BAB 32 - SUMMONING

Sarafina bergerak bagaikan angin, membawa dendam pergi bersamanya.

"Draconda, tergamak kau tipu aku.Aku ingat kau memang nak tolong aku, tapi kau tak ubah macam yang lain - tikam aku dari belakang."

"Laju lagi!" Sarafina menyepak perut kudanya.Lantas, pergerakannya bertambah laju.Rambut putihnya ditiup angin kemcang.Giginya diketap sekuat hati.Matanya sudah merah kerana menahan geram.

selepas beberapa ketika, dia sampai ke destinasi yang ditujuinya.Bukan Pekan Orton, tetapi sebuah gurun di kawasan tandus.

Sarafina melompat dari kudanya.Matanya meliar memerhati kawasan sekeliling.

Gua di hadapannya kelihatan agak usang.Mungkin sudah berpuluh tahun tidak dikunjungi sesiapa.

Sarang labah-labah yang telah bermastautin pada gerbang gua ditepisnya sehingga terlerai.

Suasananya amat sunyi, suram dan lembap.Banyak haiwan gua yang telah bermaharajalela di sini.Stalaktit dan stalakmit menghiasi indah siling gua seperti sebuah candelier.

"Tempat ini sesuai untuk seru dia," suara Sarafina bergema.

Sarafina meletakkan beg kulit dan Katananya di sudut gua.

Sarafina berfikir sejenak. "Kalau hendak seru dia, aku perlukan api.Tapi, apa yang boleh aku bakar?

Ermm.. kertas letupan? Tak.Benda tu tak boleh dibakar sesuka hati.Kertas jampi pulak? Eh, tak boleh.Benda tu berharga.

"Apa yang aku nak buat ni?!" Sarafina menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Hutan jauh dari tempat ni.Yang ada dekat sini cuma pasir dan batu aje.Aku tak akan patah balik semata-mata nak cari kayu."

"Patah balik.. ermm.." satu idea terlintas di benaknya.Dia segera memalingkan pandangannya ke luar.Riak wajah Sarafina jelas berubah.

Sarafina meletakkan dua jari pada bibirnya, seraya mengeluarkan bunyi seperti bersiul.

Kuda putihnya bingkas masuk ke dalam gua.Badannya yang putih menyinari dinding gua yang kelam.

"Mari sini Jacky, jangan takut.Ini Tuan kau." Jacky mendengus, seraya mendekati Tuannya.

Sarafina mengeluarkan pisau yang tersisip pada peha kirinya.Pisau itu didekatkan pada bibir, lalu dijilatnya.Lidahnya terhiris.Cecair merah pekat mengalir membasahi pisau itu.

"Maaf ya Jacky.Aku terpaksa 'tidurkan' kau... selamanya," kata-katanya disudahi ketawa kecil.Darahnya bercampur dengan air liur ; dihisapnya sehingga kering.

Sarafina mengusap lembut surai kudanya.Jacky menyondol manja Sarafina, seraya mendengus perlahan.

Sarafina memeluk leher kudanya, lalu memberi kucupan pada dahi. "Aku sayang kau Jacky," kata Sarafina perlahan.

Sarafina mengambil peluang setelah Jacky ditenangkan.Dia menyerang pada titik buta haiwan itu.Perut Jacky ditikamnya dari bawah.Dia langsung tidak melawan.

Racun pada darah Sarafina meresap masuk ke dalam tubuh Jacky.Otot-ototnya kejang seperti direntap dengan kuat.Dia terus rebah di lantai gua yang dingin.

Tidak lama kemudian, kesan tikaman itu bercantum semula seperti sedia kala.Jika dilihat dari luar, dia kelihatan sama seperti tidur sambil dibuai mimpi indah.Tetapi dari dalam, dia telah pun mati.Inilah teknik membunuh Sarafina yang digelar 'Silent Death'.

Mangsa tidak dapat menjerit selepas ditikam.Racun pada darah Sarafina bertindak balas dengan sangat pantas.Otot-otot mangsa menjadi kejang dan tidak dapat berfungsi.Darah juga akan memekat dengan pantas, menyebabkan ia tidak mengalir dalam badan mangsa.

Cecair merah-kehitaman mengalir keluar dari hidung Jacky.Suhunya turun dengan mendadak.Badannya keras seperti patung marmar.

"Zalkara~Nume Astrice."
Mata Sarafina bercahaya dalam sesaat selepas jampi dibaca.

Asap mula keluar berkepul-kepul daripada lubang hidung Jacky.Lama kelamaan, badan kuda itu dimamah api yang merah menyala.

"Maaf Jacky, aku tak sanggup nak bakar kau hidup-hidup.Kau dah banyak berjasa pada aku.Atau nanti kau lari pulak lepas kena bakar." Sarafina melemparkan senyuman yang menjengkelkan pada bangkai kuda di hadapannya.

Sarafina segera menoreh tapak tangan kirinyanya menggunakan pisau.Kesan torehan tidaklah begitu dalam - hanya cukup hingga menyentuh dermisnya.

Cecair merah terang mengalir deras dari kesan torehan.Barangkali arterinya yang terpotong.

Sarafina menitiskan darahnya ke dalam api yang marak, lantas mulutnya berkumat-kamit membaca jampi.

" Draconda,
Hearken to these words,
Hear my cry,
I call you spirit from the
other side,
I wish to speak to you
here.
Come to me, come to this
flame,
I call you now.
DRACONDA! "

Api yang marak itu berubah ke warna hijau zamrud.Sama seperti api di Dunia Roh.

Asap berkepul memenuhi siling gua lalu membentuk satu rupa yang amat dikenali Sarafina.

Rupanya jelas kelihatan sekarang.Jubah biru gelapnya amat sebati dengan kegelapan gua.Mukanya berbentuk tengkorak - tiada langsung lapisan kulit mahupun daging yang menyelaputinya.

"Ada apa yang boleh aku bantu?" tanya lembaga itu.Suaranya agak kasar dan bergaung.

"Kau dah tipu aku, lepas tu buat-buat baik pulak ya," Sarafina terus menengking.

"Hmm.. apa yang kau cakap ni Sarafina? Selama ni pemberian aku tak cukup ke?"

"Kau tipu aku.Kau kata kalau aku ikut perintah kau, aku akan dapat bersama dengan Darren.Kau dah janji nak hapuskan sumpahan puak Assasin yang ada pada diri aku supaya aku boleh hidup seperti manusia biasa.Tapi, kau dah tikam aku dari belakang.Aku yang selama ni ikut sahaja perintah kau, sedangkan kau langsung tak dapat nak kotakan janji kau tu.Darren dah lama mati." jelas Sarafina panjang lebar.

"Sarafina, Sarafina... orangnya cantik, tapi berfikiran cetek. " Sebelum Draconda menghabiskan kata-katanya, Sarafina bingkas membidas.

"Suka hati kau aje cakap macam tu.Jangan ingat kau bukan di alam ni, aku tak boleh nak bunuh kau!"

"Sarafina, aku penjaga Alam Roh.Kau pun tahu.Segala yang pergi, boleh aku kembalikan dengan sekelip mata," Draconda melemparkan kata-kata manis.

Mata Sarafina tidak berkelip memandang Draconda. "Jadi, kembalikan dia sekarang.Aku mahukan dia."

"Setiap roh yang dikembalikan, pasti ada bayarannya." Dia berhenti senafas. "Janji yang dulu, kita biarkan berlalu.Sekarang, kita buka buku baru."

"Tak perlu kau nak putar belitkan keadaan!" suara Sarafina bergema.

"Aku mahukan puntianak yang terakhir tu.Sebagai ganjaran, aku akan kembalikan lelaki tu dan hapuskan sumpahan yang membataskan cinta kamu berdua. "

"Kau tak ada apa-apa helah lagi? Aku dah muak dengan janji-janji palsu kau."

"Aku teringat budak perempuan yang merayu untuk kembali semula ke bumi.Dia telah bersetuju untuk menjadi The Passenger. Tapi sekarang, dia dah berani melawan Tuan dia."

Sarafina menahan geram. "Tak payah lah kau nak perli aku.Aku tahu apa yang aku buat."

"Jadi, kau terima tawaran tu?" tanya Draconda. "Aku janji aku tak akan kacau hidup kau dengan dia selepas ni.Kau boleh hidup bahagia di samping dia selamanya.Kau bebas dari tugas kau.Tidak ada sesiapa yang akan melarang kau untuk bersama dia."

Tanpa berfikir panjang, Sarafina terus menjawab. "Aku terima.Tak ada sesiapa yang lebih penting di dunia ni melainkan dia.Aku sanggup korbankan segalanya untuk bersama dia sekali lagi."

"Bagus Sarafina.Kau memang pengikut aku yang paling setia," puji Draconda.

"Sekarang, apa yang aku perlu lakukan? "

"Tugas kau senang saje.Kau cuma perlu hantarkan dia kepada aku.Itu tugas terakhir kau sebagai The Passenger. Tapi, jika ada yang menghalang, kau selesaikan sendiri."

Sarafina mengangguk. "Sekarang, kau boleh berambus."

Selesai kata-kata Sarafina, api itu terus padam.Asap yang berkepul terus lenyap dibawa pergi oleh Draconda.Yang tinggal hanyalah bangkai Jacky yang telah hangus dijilat api.

Darren, kau tunggu aku ya.Segalanya akan berakhir.Sumpahan bodoh tu akan terhapus jua.Kita akan dapat bersama seperti dahulu kala.Aku tak sabar-sabar nak jumpa kau.Nak peluk kau.Nak bagitau kau yang aku rindukan kau sangat-sangat.Darren, i love you so much.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top