Part 20 : Dinner
Mata dibuka perlahan-lahan. Pandangan meliar memerhati sekeliling. Berkerut dahi Fea cuba memproses apa yang terjadi.
Oh, baru ingat. Dia jatuh tak sedarkan diri sebab kejar Ayden. Buat malu aje. Eh, kejap! Macam mana aku ada dekat sini? Dia angkat?
Tangan mengalihkan selimut. Fea menghembus lega. Pakaiannya masih lengkap tersarung. Jam di tangan ditelek. Pukul empat petang. Kira lama jugalah dia pengsan. Ni mesti kes sambung sekali dengan tidur ni.
Digagahkan diri menuju ke bilik air. Hampir saja dia jatuh sebab betis terasa lenguh. Mana tak lenguh kalau panjat tangga lapan tingkat.
20 minit kemudian, Fea keluar dengan tshirt lengan pendek tersarung di badannya. Rambut yang disanggul dilepaskan kemudian disikat rapi. Fea termenung lama di depan cermin. Patut tak dia jenguk Ayden?
Patutlah! Kau yang buat dia kecewa!
Dia pun buat aku kecewa, okey?
Tapi dia demam. Kau tak kesian?
Kesian.
So?
Tak nak berperang terlalu lama dengan hati sendiri, Fea bangkit keluar dari biliknya dan menuju ke bilik sebelah. Pintu diketuk tiga kali.
Tuk! Tuk! Tuk!
Tiada jawapan. Sekali lagi pintu diketuk tapi masih tiada jawapan. Hati mula risau. Ketukan makin kuat dan laju. Untung tak roboh je pintu tu.
Tetap sama. Tiada sahutan.
"Ayden! Ayden! Buka pintu, please!" laung Fea dari luar. Sempat juga satu lagu kanak-kanak menyinggah di otaknya.
Do you wanna build a snowman?
"Ayden! Please, Ayden!" Tangan semakin ganas mengetuk. Macam-macam irama dah keluar. Akhirnya, pintu dibuka. Maka terpampanglah wajah serabai Ayden.
"Apa, sayang?" soal Ayden lembut sambil badan disandarkan di dinding. Tangannya memeluk tubuh sendiri.
Fea telan liur yang terasa kesat. Keliru sama ada panggilan sayang itu ikhlas atau memerli.
"Erm... you okey?" Fea tersenyum pahit. Ayden memberi pandangan kosong. Tak lama kemudian terukir senyum nipis di bibirnya.
"Kenapa pula tak okey?" Soalan dibalas dengan soalan.
Fea terdiam tak tahu nak jawab apa. Pandangannya dihalakan ke bawah. Macam mana nak mula? Dirinya terasa begitu awkward.
"Haih... sayang." Lembut sahaja suara Ayden memanggil.
Jantung Fea berdetak laju. Terlebih rembes hormon adrenaline pula!
"Ya?"
"Malam nanti pukul 8.30 tunggu I dekat lobi." Senyuman masih setia di bibir lelaki itu.
"Tapi pagi tadi you kata tunggu dengan restoran. Kan?" Lancar soalan itu meluncur dari bibir Fea. Senyuman Ayden kembali pudar.
"Tempat tu buat I sakit hati." Habis berkata, Ayden sudah terbatuk-batuk. Fea semakin risau. Ditambah pula dengan rasa bersalah.
"I minta maaf!" Tangan dibawa menggenggam hujung t-shirt Ayden. Tekak yang terasa perit menyukarkan Ayden untuk senyum jadi hanya poker face ditayang.
"Sebab?" tanya Ayden tanpa rasa bersalah.
Ayden! Sepatutnya kau pujuk dia, bukan dia pujuk kau. Saat-saat terakhir bersama dia pun kau nak susahkan hati dia ke?
Ayden tersentak sendiri. Laju dia memintas Fea daripada bersuara.
"It's okay. I faham. Maaf juga sebab lambat. Cuma malam nanti jangan la dinner dengan orang lain even I lambat. Tunggu I." Automatik tangannya naik mengusap rambut lebat Fea.
Wajah Fea yang asalnya keruh kembali tersenyum. Laju dia mengangguk.
"I masuk dulu. Bye, baby." Dihadiahkan satu senyuman lemah untuk kesayangannya.
"Bye. I-"
Pintu ditutup tanpa menunggu balasan Fea. Tersentap juga hati gadis itu. Perlahan-lahan tangannya melekap di pintu bilik Ayden.
"Bye. I sayang you." Terus kaki dilangkah menuju ke bilik.
Sabarlah, Fea. Dia tengah demam tu.
Masalahnya, siapa pujuk siapa ni! Tak puas hati betul.
***
Seperti yang dijanjikan, Fea menunggu di lobi tepat jam 8.25 malam. Awal sikit sebab excited. Okey, tipu je. Rindu sebenarnya.
"Hey, girl," tegur satu suara dari belakang.
Laju Fea berpusing mengahadap empunya suara. Tahu sangat suara siapa. Senyuman di bibir Fea apabila melihat wajah lesu lelaki itu. Masih demam gamaknya.
"You okey ke tak ni? Kalau tak-"
"No worries, Fea. I okay. Come." Ditariknya tangan Fea ke kereta.
Fea mengeluh dan akur.
"Ayden," panggilnya perlahan. Mata memandang Ayden yang segak berkemeja putih dan jeans hitam.
"Hmm..."
"Janganlah diam aje." Suara Fea separa merayu. Ayden memandang sekilas.
"I dah cakap jangan tayang kaki. Degil," marah Ayden spontan. Sengihan terbit dari bibir Fea.
"Sorry," pintanya selamba.
Keadaan kembali sepi. Hanya lagu di corong radio yang kedengaran. Lagu Too Good At Goodbye berjaya menarik perhatian Ayden.
But every time you hurt me, the less that I cry
And every time you leave me, the quicker these tears dry
Fea tersenyum mendengar suara Ayden menyanyi.
And every time you walk out, the less I love you
Baby, we don't stand a chance, it's sad but it's true
Dalam tak sedar, Fea mula membuka hati untuk dia perlahan-lahan.
Hebat.
Semuanya berlaku dalam masa dua hari. Pertemuan semula di tepi pantai semalam ternyata penyatuan semula kami. Mungkin? Tapi Ayden masih tak tahu sama ada Fea dah maafkannya ke belum. Tak apa, nanti lepas dinner Fea sudah bercadang untuk bagitau.
Okay, cun!
Pap!
Tersentak Fea apabila dahinya ditepuk kuat. Tak sakit pun tapi terkejut.
"Apa ni main dahi!" marahnya sambil bibir diketap kuat.
"You yang mengelamun. I panggil pun tak dengar. Dah sampai, sayang," jelas Ayden mendatar. Tak ada moodla htu sebab demam tapi degil tak nak rehat.
"Ish! Yelah!" Terus mereka keluar dari kereta. Tiba-tiba Fea menarik lengan Ayden.
Pap!
"Balasan. Dah jom," kata Fea diikuti tawa kecil. Sengaja ditepuk kuat dahi lelaki itu. Terserlah raut Ayden yang tak puas hati namun diabaikan Fea.
Mereka melangkah masuk ke restoran. Suasana yang agak romantik.
Cantik. Desis hati Fea.
Ayden mengambil tempat berdekatan tingkap. Memang port kegemarannya. Selesai memesan makanan, mereka berbual tentang banyak perkara.
Contohnya?
Tentang kerenah Syira dan Ammar yang bakal melangsungkan perkahwinan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top