Part 5 : Tuna
Cuti yang masih berbaki dua hari akan aku gunakan untuk pujuk Fea. Salah aku juga sebenarnya. Terasa diri jahat pula, aduh!
Aku memandu kereta ke rumah Fea. Ha! Kereta dia ada. Harap-harap tuan punya ketera pun ada jugalah.
Loceng ditekan. Tak lama kemudian pintu pagar terbuka. Aku masuk.
"Assalamualaikum." Aku memberi salam.
Tangan Puan Nina dicapai. Dari dulu aku memanggilnya Umi. Lebih mesra.
"Waalaikumsalam. Lama betul tak jumpa Syira. Dah makin cantik, ya," pujinya.
Aku tersenyum malu sambil menyelitkan rambut ke belakang telinga.
"Masuklah. Nak jumpa Sofea ke?" soalnya.
"Ha'ah. Ada sesi pujuk memujuk sikit. Dia merajuk." Aku berbisik perlahan agar tiada orang lain yang dengar.
Umi tergelak perlahan.
"Jom ikut Umi. Biar Umi test dia dulu." Umi mengenyitkan mata.
Aku tersenyum kecil dan mengikut langkahnya.
Tok! Tok! Tok!
Tiada jawapan.
"Fea sayang. Ni ada kawan kamu nak jumpa ni," jerit Umi.
"Tak nakkk..." balasnya meleret.
"Turunlah. Kesian dia datang nak jumpa Fea ni." Umi masih tak putus asa memujuk.
"Tak naklah, Umi. Cakap je Fea keluar!" laungnya kuat.
Aku terdiam di situ. Sampai macam tu sekali dia benci aku rupanya. Yalah, mana tak benci kalau aku dah rosakkan hubungan dia dengan Ayden. Jahatnya kau, Syira. Kalau aku, aku pun marah.
Aku memberi isyarat kepada Umi agar izinkan aku masuk. Umi mengangguk dan berlalu dari situ. Dengan lafaz bismillah, aku pusing tombol pintu.
Mata mengintaikan sedikit. Kelihatan Fea sedang berselubung di dalam selimut tebal. Mata meliar memerhati segenap bilik. Peralatan bersolek jatuh berterabur di lantai. Sah mengamuk teruk ni. Laptop yang tertayang drama Korea dibiarkan di tepi katil. Fea kalau stress memang suka layan drama. Sama lah macam diri dia tu.
DRAMA.
Di lantai pula ada beberapa keping gambar. Aku mencapai dan lihat satu persatu.
Ada gambar aku dengam Fea. Banyak juga. Mata aku terancap pada sekeping gambar yang menarik perhatian aku. Gambar Fea dengan Ayden. Nampak mesra. Lengan Ayden diletakkan di bahu Fea dan mereka berdua tergelak bahagia.
Aku tersenyum tanpa sedar. Tergamaknya aku buat kawan sendiri macam tu.
"Fea..." panggil aku.
Fea masih kaku di situ.
"Iris Sofea." Kali ni nama penuh menjadi pilihan.
Tak puas hati kerana panggilan tak disahut, aku tarik selimut. Mata Fea masih terpejam.
"Weh! Dah dahlah tu merajuk. Mengadalah kau! Yelah aku 'izinkan' kau dengan Ayden. Sorry, memang salah aku," pinta aku meluat.
Sengaja ditekankan perkataan izinkan.
"Syira..." Fea memanggil.
Suaranya kedengaran serak. Mata yang dibuka separa nampak merah. Aku tekapkan belakang tangan di dahi Fea.
Demam!
"Panas gila! Kejap!" Berlari aku memanggil Umi.
Fea yang masih lemah itu diangkat oleh aku dan Umi.
Hospital
Aku memegang erat tangan Fea. Doktor kata Fea demam panas sebab stress melampau. Tak lain tak bukan mesti sebab aku. Jari Fea bergerak sedikit.
"Fea, kau dah sedar." Aku membantu Fea bangun dan bersandar selesa.
"Air," pinta Fea.
Selepas habis segelas air, aku mulakan perbualan.
"Fea."
"Hmm..." sahutnya perlahan.
"Umi keluar. Dia kata ada hal."
Tiada balasan.
"Kau marah aku?" soal aku direct.
Fea nampak terkejut. Pantas dia menggeleng.
"Dah tu kenapa tak nak jumpa aku?" Bibir dicebikkan gedik.
"Aku takut kau yang marah aku." Fea tarik aku dalam pelukan.
Gila! Terasa bahang dari badan dia. Ada juga aku ikut demam sekali.
"Kenapa aku nak marah pula? Sorry, okay. Aku tak tahu cerita betul. Ammar dah bagitau aku. Rasa bersalah sangat, wei. Sorry tau. Sorry sorry sorry!" pinta aku sambil menarik kuat pipi Fea.
Fea menepis kasar.
"Sakit, woi! Mulut sibuk sorry sorry tapi tangan mengetam!" bidas Fea.
Aku tergelak kuat.
"So, maafkan ke tak ni?" tanya aku lagi.
"Erm... Nak maafkan ke tak eh?" Fea memegang dagu sendiri dan mata memandang atas lagak berfikir.
"Dimaafkan."
Aku tersenyum.
"Kalau..."
Senyuman aku mati. Dah agak. Mesti ada syarat. Haih, sabar Syira. Sabar.
"Kalau kau belikan aku sandwich tuna. Serius, aku lapar," kata Fea dengan nada sedih.
"Ceh! Tu aje. Gaya macam hospital tak sediakan makanan." Aku buat rolling eyes.
"Aku tak nak bubur! Dah pergi cepat!" arah Fea selamba.
"Tak kan sekarang?" Malas betul nak turun belikan minah ni makanan.
"Dah tu tak kan esok pulak?" bidas Fea.
Aku masamkan muka. Kaki dihentak melangkah ke luar. Pintu dihempas kuat tanda protes. Tak apa, wad VIP. Heh! Kalau dekat wad biasa mahu kena kecam.
Sampai di kantin hospital, aku terus beli sandwich. Baru berpusing nak naik ke wad, badan terasa dirempuh.
"Ah, sorry!"
"Eh, Syira!"
Aku angkat kepala memandang manusia di depan dan...
"Ammar? Buat apa kat sini?" soal aku berbasa-basi.
"Jom duduk." Tanpa menjawab soalan aku, lengan ditarik duduk di tempat yang kosong.
Ting!
Ammar memeriksa phonenya.
"Minumlah. Tu air Ayden tapi dia tak jadi datang sini dulu. Dia terus naik wad Fea," pelawa Ammar.
Aku mengangguk faham.
"So, mana korang tahu Fea masuk hospital?" Soal aku.
"Umi. Umi suruh teman Fea." Ammar menggelarkannya Umi.
Mereka rapat ke?
"Awak rapat eh dengan Umi?" Keluar juga soalan tu dari mulut aku. Ammar mengangguk.
"Yes," jawabnya dengan bangga.
Aku mencebik.
"I miss you, Syira," luah Ammar tiba-tiba. Aku tersentak.
"Saya rindu awak." Ammar memandang tepat dalam anak mata aku.
"Awak tak ingat lagi?" Soalan dia buat aku terdiam.
Perlahan-lahan aku menggeleng. Terdengar Ammar menghembus nafas berat.
"Dulu, awak yang tunggu saya. Lama sangat. Sekarang tiba masa saya tunggu awak pula. Fair and squarelah kan." Kata-kata Ammar membingungkan aku.
"Kenapa saya tunggu awak?" soal aku. Jus oren disisip perlahan.
"Sebab... awak nak kahwin dengan saya." Serentak itu Ammar tersenyum nakal.
"Betul-betullah, Ammar!" protes aku. Ammar tergelak halus. Ei, annoying!
"Saya tak main-mainlah. Tak apa, kita tunggu nanti kalau awak dah ingat semuanya. Mesti awak yang tak sabar-sabar nak jadi isteri saya." Ammar semakin galak mengusik.
"Whatever!" Aku bangun dari duduk.
"Eh, nak pergi mana?" soal Ammar gelabah.
"Ni. Hantar dekat Fea." Sandwich dalam plastik ditayangkan.
"Janganlah. Biar aje Fea dengan Ayden dulu." ujar Ammar.
"Nak pergi juga. Awak membosankan tahu tak?" perli aku.
Ammar dah buat muka seposen.
"Ha! Saya tahu!" kata Ammar dengan nada ceria. Excited betul.
"Apa dia?" soal aku.
Ammar tersenyum dengan penuh maksud tersirat.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top