Part 13 : Without dress
Author's pov
"Hey, my lovely Patrick!"
Anak patung Patrick Star yang agak lusuh itu selamat berada dalam pelukan Syira. Ammar yang memerhati hanya menggelengkan kepala. Lepas seminggu Syira keluar dari hospital, barulah dia teringat janjinya untuk pulangkan Patrick.
"Ei, rindunya Syira dengan Patrick! Ammar bagi makan tak? Bagi mandi? Ada luka tak dekat mana-mana, hm?" Tangan lincah membelek setiap inci anak patungnya.
"Ammar jaga dia elok-eloklah, Syira. Dah simpan balik Patrick tu. Jealous tau," adu Ammar gedik sambil memusingkan bebola matanya.
Syira tergelak kecil. Patung kesayangannya itu diletakkan semula di atas katil kemudian mengikut langkah Ammar yang turun yang ruang tamu.
Mereka menghampiri Fareez dan Zia yang sedang menonton televisyen.
"Mama!" Syira duduk menyelit di antara mama dan papanya.
"Ei, dahlah gemuk! Ada hati nak menyelit celah orang," kutuk Ammar terang terangkan.
Bibir Syira mencebik tanpa sedar.
"Mengada punya budak." Ammar masih tak hentikan kutukan.
"Memang mengada Syira ni, Am. Kesian papa kena beralih dekat sofa sana." Kata-kata Ammar disokong Zia.
Mata memandang tepat ke arah suaminya yang separuh rela bertukar tempat. Syira berdecit perlahan.
"Eleh, mama ni. Padahal nak berkepit dengan papa kan. Tu yang tak puas hati semacam aje muka," ujar Syira. selamba seraya mengeluarkan phone dari poket belakang seluarnya.
Terdengar tawa halus dari bibir Ammar manakala Fareez membuat muka selamba.
"Eh, tolong sikit. Bosan mama tengok muka papa 24 jam." Spontan kata-kata itu keluar dari mulut Zia.
Melihatkan Fareez yang masam mencuka dan terus bangun, Zia menekup mulutnya.
Orang tua ni nak merajuk ke?
"Ayok tatayok!" Syira menggoyangkan jari telunjuknya kiri kanan sambil mata bulat memandang mamanya. Fareez sudah berlalu ke dapur.
Zia tepuk dahi kuat.
"Er, mama tengok papa jap. Korang nak keluar kan? Jangan balik lewat." Tanpa menunggu balasan mereka, Zia mengangkat punggung dari sofa.
Syira tergelak perlahan memerhati mamanya. Hilang saja bayang Zia, Ammar bersuara.
"Jom!" ajak Ammar ceria.
Syira mengerutkan dahi memandang Ammar atas bawah.
"Kenapa? Saya pakai baju terbalik ke?" Berpusing-pusing Ammar memerhati bajunya sendiri.
Betul dah. Ke seluar tak zip? Eh, tak mungkin.
"Awak siapa? Sorry, budak gemuk ni tak kenal awak." Kaki disilangkan dan mata difokuskan ke televisyen semula.
Ammar tersenyum senget.
"Serius tak kenal? Saya ingatkan nak belanja awak Double Cheese Burger tadi tapi tak apalah kalau macam tu." Tahu sangat makanan kegemaran Syira tu.
Ammar bersiul selamba kemudian melangkah dengan penuh kerek ke pintu utama. Kunci kereta dilambung-lambungkan ke udara. Syira yang blur tiba-tiba terus bangun mengejar.
"Eh, awak! Jomlah. Saya pakai kasut dulu eh." Syira tersengih sambil memegang hujung baju Ammar.
Ammar mengangkat sebelah kening.
"Eh, kenal ke?" usiknya.
"I'm your princess. Let's go prince!" ajak Syira tanpa segan silu.
Selepas menyarung kasut ala kadar, dia menuju ke kereta Ammar. Ammar menahan senyum melihat perangai kebudak-budakan Syira.
Tak berubah.
***
Bukan main lebar senyuman Syira apabila perutnya sudah diisi dengan Double Cheese Burger.
"Nak pergi mana mana lagi?" soal Ammar sambil mengundur keretanya di parking.
Syira berfikir sambil bibirnya tak henti-henti menyedut air menggunakan straw.
"Syasya Saloon?"
"Syasya Saloon?" Ammar mengulang cadangan Syira.
"Ya, sayang," jawab Syira bosan.
Ammar pula sudah tersengih macam kerang busuk. Suka lewtu dipanggil sayang.
Kereta dibelokkan ke saloon yang dimaksudkan Syira. Mereka masuk beriringan ke dalam. Tak ramai orang nampaknya.
"Hey, miss," tegur Syira selamba sambil menepuk bahu seorang perempuan di situ.
Ammar sekadar melihat.
"Oh, ya? Can I help... eh, Syira!" Tubuh Syira dibawa dalam pelukan.
Syira tergelak besar dengan reaksi kawannya, Syasya.
"Chill, beb. Aku datang ni nak minta dress aku yang tertinggal bulan lepas. Ada lagi kan?" Syira terus memberitahu tujuannya.
Bukan apa, Ammar pun nampak tak selesa dengan pandangan pekerja Syasya.
"Choi! Ingatkan nak jumpa aku. Ha'ah ada lagi dekat bilik belakang tu. Kejap aku ambil. Kau duduklah dulu. Tak ramai orang pun ni."
Syira mengangguk faham dan duduk di situ. Sesekali lagi bibirnya singgah di straw. Ammar kelihatan kusyuk dengan phonenya.
"Sayang," panggil Ammar selamba.
Syira mengangkat kepala memandang Ammar. Muka memang cool tapi jantung rasa nak terlompat keluar.
So, keluar tak?
Kalau keluar matilah aku, ngek!
"Ya?" jawab Syira.
"Say cheese." Serentak itu Syira memuncungkan bibirnya.
Snap!
Ammar tergelak perlahan.
"Orang sebut cheese bukan suruh buat duckface, sayang." Sekali lagi jantung Syira rasa nak terkeluar.
Bukan setakat tu, panggilan sayang tu umpama virus! Tersekat rasanya salur pernafasan. Air liur ditelan kesat. Syira cuba selambakan riak muka.
"Biarlah," balasnya kemudian pusing menghadap lain.
Selesai mengambil dress daripada Syasya, mereka berlalu dari situ.
"Dress, apa tu awak?" soal Ammar ingin tahu. Pandangannya masih fokus pada jalan raya.
"Oh, ni. Untuk candle light dinner. Tengok ni. Lawa kan?" Teruja Syira mengeluarkan dressnya yang berwarna putih itu.
Ammar memandang tepi sekilas sebelum tersengih.
"Kenapa senyum?" tanya Syira dengan kerutan di dahi.
"Nothing."
"Tipu."
"Tak ada apalah."
"Tell me," desak Syira.
Mahu atau tak terpaksalah Ammar cakap apa yang terlintas di otak kotornya tadi.
"Ya, dress tu lawa kalau awak pakai but without dress pun lawa juga."
Satu saat.
Dua saat.
"Adedeh! Sakitlah, Syira!" Ammar meringis kesakitan apabila tangan Syira mencubit-cubit lengannya.
Tangan kiri digunakan sebagai penghadang manakala tangan kanan masih mengawal stering kereta.
"Gatal! Pervert! Such a jerk!" Jelingan tajam dihadiahkan untuk Ammar.
Lelaki itu tersengih nakal.
"Tadi tanya sangat."
"Whatever!"
Baru Ammar nak membalas, phone berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
"Wassup?" Ammar menjawab selamba.
Tiba-tiba wajahnya tegang.
"Tak mungkinlah, bro. Dah tanya umi dengan walid dia? God, seriously. Ya, ya, nanti aku tanya. Apa-apa kau roger. Tenang je, okey. Jangan buat benda bukan-bukan." Setiap butir bicara Ammar menarik perhatian Syira.
Ammar berhentikan kereta di depan rumah milik Fareez.
Masing-masing diam. Entah kenapa suasana sepi.
"Erm, Syira?" panggil Ammar perlahan.
"Ya?"
"Fea ada cakap apa-apa tak?"
"Means?"
"Anything." Ammar sabar menanti jawapan Syira.
Akhirnya, Syira menggeleng.
"What's wrong? Tadi siapa yang call?" soal Syira ingin tahu.
"Ayden. Dia kata Fea tak ada dekat rumah," jelas Ammar. Syira tergelak kecil.
"Normallah tu, Ammar. She's not child anymore," balas Syira aneh.
"I know but it's weird. Umi dengan walid Fea ada kerja dekat Dubai sejak empat hari lepas macam tu. Fea pula dua hari lepas ada aje tapi hari ni tak ada. Bibik dekat rumah dia kata Fea lain sangat sejak kebelakangan ni. Bila check kat bilik, hampir separuh almari kosong. Awak tak fikir ke apa saya fikir?" Suara Ammar kedengaran serius.
Syira mengerutkan kening seperti memikirkan sesuatu. Kali terakhir jumpa Fea, seminggu lepas dekat hospital. Lepas dari tu dah tak contact langsung.
Beetuah punya kawan.
"Saya rasa saya tahu apa yang tak kena."
"Apa?" Ammar menanti sambungan ayat Syira.
"Her heart."
"Why?"
"Totally broke."
"Yes! Itu yang saya fikir. So, maknanya Ayden kena mengalah?" Ammar menyandarkan badan.
Wajah diraup.
"Masuk dulu. Biar saya text Fea," ajak Syira. Ammar bersetuju dan mereka masuk ke dalam. Kerusi batu di laman menjadi tempat duduk mereka.
Syira:
Wuit, Fea! Ada dekat mana? Rindu :(
Sengaja Syira menegur dengan selamba agar Fea tidak mengesyaki apa apa.
Dua minit menunggu, mesejnya berbalas.
Sofea:
Yo, Syira! Haha, sorrylah tak dapat jumpa kau untuk sementara. Aku jauh, babe!
Syira tersentak. Wajah Ammar dipandang risau.
"How?" soal Ammar.
"Fea kata dia jauh. Sah dia pergi tenangkan diri tapi dekat mana? Urgh! Nak balas apa ni, Ammar?" Otak Syira blank serta merta.
"Tanya dekat mana." Syira mengangguk kemudian membalas mesej Fea.
Syira:
Jauh? Kau dekat mana ha? Ei, bercuti tak ajak!
Sofea:
Ceitt mengada! Adalah. Aku nak release tension. Syira, aku tahu mesti Ayden cari aku kan? Kau tak pandai berlakon, sis. Like always :p
Syira gigit bibir apabila sedar dirinya dah kantoi.
"Hehe, kantoi pula." Syira tersengih memandang Ammar.
Tergelak Ammar dibuatnya.
Sofea:
Don't worry, okey. Kau pesan aje dekat umi walid aku yang aku okay. Diorang faham punyalah! Kau jangan memandai cari aku. Tumbuk kang!
Tersenyum Syira membaca mesej dari Fea. Lincah jarinya menaip.
Syira:
Yelah, yelah. Balik nanti jangan lupa bagi hadiah. Pengeras! Tak ada benda free, okey. Masuk jamban pun kena bayar.
Syira semakin melalut. Nilah jadinya kalau mesej geng yang sama-sama masuk air.
Sementara itu, Fea yang jauh dari Syira pula mengukir senyum pahit.
Cakap dekat Ayden, aku tunggu dia cari aku. Aku sayang dia no matter what...
Kemudian mesej itu dipadam semula. Oksigen ditarik dalam-dalam dengan harapan agar otak kembali berfikiran rasional.
Cakap dekat Ayden, jangan cari aku. Aku benci dia.
Sent!
"Mungkin ini yang terbaik," monolog Fea sendiri.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top