BAB 18

Gabriella sangat teruja.Tanpa berlengah, Gabriella berlari keluar daripada khemah.Mungkin dia mahu memberitahu Ralph tentang berita baik ini.

Cassandra bangun daripada perbaringannya.Dia menekan kepalanya yang masih berdenyut.Mungkin disebabkan mimpinya sebentar tadi.Dia tahu, dia tidak boleh berlengah.Apa yang dikatakan oleh ibunya itu mula difikirkannya semula.

"Aku tahu, perkara ini tidak boleh dibuat main-main.Apa yang Mak cakap tu, ada betulnya.Apa yang aku patut buat sekarang?!"Cassandra memegang dahinya.Dia begitu runsing sekarang.

Dia melihat sekelilingnya.Hanya khemah kecil dengan perkakas dan ubat-ubatan.Cassandra terpandang sebuah jam lilin di sudut khemah.Jam itu menunjukkan pukul 12, mungkin tengah malam.Lilin itu hampir habis, mungkin mereka patut menukarnya dengan yang baharu.

"Sudah pukul 12 tengah malam.Enam jam sebelum mereka membakar Katilda.Mungkin upacara ini akan dijalankan sebelum subuh.Alamak!! Aku tak ada banyak masa.Aku mesti bawa dia lari daripada sini sebelum terlambat."

Cassandra tidak pernah menyaksikan upacara membakar puntianak sebelum ini.Dia pernah terdengar tentang adat dan pantang larangnya.Puntianak akan diikat pada sebatang tiang dan tidak diberi makan dan minum.Mungkin mereka akan menabur bunga ros di sekeliling puntianak, kemudian menjerut bibir mereka dengan dawai atau dahan poko yang berduri.Ini satu upacara yang sangat kejam dan penuh dengan penyeksaan semata-mata.

Ralph berlari ke dalam khemah untuk mendapatkan anaknya.Ralph memeluk Cassandra dengan erat, lalu air matanya mengalir dengan sendiri."Syukurlah kamu dah bangun.Ayah tau, kamu gadis yang kuat."

Cassandra tidak tahu apa nak dikatakan.Dia cuma membalas pelukan ayahnya."Gabriella, boleh tak awak tinggalkan kami bersendirian.Ada sesuatu yang perlu kami bincangkan.Saya harap awak tak kesah," kata Cassandra dengan tenang.

"Baiklah.Berboraklah kamu anak-beranak.Saya nak balik, dah lewat ni.Kesian Ramona terpaksa jaga anak-anak saya.Dah lah dia yang tolong saya cari herba-herba petang tadi.Mungkin saya patut beri dia upah banyak sikit,"jawab Gabriella.

"Kalau macam tu, awak baliklah dulu," sahut Ralph.

"Ok, jumpa lagi esok." Gabriella keluar daripada khemah.

Gabriella terus ke khemahnya.Tidak terlintas pun di fikirannya untuk mencuri-curi dengar perbualan anak-beranak itu.Itu sangat tidak sopan baginya.

Cassandra memegang tangan ayahnya.Dia tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.Dia sudah buntu.

Dia memandang wajah ayahnya.Walupun sudah berusia, wajah Ralph tetap berseri.Janggutnya yang panjang dan putih, pandangan matanya, menampakkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang berkaliber.

Kemudian, dia melepaskan pegangan, lalu dia menundukkan pandangannya.Ini menimbulkan kemusykilan terhadap Ralph.

"Kenapa ni Cass? Ayah ada buat salah ke?"

Cassandra mengelengkan kepalanya.Dia masih menghadap lantai.Dengan perlahan, dia berkata,"Ayah, saya nak cakap sesuatu."

Ralph memandang anaknya."Apa dia Cass? Kalau perkara itu tak penting, lebih baik kamu lupakan.Kamu kan masih cederan, tak perlulah fikir banyak sangat," pesan Ralph.

"Ini penting ayah."

"Hmm..apa dia cass?"

"Saya mimpi mak."

"Kamu mimpi mak kamu? Tapi kamu tak pernah jumpa dia kan? Dia meninggal sewaktu kamu berusia 1 tahun.Mustahil kamu masih ingat dia."

"Itu kali pertama saya jumpa dia.Dia sangat cantik ayah."

"Sama seperti kamu," Ralph mencelah.

Tiada sebarang reaksi pada wajah gadis itu.Dia benar-benar memikirkan masalahnya."Mak suruh saya selamatkan seseorang."

"Siapa orangnya?"

"Katilda."

"Apa?!" Ralph bangun daripada katil."Kenapa dia suruh kamu selamatkan katilda? Dia tak tahu ke perempuan tu dah hampir bunuh anak dia sendiri? Martha, apa yang awak merepek ni?"

"Ayah, perkara ni tak boleh buat main-main.Ini mungkin satu petanda."

"Sudahlah tu Cassandra, itu hanya mimpi."

"Ini bukannya satu mimpi.Ayah tak ada di tempat saya.Ayah tak dengar rintihan mak.Ayah tak ada ketika mak berikan tanggungjawab ni kepada saya.Dia betul-betul mahukan Katilda selamat."

Ralph bercangkung dan menatap wajah anaknya yang masih menghadap ke lantai.Setitik air mata mula jatuh ke pipi Cassandra.Ralph mengesat air mata itu dengan jari telunjuknya.

"Kamu memang anak yang baik.Mak kamu mesti bangga dengan kamu."

Cassandra mengangkat mukanya."Saya sudah tekad ayah.Saya tak nak amanat mak menghantui saya selamanya kalau saya tak laksanakannya."

"Ayah hormati keputusan kamu.Tapi, apa rancangan kamu sekarang?"

"Saya sedang fikirkannya.Sementara tu, ayah tolong kemaskan baju dan seluar untuk saya dan Katilda.Oh, jangan lupa makanan sekali.Mungkin perjalanan kami akan ambil masa yang agak panjang." "Minta maaf ya,ayah.Saya dah suruh ayah buat macam-macam."

Ralph bangun, lalu duduk semula di atas katil."Tak apa.Kamu fikirkanlah dulu kamu nak ke mana nanti."

"Saya rasa, saya akan ke Pekan Orton.Saya rasa kami selamat di sana nanti.Kami akan atur rancangan untuk mengalahkan Denna di sana.Mungkin kami akan dapat sokongan di sana.Saya dah tak sanggup tengok semua orang menderita disebabkan dia.Semua ni mesti ditamatkan."

"Impian kamu tu sangat suci.Ya, ayah tahu.Askar Denna tak akan berhenti mencari Katilda.Mungkin dia akan lebih selamat di sana."

"Ayah fikir, mereka akan datang ke sini?"

"Mungkin.Tapi, apa yang mereka boleh buat? Katilda tak ada di sini."

"Mereka boleh buat macam-macam ayah.Tapi, betul ke pilihan saya ni?"

"Pilihan yang dibuat berdasarkan hati itu selalunya betul.Ayah pasti dialah orang yang tepat Cass.Pastikan kamu sentiasa bersama, maka tidak ada perkataan 'mustahil' yang akan wujud di antara kamu berdua.

Cassandra memeluk ayahnya."Terima kasih ayah.Ayah tolong jaga diri masa saya tak ada, ya.Saya janji akan datang balik, dengan kemenangan."

"Kamu pun jaga diri baik-baik ya."

"Kalau Denna tau puak kita masih wujud, mesti dia akan seksa kita sampai mati."

"Kamu jangan fikir yang bukan-bukan.Tentera dia tak akan perasan tentang kita.Peperangan tu dah empat dekad berlalu.Masa tu ayah pun tak kenal lagi dengan mak kamu." Pelukan mereka terlerai.

"Tapi ayah, kenapa mesti berperang?Apa yang Denna marahkan sehingga dia bakar kampung kita?"

Ralph menghela nafasnya."Pada masa tu, kami cuba lindungi kaum puntianak daripada dibunuh oleh askar Denna."

"Di mana tu, ayah?"

"Nama tempat tu, Dracacre.Tanahnya lapang, sesuai untuk bercucuk tanam dan menternak binatang.Tempat tu dibuka oleh Drac Van Moth.Seorang lelaki kaya dan budiman.Dia salah seorang kerabat diraja.Dia yang menguruskan kewangan dan harta negara.Sebab tu lah nama pertamanya digunakan di kebanyakkan tempat di negara ni."

"Ayah, apa terjadi pada dia? Dia masih hidup sekarang?"

"Tidak ada sesiapa yang tahu.Kali terakhir kami nampak dia, seminggu sebelum Denna menyerang Dracacre.Drac nampak gelisah pada masa tu.Apabila dia pulang ke istana, kami tak dengar khabar berita tentang dia."

"Denna yang bunuh dia.Aku dapat agak.Perempuan tu memang tamak dan berhati busuk!" Bisik hati Cassandra.Dia menggenggam tangan kanannya sekuat hati untuk menahan kemarahannya.

"Tapi, apa yang dah terjadi pada Dracacre?" Kata Cassandra dengan tenang.

"Puntianak dan manusia hidup aman di situ.Tak pernah pun berlaku apa-apa masalah.Kami bekerja pada waktu siang,mereka pula bekerja pada waktu malam.Kulit mereka agak sensitif dengan cahaya matahari.Kami faham semua tu.Masing-masing ada kekurangan.Tapi, itu tak menjadi satu masalah.Kami anggap mereka sebagai keluarga sendiri."

"Mesti seronok kan.Tapi, apa jadi lepas tu?"

"Selepas Raja Harold menaiki takhta dan berkahwin dengan perempuan simpanannya, Denna.Negara ni dah tak aman seperti dulu.Denna yang memerintah kerajaan dan menguasai segalanya yang ada di negara ni, seolah-olah dia Raja.Dia mengamalkan pemerintahan kuku besi.Banyak kekejaman yang telah dilakukannya."

"Tak kan lah perempuan ni bunuh suaminya sendiri.Perempuan jenis apa dia ni? Dasar pelacur!" Bisiknya lagi sementar Ralph bercerita.

"Dia mengarahkan askar-askarnya untuk membunuh semua puntianak dan membawa mayat mereka ke istana.Keadaan di situ sangat kucar-kacir.Manusia dan puntianak dibunuh dengan kejam.Pintu rumah dibakar supaya orang di dalamnya tak dapat keluar.Ah..sangat mengerikan untuk diingat semula."

"Berapa yang terselamat, ayah?"

"Dalam 30 orang yang terselamat termasuk puntianak.Kami sahaja yang sempat lari apabila Dracacre dibakar.Kami bernasib baik, askar Denna tak nampak kami.Kami jadi pelarian selepas tu.Hutan tebala, paya yang dalam terpaksa kami lalui untuk sampai ke sini."

"Kesiannya..Tapi, ayah sampai juga ke sini kan?"

"Ya, selepas beberapa hari.Ayah masih ingat pada seorang perempuan.Dia banyak tolong ayah pada masa tu.Dia lah yang beri kami semangat untuk terus berusaha.Ayah tak dapat lupakan ketika kami bergaduh dengan puntianak.Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain.Manusia dan puntianak hampir berpecah belah.Tapi, gadis tu yang meleraikannya.Dia sangat hebat.Kemudian, kami bersumpah tidak akan bergaduh lagi."

"Perempuan tu, Mak ke?"

"Bukanlah.Emak kamu pun sekampung dengan ayah, tapi kami tak pernah bercakap.Mak kamu tak ada dalam kumpulan ayah, mungkin dia bersama kumpulan pelarian yang lain."

"Cakaplah, siapa perempuan tu.Kekasih ayah ke?" Cassandra memberi senyuman manja.

"Mustahillah.Masa tu ayah baru 17 tahun.Tak ada masa nak bercinta.Masing-masing bekerja untuk menyara keluarga."Ralph menghembus nafasnya."Perempuan tu, Karoline Noell.Seorang puntianak dan ibu kepada Katilda."

Cassandra terlopong."Apa?!!Kecinya dunia ni.Maknanya ayah dah kenal Katilda sebelum ni? Ayah berkahwin dengan Karoline? Jadi, saya dan Katilda adik beradik tiri?"

"Hahaha..janganlah cakap yang bukan-bukan.Ayah hanya setia pada mak kamu seorang.Ayah dan Karoline hanyalah kawan biasa."

"Hmm..ayah ni.Buat saspens je.Habis tu, mak selamat sampai?"

"Ya.Dia selamat sampai dengan rombongan yang lain sehari selepas kami jumpa tempat ni.Dia didukung seorang lelaki.Kakinya patah dan luka.Agak teruk juga.Kami tak boleh berbuat apa-apa.Kami sampai ke sini sehelai sepinggang.Tak ada apa-apa boleh mengubatinya.Sehinggalah Karoline tampil untuk memberi bantuan.Dia yang menyembuhkan Martha.Ayah pun tak percaya apa yang ayah lihat.Dia menitiskan air liurnya pada kaki mak kamu.Tiba-tiba luka tu mengecil.Darah berhenti mengalir.Ini bagaikan magis.Dia puntianak pertama yang menemui kaedah perubatan cara puntianak.Sebelum tu, tidak ada seorang pun puntianak yang tahu mereka boleh mengubati.Sejak hari tu, Martha dan Karoline tidak dapat dipisahkan.Mereka bagaikan isi dan kuku.Ayah pun seronok tengok mereka."

"Dan, macam mana dengan Karoline selepas tu?"

"Dia ambil keputusan untuk berhijrah ke Pekan Orton untuk mencari kerja bersama-sama dengan puntianak yang lain.Ayah pun pelik, kenapa Karoline marah apabila mak kamu nak ikut dia ke sana.Sebelum dia pergi, dia sempat menurunkan ilmunya tentang ubat-ubatan herba kepada Gabriella.Kamu kenal kan?"

"Siapa yang tak kenal dia? Dia meleter pada semua orang macam mak yang mereka tak pernah ada."

"Ada-ada je lah kamu ni.Lepas dia pergi, mak kamu kesunyian.Ayah kesian tengok mak kamu, jadi ayah lamar dia.Dia terima.Harap tu ikhlas."

"Baru sekarang ayah nak fikir semua tu?"

"Sudahlah tu, kamu tak bosan ke dengar cerita ayah ni?"

"Saya nak dengar sampailah habis.Macam mana dengan Katilda?"

"Oh.Ayah malas nak ceritakan, tapi kamu dah suruh, ayah ceritakan je lah."

"Dah tiga tahun kami berkahwin, tapi tak dikurniakan anak.Macam-macam cara kami cuba, tapi tak ada rezeki.Sampailah satu malam.Hujan sangat lebat, guruh berdentum di langit.Tiba-tiba ayah terdengar seseorang memanggil.Mak kamu buka tirai.Dia terkejut, seorang wanita yang basah lencun dan membawa seorang bayi.Perempuan tu, Karoline.Pertemuan kami sangat singkat.Dia cuma berpesan supaya jaga anak dia elok-elok.Selepas tu, dia pergi.Dalam hujan ribut, mak kamu cuba mengejarnya, tapi kelibatnya lenyap.Yang tinggal hanyalah seorang bayi perempuan yang berkulit putih seperti kapur dan berambut hitam seperti arang.Oh, dan seutas kalung yang ditulis 'Katilda' padanya.Mungkin Karoline dah pilih nama untuk anaknya.Jadi, kami namakan dia Katilda."

"Kalau ayah dan mak ambil dia sebagai anak angkat, kenapa saya tak pernah jumpa dia sebelum ni? Ke mana dia pergi?"

"Ketika Katilda berusia 16 tahun, ayah jatuh sakit.Mak kamu pulak masih menjaga kamu.Kamu baru berusia setahun.Katilda sayang sangat dengan kamu.Setiap malam, dia teman kamu sampailah kamu tertidur." Ralph terdiam seketika.

"Apa yang terjadi ayah? Saya perlu tau."

"Pada masa tu, ayah tak larat untuk cari kayu api di hutan.Selalunya, ayah ke hutan bersama Katilda.Tapi, hari tu dia pergi sendiri.Ayah memang bodoh.Ayah tak patut biarkan seorang gadis ke hutan seorang diri."

"Dan...apa dah jadi?"

"Dia tak pernah balik selepas tu.Mak kamu sangat risau.Ayah dah suruh orang kampung untuk cari Katilda.Pencarian selama seminggu, tapi tidak ada yang jumpa dia.Mak kamu tak dapat tidur.Dia pun tak mahu makan.Ayah simpati tengok dia.Ayah rasa bersalah sangat.Ayah dah hilangkan anak kesayangan dia.Ya, Katilda tak pernah menyusahkan kami, malah menyenangkan kami."

"Saya sangat bersimpati ayah.Tapi tu bukannya salah ayah."

"Ini memang salah ayah.Sejak hari tu, mak kamu tak pernah bercakap dengan ayah.Dia demam panas sebelum dia pergi meninggalkan ayah.Ayah bersalah sangat." Setitis air mata mengalir daripada mata lelaki tua itu.

Cassandra memeluk ayahnya."Ayah, dia berada di luar.Dia sedang menunggu kita ayah.Dia mesti diselamatkan."

"Cassandra, bawak amanat emak kamu.Banggakan dia, tamatkan penderitaan penduduk negara Dracbarrow.Tamatkan pemerintahan kuku besi Denna.Pilihlah pemimpin yang sepatutnya memimpin negara ni.Jangan biarkan sejarah berulang kembali."

"Saya janji ayah.Kita akan hidup bahagia lepas ni."

"Kita dah cukup bahagia sekarang."

Pelukan mereka terlerai."Saya gembira dapat bersembang dengan ayah.Harap kita dapat bersembang lagi."

"Bila-bila masa sahaja, Cass."

"Umm...ayah, kita tak boleh berlengah lagi.Saya takut saya tak sempat nak sampai ke sana nanti."

"Ayah pergi kemas barang-barang kamu ya."

"Baik ayah.Saya akan tunggu di sini.Ikatkannya pada kuda kami ya."

"Kuda askar Denna tu ke?"

"Ya.Tolong jangan buat bising ya ayah.Saya tak mahu sesiapa terjaga."

Ralph mengangguk.Dia segera beredar daripada khemah perubatan dan meninggalkan anak perempuannya di situ.

"Katilda, sabar ya.Saya akan datang tak lama lagi," katanya sendirian.

Sorry lama tak update.Ada exam -_-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top