Part 2 : Cherry

Selesai membersihkan diri, aku menyarung jogger pant dan t-shirt merah jambu berlengan pendek. Perut yang terasa lapar memaksa aku melangkah ke dapur.

"Mama?" Aku memanggil.

Tiada sahutan. Mana pula mama ni?

"Mamaaa!" Aku melaung pula.

"Dekat stor, sayang!" jerit mama dari belakang rumah.

Patutlah tak dengar. Ada dekat stor luar rumah rupanya. Sempat aku mencapai popia di bawah tudung saji dan menyumbat habis ke dalam mulut seraya menuju ke stor.

"Mama bu- arghh!" Terjerit aku apabila ada kucing peliharaan mama, Cherry menggesek bulunya di kaki aku.

"Ey, sanalah!" Laju aku memanjat ke atas kerusi batu di situ.

"Meow~ prr~"

"Pergilah! Jangan dekat, please! Ergh, tolonglah! Shuh! Shuh!" Aku menghentak-hentakkan kaki dengan harapan Cherry akan pergi tapi malangnya tidak.

"Apa bising-bising tu? Kejap, Syira! Mama tengah kemas ni!" laung mama dari dalam stor.

"Meow~" Cherry naik ke atas kerusi.

Oh, tak. Ni bukan petanda yang baik.

"Arghh!" Akibat terlalu takut, aku hilang keseimbangan.

Mana serebelum? Dah tak berfungsi dengan baik? Ni semua salah kau, kucing! Aku pejamkan mata bila badan dah mula tumbang.

Eh? Tak sakit pun. Perlahan-lahan aku buka mata. Maka terpampanglah wajah seorang lelaki di depan mata. Hensem pula rasanya kan. Bidadara syurgakah ini? Apa aku sudah mati?

"Ehem!" Lelaki itu berdehem perlahan.

Cepat-cepat aku turun dari dukungannya. Kaki jejak tanah. La, hidup lagi.

"Awak okay?" soalnya.

Aku angkat kepala memandang dia yang lebih tinggi. Oh, Ammarlah.

"Okay. Terima ka-" Terhenti ayat aku apabila ada bulu lembut yang menggesek di kaki.

Lagi sekali? Bagus. Mata dipejam menahan ketakutan.

"Hey, what's wrong?" Terasa bahu disentuh.

"Am... bil... ku... ku... cing tu." Tergagap-gagap aku merayu.

"Awak takut kucing, huh?" tanya Ammar dengan sinis.

Okey, terasa. Serentak itu, air mata aku mengalir. Lemahnya aku!

Ammar yang memerhati terkedu.

"Am! Kenapa tak ambil Cherry!"

Telinga aku sempat menangkap jeritan mama sebelum pandangan kelam.

***

Kepala yang berdenyut-denyut terasa mencengkam kuat. Mata sedaya upaya aku cuba buka. Silau mentari dari tingkap tak dihiraukan. Aku memandang sekeliling.

Sah pengsan! Lelaki tak guna!

"Sumpah. Ammar tak sengaja, ma." Suara lelaki dari luar bilik menarik minat aku. Langkah diatur ke pintu.

"Kesian Syira sampai pengsan tau tak! Dahlah sakit dia tu tak baik lagi!" Mama naik angin.

"Am minta maaf, ma. Serius bukan tu niat Am."

Aku terkedu. Wajah mama masih tegang seperti tadi. Papa di sofa yang dari tadi sekadar memerhati mula bersuara.

"Maafkan ajelah Am tu, Zia. Dia dah minta maaf banyak kali," pujuk papa.

Oh, papa dah balik kerja. Rindu!

"Tapi..."

"Jangan rumitkan keadaan," kata papa tegas.

Sakit telinga mungkin dengar mama berleter. Macam meriam. I feel you, pa. Mama menjeling tajam.

"Mama maafkan. Tapi tak payah jumpa Syira lagi," ujar mama sedikit kejam.

"Maa..."

"Zia!"

Suara Ammar dan papa kedengaran serentak.

"Kamu faham tak ni, Ammar Farhan?" soal mama garang.

Entah mengapa aku terasa sayu. Salah dia bukanlah besar mana.

Ammar Farhan...

Berbunga juga rasanya apabila mendengar sebaris nama dia. Terasa bagai wujud satu perasaan halus yang mula menjalar di hati.

"Ma, please jangan macam tu." Ammar masih memujuk memujuk.

Pilu.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk turun dari tingkat atas. Rasa tak tenang kalau sekadar memerhati dari atas.

"Mama." Suara aku berjaya menarik perhatian ketiga-tiga insan tadi.

"Sayang mama... dah okey? Sakit kepala lagi tak?"

'Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?'

Mama tergesa-gesa menghampiri aku dan mengusap lembut rambut panjang aku.

Muka aku palingkan ke kiri. Mama nampak terkejut. Ya, sejak kecil memang aku tak mampu berpura-pura. Apa yang aku lakukan, itu yang aku rasa.

"Kenapa-" Tak sempat mama bertanya lebih lanjut, aku pintas laju.

"No. Mama tu kenapa. Kenapa buat Ammar macam tu?" soal aku dingin.

"Sebab dia buat satu-satunya anak mama sakit!" balas mama tak puas hati. Mungkin kerana aku membela Ammar.

"Bukan salah dia. Syira aje yang takut melampau. Dia tak tahu apa-apa pun kan." Aku masih dengan niat mahu mempertahankan Ammar walaupun aku tak tahu siapa dia.

"Syira ni makin kurang ajar! Abang! Tengoklah anak abang ni." Mama menjeling papa.

"Anak saya cakap benda betul."

Tersenyum aku dengar balasan dari papa. Dalam diam aku memberi isyarat mata 'terima kasih' kepada papa. Papa mengangguk faham.

"Tak apalah, Syira. Memang saya salah. Lepas ni kita tak boleh jumpa lagi. Mama awak tak kasi." Ammar mengalah tak mahu aku bergaduh dengan mama.

"Ammar..." Suara aku bagai tersekat di kerongkong.

Kenapa hati ni terasa perit. Sepertinya aku pernah mengalami situasi begini. Tapi bila?

"Awak ingat nama saya. Ammar Farhan. Ingat sampai bila-bila. Bye, Syira." Ammar bangun dan salam tangan papa sebelum melangkah keluar dari rumah.

"Ha, baguslah tu. Tengok apa Zia dah buat," perli papa.

Muka mama nampak muram.

"Pisahkan lagi diorang. Great!"

"Pa..." panggil aku perlahan. Kepala terasa sakit.

"Ammar Farhan... dia... dia..." Mata dipejam erat menahan sakit yang semakin menggila.

Siapa kau sebenarnya, Ammar?

"Syira jangan paksa diri. Semua tu boleh ingat perlahan-lahan," pesan papa kemudian menarik aku duduk di sofa.

"Zia. Ambil ubat dengan air," arah papa dingin.

Mama hanya menurut. Aku menelan beberapa biji pil dan meneguk air rakus. Ubat menunjukkan kesan apabila terasa sakit di kepala berkurangan.

"Syira okey?" Mama mengusap pipi aku.

Aku mengangguk.

"Maaf, sayang. Mama tak nak Syira sakit," pinta mama. Air matanya sudah mengalir deras.

"Syira pun minta maaf, ma. Syira kurang ajar. Tapi please... Syira nak kawan dengan Ammar," kata aku.

Mama terdiam lama sebelum membalas.

"Syira ingat siapa Ammar?" soal mama.

"Tak," jawab aku hampa.

"Sejak bila princess papa ni cepat mengalah?" Sedikit sebanyak kata-kata ringkas papa itu berjaya menaikkan semangat aku.

"Thanks, pa." Senyuman mekar di bibir.

Papa mengangguk.

"Tapi Syira perlukan bantuan mama dengan papa. Ceritalah dekat Syira siapa Ammar tu." Aku cuba mengambil jalan mudah.

"No."

"Mana boleh."

Serentak pula mereka menjawab. Aku mengeluh berat.

"Lagi bagus kalau Syira luangkan masa dengan Ammar. Mesti dapat ingat sikit-sikit." Papa memberi cadangan. Tapi mama...

Aku pandang wajah mama.

"Mama tak halang," kata mama kemudian hadiahkan aku satu senyuman manis.

Tanpa berlengah, tubuh mama diraih dalam pelukan.

"Rileks aje, Syira. Mama tu memang. Drama Queen tak habis-ha- auw! Aduduh! Sakit, sayang..." Terhenti usikan papa apabila ketam menyinggah di perutnya.

"Tahu pun sakit!" marah mama kemudian membuat rolling eyes.

"Siaplah Zia kena denda dekat bilik nanti." Papa tersenyum miang.

Wajah mama hanya selamba tapi still... merah like always. She is my beloved tomato!

Dalam tak sedar, aku tersenyum melihat pasangan di depan aku. Agaknya bila aku boleh bahagia seperti mereka?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top