Bab 43 - Rise from The Hell

Jarred meluru ke arah Sarafina bersama pedang yang digenggam erat.Dia mengepalkan semangatnya yang kian luhur.

"Jika aku mati kali ni, biarlah aku mati sebagai seorang pejuang; bukannya mati sebagai seorang pengecut!" kata Jarred di dalam hati.

Dia menapak laju sehingga tapak kakinya jarang-jarang menyentuh bumi.Dia tidak mahu Sarafina sedar akan serangan hendapnya.

"Jarred!!" sergah Cassandra sebaik sahaja Jarred berlari meninggalkannya.Dia segera menekup mulut.Matanya terbuntang luas.Dia tidak sepatutnya berbuat sedemikian.

Sarafina segera menoleh ke belakang apabila terdengar jeritan Cassandra.Katilda masih di tangannya; terkulai lemah tidak bermaya.

Jarred sudah begitu hampir, pedangnya diangkat tinggi sebelum menghayunnya ke arah Sarafina tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi pada dirinya.Walaupun peluangnya hanya senipis kulit bawang, tetapi dia masih mahu berjuang untuk menyelamatkan Katilda.Alang-alang mati, biarlah bermakna.Inilah yang dinamakan 'cinta sejati'.

Tangan kiri Sarafina menggenggam erat Katana, lantas dia menghayunnya - cukup untuk membuat pedang itu tercampak dari genggaman Jarred.

Jarred tidak menunggu maut menjemputnya.Dia tidak mahu membuat kesilapan yang sama lagi.

Dia pantas mengepal tangan kanannya, lalu menumbuk Sarafina.

Baakk!!

Tumbukan itu menyinggah ke pipi kiri perempuan itu.

Dia tertoleh ke hadapan, menghadap api yang membakar marak.Dia memegang pipinya yang sudah merah dengan kesan tumbukan.Matanya dipenuhi api.Rasa amarah meluap-luap di dalam dirinya.

Sarafina menghempas Katilda ke lantai.Tumpuannya kini beralih kepada lelaki di hadapannya itu.

Katilda pula tercungap-cungap menarik nafas.Dia bersyukur kerana tidak mati dalam genggaman perempuan itu.

Sarafina menghunus Katananya ke wajah Jarred. "Lelaki tak guna!! Kau memang tak sayang nyawa kan!"

Jarred perlahan-lahan mengangkat kedua belah tangannya sebagai tanda menyerah diri. "Aku. nasihatkan, 'Jangan Pandang Belakang.' "

"Kenapa?!" kata Sarafina seraya menoleh ke belakang.

Baak!!

Satu tumbukan mengena tepat ke tengah mukanya.Dia terus tersungkur di lantai.Untuk beberapa ketika, dia terasa susah untuk bernafas.Pandangannya kian gelap, dihiasi bintang-bintang khayalan.Nafasnya semakin panas.Dia mengesat darah yang mengalir dari hidungnya yang hampir patah.

Sarafina memegang hidungnya yang telah kemik bersama kesan darah.Perlahan-lahan dia berdiri, tetapi tidak segagah tadi. "Kau dah buat kesilapan yang amat besar!!"
Sepantas kilat, dia mencampak kunai yang diikat bersama kertas letupan.Ia laju merentasi udara hingga tiba di hadapan muka Cassandra.Dia terkesima.

BOOOMM!!!

Satu letupan besar terhasil di hujung gelanggang api.Ia membakar marak dan merebak dengan pantas.

"Cassandra!!" teriak Katilda, serak.Matanya berkaca.Jantungnya seperti mahu gugur.Jiwanya terasa kosong secara tiba-tiba.

Jarred tergamam.Matanya terbuntang luas menyaksikan api yang mungkin telah membakar Cassandra hingga menjadi abu.

Katilda pantas menyambar leher Sarafina.Dihempasnya badan perempuan itu ke lantai bersama tangan yang masih menggenggamnya erat.Terasa mahu dipulas-pulas sahaja leher perempuan itu sehingga putus.

"Aku tak akan maafkan kau!! " Keseluruhan matanya bertukar hitam.Cecair merah mula memenuhi birai matanya, kemudian ia mengalir membasahi cerun pipi.Air matanya dipenuhi sengsara dan dendam.

Sarafina tersedak, namun masih mampu mengukir senyuman mengejek untuk menguji kesabaran Katilda yang makin menipis.

Katilda sudah tidak dapat menahan diri.Belas kasihan sudah terhakis dari hatinya.Dia tidak dapat berfikir waras.Kemarahan sudah menguasai dirinya.

Dia mengangkat tangan kirinya tinggi-tinggi.Kukunya yang tajam bakal meramas otak perempuan itu sehingga lumat.

Angin kencang tiba-tiba melintas di hadapan Katilda.Rambutnya terkuak dek tiupan angin.Niatnya sebentar tadi ditangguh.Pandangan dihala ke hadapan.

Kelihatan api yang membakar tubuh Cassandra perlahan-lahan surut seperti tenggelam ke dalam tanah.Sebuah kubah lutsinar jelas kelihatan.Cassandra terbaring kaku di dalamnya.Dia langsung tidak tercedera.Kubah itu telah melindunginya dari terbakar hangus.

Kubah lutsinar itu perlahan-lahan lenyap ke dalam udara; meninggalkan Cassandra yang terbaring di situ.

Genggaman Katilda terlerai dari leher perempuan itu.Matanya bertukar asal.Air yang mengalir dari birai matanya bukan lagi darah merah yang pekat, tetapi air yang jernih dan masin.Air laut yang jernih telah menenggelamkan kegelapan di dalam dirinya.

Rupanya berubah seperti sedia kala.

Keriangan mula bertapak ke dalam hatinya.Dia berlari ke arah Cassandra, meninggalkan Sarafina yang terkulai lemah di belakang.

Katilda memeluk Cassandra erat.Air matanya menyentuh pipi Cassandra yang lembut. "Mujurlah kau selamat.Aku tak tahu macam mana aku nak hidup tanpa kau," katanya dalam tangisan.Dia mengucup dahi Cassandra lalu mengusap lembut rambut kuningnya.

Cassandra hanya tersenyum lesu.Matanya perlahan-lahan dipejam.Tidak ada guna lagi dia bersengkang mata melihat dunia yang kejam ini.

Sarafina bangun bersama Katana yang menongkat tubuhnya. "Tak sangka aku dapat jumpa Specialist di sini.Bertuah betul aku."

"Specialist? Apa tu Cass??" bisik Katilda pada telinga Cassandra.Tetapi, tiada jawapan.Cassandra sudah terkulai lemah dalam dakapannya seperti bunga yang layu.Tetapi dia masih bernafas.Belum tiba masanya lagi dia meninggalkan dunia ini.

"Specialist ialah golongan istimewa yang dapat memantul dan menghalang segala bentuk sihir.Malangnya, mereka dah lama pupus," jawab Sarafina seraya berjalan ke arah mereka berdua.

Katananya dihunuskan ke arah Katilda. "Pada zaman sekarang, setitik darah Specialist boleh dijual dengan harga segunung berlian.Aku boleh jadi kaya!"

"Jangan kau berani nak sentuh dia!" Tengking Katilda.

"Peluang macam ni hanya datang sekali dalam seumur hidup.Tak kan aku nak sia-siakannya."

"Jangan kau berani nak apa-apakan mereka!" Jerit Jarred seraya berlari ke arah Sarafina sambil mengepal penumbuknya.

Sarafina mengilas pinggang, lantas menendang perut lelaki itu.Dia terpelanting sepuluh kaki ke belakang.Belakang kepalanya terhentak ke lantai berbatu lalu berdarah. Pandangannya mula kabur.Tirai gelap ditarik ke bawah, memenuhi ruang matanya yang makin mengecil; makin terpejam.Tetapi rohnya masih belum bersedia untuk meninggalkan jasad.

Sarafina kembali menoleh ke arah dua buruannya, namun mereka telah lenyap dari pandangan.Rasa marah menyelubungi hatinya yang gelap. "Mana kau bersembunyi?! pekiknya dengan suara yang garau.

Satu tumbukan singgah ke pipi kanannya.Kepalanya pantas menoleh ke arah pemilik serangan itu.Ternyata, serangan itu dibuat oleh Katilda.Dia berdiri gagah di hadapan Sarafina; lengan kirinya memeluk erat Cassandra yang masih tidak sedarkan diri.

Sarafina melibas ganas Katananya ke arah dua orang gadis di hadapannya.

Katilda segera mencampak Cassandra ke udara seraya menundukkan badan.Katana itu melintas tanpa menyentuh mana-mana bahagian badannya.

Taak!!

Badan Cassandra terhempap ke atas kepala Sarafina.

Katilda mendepa kedua belah tangannya untuk menyambut Cassandra sebelum dia terhempas ke lantai.

Sarafina pula hampir mencium lantai.Mujurlah lengan kirinya sempat menahan.

Sepantas kilat, dia menghayun Katananya ke betis gadis di hadapannya.

Katilda sempat melompat bersama Cassandra di dalam dukungannya.Dia mendarat lantas memijak Katana milik Sarafina.

"Kau dah kalah.Ada kata-kata terakhir?" ujar Katilda sambil memandang kosong Sarafina.

"Hahahaha," Sarafina ketawa berdekah-dekah. "Kau memang menyedihkan."

Pantas, dia mencampak sekeping kertas jampi ke dalam api.Ia terbakar tanpa meninggalkan sebarang abu.

" THE GREAT GUARDIAN OF HELL ;
I SUMMON YOU :
CERBERUS !"

Mata Sarafina bercahaya tatkala jampi tersebut dibaca.

Serta merta, seluruh tempat itu bergegar seperti mengalami gempa bumi.Katilda tidak dapat berdiri dengan stabil.Dia mengundur beberapa langkah ke belakang dan berdiri di atas satu lutut.

Api yang mengelilingi mereka mula berputar mengikut arah pusingan lawan jam.Makin lama, makin mengecil.

Katilda berundur hingga ke tengah jalan.Cassandra masih dipegangnya di lengan kiri.Masih tidak sedarkan diri walaupun api sudah makin hampir di hadapan dan belakang mereka.Peluh membasahi tubuh mereka hingga lencun baju yang dipakai.

Api yang marak itu perlahan-lahan terapung ke udara ketika masih ligat berputar.Ia terangkat; meninggalkan deretan rumah yang telah hancur.

Awan gelap mula menyelubungi dada langit bersama guruh yang berdentum-dentum.Matahari mula lenyap dari pandangan.Petir menyambar ligat tanpa henti.Pancarannya begitu menyilaukan.Dentumannya pula mampu membelah bumi kepada dua.

Api itu berputar sehingga ia bertemu dan membentuk bebola yang amat besar.Bahang benar-benar terasa.

BHAAAMMM!!!

Sfera api itu itu terus terhempas ke bumi tanpa sebarang amaran.

Angin kencang menerpa ke arah Katilda, menyebabkan dia dan Cassandra melayang jauh dan terjelepok di atas jalan.

Debu tebal mula memenuhi ruang udara.Ia tidak ubah seperti ribut pasir tanpa deruan angin yang mengganas.

Mata Katilda ligat memerhati sekeliling.Sarafina telah lenyap dari pandangan. "Mana kau perempuan tak guna?!!" pekiknya sehingga hendak tercabut anak tekak.Namun, tiada jawapan.

"Grrr...." erangan ganas mula kedengaran entah dari mana.

Katilda meneguk air liur.Matanya tidak berkelip memandang ancaman yang bakal diterimanya.

Debu perlahan surut.Pandangan mula bertambah jelas.

Enam pasang mata memandangnya tajam.Ia merah menyala seperti api yang membakar marak.

Bentuk badannya mula kelihatan.

Makhluk itu hitam di di seluruh badan. Bentuknya seakan-akan anjing, tetapi berkepala tiga.Ia berketinggian lebih dua tingkat rumah dan bersaiz hampir memenuhi ruang jalan itu.Di mana lebar jalan itu melebihi 20 kaki.Api merah melatari belakang badan hingga ke ekor. Rupanya amat bengis.Gigi mereka tajam ibarat pedang yang tersusun rapat.Air liur memenuhi ruang mulut hingga menitik ke lantai.Mereka sedia membaham sesiapa sahaja di laluan mereka!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top