"Aku benci kamu semua! Aku benci!!" teriak Denna sedikit serak.Dia rebah ke lantai.Tangannya menekup muka untuk menyembunyikan esakan yang semakin pedih.
"Sekarang, kau rasa apa yang kami rasa selama ni," Zhara mencelah ketika Denna sibuk melayani perasaannya.Mukanya tidak menunjukkan sebarang ekspresi.
"Kau memang tak faham perasaan orang yang kau tindas selama ni.Mereka bekerja siang dan malam, kadang-kadang sampai tak makan sebab nak puaskan nafsu kau! " Sambung Richard.Matanya memandang tajam Denna.
"Diam!" Pekik Denna apabila sudah tidak tahu untuk membalas.Badannya disokong oleh kedua-kedua belah tangan untuk menjarakkan diri dari lantai. Air mata telah berlopak pada lantai kayu mewahnya.
"Kau tengok banduan-banduan tu! Apa sebabnya kau penjarakan mereka? Sebab mereka tak berikan hasil yang kau mahukan? Atau sebab kau cemburu dengan mereka?! Mereka bahagia walaupun hidup susah sebab mereka ada orang yang tersayang di samping mereka.
Mereka 'kaya' dengan kasih sayang.Dan kau pulak, miskin jiwa! Kau memang tak ada hati perut! Kau lebih teruk daripada binatang! Kau memang manusia bertopengkan syaitan!" Richard melepaskan segala yang terbuku di hati.Dia memang tunggu-tunggu saat seperti ini.
"Berani kau biadap dengan Tuanku!" kata seorang pengawal seraya mendekatkan mata pedangnya ke bawah dagu Richard.
"Sanggup kau cakap macam tu.Kau sanggup derhaka pada aku semata-mata untuk pertahankan manusia-manusia jijik tu!" Denna membalas, lemah. Kata-katanya itu seperti menegakkan benang yang basah.
"Ini cuma sedikit Denna.Saksikanlah perlahan-lahan kemusnahan empayar kau," kata Zhara.Giginya diketap untuk menahan hati yang telah panas membara.
"Tuanku, mereka sudah melampau.Izinkan kami hapuskan pengacau-pengacau ni," kata seorang lagi pengawal.
"Diam..Diam..Diam!!" tangannya dikepal lalu menumbuk lantai bertubi-tubi.
"Tuanku perlu berehat.Kalau Tuanku tak dapat nak buat keputusan, biar saya.. "
Denna mengeluarkan sebilah jarum dari celahan jari, lalu dilemparnya tepat mengenai leher pengawal itu sebelum dia sempat menghabiskan kata.Dia terus tumbang bersama pedang yang dipegangnya.Racun pada jarum itu bertindak balas dengan sangat pantas.
Denna mengesat air matanya.Dia kembali bangun setelah rebah dihempap sembilu.Dia mengangkat mukanya yang bengis.Padangannya tepat pada pembelot di hadapannya.
Denna mendengus sinis. "Maaf sebab sebelum ni aku teragak-agak."
Dia melontar tiga bilah jarum beracun ke arah mereka bertiga. Jarum itu meluncur laju bagaikan peluru di udara.
Zhara bertindak pantas.Ibu jarinya diketip bersama jari telunjuknya seraya menjentik ke tiga arah.Sejenis tenaga dilepaskan dari jentikan itu.Ia bergeser dengan udara lalu membentuk tenaga angin yang berbentuk runcing.
Tenaga jentikan itu berlaga dengan jarum-jarum Denna dan terus berkecai di udara. Bahagian hadapan kedua-dua objek itu tepat-tepat bertemu pada kelajuan yang tinggi dan terus musnah.
Denna terkesima.Belum pernah lagi sesiapa mematahkan serangannya itu.Lagipun, dia tidak pernah lihat ilmu jentikan sehebat itu.Dia berasa terancam.
"BUNUH MEREKA!!!" Arah Denna.
Sepuluh orang pengawal menyerang serentak ke tengah.Pedang mereka berlaga dan menghalang antara satu sama lain. Ruang yang kecil memang tidak sesuai untuk diserang oleh sepuluh orang sekali gus.
Richard mengambil peluang. Dia menumbuk dagu pengawal di hadapannya lantas menyiku rusuk lelaki itu.Dia tergigit lidah, lalu memuntahkan darah di situ.
Formasi mereka terlerai.Richard dan Zhara dan Desmond menyusup keluar melalui celahan antara pengawal.
Zhara sempat mengambil pedang daripada pengawal yang termuntah darah tadi.Dia segera menghayun pedang ke leher lelaki itu.Dagingnya terhiris pada bilah pedang dan memancutkan darah ke merata tempat.Dia rebah bersama kolam darah yang melitupi baju besinya.
Seorang pengawal menerpa dari arah kanan.Pedangnya terangkat ke belakang kepala; terpantul wajah kaku Zhara padanya.Sepantas kilat, dia menghayun pedang separas leher wanita itu.Zhara terpempan.Dia langsung tidak bersedia untuk mempertahankan diri.
Desmond terus berlari mendapatkan Zhara.Dia pantas mencelah antara mereka berdua untuk melindungi Zhara.
Zhaappp!!!
Pedang itu menetak leher lelaki tua itu tanpa belas kasihan.Pergerakannya dan arah serangan bertentangan, menyebabkan kecederaan yang diterima amat parah.
"Desmond!!" teriak Zhara.Matanya terbeliak luas, tetapi badannya kaku.
Hampir tercabut kepala lelaki tua itu dari lehernya yang lemah.Darah pengorbanan terpancut ke muka Zhara; membuatkannya bertambah kaku.
Desmond terkulai di lantai, darah berlopak hingga membasahi pipinya yang cengkung.Matanya terbeliak, mulutnya ternganga.Wajah kematiannya begitu ngeri.Kini, berakhir sudah perjuangan Desmond di dunia.Pengorbanannya akan sentiasa diingati sampai bila-bila.
Pengawal itu menghampiri Zhara.Belum sempat dia mengangkat lagi pedang berdarahnya, Richard pantas menumbuk tengkorak lelaki itu.Tumbukan itu tepat mengenai sisi kepala dan membuatkan dia tersembam ke lantai.
Zhara lekas mencacakkan mata pedang menembusi tengkorak lelaki itu.Ditolak-tolaknya pedang itu supaya menghancurkan tengkorak lelaki itu.Darah memancut keluar dari atas dan bawah.Zhara menyeringai. Dia berpuas hati dapat menebus kematian Desmond.
"Sudah!" kata Richard, kasar.
Zhara tersentak.Dia segera mencabut pedang dari tengkorak lelaki itu.Berhamburan darah keluar seperti paip pecah.
Richard pantas menyambar pedang yang tercampak di lantai.
Mereka berdua memandang antara satu sama lain lantas mengangguk sebagai tanda 'sedia'.
Zhara meluru ke arah tiga orang pengawal yang sedia untuk menyerangnya. Dengan pantas, dia menggelunsur ke kaki pengawal-pengawal itu.
Seorang tumbang dan jatuh berhampirannya.Zhara segera memusingkan badannya lantas menendang kepala lelaki itu.Dia lansung tidak memberinya peluang untuk membuat serangan balas.
Dua orang pengawal lagi pantas menghayun pedang ke arahnya.Dalam posisi berbaring, dia bingkas berguling ke tepi untuk mengelak serangan.
Badannya terhempap pada dinding berdekatan.Kiri dan kanannya dikepung oleh pengawal.Langsung tidak ada ruang untuknya melarikan diri.
Senyuman sinis dihamparkan ke muka wanita itu.
"Tak ada tempat untuk kau lari, cik adik," kata salah seorang daripada mereka.
"Terima kasih bersimpati." Zhara bingkas menjentik ke arah dua orang pengawal di hadapannya.Jentikan padu itu tepat menembusi tengkorak. Mereka terus rebah ke bumi.
Dentingan pedang bersilih ganti apabila Richard cuba menepis setiap serangan yang diterima.
Dia lantas menendang seorang pengawal tepat mengenai sebuah patung marmar.Kepalanya terhantuk pada badan patung.Dia rebah bersama patung yang menghempap ke tubuhnya.
Richard berpusing, lalu menghayun pedangnya dari bawah.Hayunan itu telah menghiris sebelah tangan seorang pengawal.Dia berteriak sambil memerhati darah terpancut keluar dari tangannya yang hampir terputus.
Pedang Richard berpatah balik, lalu hinggap ke bawah dagu lelaki itu.Darah tersembur keluar.Dia terus tersembam selepas menerima serangan itu.Matanya terpejam dan tidak lagi dibuka.
Richard segera berundur ke belakang apabila ketiga-tiga pengawal itu menghentak pedang ke arahnya.
Zhiupp!!
Zhiupp!!
Dua butir peluru angin menembusi tengkorak pengawal di hadapan Richard.Seraya itu, mereka terus terlentang di lantai. Lopak darah mula membasahi dahi mereka.
Pengawal terakhir mengilas lehernya ke belakang untuk melihat tuan punya serangan itu.
Sepantas kilat, Zhara menghentak jarinya pada kedua-dua belah dada dan di tengah abdomen lelaki itu.Tenaganya tidak dapat mengalir, dia kaku sebentar.
Zhara menumpukan chi pada tapak tangannya, lantas menghentak ke perut lelaki itu.Darah tersembur laju dari mulut, lalu dia rebah.
Zhara dan Richard menghembus nafas lega. Keriangan terpacar pada wajah mereka.
"Kau dah kalah Denna.Menyerah saja lah!!" Pekik Richard.
"Kau pasti ke?" kata Denna dengan riak wajah selamba.
"Ataupun kau nak lawan dengan kami?!" cadang Zhara.
"Kalau kami menang, aku nak kau bebaskan semua bandua.Jangan kacau lagi hidup kami semua!" runding Richard.
"Kalau kau kalah?"
"Kami tak akan kalah," kata Zhara dan Richard seiringan seraya menggenggam erat pedang di tangan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top