BAB 45 - The Last Melody
Fuu...
Dengan memainkan nada yang lembut, angin di sekitarnya turut menari.Ia mumusar di sekeliling Meira ibarat tarian yang mengasyikkan.
Debu-debu berterbangan di udara seperti kabus yang tebal; menghalang pandangan sesiapa di sini.Makin lama, makin ganas pusarannya.Rentak tari makin berkecamuk.Angin melintang tidak tentu arah tatkala alunan muzik bertambah pantas.
Fuu..!
Meira membiarkan lima lubang pada serulingnya tidak bertutup seraya memainkan not LA yang nyaring.Jari telunjuknya bertubi-tubi menutup lubang terakhir bagi mencipta bunyi yang nyaring dan kasar.
Perlahan-lahan, runtuhan di hadapannya mula terangkat dari permukaan tanah.Angin yang deras memutar dari dasar tanpa henti.Ia kelihatan seperti puting beliung yang menjulang tinggi runtuhan sebuah kerajaan.
Angin kemudiannya memusar di sekeliling runtuhan.Kayu-kayan dan batu-batan mula mendekati dan memaut antara satu sama lain.Ia lalu berpadu menjadi bola gergasi yang terawang-awang di udara.
FUUU!
Meira memainkan irama TI dengan hembusan nafas yang padu dan deras.Bunyinya yag nyaring bersatu dengan deruan angin kencang.Bagaikan sebuah orkestra maut yang dinyanyikan oleh pencakar papan hitam.
FUUUHHH!!
Angin yang deras menerkam dari belakang.Badaian ombak angin yang kencang menghembas bola batu itu jauh ke hadapan.
BOOHFFF!!!
Ia pergi bagaikan peluru meriam yang meluncur laju di pentas udara; bila-bila masa sahaja dapat meruntuhkan tembok pihak lawan.
Rambut merah Meira mengerbang ditiup angin, namun dia masih lagi mampu berpijak di atas permukaan bumi.Ternyata, angin kencang itu tidak mengapa-apakannya.Dengan Seruling Dewa Angin sebagai perantara, dia dan udara adalah sahabat semulajadi.Sahabat tidak akan menikam dari belakang, malah melindungi antara satu sama lain.
Gadis itu lekas memainkan not sederhana yang bertempo pantas.Angin kencang berputar tirus bak muncung beliung dari belakang bola gergasi untuk menyokongnya daripada jatuh ke tanah.
Kelibat Cerberus mula kelihatan apabila bola gergasi itu menjauhi Meira.Anjing itu sedang beradu di tengah jalan - menikmati tidur terakhirnya sebelum hancur menjadi cebisan daging kisar.Kaki hadapan dan belakang menyelimuti badannya yang tegap.Ekornya yang panjang lagikan berduri melingkari pada tubuhnya.Mata tertutup rapat.Dia masih belum sedar akan kehadiran bola gergasi yang bila-bila masa sahaja menghantarnya pulang semula ke tempat asal - neraka.
Meira tersenyum lebar.Kegembiraan bertebaran di sanubarinya.Kerlipan kemenangan sudah terpacar di benak. Bola gergasi ni bakal megancurkan kau hingga lumat!
SHAANNGGG!!
Bunyi besi yang membelah batu bergema di ruang sepi dan berselarakkan di udara.Ia sangat jelas kedengaran, seperti pedang yang diseret di sepanjang dinding gua.
Angin bertiup sayu.
Meira mematikan bunyian seruling.Mata terbuntang luas, mulutnya terlopong meninggalkan jeritan sepi.
Pandangannya tertacap pada bola batunya yang kini telah terbelah kepada dua.Dia tercengang.Degup jantung seakan-akan terhenti di saat ini.Dia tidak mampu untuk berfikir.Mindanya kosong, gerak tubuh terus menjadi kaku.
Rekahan memisahkan bola batu itu hingga ke hujung.Ia terhempas ke tanah - di kiri dan kanan jalan.
Seorang wanita berambut putih menerkam ke bumi bersama Katana di genggam.Pendaratannya amat sempurna seperti ditatang oleh angin.
Sarafina tersenyum sinis seraya mendongakkan kepalanya menghadap Meira yang jauh beratus kaki di hadapannya.
Zhaapp!!
Sarafina menerpa ke arah Meira dengan kepantasan luar biasa.Kakinya langsung tidak menjejak lantai bumi.Pergerakannya amat lancar bagaikan peluru.
FUU!
Meira gelabah.Dia lekas memainkan not MI dengan nada yang nyaring.Nyawanya kini bergantung sepenuhnya pada kelajuan angin.
Dia memanggil balik bola batunya yang terbelah dua dengan bantuan angin.
Bebola itu memecut laju, tetapi masih tidak dapat memintas perempuan sihir itu.
Batuan itu tidak mampu untuk mengejar Sarafina yang sudah jauh ke hadapan.Ibarat kura-kura yang mahu memecut sang arnab.Sekuat mana pun dia mencuba, ia masih tidak mampu untuk memintas.Untuk melawan arnab yang pantas, kura-kura perlu bertindak bijak.Dia perlu menunggu saatnya sang arnab menjadi lalai.
Tetapi, arnab ini bukanlah sebarang arnab.Arnab ini telah bangkit dari lubuk neraka untuk menetang siapa sahaja yang berani menghalang matlamatnya.Termasuklah maut itu sendiri..
Sarafina menghentak tumit kananya ke tanah.Kaki kirinya menyokong tubuh yang hampir terhumban akibat hentian mengejut itu tadi.
Dia mendepa tangan tepat pada masanya batuan itu berselisih di sebelahnya.
BRRAAAKKK!!
Tangannya terbenam ke dalam batuan itu.Satu tindakan yang benar-benar gila!
Batuan seberat 100 kati dalam cengkamannya itu diangkat mudah.Katananya tersisip pada pinggang; tidak tahulah bila masa dia meletakkannya di situ.
Dia menyeringai ke arah Meira sebelum menghempas kedua belah batu itu secara bertemu.
BRAAKK!!
Kedua belah batuan tumpat itu berlaga dalam kelajuan yang tinggi.Ia hancur, berkecai seperti harapan Meira.
Batuan kecil tercampak ke merata tempat, meninggalkan sisa di tangan perempuan itu.Habuk memenuhi pelusuk jalan, menjadikan Sarafina sukar dikesan.Dia lenyap tanpa sebarang petunjuk. Arnab itu kini telah berubah menjadi serigala yang bersayap.Tetapi dia tidak memburu secara bersendirian..
Meira mula membina perangkapnya sendiri.
Mata dipejam.Fikiran dikosongkan.Chi menuruni tulang belakang; menghantar mana ke seluruh bahagian badan.
Auranya mula menggelegak seperti api yang menyaluti segenap tubuh.
Meira pantas membuka pandangan.Anak matanya berkelip biru seketika.Tenaganya melutus di dalam badan.
Aura merahnya terus menjulang tinggi lalu tersebar ke serata tempat dalam jarak 10 kaki.Deria sentuhannya kini 100 kali lebih berkesan.Kebolehan ini membolehkan dia mengesan segala-galanya dalam diameter 10 kaki tanpa perlu melihat..
Tidak sampai sesaat, tetamu tidak diundang telah pun sampai ke dewan tari menari bersenjata.
Meira mengilas pinggangnya ke belakang.Tangan kirinya telah dibalut api biru yang menjulang marak.
Sarafina telah masuk ke dalam perangkap.Dia kini berada di belakang Meira.Mukanya yang penuh yakin itu bakal hancur dek penumbuk Meira.
Satu tumbukan berapi disajikan ke pipi perempuan itu.Dia terpelanting ke belakang.Api biru memamah mukanya dengan lahap.Kulit yang cantik sekelip mata menjadi arang.
Boof!
Dia menjadi asap setelah terhempas ke tanah.
Meira terpempan.Seperti tidak percaya sahaja apa yang disaksikan olehnya.
Hati Meira menjadi berbelah-bahagi.Sebahagian besarnya berkata, "Aku bakar dia sampai jadi asap! Hebat betul!!"
Tetapi sebelah lagi berkata sebaliknya..
"Hah, lantaklah.Asalkan aku dah bunuh dia haha.Tak sangka senang betul nak kalahkan The Lord Assasin ni," kata Meira, riang.
ZHAAP!!
Lengannya mula berasa kebas dan panas.Dia pantas menoleh ke lengan kanannya.
Dia menyesal berbuat sedemikian.Meira berharap dapat melupakan segalanya yang telah dia saksikan tadi.Dia meneguk air liur pada tekaknya yang kering kontang.
Legannya kini sudah terpisah dari bahu.Potongannya amat kemas sehinggakan tidak terasa pada awalnya.Tiada sebarang urat yang terjuntai.Hanya meninggalkan isi yang merah disaluti darah yang membuak-buak.
Darah merah pekat terpancut bagaikan paip pecah dari bangkal bahunya.Meira dapat rasakan setiap titik darah yang terpancut keluar dari tubuhnya.Panas dan menyeksakan.
Dagingnya yang terdedah kepada udara mula berasa ngilu seperti dihiris besi dingin.Dia mengetap gigi untuk menahan sakit.Tidak, itu hanya membuatkan ia menjadi bertambah sakit.
Badannya kebas secara tiba-tiba.Dia tidak dapat bergerak.Seolah-olah jantung sudah berhenti mengepam darah.
Peluh membasahi segenap tubuh.Badannya menggeletar kesakitan.Terasa bagai nyawa ini direntap dari badan, namun masih meninggalkan sisa.
Darah sudah berlopak di atas jalan.Tapak kasut kulitnya telah terbenam di dalam darahnya sendiri.
"Argghhh!!"
Daging pada isinya yang masih bersisa berdenyut pantas bagaikan nadi.Isinya terasa seperti ditekan kasar tanpa belas kasihan.
Air matanya telah terburai bersama darah yang tidak berhenti mengalir.
Pandangannya kian kelam, namun mata tidak mampu dipejam.
Adakah aku ditakdirkan menderita hingga ke saat akhir?
Hanya hati sahaja yang mampu berkata apabila lidahnya membeku di dalam kesengsaraan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top