Part 15 : Ninja
Tubuhnya yang tersarung dress itu dipandang tanpa jemu. Syira tersenyum apabila sudah puas dengan penampilannya. Handbag dicapai dan cepat-cepat dia melangkah keluar dari bilik.
"Am serius ke ni?" Suara Zia menghentikan pergerakan Syira di sebalik dinding dapur.
Niatnya mahu mencari Ammar terbantut.
"Serius, ma. Mama tak suka ke kalau Am jadi menantu mama?"
Hati Syira berdetak hebat. Terdengar keluhan Zia.
"Papa dah tahu?"
Tiada balasan. Sama ada Ammar mengangguk atau menggeleng.
"Baguslah kalau dah tahu. Janji dengan mama, jaga Syira baik-baik, okey?"
"Ammar janji, ma. Minggu depan Ammar suruh mummy hantar rombongan meminang tau. Boleh kan? Kan kan kan?"
Ek, eh! Gedik pula si Ammar ni. Zia tergelak.
"Boleh. Nanti apa-apa kita bincang dengan Syira sekali. Dah, jom. Mesti Syira dengan papa dah tunggu." Terdengar bunyi kerusi ditolak. Syira sepantas kilat berlari ke sofa di ruang tamu kemudian duduk di situ. Bukan duduk tapi sebetulnya menghumban diri sendiri.
"Syira ni dah kenapa macam ninja?" soal Fareez aneh.
Macamlah dia tak nampak Syira yang mengintai tadi. Malas mahu mengambil pusing.
"Hehe, saja test bakat." Syira sengaja berloyar buruk.
Fareez mencebik.
***
Kerusi ditarik Ammar dan Syira melabuhkan punggung.
"Terima kasih."
Ammar mengangguk kemudian duduk dengan tenang. Walhal realitinya berdebar nak mampus!
Sepi menemani mereka. Ammar masih mencari keyakinan diri manakala Syira pula kekok. Teringat akan hasil curi dengar perbualan mamanya tadi, terus pipi berubah merah.
"Your meal." Suara pelayan yang datang secara tiba-tiba menyentakkan Syira.
Bila pula si Ammar ni order makanan. Peh Grilled Sirloin Steak dengan Grilled Chicken Roll. Ni nampak sangat dah tempah awal-awal. Hm, bagus! Okay, what next?
"Kenapa tiba-tiba, eh?" soal Syira.
Ammar memandang pelik sebelum menelan makanan yang dikunyah.
"Tiba-tiba apa?"
"Tiba-tiba ajak dinner dekat sini. Something wrong somewhere. Baik terus terang!" Garfu diacukan tepat menghala ke arah Ammar.
Dalam hati dah tergelak besar. Sengaja dia buat-buat tak faham. As a gentleman, Ammar kenalah jujur sendiri kut.
Ammar kelihatan gemuruh. Garfu dan pisaunya sudah diletakkan dan tangan dibawa menggosok belakang tengkuk.
"Answer me," arah Syira ringkas.
"Actually Syira, saya... em... aa... Ammar sebenarnya nak... nak..." Tergagap-gagap Ammar bercakap.
Syira sudah sembunyi senyum.
'Okay. Rileks, Ammar. You can do this.' monolog Ammar sendiri.
Kemudian Ammar bangun dari kerusi dan melutut di sebelah Syira. Syira yang sama sekali tidak terfikir tentang itu tergagam. Ingatkan Ammar cuma nak cakap macam tu aje, rupanya tak!
'Mama! Papa! Tolong Syira!' jerit hati kecilnya.
"Atira Insyirah Fareez Ilham." Namanya disebut penuh.
Syira masih kaku. Orang ramai mula memandang sambil tersenyum penuh makna.
"Wanna hear a joke?" Soalan yang kedengaran agak aneh keluar dari mulut Ammar.
Syira kerutkan dahi. Gemuruhnya tadi beransur hilang.
"Err, yeah why not?"
"Knock! Knock!"
Semua yang memandang sudah turut setia menunggu helah sebenar Ammar.
"Who's there?" Syira membalas dengan senyuman yang mula mekar di bibir.
"Marry."
"Marry who?"
"Marry me." Serentak itu, Ammar mengenyitkan mata seraya mengeluarkan kotak baldu merah dari kocek seluarnya.
Syira menekup mulut tanda terkejut yang teramat.
"So?" Soal Ammar tidak sabar.
Gelojoh. Penonton tak berbayar datang mengelilingi mereka dan bersorak kuat. Ada juga yang bersiul nakal. Kedengaran piano mula dimainkan dari atas pentas restoran itu.
"Tak..."
Balasan dari Syira buat semua terkedu. Piano juga berhenti dimainkan tiba-tiba.
Semuanya tercengang!
"Syira..." Patah hati Ammar. Sampai hati Syira buat dia macam ni.
"Tak mungkin saya tolak! So, my answer is yes! Yes, Ammar! Yes!" jerit Syira kuat.
Sengaja dia gantungkan ayat tadi. Suasana yang sepi tadi kembali bising. Riuh mulut masing-masing mengucapkan tahniah.
"Oh my... argh! Thank you so much, Syira!" Ammar bangun dari melutut dan berura-ura hendak memeluk Syira.
"Woahh woahh!" sorak penonton tak berbayar tadi.
"Eh? Hehe, sorry? Excited gila," kata Ammar malu-malu.
Syira sudah menunjukkan penumbuknya. Ala, tumbuk-tumbuk sayang je tu ihiks!
"Sini tangan." Dicapainya tangan Syira dan cincin yang bertahtakan satu permata kecil disarungkan di jari Syira.
"Congrats both of you!"
"How so sweet."
"Power ah, mamat ni!"
Tersipu malu mereka berdua dibuatnya.
Selepas selesai semuanya, Ammar menghantar Syira ke rumah. Dalam perjalanan, tak lekang senyuman Ammar di bibir.
"Amboi senyum-senyum di dah kenapa?" Syira mengecilkan mata memandang Ammar.
"Biarlah. Senyuman saya kan manis," balas Ammar riak.
Dalam hatinya berbunga-bunga kerana tak lama lagi dia akan memiliki Syira secara sah.
"Ei, tolonglah. Senyum pun dah macam kambing."
"Kambing ni juga yang awak sayang."
"Oh, awak mengaku yang awak tu kambing eh? Pft..." perli Syira sekadar menutup malu.
"Whatever, sayang. Whatever." Ammar malas melayan.
"Ha? Sayang?"
"Ya, sayang. Kenapa panggil saya?" usik Ammar mengada.
Syira menjeling tajam.
"Bukanlah!" bangkang Syira keras.
"Lalala..." Ammar pura-pura tak dengar. Siap menyanyi pula tu.
"Bukan!"
"Baby shark do do do~"
"Ei, tak! Bukan!"
"Segala apa yang telah ku berikan masih lagi tak memadai..." Ammar menyanyi tanpa menghiraukan Syira.
Syira mendengus kasar.
"Stop it, Ammar!"
"Hampir ku tersungkur menuntut janji."
Syira terdiam.
"Darimu... segalaaaaaa rasa yang telah kau berikan. Masih tak mampu mengubati. Perasaan yang telah kau nodai. Padaku..." Sengaja Ammar menghabiskan nyanyian.
Tahu sangat yang Syira suka dengar suara dia.
"Amboi, terdiam. Best eh suara saya?" usik Ammar.
Syira gigit bibir. Ya, dia terdiam.
Satu, sebab suara Ammar.
Dua, sebab maksud lirik tu sendiri.
Sedar tak sedar, kereta Ammar dah diberhentikan di depan rumah Syira.
"Sampai," ujar Ammar sepatah.
Syira masih diam seperti tadi. Ammar mula rasa tak sedap hati.
"Hey, kenapa ni?" Tangan Syira digenggam. Sejuk.
"Ammar."
"Ya?"
"I'm sorry," pinta Syira.
"Kenapa? Awak tak buat salah pun, sayang."
Ah, mahu gugur jantung Syira tika mendengar panggilan sayang.
"Bukan. Maaf sebab ambil masa yang terlalu lama untuk ingat siapa awak." Ditarik tangannya dari genggaman Ammar.
Ammar menghela nafas panjang.
"It's okay. Sepatutnya saya yang cakap sorry sebab saya pergi lama sangat. Now, masuk. Dah lewat sangat ni," ujar Ammar tak mahu memanjangkan topik.
Baginya, yang lepas biarkan lepas. Asalkan Syira bersama dia, dia bahagia. Gadis itu terdiam lama sebelum membalas.
"Okay. Goodnight, Ammar," ucapnya ringkas kemudian keluar dari kereta. Ammar menurunkan tingkap di sebelah pemandu dan melambai Syira.
Hilang saja bayang Syira, dia tersenyum sendiri.
'Goodnight, my sweet girl. Wish I could hug you tight, tonight,' monolognya sendiri.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top