BAB 44 - Angel of the Mystic Flute
Katilda terpempan melihat anjing gergasi berkepala tiga di hadapannya.Ia berkali ganda lebih besar daripada Troll yang pernah dikalahkannya dahulu.. (semalam)
Enam pasang mata merenungnya tajam.Katilda kaku.Dia benar-benar takut untuk memulakan langkah. Sendinya dicengkam ketakutan.Dia berasa seolah-olah ada sebilah pisau tajam bersedia untuk menikamnya pada bila-bila masa sahaja.Jika dia memulakan langkah, pasti dia akan mati.Tetapi, selamatkah dia jika hanya berdiri sahaja di situ?
Nyawa dipertaruhkan, tetapi hanya satu pihak sahaja yang akan menang.Kedua-duanya akan lakukan apa sahaja untuk terus hidup.Inilah yang terjadi apabila risiko menjadi buah catur dalam permainan; nyawa diketepikan; menang dan kalah bukan lagi menjadi satu pilihan.
Katilda mengalih pandangannya ke kiri.Jarred masih terbaring kaku jauh 20 kaki di kirinya.Dia masih bernyawa.
Katilda membuat pengiraan di dalam kepalanya.Sama ada dia sempat atau tidak untuk menyelamatkan Jarred sebelum dia menjadi santapan tengah hari 'Anjing dari Neraka'.
"Sial! Aku tak ada masa nak fikir semua benda bodoh ni!" gumamnya di dalam hati.
Tanpa berfikir lagi, dia terus memecut ke arah Jarred.Hala tujunya hanya satu: Jarred.Tidak ada apa yang boleh membuatnya mengubah fikiran di saat ini.
Sepantas kilat, dia menyambar kolar baju milik Jarred.Diheretnya lelaki itu di atas jalan seraya berpatah balik dengan pantas - Dia tidak dibayar untuk memberi khidmat layanan istimewa.
Cassandra disisinya; menghembus nafas lesu ke leher Katilda.Mukanya kian memucat.Seperti darah disedut keluar dalam setiap hembusan nafas.
"Sabar Cass, kita akan selamat," bisik Katilda.
AUUUUUMM!!
Lolongan ngeri berkumandang di belakang mereka sebagai satu salam perkenalan dari neraka.Ini satu petanda yang benar-benar tidak baik.
Katilda mempercepatkan langkah.Bulu romanya sudah tegak berdiri.Dup-Dap-Dup-Dap, jantungnya bergoncang ligat.Peluh sudah menghujani tubuh badannya sehingga lencun.
Dia berlari dan terus berlari.Sepenuh tenaganya digunakan di atas balapan hidup-dan-mati ini.
Ototnya sudah mula berasa lenguh, tetapi larian masih tetap diteruskan walaupun dia terseksa dalam setiap langkah yang diambil. Tolong jangan jatuh.. aku tak nak mati.
Lolongan yang mengerikan itu telah tamat, tetapi gemanya masih berlegar di ruang udara.
Cerberus mengangkat kedua belah kaki hadapannya, lantas menghentak ke permukaan jalan.
PRAAKK!!
Permukaan jalan di bawah telapak kaki makhluk itu terus retak lalu meninggalkan lubang yang agak dalam.Serpihan-serpihan batu berselerakan di sisi jalan.
BRAAK!!
BAAK!!
TAAK!!
Deretan rumah di kiri dan kanan Katilda mula runtuh satu persatu bagaikan domino.Ia hancur dan mengambus ke tengah jalan seperti timbunan selepas perang.Tiada sebuah rumah pun yang masih kekal berdiri; semuanya hancur menyembah bumi.
"Fuck! Fuck! Fuck!!" Segala kata-kata kesat dihamburkan Katilda tatkala dia berlari menyelamatkan diri.
Dia benar-benar geram.Jarred hanya melambatkan sahaja pergerakannya.Hendak sahaja dia tinggalkan lelaki itu di sini.Tetapi, dia telah terhutang nyawa dengan Jarred.Lelaki itu sanggup membahayakan nyawanya untuk menyelamatkan Katilda, walaupun itu tidak banyak membantu.
"Arghh.." erang Katilda tatkala tapak kakinya pantas menapak.
Dia kesakitan.Kakinya sudah mula berasa kebas.Setiap langkah yang diambilnya terasa bagai memijak sebilah paku - yang terus terbenam ke dalam kulitnya.
Dia mula tercungap-cungap.Badannya terasa seperti dihempap sesuatu yang berat teatpi dia cuba untuk melawan; makin lama, makin berat.Dia sudah tidak bermaya untuk menanggung segala derita.
Kepala Katilda mula berasa ringan.Desingan yang panjang mula bermain di corong telinganya. Eeeeee...!
Pandangan mula kabur seperti diliputi kabus tebal.Dunia terus bisu sehinggakan dia dapat dengar degup bunyi darah mengalir dalam tubuhnya.Tirai gelap perlahan-lahan ditarik sehingga semuanya menjadi kelam dan kosong.
Pada saat ini, mindanya telah mencapai kekosongan mutlak.Segala kerunsingan lenyap dengan serta merta.Dia betul-betul tenang.
Alangkah bagus kalau aku dapat hidup begini sepanjang hayat aku.Tak ada apa yang patut dirisaukan.Aku boleh hidup bahagia di sini.Lagipun, tak ada sesiapa nak buru aku.Hah..amannya...
Tetapi, segala ketenangan ini tidak akan bertahan lama.
Tunggu, aku tak boleh mati. Apa yang akan jadi pada Dracbarrow kalau aku dah tak ada nanti? Hmm.. apa bezanya haha.
Tapi, Cass mana? Hoi, Cassandra! Kau kat mana?!
Kesunyian mula bertapak dalam jiwanya yang kosong.
Alamak, tak kanlah aku kena duduk dalam tempat gelap ni sorang-sorang.
Dia memandang ke kiri dan kanan.Segalanya kosong dan gelap seperti berjalan tatkala mata dipejam.Katilda tidak dapat membezakan keadaan ketika dia mencelik dan memejamkan mata.Ia bagai ruang angkasa yang kosong, tanpa bintang berkelipan dan planet yang berputar pada paksinya dalam landasan orbit.
Seperti ruang yang mati.Suaranya jelas dan tidak bergema - menunjukkan bahawa ruang itu tidak berdinding bagi gelombang suara itu memantul ke arah lain dalam masa yang singkat.
Aku tak nak hidup kat sini!! Keluarkan aku!!!
🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹
Satu cahaya kemerahan menyilau ke kelopak matanya.Seolah-olah ada satu pancaran terik di sekitarnya.
Katilda membuka mata perlahan-lahan.Dia berasa pening seketika.Kelompok merah-kehitaman menyelubungi pandangannya.Perlahan-lahan, ia pergi.Dia perlukan masa untuk menyesuaikan diri di tempat cerah.
Matanya meliar memandang ke semua arah.
"Aku berada di dunia nyata. Dunia yang hampir; mengakhiri riwayatku sebentar tadi.. " gumamnya sendiri.
Kini, dia berada betul-betul di hujung ekor runtuhan; terjelepok di tanah, memandang satu kemusnahan yang amat dasyat.
Batu-bata dan kayu-kayan, segalanya bertimbunana di hadapannya.Kelibat anjing gergasi itu telah lenyap.Tetapi, mungkin dia masih berada di sekitar.Ia tidak akan pergi selagi Katilda tidak berada di ceracak giginya.
Katilda begitu teruja sehingga dia tidak perasan rakan-rakannya berada di sisi.Mereka masih lena, dibuai mimpi indah - ataupun mimpi yang sama seperti Katilda.
Dia menatap wajah lesu Cassandra yang terbaring di sisinya.Jari-jemari Katilda mengelus setiap helaian rambut gadis itu.Rambutnya yang kuning cerah telah dikotori debu tebal, membuatkan dia bertambah pucat dari keadaan sebenar.Memang tidak dinafikan, walaupun hanya seketika, tetapi kerinduannya pada Cassandra hampir membuat dia menjadi gila.Satu ikatan kasih telah terjalin antara mereka.
"Kita akan selamat Cass, kita akan selamat," ujar Katilda tatkala hujung jarinya diusap pada bibir gebu gadis itu.Walaupun pucat, tetapi wajahnya sangat tenang.Seolah-olah segala kerunsingan dibawa pergi dari hidupnya.
FUU..FUUU...FUUU..UUUU..
Satu bunyian merdu menjengah deria pendengaran.Ia memecahkan kesunyian dengan alunan melodi yang indah.Bunyinya seperti seruling yang ditiup lembut oleh bidadari dari kayangan.
Aura positif tersebar dan memenuhi atmosfera.Serta-merta, semangatnya membara bagaikan api yang menjulang-julang.
Tetapi, dari manakah bunyian merdu itu datang? Adakah ia dari seorang kawan, ataupun lawan?
Katilda mengilas lehernya ke belakang.Kelihatan seorang perempuan berambut merah sedang terapung-apung di awangan sambil meniup seruling buluhnya.
Rambutnya yang panjang disikat rapi dan dibiarkan mengerbang ditiup angin.Rambut pada bahagian belakangnya di-braid dan digulungkan membulat yang secara tidak langsungnya membentuk seakan-akan double bun. Cucuk sanggul yang dihiasi reben panjang disisipkan kemas pada gulungan rambutnya.Ia meliuk-liuk mengikut lambaian angin.
Jari-jemarinya lancar menutup lubang-lubang pada seruling secara berselang-seli.Arah dan kelajuan angin berubah seiring dengan perubahan not yang dimainkan.Ia bertindak seperti pengawal angin.
Jubah sutera putihnya yang labuh meliuk-liuk dek tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.Ia perlahan-lahan membawanya turun ke bumi bersama not yang dimainkan rendah dan mendatar.Dia tidak ubah seperti bidadari dari China.
Mata Katilda terbeliak seperti tidak menyangka kehadiran wanita di hadapannya.
"Meira!" Teriak Katilda dengan penuh rasa teruja.Air jernih terbit dari birai matanya yang bercampur dengan perasaan teruja dan syukur.
Dia pantas berlari lalu melompat ke arah Meira.Lengannya memaut erat leher wanita itu.Lidahnya kelu untuk berkata-kata, hanya esak tangis sahaja yang mampu menzahirkan perasaannya yang bercampur-baur.
"T-Terima kasih Meira.Aku ingat aku dah mati tadi.Kalau kau tak ada, tak tau lah apa yang akan jadi pada aku dan yang lain." Air mata makin deras merenangi cerun pipinya, dan terus berlopak membasahi bahu Meira.
"Janganlah menangis.Aku kan dah janji nak datang jumpa kau," kata Meira seraya melemparkan senyuman setenang lautan.Belakang tapak tangannya mengusap lembut rambut Katilda yang ikal mayang.
Katilda mengangkat muka seraya menghadap mata Meira yang kuning keemasan. "Kau dah banyak tolong aku.Tak tahulah macam mana aku nak balas."
Ibu jari wanita itu menguis pergi air mata yang mula menitis dari birai mata Katilda. "Aku tak pernah mintak apa-apa balasan."
Lidahnya kelu sekali lagi.Pandangan dihalakan ke bumi.Tiba-tiba sahaja dia berasa segan untuk bertentang mata dengan wanita di hadapannya.
Dia menepuk bahu Katilda. "Serahkan segalanya pada aku," kata Meira dengan pandangan yang penuh yakin.
Katilda mengangguk seraya mengundur beberapa langkah ke belakang.
"Bawak kawan-kawan kau ke tempat yang lebih selamat," kata Meira. "Jangan datang ke sini selagi aku tak suruh."
"Tapi, aku nak tolong," balas Katilda separa membantah.
"Pergi! Aku tak dapat jamin nyawa sesiapa akan selamat dekat tempat ni." Meira lekas meletakkan muncung bibirnya pada lubang peniup seruling.
Katilda gelabah.Dia bingkas memapah Jarred dan Cassandra pada kedua belah bahunya, lalu beredar segera.
"Masa untuk beraksi," kata Meira sambil mengetap gigi.Dia sudah bersedia untuk bersemuka dengan anjing peliharaan musuh lamanya..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top