BAB 36 - Traitor (part II)
Kedengaran deretan tapak kaki yang tidak berpenghujung di pintu masuk.Berpuluh pengawal menyerbu masuk ke singgahsana.
Mereka semua menghalakan busur silang ke arah Richard dan Zhara yang dianggap sebagai ancaman.Mereka berdua terdiam kaku.
"Letakkan senjata! Ini pertarungan aku.Jangan ada sesiapa berani masuk campur," arah Denna dgn riak wajah yang bengis.
"Tapi Tuanku dalam bahaya. Kami wajib melindungi Tuanku," kata seorang pengawal dalam ketakutan. Busur silang yang dipegangnya terketar-ketar perlahan.
"Kamu ingat aku ni lemah?! Aku cabar kamu semua tembak aku serentak.Kita tengok siapa yang mati dulu." Denna mencabar mereka.
Seraya itu, mereka segera menurunkan senjata.Perasaan hiba mula menguasai jiwa kerana tidak dapat berkhidmat untuk Ratu yang mereka sanjungi.
"keluar sekarang!"
Mereka menurut perintah. Derapan tapak kaki mula meninggalkan singgahsana. Pintu hadapan dikuak perlahan sebelum ditutup rapat.
"Jangan terlalu leka.Dia mungkin ada banyak helah nak 'dipersembahkan' pada kita," bisik Zhara mengingatkan Richard supaya berjaga-jaga.
Richard mengangguk. Matanya tidak beralih dari memandang Denna.
Sepantas kilat, perempuan itu melemparkan jarum ke arah Richard dan Zhara.
TING!!
Mereka segera menepis serangan Denna.Jarum-jarum itu terpelanting entah ke mana.
"Mana Denna?" soal Zhara, terkejut.
Denna terus lesap dari pandangan tanpa meninggalkan sebarang jejak.Ternyata serangan tadi hanyalah untuk mengalih perhatian mereka.
Mata mereka meliar memerhati sekeliling.Mereka perlu berwaspada kerana perempuan itu boleh menyerang dari mana-mana arah.
Tiba-tiba telinga Zhara menangkap bunyi dentingan kecil.Dia pantas mencari punca bunyi tersebut.
Dia mendongak ke atas.
BOOFFFFFF!!!!
Candelier pada siling terus berkecai.Serpihan kristal yang tajam terpelanting ke merata tempat.
"Richard!!" Zhara berlari lantas menyambar badan Richard.Mereka lekas menghempas badan ke lantai dan berguling jauh dari situ.Serpihan kaca bertaburan di merta tempat.
Serpihan kaca itu menggores kecil leher dan pipi Zhara.Mujur tiada kecederaan parah.Baju besi Richard telah menepis kebanyakan serangan.
"Kau tak apa-apa?" ujar Richard, lembut.
ZHIUPPP!!
ZHIUPPP!!
ZHIUPPP!!
Ribuan jarum dilancarkan dari teras candelier itu ketika mereka dalam keadaan tidak bersedia.
Zhara merentap badan Richard ke tubuhnya. Tangannya ditekup pada belakang leher dan kepala Richard.
Jarum-jarum yang menghala ke arah mereka terpelanting apabila mengenai baju besi Richard.
"Arghhh!!" Zhara mengerang kesakitan.Giginya diketap kuat apabila berpuluh jarum tertusuk ke lengannya yang tidak dilindungi.
Jarum yang digunakan Denna agak panjang.Hampir
tiga inci dan agak besar. Kesakitannya berpuluh kali lebih terasa dari jarum akupunktur yang ditusuk ke kulit.
"Zhara!!" Richard terus bangun dari dakapan Zhara. Dia segera mencabut satu per satu jarum pada lengan perempuan itu.Tangannya terketar-ketar, wajahnya menahan sebak.
"Jangan risau, jarum-jarum ni tak beracun," kata Zhara dalam nada yang lemah.Darah mengalir perlahan dari bekas jarum yang dicabut Richard.
"Macam mana? seronok bermain??" kata satu suara lantang jauh di hadapan.
Richard membantu Zhara untuk bangun.Matanya tepat memandang Denna yang jauh di hadapannya. "Kau memang keji Denna!" bentak Richard.
"Aku tak pernah tetapkan peraturan.Kalau kau mati, kau kalah lah.Tapi jangan harap aku nak bunuh kau dengan cepat."
Denna menghala lengannya ke hadapan.Beribu-ribu jarum yang dilepaskan tadi ditarik masuk ke dalam lengan bajunya.Seperti besi yang ditarik magnet.
Jarum-jarum pada lengan Zhara terentap keluar mengikut jarum-jarum yang lain.Cecair merah mengalir menyelaputi lengannya.
Zhara menumpukan chi pada bawah kulitnya untuk membekukan darah.Chi menyelaputi bawah epidermisnya.Walaupun agak sakit pada mulanya, tetapi inilah cara yang paling cepat dan berkesan. Lama kelamaan, kesakitannya beransur reda.
Denna tersenyum sinis.Rantai besi keluar menjalar dari lengan bajunya hingga menyentuh lantai.Pada bahagian hujungnya, disambung besi yang ditempa runcing - seperti lembing.
"Hiarrghh!!" rantai besi pada lengan kanannya dicampak tepat ke arah Zhara. Ia meluncur laju di udara bagai ular besi yang terbang.Ia memanjang dan terus memanjang.
Richard segera merentap lengan Zhara.
ZHIUPP!!
Rantai itu meluncur laju, betul-betul hampir ke pipi Zhara.Beberapa helai rambut merah-halianya terpotong dan gugur ke tanah.
Zhara terkesima.Dia tidak boleh menumpukan perhatian pada sekeliling semasa merawat.
"Jangan leka! Kita tak tau berapa jauh rantai tu boleh pergi," pesan Richard di dalam kekalutan.
TAAKKKK!!
Rantai besi itu menghentam pintu masuk.Begitu ganas serangan itu seperti hendak tercabut pintu dibuatnya.
Denna merentap semula rantai besinya.Separuh masuk semula ke dalam lengan bajunya.
"Dah lama aku tak pakai benda ni.Tak sangka masih kuat seperti dulu," kata Denna sambil tersenyum bangga.
Zhara dan Richard pantas menyambar pedang yang terbaring kaku di lantai.Mata mereka tidak pernah beralih dari memandang Denna.
ZHAPPP!!
Rantai besi (kiri) dihayunnya melintang.
Zhara dan Richard pantas melompat tinggi seraya memusingkan badan.Muka mereka hanya sejengkal daripada ayunan rantai besi itu.
Mereka mendarat ke lantai.Lutut mereka dijatuhkan dahulu untuk menyeimbangkan badan.
Hayunan itu melekat pada sebuah lukisan minyak yang tergantung di dinding.Denna merentap lukisan itu bersama rantainya.
PRAAKK!
Kepala Richard dihentam bingkai kayu itu.Bingkai kayu itu hancur bersama kanvas yang telah terkoyak. Serpihan-serpihan kayu menusuk ke kulit kepalanya.Dia benar-benar tidak menyangka serangan sebegitu.
"Richard! Kau okey tak?!" jerit Zhara yang berada agak jauh darinya.
Richard tidak menjawab.Pandangannya berpinar-pinar seperti hendak pitam.Suara yang didengarinya agak bergaung dan tidak jelas.
Denna bingkas melempar rantainya ke arah mayat seorang pengawal.Bahagian tajam itu mencengkam erat pada badan mayat.
Lantas, dia mencampak mayat itu ke badan Zhara.
BHAMMM!!
Impak yang kuat itu telah 'menerbangkan' Zhara hampir sepuluh kaki ke belakang.Dia jatuh tersembam bersama mayat pengawal itu.
Richard memaksa dirinya untuk bangun.Kesakitan itu masih terasa, tetapi dia perlu berjuang demi nyawanya dan banduan-banduan yang lain.
Semangatnya dibakar lalu digunakan untuk menerangi kegelapan yang dicipta Denna.Dia langsung tidak berasa takut mahupun gentar.
Pedangnya digenggam erat pada tangan seraya meluru ke arah Denna.
Perempuan itu bingkas mencampak rantai besinya ke arah Richard.
TANGGG!!
Terhasil bunyi dentingan yang kuat apabila Richard memukul rantai itu jauh darinya.Seperti gong yang dipalu.Pukulan tadi membuatkan dia berasa tidak stabil.
Cengkaman rantai kanan pada mayat dilepaskan.
Rantai itu direntap kasar Denna.Lantas dia menghempasnya ke pinggang Richard.Ia pantas melilit seperti ular sawa.
Dengan sepenuh tenaga, Denna menghumban Richard ke dinding sebelah barat.Pedangnya tercampak dari genggaman.
THAANNGGG!!
Badannya terhentak ke dinding.Gegarannya benar-benar terasa apabila baju besinya menghentam dinding batu itu.Pening yang tadi pun belum lagi hilang, sekarang bertambah lagi.
Tanpa belas kasihan, badannya terus diseret ke dinding sebelah timur.
BHAAMM!
Kepalanya terhantuk pada dinding.Pandangannya semakin kelabu.Dunia perlahan-lahan menjadi bisu.Cecair merah mula mengalir ke muka.
Lilitan itu terlerai.Meninggalkan Richard yang terkulai lemah tidak sedarkan diri.
"Richard!!" teriak Zhara penuh kerisauan.Dia segera menghantar tiga jentikan serentak ke arah Denna.
Denna bingkas berlari lantas melompat ke dinding sebelah barat.Rantai besinya telah disimpan ke dalam pergelangan baju.
Zhara pantas menjentik, tetapi pergerakan Denna lebih pantas.Dia melompat dari dinding ke dinding seperti hantu yang sedang terbang.Cengkaman dan anjakannya yang kuat membuatkan dia tidak jatuh ke lantai.
Peluh dingin membasahi tubuh Zhara.Belum satu pun serangannya mengena.Dia hanya meninggalakan deretan lubang pada dinding yang semakin lama semakin kecil.
Zhara sedar yang dirinya belum begitu mahir menggunakan teknik Jentikan Chi ini.Semakin kerap dia guna, semakin lemah kesan jentikan itu.
Denna semakin hampir.Degupan jantung Zhara semakin laju seperti hendak tercabut dari tubuh.Jarinya sudah lenguh menjentik.
Denna terjun dengan mengejut.
ZHAPP!!
Rantainya dicampak menembusi tapak tangan Zhara.
"AHHHH!!" dia meraung kesakitan.Serangannya terhenti.Dia terus rebah ke lutut.
Badannya kaku.Peluhnya mengalir pesat dari setiap celahan kulit.Matanya memandang kuyu Denna.
'Malaikat maut' itu berjalan menghampirinya.Dia sedar, hayatnya bakal berakhir sebentar lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top