BAB 38 - Bleeding Heart
"Sunyinya tempat ni.Aku dah mati ke?" desis Richard. Kepalanya masih sakit akibat hentakan tadi.Dia kini terbaring kaku di atas lantai yang dingin dan berhabuk.
Pandangannya agak kabur persis tingkap kaca di pagi hari.Fikirannya masih diawang-awangan.Dia separa sedar; seperti orang yang mabuk.
"Richard!! Richard!!" laung seseorang dari luar.Suara itu bergaung merdu di gegendang telinganya.
Kelihatan kelibat seorang gadis berambut perak berlari ke arahnya.Nama lelaki itu tidak lekang dari bibirnya seperti satu seruan untuk Richard.
"Kau bidadari syurga ke?" kata Richard dalam lamunannya.
Segalanya kabur.Apa yang dapat dilihatnya hanyalah lambaian lembut rambut gadis itu tatkala dia melutut di hadapan Richard.
Pipi Richard ditampar perlahan oleh gadis itu. "Richard bangun!"
Seraya itu, dia tersedar dari lamunannya yang mengasyikkan.Segalanya kelihatan jelas sekarang.
Dia kini berada bersama Arya di dalam sel kurungan yang gelap dan berhabuk.Gadis itu duduk di sebelahnya berteman riak wajah yang gusar.Wajahnya dihuni seribu persoalan.
Richard menggeleng-gelengkan kepalanya yang sakit.Dahinya diurut perlahan untuk melancarkan peredaran darah.Matanya dipicingkan agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang agak gelap.
Dia lekas mengangkat kepalanya. Pandangan serba salah dihamparkan ke wajah gadis itu. "Arya..aku.."
Gadis itu lekas membidas sebelum dia sempat menghabiskan kata. "Kau memang gila! Kau tau tak apa yang kau dah buat tadi?! Uh.. Aku tak sangka kau akan buat sampai macam tu sekali! Kau memang dah melampau Richard!"
Richard menggenggam kedua-dua belah bahu gadis itu. "Arya! Kau memang bodoh! Berapa lama lagi kau nak ditipu perempuan tu?! Kau tak sedar ke apa yang dia dah buat selama ni?!" Nada Richard penuh serius.Matanya memandang tepat Arya.Sisa-sisa tenaganya dikumpul untuk bersuara demi menegakkan keadilan yang kian runtuh.Badannya yang cedera cuba digagahkan selagi mampu.
Arya tercengang melihat rakannya yang begitu beremosi."Richard..bawak bertenang.Kau tak sepatutnya cakap macam tu.Dia Permaisuri kita.Ketua kita.Wajib kita hormat dia!"
"Kau tahu tak apa yang dia dah buat pada orang kampung? Kau boleh tengok sendiri di sel bawah tanah! Lepas tu baru kau sedar betapa zalimnya binatang yang kau agung-agungkan tu!" Suara Richard bergaung di dalam sel yang gelap itu.Matanya memandang Arya dengan penuh kepercayaan.
"Richard.Mereka tu cuma tikus kotor yang dah buat salah sepanjang hidup mereka.Di sinilah mereka akan bayar segala dosa mereka terhadap kerajaan," Arya membidas tanpa sebarang emosi persis undang-undang yang bergerak.
"Salah?! Salah apa yang mereka dah buat, ha?! Mereka cuma nak hidup bahagia bersama keluarga yang tercinta.Tapi, perempuan sial tu dah rampas segalanya! Kau tak faham! Kau memang tak akan faham selagi kau masih berada di dalam dunia khayalan ciptaan perempuan tu!"
"Richard! Kalau kau masih bertekad, aku tak akan teragak-agak nak ambil tindakan."
"Ambillah!!!!" Tengking Richard seperti hendak terkeluar anak tekaknya. "Bunuh aku!! Bunuh!!"
Arya terpempan melihat kelakuan Richard yang langsung tidak sepertinya sebelum ini.
Richard tersemput-semput menghela nafas.Badannya kian lemah.
"Tak ada gunanya aku bertengkar dengan orang yang macam kau.Aku harap masa dapat membongkar segalanya buat kau." Richard menghela nafas lesu. "Perjuangan aku dah berakhir.Aku harap kematian aku dapat berikan kau kesedaran."
Tangan Richard terketar-ketar mengusap rambut Arya. "Belum terlambat lagi untuk kau sedar.Aku harap kau akan membesar jadi wanita yang berani dan bijak."
"Richard.." Arya menggenggam lengan lelaki itu.Kedinginannya meresap hingga ke tulang.
"Aku harap satu hari nanti kau akan jumpa kebahagiaan sebab, kebahagiaan tak wujud di sini.Di sini cumalah neraka buatan yang dicipta oleh syaitan yang paling kejam.Kau berhak mendapat kebahagiaan, tetapi bukan di sini."
Usapan itu kini beralih ke pipi Arya yang merona merah di dalam kedinginan.
"Kau ada apa-apa nak cakap?"
"Richard..aku.."
"Komander, Tuanku mahukan Richard sekarang.Dia perintahkan kami untuk bawa dia ke kem sekarang." Belum sempat Arya berkata-kata, seorang pengawal telah menyampuk.
Arya bingkas bangun. "Tunggu, saya ingat dia akan disimpan untuk sehari dua lagi."
"Ini arahan Tuanku.Cik Puan tak ada hak nak halang kami, kata seorang lagi pengawal.
"Tapi.." Richard menggenggam jari-jemari Arya tatkala dia mahu berbicara.
"Arya.Tak kisah lah aku mati hari ni atau esoknya, semua yang hidup pasti akan mati.Walaupun aku tak dapat nak ubah apa-apa, tapi aku harap kau akan sedar.Dia bukan orang yang boleh dipercayai," kata Richard, lemah.
Dua orang pengawal itu terus menyerbu masuk ke dalam sel kurungan.Tangan Richard digari ke belakang oleh seorang pengawal.Dia kemudiannya diseret keluar dari sel, meninggalkan Arya yang berdiri terpaku di belakang.
"Dia betul-betul tekad dengan kata-katanya.Mungkin apa yang dia cakapkan tu betul..Tapi, Denna layan aku dengan sangat baik, mustahil dia boleh buat macam tu.Ah!! Serabutnya!!" Kata Arya di dalam hati.
Dia lekas meninggalkan penjara bawah tanah.Langkahnya diatur laju ke kem tentera berhampiran istana.Kepalanya kusut dengan segala persoalan.
◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆
Richard dipaksa melutut ke tanah.Tangan dan kakinya telah digari.Mata dan mulutnya pula telah diikat ketat dengan kain putih.Bahunya dipegang oleh dua orang pengawal yang berbadan sasa.
"Richard, sebagai seorang Komander, kau mesti tunjukkan contoh yang baik kepada askar-askar kita.Tapi sekarang, kau pulak yang lebih-lebih." Denna mengelilingi Richard yang masih melutut di atas tanah.
"Walaupun prestasi kau agak baik, tapi kelakuan kau.Ptuih!" Denna terus meludah ke muka lelaki itu.Air perempuan itu melekat di pipinya sebagai satu penghinaan.
Richard menggenggam erat jari-jemarinya.Jika mampu berkata-kata, mahu sahaja dia lemparkan kata-kata kesat pada perempuan itu.
"Hmm.. aku masih bersimpati dengan kau.Tapi, kalau aku yang bunuh, hilanglah keseronokan aku.Apa kata aku serahkan tugas ni pada... ARYA."
Jantung Arya seakan terhenti seketika apabila perempuan itu menyebut namanya.Dia berdiri kaku.Badannya tiba-tiba menggigil.
"Apa kau tunggu lagi? Datang ke sini cepat!!" Tengkingan Denna membuat jantung Arya berdegup kencang seperti dilanda ribut.
Langkah berat diatur ke arah Denna yang sedang menunggunya berpuluh kaki di hadapan.Mukanya enggan diangkat sepanjang perjalanan.Askar-askar di situ tidak berani bersuara mahupun menggerakkan jari.
"Aku nak kau buktikan kesetiaan kau pada aku." Denna menyerahkan sebilah pedang kepada Arya.Tangannya terketar-ketar menerimanya seperti itu pertama kali dia memegang pedang.
"Saya nak kain pembalut pada mulutnya dibuka supaya kita boleh dengar kata-kata terakhir dia," kata Arya dalam nada yang serius.
Pengawal di kiri Richard terus merentap kain yang membalut mulutnya dengan kuat sehingga terkoyak.
"Arya, aku minta maaf terpaksa libatkan kau dalam perkara ni.Aku tahu kau kuat, kau boleh lakukannya." Richard mengukir senyuman palsu walaupun jauh di sudut hatinya, dia benar-benar sedih dengan perkara yang menimpanya.
Kain pembalut matanya telah basah - menampakkan tompokan air pada bahagian sisi.Dia menundukkan kepala untuk memberi ruang kepada Arya membuat tetakan.
Arya segera berlari mendapatkan Richard. Pegangannya pada pedang terlerai.Ia berdentingan lalu jatuh ke bumi.
Leher Richard dipautnya erat.Arya mencium pipi lelaki itu yang kian mendingin seperti mayat.
"Kenapa?Kenapa aku mesti buat semua ni? Aku tak mampu!" Rasa sebak menghurungi jiwa Arya.Air matanya jatuh dari birai mata dan menuruni cerun pipi hingga bertemu di dagu.
"Maaf kalau aku sombong dengan kau selama ni.Aku tak ada niat pun nak buat macam tu.." kata Arya sambil tersedu-sedu.
"Arya, hidup ni terlalu singkat untuk kita berpura-pura.Bahagia yang sebenar tak akan datang dalam keadaan kita dilimpahi kemewahan dan mempunyai darjat yang tinggi.Ia akan datang semasa kita tidak mempunyai apa-apa, tetapi masih ada orang di sisi yang setia menemani kita.Dari situlah kau akan tahu, kebahagiaan tak boleh dibeli dengan wang ringgit.Orang yang hidup mewah tidak semestinya bahagia." Richard cuba menyembunyikan sebak di hati.
"Kenapa aku bodoh sangat? Kalau aku tahu kau akan mati hari ni, aku akan layan kau baik-baik.Aku tak akan buatkan kau sedih," kata Arya bersama esakan yang bertambah pedih.
"Sebab itulah kita kena buat baik dengan semua orang supaya ada kenangan baik yang boleh dia bawa ke 'sana' nanti." kata Richard tatkala Arya masih dibelenggu tangisan yang tidak sudah.
"Arya, kita tak tahu apa nasib yang bakal menimpa kita.Sama ada kita masih dikunjungi hari esok atau pun tidak, kita tak boleh mengalah.Jangan biarkan sesiapa tentukan nasib kita.Kita berhak ke atas kehidupan kita sendiri." Richard menyindir halus Denna.
Arya mengesat air mata dengan sisi jemari. "Bila kita boleh jumpa lagi?"
"Aku akan sentiasa berada di samping kau.Aku tak akan biarkan sesiapa apa-apakan kau."
Arya sudah tidak dapat membendung perasaannya.Mahu sahaja dia menjerit untuk meluahkan segala duka di hati.
Denna mengambil pedang yang terbaring kaku di atas tanah.Dia menyerahkannya semula kepada Arya. "Aku beri kau pilihan.Nak aku yang lakukan atau kau?"
"Arya, ambil pedang tu.Jangan biar dia apa-apakan aku lagi." Richard pantas mencelah.
Arya segera merampas pedang itu dari tangan Denna.
Ini peluang aku.Dia betul-betul di sebelah aku.Kalau aku bunuh dia sekarang, aku dapat lari bersama Richard.Tapi, itu memang mustahil.Belum sempat aku tikam dia, mesti pengawal-pengawal tu dah belasah aku sehingga mati.Apa aku nak buat sekarang ni?
Arya memejamkan matanya.Beribu tanggapan menujah fikirannya.Dahinya berkerut tatkala memikirkan perkara-perkara itu.
Aku perlu pantas.Aku mesti bunuh perempuan tu.Apa nak jadi, jadilah.Aku tak kisah.Aku dah terlatih.Aku boleh lawan mereka semua.
"Hiarghh!!" Arya melibas pedangnya ke arah Denna.Pedang mungkin telah melibas perutnya sehingga terburai.Cecair merah terpercik mengenai mukanya.Hatinya begitu puas.
Arya membuka mata untuk melihat kejayaannya.
Alangkah terkejutnya apabila dia dapati Richard telah tersembam di atas tanah dengan mulut yang ternganga.Satu garisan melintang jelas terpapar pada lehernya yang terbelah.Darah mengalir deras membasahi ke pipi.
Tangan Arya terketar-ketar.Pedang berdarah di tangannya jatuh ke bumi.Matanya terbuntang melihat Richard yang telah rebah tidak bernyawa.
"T-T-Tapi... " Arya seperti tidak mempercayai apa yang telah dilakukannya.Dia benar-benar menyasarkan pedangnya ke arah Denna sebentar tadi.
Denna menepuk tangan.Wajahnya terpapar seribu muslihat.Pandangan sinis dihamparkan pada gadis itu.
Dia berjalan mendekati Arya.
"Bukan semudah tu kau nak bunuh aku.Kau patut ingat yang kau tu hanyalah boneka buat aku.Langsung tak bernilai.Aku boleh gantikan kau dengan sesiapa saja yang aku mahu," Bisik Denna tatkala dia melintasi Arya.
Denna sempat melempar sebilah jarum ke dada Richard sebelum dia berangkat pergi.
Jarum itu meresap masuk ke dalam tubuhnya.Arya menggenggam erat tangan Richard yang semakin sejuk.
Dalam sesaat, badannya bertukar menjadi ais dan terus hancur.Butiran ais bersepah di sekitarnya.
Arya menggenggam butiran ais yang berada di tangannya.Ia mencair menuruni celah jarinya.
Dia menggenggam serpihan ais yang kian mencair lalu disatukan di satu tempat.Arya memeluk serpihan ais yang dikumpulnya tanpa menghiraukan kesejukan.
Dia ditinggalkan keseorangan di situ untuk meratapi kematian sahabatnya.Dia tidak berhenti menangis mengenangkan nasib yang menimpa Richard.
"Richard... aku akan balas dendam untuk kau.Aku bersumpah."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top