BAB 20 - TROLL'S FOREST

Cassandra dan Katilda meneruskan perjalanan mereka.Mereka memilih untuk melalui kawasan berhutan berbanding padang berumput; sebagai langkah keselamatan.

"Cassandra, kenapa kita lalu hutan ni? Dah la gelap, sejuk pulak tu.Kenapa tak lalu padang berumput je?" Keluh Katilda.

"Dekat kawasan ni ada kem tentera.Denna dah arahkan tenteranya supaya membunuh sesiapa saja yang lalu padang berumput pada waktu malam." Jelas Cassandra. "Sesiapa yang lalu kawasan tu akan dianggap pengganas."

"Oh, inilah langkah berjaga-jaga Denna.Perempuan tu memang bijak." Katilda langsung tidak berniat untuk memuji Ratu Denna.

"Jangan risau, pengawal tu tak akan masuk hutan ni.Kalau mereka masuk pun, kita boleh sembunyi." kata Cassandra.

Sunyinya hutan ni. Tak, ni terlalu sunyi.Sekejap, baru aku perasan.Sejak aku masuk hutan ni, tak ada seekor cengkerik pun yang berbunyi.Pelik..

Katilda memberanikan dirinya untuk melihat sekelilingMatanya meliar memandang hutan yang gelap gelita itu.Meremang bulu romanya apabila melihat banyak papan-papan tanda yang agak pelik.Ada yang patah, ada yang dipenuhi anak panah dan ada yang dilumuri darah.

Katilda membersihkan tekaknya.Dia perlu mencari sebuah papan tanda yang masih elok.Mungkin kesemua papan tanda di sini memberi petunjuk yang sama - ataupun amaran.

"Oh, tu dia!" Katilda menarik tali pacu kudanya; lantas kuda yang ditunggangnya berhenti.

Katilda membaca papan tanda yang tergantung pada pokok di hadapannya.Terdapat sedikit kesan darah, tetapi tulisannya masih boleh dibaca.

BEWARE OF TROLL

Itu yang tertulis pada papan tanda itu.Walaupun telah membacanya, katilda tetap tidak memahami mesej yang disampaikan oleh papan tanda itu.

"Troll? Apa tu? Binatang ke?"Katilda menyoal dirinya sendiri. "Mungkin aku patut tanya Cassandra."

Katilda menghentak tali pacu kuda sebagai arahan untuk bergerak lebih laju.Katilda cuba untuk mengejar Cassandra berada yang jauh di hadapan.

Apabila mereka bersebelahan, Katilda menepuk bahu Cassandra.Tetapi, gadis itu memalingkan wajahnya daripada Katilda.Dia tidak mahu Katilda melihatnya menangis.Air matanya dikesat secepat mungkin sebelum memandang Katilda.

"Kenapa ni Katilda?" Cassandra mengukir senyuman palsu untuk menyembunyikan tangisannya.Dia benar-benar risau akan ayahnya sejak keluar dari kampung.

"Engkau tak baca ke papan tanda tu?" Kata Katilda dengan cemasnya sambil menuding jari ke arah papan tanda yang dibacanya tadi.

"Oh, tu cuma petunjuk arah.Lagipun Pekan Orton dah tak jauh.Kita berhenti sekejap di sini ya," Cassandra menjawabnya dengan tenang.

Apa masalah perempuan ni? Dia tak reti baca ke?

Cassandra turun daripada kudanya, diikuti oleh Katilda.Dia mengambil beg sandangnya, lalu mengeluarkan beberapa keping roti.

"Nah, makanlah.Engkau mesti lapar, kan?" Cassandra menghulurkan dua keping roti kepada Katilda.Dia bingkas mengambilnya dari tangan Cassandra. Dimakannya roti tu dengan lahap sekali.

"Maaflah ya, ini je yang ada kat rumah saya.Nanti bila kita dah sampai ke Pekan Orton, kita beli makanan ya." Cassandra melontarkan senyumannya kepada Katilda.Senyumannya yang manis, menambahkan lagi kesedapan roti gandum yang dimakan Katilda.

Kemudian, mereka pun bersandar di bawah sebatang pokok.Cassandra meletakkan kedua-dua belah tapak tangan di belakang lehernya.Dia mahu memejamkan mata buat seketika.

"Cassandra," Katilda memulakan bicara. "Terima kasih selamatkan aku.Kalau engkau tak ada, mesti aku akan mati tak lama lagi."

Cassandra membuka matanya dan memberikan senyuman kepada Katilda."Aku dah berjanji dengan seseorang, yang aku akan jaga engkau seperti nyawa aku sendiri."

"Siapa orang tu? Aku kenal ke?"

"Mungkin." Cassandra memberi jawapan ringkas. "Lain kali lah aku ceritakan."

Katilda mengangguk sambil menghabiskan cebisan terakhir rotinya.Cassandra mengeluarkan sekeping lagi roti daripada begnya, lalu diberikan kepada Katilda.Dia tidak ada selera untuk makan pada malam ini.Mungkin dia agak risau akan keselamatan ayahnya - dia memang patut risau.

"Awak tak nak makan ke?" Soalnya setelah mengambil roti daripada tangan Cassandra.

"Aku tak ada selera, engkau makan je lah."

Katilda memakan roti itu dengan berselera.Baginya, roti gandum ini 100 kali lebih sedap berbanding makanannya di dalam penjara.

"Cassandra, awak reti membaca tak?" Soalan yang bermukim di fikirannya kini menanti jawapan daripada gadis itu.

"Maaflah pasal papan tanda tu.Aku tak tau apa yang ditulis padanya."

"Engkau buta huruf?" Soalan yang hampir sama ditanya lagi.

"Pelik sangat ke? Bukan ke hampir semua orang di Dracbarrow buta huruf.Hanya orang kaya dan berketurunna diraja saja yang mampu belajar membaca.Golongan bawahan macam aku ni, tak mampu untuk bayar yuran pembelajaran." Cassandra menghela nafasnya. "Lagipun, kalau kami belajar membaca, ini mungkin akan jadi ancaman yang besar kepada Denna."

"Oh.." Engkau memang bijak Denna.Sekat pengetahuan rakyat kau supaya mereka sukar untuk menetang.

"Tunggu sekejap.Kalau orang macam aku ni tak mampu nak belajar, apa yang buatkan banduan macam kau ni dapat belajar membaca.Maaf, jangan terasa."

"Ada seorang pengawal penjara yang ajar aku membaca.Tapi dia dah mati.Dibunuh oleh orang yang paling dia percaya." Katilda menundukkan pandangannya.Dia masih kesal akan kematian Charles.Lelaki itu tidak bersalah, dia hanyalah mangsa keadaan.Tetapi, Katilda tidak mempunyai pilihan.Jika dia tidak membunuh, dia yang akan dibunuh.

"Oh.." Nada percakapan Cassandra seperti dia tahu apa yang telah berlaku kepada Charles.Dia tidak perlukan apa-apa penjelasan daripada Katilda.
"Jadi, apa yang tertulis pada papan tanda tu?"

Oh, aku hampir terlupa pasal papan tanda tu.
"Berhati-hati dengan Troll" (Beware of Troll)

Jantung Cassandra berdegup kencang.Peluh mengalir daripada dahinya bagaikan anak sungai yang mencari muara.Badannya menggigil ketakutan.

"Kenapa ni Cassandra?" Katilda menggoncang bahu Cassandra.

"Inilah dia hutan lagenda.Tempat tinggal raksasa tu.Aku ingatkan cerita tu hanyalah rekaan," Cassandra berkata seperti orang putus asa.

Katilda bangun.Dia memandang wajah pucat Cassandra dengan pandangannya yang tajam. "Hutan?? Lagenda?? Raksasa?? Apa semua ni Cassandra?" Kata Katilda separa menengking.

"Hutan Troll.Tempat tinggal raksasa yang memakan manusia untuk hidup.Aku patut fikir panjang sebelum masuk mana-mana hutan.Aku memang bodoh.."

"Jangan risau.Kita akan keluar daripada sini secepat mungkin." Katilda cuba menenangkan Cassandra.

Tiba-tiba, tanah bergegar seperti dihentam guruh.Mereka memandang ke hadapan.Kelihatan satu lembaga yang besar, 1000 kaki daripada tempat mereka berdiri.

Katilda menarik lengan Cassandra untuk memaksanya berdiri."Kita mesti lari.Dia dah tak jauh daripada kita."

Cassandra merentap tangannya semula. "Kita tak akan sempat lari.Dia akan bunuh kita."

"Jadi, salah seorang mesti tinggal." Katilda cuba memikirkan jalan penyelesaian. "Ambil kuda aku, bawak dia lari sebelum terlambat.Aku akan cuba bertahan di sini."

Cassandra tercengang. "Engkau dah gila ke? Dia akan makan kau sebelum kau sempat berjalan"

"Tunggu aku di luar kawasan hutan dalam sejam dari sekarang."

"Tapi.."

Katilda menggenggam kolar baju Cassandra. "Kalau engkau tak lari sekarang, aku yang akan bunuh kau kat sini."

Cassandra terpaksa akur.Dia tahu Katilda benar-benar serius.Dia terus berlari mendapatkan kudanya.Dipegangnya tali pacu kuda Katilda bersama dengan tali kudanya.Kemudian, dia berlalu pergi daripada kawasan itu.Cassandra tidak sanggup menoleh ke belakang.Dia benar-benar takut.Apa yang dia boleh lakukan sekarang hanyalah berdoa agar Katilda pulang dengan selamat.

Selepas beberapa ketika, akhirnya susuk tubuh makhluk itu kelihatan.Badannya berotot dan dipenuhi kesan parut.Saiznya empat kali ganda badan Katilda.Kulitnya berwarna perang gelap seperti lumpur yang kotor.Mukanya sangat bengis, taring pada giginya menampakkan lagi sifat pemburu dalam dirinya.Perutnya buncit.Pada pinggangnya, dililit bulu binatang - mungkin beruang. Matanya hitam, lebih pekat daripada malam dan langsung tidak disinari cahaya.Tingginya mungkin dalam lingkungan 10 kaki.

Mata katilda berubah menjadi merah gelap.Kukunya bertambah panjang menandakan dia bersedia untuk membunuh apa-apa sahaja di hadapannya.

Kukunya yang tajam, memotong rambut hitamnya yang panjang hingga ke paras bawah leher.Katilda tidak mahu rambutnya mengganggu pertarungan 'kalah-mati' nya.Rambut boleh tumbuh semula, tetapi nyawa hanya satu sahaja.

Apabila makhluk itu berada kira-kira 500 kaki di hadapannya, Katilda mula berundur ke belakang.Makhluk itu tidak datang bertangan kosong.Dia membawa sebilah kapak yang hampir sama tinggi dengannya.Jika dilibas katilda dengan kapak itu, lenyaplah dia dari muka bumi ini.

Kemudian, Katilda mengoyakkan kain jubahnya dari bawah bagi memudahkannya untuk bergerak.

"Aku sedia untuk tamatkan lagenda hutan ni," katanya dengan megah sebelum aksi pertumpahan darah berlaku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top