Part 3 : Pujuk
"Kamu anak Fareez, ya? Masuklah, Syira. Ammar ada dekat bilik tu." Puan Helen menunjukkan arah ke bilik Ammar. Sedikit kekok sebab aku tak ingat dia. Yang aku tahu, dari wajah dia nampak macam mix. Er, Spanish I guess.
Aku mengucapkan terima kasih kemudian Puan Helen beredar ke dapur. Tombol pintu dipulas perlahan. Aku masuk secara senyap. Kelihatan Ammar sedang duduk di balkoni sambil memetik gitar. Terdengar suaranya menyanyi.
Sesungguhnya aku
telah jatuh pada dirimu
sesungguhnya aku
cintai hanya dirimu
Aku bagaikan terpaku. Indah. Merdu. Aku suka!
Kerna
sesungguhnya
ku sedari
kau lengkapi diriku
Diri terasa terbuai dengan alunan suara Ammar.
Sesungguhnya aku
mencintai dirimu
sesungguhnya
Gila! I'm in love!
Siapakah aku
didalam hatimu
harus ku tahu
kerna aku rindu
Tak, awak tu siapa? Dan saya rindu awak juga.
Tanpa sebarang sebab.
Dan tanpa ku sedari
kau mengajar diriku
membawa hidup erti baru
"Ammar..." Panggilan aku menghentikan nyanyian Ammar.
Dia berpusing ke belakang dan riak wajahnya nampak terkejut. Kemudian dalam satu saat saja, wajahnya berubah membeku.
"Buat apa kat sini? Nanti mama awak marah. Baliklah," halau Ammar.
Tak guna punya budak!
Pak!
Aku menampar belakang badan Ammar.
"Adoi, sakitlah awak!" protes Ammar sambil menggosok kuat bahagian yang ditampar.
"Ada nyamuk," balas aku selamba.
"Baliklah." Suara Ammar kembali dingin.
"Sampai hati halau saya. Penat saya datang sini nak pujuk awak tau." Aku bersuara sayu kemudian tertunduk memandang kaki.
Konon sedih sangatlah. Bakat lakonan yang ada diguna dengan baik. Papalah ni ajar.
"Er, Syira. Bukan tu maksud saya." Kelihatan Ammar gelisah.
Dia bangun dari duduk dan berdiri tegak di depan aku. Kedua belah tangannya mendarat di bahu aku.
"Syira," panggil Ammar perlahan. Aku diam tak berkutik.
"Eyes on me." Lembut saja arahan Ammar.
Aku akur.
"Saya tak tahu macam mana nak berhenti sayangkan awak." Kata-katanya kedengaran ikhlas dari hati.
"Saya tak pandai lupakan awak." Tajam mata Ammar menikam anak mata aku.
"Ajar saya lupakan awak sebagaimana awak lupakan saya," sambungnya lagi.
Luluh hati aku tika ini. Saya tak sengaja. Saya nak sangat ingat siapa awak tapi saya tak mampu.
Maaf.
"Jom. Awak nyanyi, okey. Saya main gitar." Suara Ammar bertukar ceria.
Dia menarik lembut lengan aku. Kami duduk bersama di balkoni biliknya.
"So, lagu apa?" soal Ammar.
Aku berfikir sejenak.
"Tergantung sepi." Aku menjawab dan Ammar mengangguk setuju.
Jarinya lincah memetik gitar. Suka aku tengok mukanya yang fokus itu.
Cukup di sini perjalanan kita
menghukum diri mendera hati ini
Terhimpit dengan suasana
Ammar memandang aku sekilas. Aku tersenyum.
Berat rasanya sukar diluahkan
Benafas ragu menghempus pilu
Perasaan ini tergantung sepi
Nafas ditarik sebelum menyambung.
Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua
'Lirik ni menggambarkan kisah kita Syira,' desis hati Ammar sendiri.
Berat rasanya sukar diluahkan
Benafas ragu menghempus pilu
Perasaan ini tergantung sepi
Petikan gitar terhenti. Aku memandang Ammar pelik.
"Syira..." Suara Ammar seperti menahan rasa. Tapi, apa?
"Ya."
"Kalau boleh kan, saya nak... erm, tak apalah." Ammar letakkan gitar di sisi kemudian memandang langit yang semakin gelap.
"Cakaplah. Jangan buat saya tertanya tanya." Aku menggoyang-goyangkan lengan Ammar.
"Tak ada apalah. Saya salah cakap," jawab Ammar tanpa memandang aku.
Aku mendengus kasar.
'Kalau boleh, saya nak tunaikan janji saya pada awak 17 tahun lepas.' Malangnya kata-kata Ammar itu hanya diluahkan di hati, bukan di bibir.
"Suka hatilah. Dah, saya nak balik." Aku mengangkat punggung dari situ.
Tiba-tiba tangan dipegang oleh Ammar.
"Saya hantar." Ammar mempelawa.
"Tak payah."
"Ni bukan pilihan tapi arahan." Katanya lembut tapi terselit ketegasan.
Aku akur. Yelah, tadi pun datang papa yang hantar.
Kami beriringan turun dari bilik. Sempat aku pamit dari Puan Helen dahulu. Terpaksa aku tolak untuk makan malam bersama ibu bapa Ammar kerana tak mahu mama risau.
Kereta yang membelah jalan itu hanya ditemani dengan celoteh DJ radio. Aku termenung ke luar tingkap.
"Menungkan apa tu?" Suara Ammar menyentakkan lamunan aku.
"Masa depan." Aku loyar buruk.
"Masa depan kita kan? Ada nampak baby?" usik Ammar.
Aku mencebikkan bibir kemudian tanpa sedar aku simpulkan satu senyuman kecil.
"Ammar?"
"Ya, sayang." Jantung aku berdetak kencang! Liur ditelan kesat.
"Aaa... er." Sejak bila aku jadi gagap ni. Gosh!
"Aik? Dah gagap dah? Baru panggil sayang. Kalau panggil baby? Honey? Darling?" Semakin galak Ammar mengusik.
Aku menjeling tajam kemudian memandang ke luar tingkap semula. Oh, dah sampai.
"Thanks." Baru aje aku nak buka pintu kereta, Ammar menahan.
"Kenapa?" tanya aku.
"Tadi..." Kata katanya terhenti.
"Tadi apa?"
"Tadi awak nak cakap apa? Awak tak sempat bagitau pun lagi." Ammar memandang aku dengan riak mengharap.
Apa yang awak harapkan, Ammar?
"Oh, tu! Saya nak cakap yang suara awak macam katak masa nyanyi tadi," bidas aku selamba.
Okey, tipu sebenarnya. Saja nak usik. Terlopong mulut Ammar. Serentak itu pipi aku dicubit geram.
"Sakitlah, Ammar!" protes aku kemudian aku buat serangan balas.
"Woah! Okay, dah! Dah! Stop! Habis merah pipi saya awak cubit. Hilang macho." Ammar mengalah apabila aku cubit pipinya sekuat hati. Siap buat extra muncung lagi. Nasib baik comel.
"Buatlah mulut macam tu. Dah boleh sangkut hanger tau," gurau aku. Ammar tergelak kuat.
"Gelak pulak. Saya masuk dulu. Thanks once again, Mr. Ammar. Bye." Aku melambai.
"Alright. Bye, Mrs. Ammar." Kenyitan mata dihadiahkan untuk aku sebelum kereta itu hilang dari pandangan.
Oh, bahang!
Aku dapat rasakan yang pipi aku memerah sekarang ni.
"Syira? Buat apa duduk luar? Masuklah," ajak mama di depan pintu.
Kelam kabut aku membuka kasut dan masuk ke rumah.
"Kenapa muka merah ni? Demam?" Tangan mama meraba sekitar pipi dan dahi aku.
"Eh! Tak adalah, ma. Syira okey. Syira naik dulu."
"Tapi-"
Aku mengucup pipi kanan mama dan mulut mama sudah berhenti membebel. Mama tersenyum. Taktik berjaya!
"Syira naik mandi dulu," pinta aku dan laju kaki melangkah naik ke bilik.
Tubuh dihempaskan di atas katil. Kipas di atas dipandang lama.
'Ammar, saya nak cakap... saya dapat rasa Syira yang dulu cukup sayangkan awak. Dan saya yakin dengan perasaan tu. Saya nak awak tunggu saya ingat. Segalanya. Tentang kita. Even for a thousand years.' Hati aku bermonolog sendiri.
Hati terasa rindu. Rindu dengan kenangan yang tak mampu aku ingat. Rasa rindu semakin memuncak apabila Ammar hadir. Teringin untuk imbas setiap satu kenangan tika dulu. Tentunya indah belaka. Kan?
Aku bangkit dari pembaringan. Tuala dicapai sebelum tubuh aku bolos ke dalam bilik mandi.
-Good time come and go but the memories will last forever-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top