BAB 37 - Execution

"Kau tak perlu risau kehilangan banyak darah.Benda ni akan sedut kesemuanya!" Denna memberi senyuman menghina.

Dia mengorak langkah ke arah Zhara yang telah rebah di hadapannya.

"Kau nak apa, ha?" kata Zhara dalam kesakitan.Dia sudah tidak dapat bertahan.Darahnya telah disedut keluar dari badan tanpa dihalang.

Denna merentap hujung rantainya dari tapak tangan Zhara.Darah mengalir deras dari kesan luka.

"Argghhhh!!" Zhara sudah tidak dapat merasa tangannya.Segalanya terasa kebas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Dia segera mencari ikhtiar  untuk memberhentikan darahnya dari mencurah keluar.

Disekanya luka itu dengan chi pada tangan yang lagi satu.Namun, tidak berkesan.Lukanya terlalu parah untuk dirawat sendiri.

"Zhara, tak ada gunanya kau buat macam tu.Bertambah sakit lagi adalah," Denna mengeluh.Rantainya pantas menyusup masuk ke dalam pergelangan baju.

Zhara tidak memberi sebarang jawapan.Giginya diketap kuat; seperti hendak patah kerana menahan sakit yang amat.Peluh dan tangisan mengalir seiringan.
"Dengar sini, kalau kau tolong aku, aku akan ampunkan kesalahan kau.Aku dah tak ada sesiapa, Zhara.Kamu berdua sahajalah peneman hidup aku.Tak tergamak aku nak apa-apakan kamu berdua, apatah lagi nak bunuh.Aku sayang kamu berdua, tapi aku terpaksa.Aku janji akan rawat kau untuk menebus kesalahan aku.Tapi, kau mestilah buang sekatan dalam badan aku dulu.Kalau tak, macam mana aku nak rawat kau." Denna memujuknya lembut.

Hati Zhara berbelah bahagi.Dia sudah tidak tahan menanggung derita.Dia perlu membuat keputusan sebelum terlambat.

"Aku setuju," Zhara pantas berkata. Dia sudah tidak dapat berfikir panjang.Kewarasannya telah dihenyak sehingga hancur  seperti tangannya.

Denna mendekatkan badannya pada Zhara. "Jangan cuba nak buat yang bukan-bukan." Denna memberi amaran seraya mengeluarkan jarum dari celahan jari.

"Tarik nafas dari lubang hidung dan hembus ke mulut," Zhara memberi arahan.Denna hanya menurut kata-katanya.

Zhara menumpukan chi pada jari-jemarinya, lantas dia membuka chakra Solar Plexus milik Denna.Dengan menggunakan segala tenaga yang ada, Zhara membawa chi-nya dari seluruh badan Denna ke tekak.Chi itu kemudiannya dipaksa keluar melalui mulut perempuan itu.

"Ahh...." Satu cahaya putih keluar dari mulutnya yang ternganga.Cahaya itu kemudiannya lesap ke dalam udara.

Denna dapat rasakan tenaganya mengalir deras di dalam tubuh.Badannya terasa begitu segar seperti sedang mandi di tasik kayangan.

"Ahh.. Ahh..Sekarang tolong ubati tangan aku pulak," kata Zhara termengah-mengah.Dia menyua tangannya yang tercedera pada Denna.

"Aku akan kotakan janji aku." Denna menggigit hujung jari telunjuknya.Darah mengalir perlahan melalui kesan gigitan.

"SžhæłtārNåmáë." Denna membisik jampinya, kemudian dititiskan darah pada tapak tangan Zhara.

Darah itu diserap masuk ke dalam dagingnya.Pembuluh-pembuluh darah tumbuh pantas seperti akar yang memenuhi lantai bumi. Setelah itu, lapisan daging terbentuk dan mula menyelaputi salur darah.Lapisan terakhir, iaitu kulit, membaluti dagingnya.Tiada kesan parut yang ditinggalkan.

"Terima kasih," kata Zhara, perlahan.

"Sama-sama.Sekarang ni, kita dah seri."

Zhara terasa kebas di kepala.
Pandangannya mula kabur.Badannya terhuyung-hayang seperti berada di tengah laut.Dia terus rebah ke lantai.

"Aku kagum dengan kau,Zhara.Tapi kemenangan tak pernah berpihak pada kau," kata Denna seraya mengusap rambut Zhara.

🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸

"Aku kat mana ni?" soal Zhara.

Matanya tidak dapat melihat apa-apa.Segalanya gelap-gelita.Dia tidak dapat membezakan kegelapan ketika dia membuka atau menutup mata.Seolah-olah ada sesuatu menghalang penglihatannya.Mungkin kain.

Zhara cuba menggerakkan badannya.Malangnya tidak berjaya.Dia telah diikat dengan ketat pada dahi dan pergelangan kedua belah tangan dan buku lali.

Jari-jemarinya digenggam erat.Terasa sesuatu yang asing membaluti tangannya; agak licin dan keras.

Sarung getah! Tak guna.Mesti mereka nak halang aku dari membuat serangan, gumamnya sendiri.

Kakinya pula tidak dapat menjejak tanah.Dia tergantung pada sesuatu yang kukuh.

Shaakk!!

Kain yang menutupi matanya direntap kuat sehingga terkoyak.Terasa seperti hendak putus lehernya diperlakukan sebegitu.

Zhara tergamam seketika.Di hadapannya berdiri tegak berpuluh, mungkin beratus askar Denna yang lengkap berbaju besi.Terdapat deretan khemah di serata tempat.Adakah ini kem tentera?

Zhara tergantung pada sebuah palang besi.Dia disalib di hadapan askar-askar.Fikirannya bercelaru.Banyak tanggapan yang bermain di benaknya.Dan segalanya membawa mesej yang amat buruk.

"Kenapa Zhara? Kau ingat kau akan bangun di atas tilam yang empuk? Hahaha.. lawak betul kau ni," Kata seseorang di belakangnya.Dia cam suara itu.DENNA.

"Kau tipu Denna! Kau pembohong!" bentak Zhara.

Denna berjalan menghampirinya. "Jangan nak ungkit.Kita berdua dah tak ada apa-apa hutang lagi."

"Erghh!! Kau perempuan sial, lepaskan aku!!"

Satu tumbukan melayang ke perutnya.Segala isi perut terasa seperti mahu dimuntahkan keluar.Bebola matanya hampir tercabut dari kelongsong.Kesakitan itu mula bertukar menjadi esakan seperti mahu menagih simpati.

"Dalam keadaan macam ni pun kau masih nak melawan? Huh," herdik Denna.

Zhara tidak membalas.Tiada sebarang perkataan yang berani terjun dari cerun bibirnya.Nafasnya tercungap-cungap menahan sakit.

"Kamu semua tahu tak apa kesalahan perempuan ni?!"
Tiada sesiapa berani menjawab pertanyaan Denna.Pandangan mereka kosong dan tidak berjiwa.

"Dia ni pembelot! Dia sanggup bunuh aku sebab nak pertahankan hak bodoh dia tu.Sekarang tengok, betapa takutnya dia pada aku!"

"Siapa kata aku takut binatang macam kau?" Zhara pantas mencelah.Dia tersenyum hambar seraya melemparkan senyuman sinis.

"Celuparnya mulut kau.Mari kita tengok apa yang aku boleh buat pada mulut kau."

Denna berjalan ke arah sebuah peti berhampiran.Dia membuka peti itu.Di dalamnya terkandung bermacam-macam peralatan. Kebanyakkannya digunakan untuk menyeksa.

Dia mengeluarkan sebatang jarum dari peti itu dengan lubang di hujung. Dimasukkannya benang kasar ke dalam lubang jarum.

"Aku akan diamkan mulut celaka kau, Zhara," ujar Denna.

Dia lantas menggenggam bibir Zhara. "Kau nampak ni apa?! Aku nak jahit mulut kau perempuan sial!" Denna menyeringai seraya menayangkan jarumnya pada Zhara.Jarum itu berkilau di bawah sinaran mentari.

Zhara meronta.Badannya digoncang sekuat hati. Kepalanya digeleng kencang walaupun terikat kuat.

"Jangan, bergerak!" Denna menggenggam erat rahang Zhara.Rahangnya hampir terkehel disebabkan perbuatan kasar Denna.Tenaga yang digunakan amat luar biasa.

Denna mula menekan jarum pada bawah bibir Zhara.Darah mengalir ke dalam mulut tatkala jarum itu mula menembusi isi kulit.

Denna menyambung semula.Jarum itu lantas ditolak menembusi bibir atasnya.Satu jahitan telah terbentuk.

Darah akibat tusukan jarum itu menitik membasahi dagu dan leher.Tangannya digenggam sehingga melecet.Segala tenaga dikumpul supaya sakit ini tidak membuat dia menyerah kalah.

Nafas Zhara turun dan naik dengan laju.Air mata berlinangan di pipi.Renungannya seolah-olah mengharap simpati.

Setelah sepuluh minit mengharung derita, akhirnya siap sudah jahitan itu.

"Macam mana? Seronok?" Soal Denna seperti mahu mempersendakan Zhara.

Zhara terkulai layu.Matanya sudah bengkak menahan tangis.Daging pada bibirnya separa hancur dikerjakan Denna.Mulutnya dipenuhi darah yang tidak dapat dimuntah keluar.Ditelannya darah yang bertakungan di dalam mulut sehingga kering seperti itulah minuman terakhir yang dia akan minum sebelum mati.

Badannya digoncang ketakutan.Bajunya telah basah dihujani peluh penderitaan.Dia benar-benar menyesal membantu Denna sebelum ini, tetapi segalanya sudah terlambat untuk dikesali.

Matanya dijegil ke arah Denna.Pandangannya penuh rasa benci dan dendam.

"Apa kau pandang-pandang,  ha?! Nak aku cucuk biji mata kau?" Denna mengeluarkan jarum yang terselit pada pada celahan jarinya.

"Hmphh!! Hmphh!!" Zhara meronta seperti telah dirasuk.Kepalanya dipaling kiri dan kanan.Matanya memohon simpati.

Denna menekan kepala Zhara pada palang besi. "Kita tengok berapa dalam jarum ni boleh pergi."

Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, Denna memaksa kelopak mata perempuan itu untuk celik sentiasa.

Tangan kanannya memegang jarum secara melintang, lantas dia sasarkan tepat pada bahagian tengah biji mata Zhara.

"Hmphh!! Hmphh!!" Itu sahaja yang mampu Zhara luahkan ketika jarum itu menikam masuk matanya perlahan-lahan.

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kesakitan yang ditanggungnya.Habuk yang masuk ke mata pun sudah pedih, inikan pula jarum besi yang menikam tanpa belas kasihan.

Cecair merah pekat mula memenuhi ruang mata.Air matanya yang bercampur darah mengalir membasahi pipi.

Denna ketawa melihat Zhara yang menggelupur separuh mati. "Oh.. seronok ya.. hahaha.Tak apa, kita main lama lagi."

Denna menolak jarumnya lebih dalam.Dia mahu Zhara merasa seksa setiap inci jarum yang mengoyak tisu matanya.

Bibir Zhara mula bertukar merah.Hidungnya kembang kempis menahan sakit.Urat-urat di lehernya timbul dengan jelas.

Darah penuh mengalir pada bibirnya yang kian mengoyak.Ia mula terbelah, menampakkan daging yang terikat kemas pada benang.

Jahitan itu mula terlerai seiring dengan cecair merah yang membasahi dagu.

"Arghhhhh!!!" Teriak Zhara. Jeritan itu penuh dengan sengsara.Tangisan, kesakitan, segalanya dilepaskan tanpa diseka.

"Aku dah bosan." Denna mengambil pisau yang tersisip pada peti itu, bingkas menghunusnya ke dalam api yang marak.

ZHAAPP!!

Pisau yang panas itu menembusi perut Zhara.Segala isi perutnya keluar melalui kesan tikaman.

"Arghh!!" Zhara meraung kesakitan, namun tidak diendahkan Denna.

Satu lagi pisau menikam dada kanannya.Darah membuak-buak keluar seperti pancuran air.Baju yang dipakainya bertukar merah pekat.Zhara seperti tidak bermaya untuk melawan.

Denna pantas mengeluarkan dawai besi dari peti itu.Dia lantas berdiri di belakang Zhara.Dawai itu didekatkan ke hujung bibir perempuan itu.Perlahan-lahan, dawai itu ditarik ke belakang.Bibir Zhara terkoyak lebar hingga ke pipi.Darah memancut-mancut keluar membasahi mukanya.

"Arhhh!!" teriak Zhara dalam kesakitan.Menjerit adalah satu tindakan yang sia-sia.Ia hanya akan membuat darah mengalir dengan lebih banyak.

Nafas Zhara semakin perlahan.Pandangannya ke dunia sudah layu.Mukanya amat pucat seperti mayat.

"Aku belum habis lagi!" Denna mengambil sebotol minyak, lalu menuangkannya ke badan Zhara.Obor dicampaknya ke arah perempuan itu.Api pantas menyambarnya.

Api yang marak membahamnya hingga ke tulang.Dia mati; lemas di dalam api yang membakar marak.Badannya hancur dijilat api.

"Kamu semua nampak apa yang terjadi tadi?! Itulah balasan setimpal untuk pengkhianat.Ada sesiapa di kalangan kamu yang mahu turut serta?!" soal Denna. Suaranya nyaring seperti petir yang membelah bumi.

"Tak ada, Tuanku!" Mereka semua menjawab serentak.

Denna tersenyum lebar melihat Zhara yang sudah bertukar menjadi tengkorak hitam.

"SEMOGA KAU MEREPUT DI DALAM NERAKA!! HAHAHAHA."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top