelah jamuannya terhidang di hadapan mata.Sifat-sifat kemanusiaan dalam dirinya telah lenyap lama dahulu sebelum dia mengehembus nafas akhir.Ataupun, ia tidak pernah wujud sama sekali.
Dia membuka rahangnya seluas-luas.Air liur pekat berjuntaian di celahan bibirnya, meleleh ke lantai.Lidahnya berdesing bagi mengesan haba kedudukan mangsanya.
NGAPPP!!
Satu barisan roh dibaham penuh ke dalam mulutnya rakus.Sebilangan kecil yang masih bernyawa cuba menjerit meminta tolong dengan suara yang sehalus gesekan kertas pasir - kering dan tidak bermaya.
Suara sayu mereka berkumandang di dataran sepi ini umpama sebuah orkestra.Alunan suara yang semerdu cakaran papan hitam apabila remuk saluran udara mereka, membuatkan si Maharaja berselera untuk makan.
KRIUKK KRAP KRIUK KRAPP
Badan mereka dikunyah raksasa itu.Tulang belulang mereka berbunyi rangup tatkala dihancurkan rakus oleh gigi si pemangsa.
Setelah makanan itu dihdamkan, ia meresap ke dalam tiang melalui rantai besi dalam bentuk tenaga gelap.Tenaga itu kemudiannya disalurkan ke dalam Pedang Barzakh agar si penggunanya tidak kehabisan dark mana.
"Makanlah, wahai Maharaja.Kunyahlah kaum kerabatmu sehingga menjadi gumpalan daging.Telanlah hamba-hambamu semoga mereka semua berguna buatku." Kata suara yang sama.
Di atas kepala makhluk itu terdapat sebuah takhta emas yang diduduki oleh seorang lelaki misteri.Wajahnya langsung tidak kelihatan di sebalik kerudung yang menutupi seluruh kepala.Pad bahu yang seakan tanduk kumbang badak memegang mantelnya yang bercarik di hujung - dan beralun seperti asap hitam apabila menyentuh bumi.Perisai besi yang dihiasi rantai gergasi dan tali pinggang bercorak tengkorak menampakkan statusnya sebagai seorang yang berkuasa.
Dia bersandar pada takhta seraya menyaksikan makhluk tunggangannya menjamah roh-roh di hadapan dengan rakus.
"Hahahaha." Dia mengilai tanpa sebarang emosi.Tawanya mengerikan seperti bunyi orang yang dicekik.
Lelaki itu menyelak hudnya ke belakang lantas menampakkan aut wajahnya yang kacak lagi menyeramkan.Rambut putih peraknya beralun ditiup bayu neraka yang nyaman.Matanya yang merah menyala memandang keji sekelian makhluk - dia telah mengaku pada Tuhan bahawa dialah makhluk yang paling berkuasa di seluruh alam.Dua pasang tanduk tumbuh melengkung pada dahinya bersama nyalaan api yang membara.
Api di dalam dirinya membakar mantel yang menyelubungi tubuh.Lantas, berkibarlah sepasang sayap yang mendepa luas seperti sayap kelawar.Sayapnya keras bak perisai dengan salur darah yang berselirat merupakan anggota yang sangat efektif.Tangkas, pantas dan berkuasa.
"Setelah hanyutnya kewarasan manusia itu, kamu akan bangkit semula wahai makhluk kebanggaanku: Berserker.."
Dia mengepak sayapnya lantas berdiri di atas penyandar takhta.Lengan disilang pada bahu seraya memerhatikan keadaan sekeliling.
Lelaki ini bukan sekadar makhluk biasa, dialah penghulu segala makhluk.Raja kepada semua iblis.Penghulu segala kejahatan.Makhluk yang digeruni oleh manusia sekelian alam.Dialah...
LUCIFER MORNINGSTAR
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top