Part 17 : Akif

Sofea's pov

Kaki dilangkah tanpa arah tuju. Dah dua minggu juga aku dekat sini dan hati masih pada orang yang sama. Bayangkan. Macam mana aku nak lupakan dia kalau Langkawi ni sendiri tempat favorite aku dan dia. Banyak kenangan dekat sini sebenarnya. Bodohnya aku! Kata nak lupakan dia tapi datang sini!

Buk!

"Aduh!" Suara aku dan gerangan yang dilanggar bahunya bergabung.

"Ah, sorry!" Menggelabah aku cuba memohon maaf.

Itulah padahnya berjalan tak tengok depan. Pasir pantai juga jadi pilihan untuk ditatap.

"Sakitlah, buta!" marahnya suka hati.

Amboi amboi. Kecil besar aje aku tengok mamat ni. Nafas ditarik dalam sebelum cermin mata hitam dicabut.

"Lo siento?" pintaku dalam bahasa Spanyol.

Bukan apa, dah kalau bahasa Inggeris pun tak jalan, cubalah bahasa lain. Mana tahu mamat ni tak faham bahasa kan. Hek!

"Te perdono," balasnya sambil mata tak lepas memandang aku.

Terkejut juga aku dengar. Dia faham? Seriouslah, wei! Tapi tak apalah. Dah dia kata dia maafkan. So, boleh blah dah rasanya.

"What?" katanya lagi. Aik? Tukar tukar bahasa pula. Layankan aje.

"Nothing." Dengan selamba aku berlalu dari situ.

Baru lima langkah, terdengar suara dia memanggil namun aku tak hiraukan.

"Aip! Tunggulah kejap." Jalan aku dihalang.

Malas betul nak dongak pandang dia. Mata aku betul-betul paras dada dia je ni. Bukan aku pendek tapi dia yang galah!

"Apa lagi?" tanya aku bosan.

Kepala diangkat dan mata menikam anak mata dia. Hanya memberi pandangan bosan.

"Tus ojos son hermosos."

Tak berkelip kata aku selepas mendengar kata-kata dia. Bukan tak faham tapi...

"You ni dah kenapa?" Cermin mata hitam dipakai semula kemudian tangan dibawa memeluk tubuh.

Tus ojos son hermosos. Dalam kata lain, ayat tu sebenarnya memuji mata aku.

Your eyes are so beautiful.

"Puji pun nak marah," protesnya. Aku mencebik tanda sedar.

"Tak marah. Panas." Aku tinggalkan dia dan menuju ke cafe terdekat.

Baru aje labuhkan duduk, kerusi di depan aku ditarik dan dia duduk tanpa dijemput. Aku buat tak peduli.

Tak sempat lelaki tak dikenali tu bersuara, pelayan datang mengambil pesanan. Aku hanya memesan juice apple. Dia? Sama. Ergh!

"Nama I Tengku Riyad Akif. Panggil aje Akif. You pula?" Dia memperkenalkan diri. Perlu ke sebut Tengku tu. Berlagak!

"Fea," jawab aku sepatah. Akif mengangkat kening kirinya.

"Fea what? Safiah? Rafiah."

Pelayan yang menhantar pesanan menyebabkan perbualan kami terhenti. Air disedut perlahan membasahi tekak. Lega.

"Sofea. Iris Sofea." Aku menjawab selepas kekeringan di tekak hilang.

"Kalau I nak panggil you Iris bo-"

"Suka hati," pintas aku laju.

Air disisip sekali lagi sebelum mengangkat punggung. Baru tangan mahu membuka zip di bag, suara Akif menghalang.

"My treat."

Aku mengangkat bahu. Langkah dibawa menuju ke tepi pantai semula. Pohon yang mampu melindungi aku dari panas menjadi sasaran. Belum sempat mahu labuhkan duduk di atas akar, ada satu jaket hitam yang dililit dan diikat di pinggang aku. Aku tersentak dan laju memandang tuan empunya jaket.

Zup!

Nafas semakin tak teratur. Dia. Ya, dia. Hanya dia yang tak suka aku memakai dress pendek begini. Sebab tu dia tutup pakai jaket dia. Sebak menghurung dada.

"No llores," pujuknya lembut.

No llores. Itu dalam bahasa Spanyol dan maksudnya adalah 'jangan menangis'. Macam mana aku tak nangis? Dia yang buat aku sakit.

"Iris!" Jeritan garau Akif dari belakang buat aku tersedar dari khayal.

Aku berura-ura mahu pergi tapi lengan ditarik dan muka aku tersembam ke dadanya.

Dalam tak sedar, senyuman sinis terukir di bibir. Aku tahu apa yang Ayden cuba lakukan. Dia cuba memberi amaran secara halus bahawa aku adalah...

Milik dia.

"Siapa dia ni?" Akif sudah berdiri di depan kami.

"Obviously, her boyfriend," jawab Ayden keras.

"Dan kau tak perlu panggil dia Iris. You. Are. Nothing," sambungnya sebelum tangan aku ditarik jauh dari situ.

"WHAT'S WRONG WITH YOU AYDEN DANISH!" Tinggi suara aku memarahi tapi dia buat tak peduli.

Akhirnya aku relakan dia heret aku sampai masuk dalam kereta dia.

"I don't like him." Keras tutur kata Ayden. Aku diam tak membalas.

"He such a jerk."

"The ugly one."

"Fuck him."

Bibir dicebik tanpa sedar. Dah kenapa mencarut tak tentu pasal.

"I'm talking to you, baby," ujarnya tak puas hati apabila carutannya tak dilayan.

"What did you expect from me?" tanya aku malas.

"Stay away from him."

Sekali lagi aku cebikkan bibir. Tak perlu cakap lah, aku sendiri tak nak rapat dengan dia.

"Yang you dah kenapa datang sini, tarik I tak tentu pasal?" Sengaja aku membidas dengan niat nak panaskan hati dia tapi lain pula yang jadi.

Ayden tergelak besar. Kereta dibelokkan masuk ke parking yang berhadapan sebuah hotel. Dia menginap dekat sini juga ke? Haih sama hotel dengan aku pula dah.

"I'm your boyfriend, my dear." Nadanya cukup mengejek. Cis!

"Let me correct you, Mr. Ayden. You are my ex-boyfriend." Tangan dibawa memeluk tubuh.

"I tak pernah cakap kita putus."

"But I did," balasku cukup selamba.

Terdengar helaan nafas Ayden. Tangannya diraup kasar ke muka. Aku tersenyum sinis.

"Fea."

"What?"

"You tahu kan I tak suka you pakai seksi macam ni. Kenapa degil sangat?" Matanya memandang peha aku yang terdedah kemudian pandangan naik melihat anak mata aku.

"Kita dah tak ada apa-apa, Ayden. So, I tak perlu ikut cakap you. Now, you boleh sesuka hati nak bercakap dengan siapa, nak jumpa siapa atau..." Terhenti kata-kata aku. Nafas ditarik sebelum menyambung.

"Atau nak tidur dengan siapa." Bawah bibir digigit menahan air mata. Come on, Fea. Kau tak lemah.

"Sofea, I dah explain benda betul. Ammar dengan Syira pun mesti dah-"

"Ya! You explain! Them too! Tapi tu tak buktikan apa-apa. You are cheating on me," pintas aku cepat.

Harap sangat aku tak melenting atau membebel macam orang tua. Just be cool, Sofea. Chill.

Keadaan kembali sepi. Masing-masing diam menenangkan diri.

"Can't you believe me, baby?" soal Ayden dengan suara yang agak serak. Urgh, soalan jenis apa tu!

Eh, kejap! Serak?

Laju kepala dipusingkan menghadap Ayden dan aku terkedu.

Oh. My. God.

"Ayden, are you crying?" Soalan bodoh terlepas dari mulut aku.

"Kenapa menangis?" Oh, damn! Sekali lagi soalan bodoh tu dipersoalkan.

"Obviously, sebab you," jawab Ayden kasar sebelum keluar dari kereta.

Aku tergelak kecil. Eh! Bukan perlekehkan dia tapi sebab comel! Tak menunggu lama, aku turut keluar dan mengekori dia.

"Hey! Ayden! Stop right there! Ayden!" Kaki laju mengejar langkah Ayden.

Tiba-tiba ada satu kereta yang bergerak laju ke arah aku. Kaki bagaikan terkaku.

Pin! Pin!

Mata dipejam rapat. Suara terasa tersekat di kerongkong. Hanya berserah pada takdir.

"IRIS SOFEA!" Badan aku dirempuh kemudian dipeluk kuat. Serentak itu aku jatuh ke tepi jalan.

"Apa masalah you ni, Fea! Bahaya tahu tak! Tak pernah pandai jaga diri! Kalau apa apa jadi nanti macam mana ha? Lembab!" tengkingnya.

Itu suara Ayden. Terus air mata mengalir laju. Buat penat aje tahan dari tadi tapi menangis juga.

Sudahlah terkejut sebab kereta tadi. Tambah pula kena tengking depan muka. Wajah disembamkan di atas lutut. Teresak esak aku menangis di situ.

"Menangis aje tahu!" marahnya lagi.

Tangisan semakin menjadi-jadi. Punggung diangkat dari jalan. Kaki bergerak menuju ke dalam hotel.

Makin lama makin laju sebab nak larikan diri dari Ayden. Dah kenapa main kejar-kejar orang. Sampai depan pintu bilik dia ikut. Baru aku nak menutup pintu, tangannya menahan kuat.

"You nak apa lagi!" teriak aku tak puas hati.

"I'm sorry, Fea." pintanya sayu.

Aku julingkan mata. Mampuslah. Siapa suruh marah aku.

"Berambus!"

BANG!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top