Part 12 : Nutella

Sofea's pov

Aku merengus kasar. Tangan dibawa memeluk tubuh. Pandangan orang sekeliling langsung aku tak hiraukan. Tak malu pun bila dia angkat aku macam guni beras sampai kafe hospital. Ya, tak malu pun!

"Fea..." panggil Ayden perlahan.

Wajahnya yang nampak bersalah aku tak hiraukan. Mata masih terarah pada jus mangga di depanku.

"Baby, I-" Kata-katanya dipintas seseorang.

"Oh, my Ayden! Kat sini rupanya you! Puas I cari you tau, sayang. I miss you so much!" Perempuan gedik yang bernama Natalia atau aku boleh kata scandal Ayden mencelah.

Scandal ke sandal?

Ke sundal?

Dengan muka tak bersalah, dia duduk di sebelah Ayden. Dipeluknya erat tangan lelaki itu.

Aku memandang sepi. Hati aku mula terasa kosong. Muak. Hidup dia penuh dengan perempuan. Sebab itu jugalah kepercayaan aku pada dia masih belum seratus peratus.

"Nat, apa you ni. Kita dah tak ada apa apa, okey." Ayden hanya menggerak-gerakkan lengannya tanda tidak suka tapi tidak pula menepis.

Aku menongkat dagu menonton drama sebabak mereka.

"I rindu you, baby. You tak rindu I ke?" soal Natalia dengan suara mengada.

Belum sempat Ayden membalas, dia menyambung lagi.

"Hari-hari I teringat you. I rindu layanan you. Selalunya bangun pagi, you mesti ada dekat sebelah. You kata you suka I moaning your name kan," katanya tanpa segan silu.

Aku?

Entahlah.

Kecewa kot.

"Fea, I can explain." Suara Ayden bergetar.

Aku hanya beri riak tanpa perasaan dan mengangkat kening tanda 'apa'.

"Eh, ada orang lain ke? You pun stok Ayden ke? Hm, not bad." Mata Natalia memandang aku atas bawah.

"Nat, dia-"

"Ehem. Miss Nutella, Natal or whatever your name. I tak semurah you. Okeylah I ada kerja sikit. Bye." Dengan pantas aku melangkah pergi dari situ.

"Fea! Wait!" Jeritan Ayden tidak dipedulikan.

Aku tekan lif dan bilik Syira jadi tujuan.

Air mata di pipi aku kesat kasar. Shit! Kenapa menangis ni!

Ting!

Pintu lif terbuka. Tanpa memandang kiri kanan, aku merempuh semua orang yang ada di situ. Sampai aje di depan bilik Syira, aku masuk tanpa ketukan. Terpampanglah wajah Syira dan Ammar yang sedang berbual.

"Fea, kenapa ni?" soal Syira cemas.

Mungkin sembab di mata aku menarik perhatiannya. Aku tak menjawab malah duduk di birai katil.

"God! Apa Ayden buat dekat you ni, Fea? Cakap cepat. Biar I smack down dia!" Bersungguh Ammar menyebelahi aku.

"Ammar, you keluar boleh tak? I nak pinjam your Syira untuk hari ni," pinta aku.

"Apa pula cakap macam tu! Ish, kau ni." Syira menepuk lengan aku kemudian Ammar tergelak.

"Asalkan you pulang balik, I okey je. I keluar dululah. Bye, Syira sayang." Ammar mengenyit mata pada Syira malangnya fokus Syira masih pada aku.

Akhirnya, Ammar mengeluh hampa dan berlalu pergi.

"Kau kenapa  Fea? Sini, naik," ajak Syira.

Aku panjat katil hospital dan duduk bersila, bertentangan dengan Syira.

"Ceritalah, babe. Tak kan kau nak rahsia dengan aku." Terasa tangan sejuk aku digenggam oleh tangan Syira.

"Syira..."

"Ya, luah pada aku. Kau akan lega. Trust me," pujuk Syira.

Aku mengalah. Air mata jatuh kembali. Tak menunggu lama, Syira menarik aku dalam pelukan. Ditepuk-tepuk perlahan belakang badan aku.

"Dia jahat, Syira..."

"Dia tak sayang aku..."

"Dia tak berubah..."

"Dia masih macam dulu.."

"Dia pura-pura..

"Dasar lelaki.."

"Aku benci dia.."

Ayden's pov

Muka diraup kasar. Memang tak guna betullah si Nutella tu! Suka-suka dia aje buat cerita. Mentang-mentang aku bukan jenis berkasar dengan perempuan, makin beranilah dia. Kan dah dapat pelempang sulung aku depan semua orang.

Kaki diatur laju menuju ke arah wad yang menempatkan Syira. Kelihatan Ammar sedang bersandar di dinding berdekatan.

"Ammar." Aku menegur.

"Apa?" Balasnya tanpa nada.

"Fea ada?" soal aku direct. Ammar mengangkat kening memandang aku.

"Kalau ada pun kenapa?"

"Bagus. Aku nak jumpa dia." Tanpa menjawab soalan Ammar, aku tolak pintu wad.

"Jangan," kata Ammar sepatah.

"Kenapa?" Aku memandang muka Ammar dengan penuh tanda tanya.

Pintu wad yang baru dikuak sedikit membolehkan aku mendengar setiap butir bicara penghuninya tapi tidaklah terlalu jelas.

"Dasar lelaki..."

"Aku benci dia..."

Aku terpempam. Tu suara Fea. Dan suara itu penuh dengan kebencian. Tak terkecuali juga kesakitan serta kesedihan. Baru aku mahu curi dengar lebih lanjut, Ammar menepuk bahu aku dan mengajak duduk di kerusi berdekatan. Aku akur.

"Kenapa ni, Ammar?" soal aku.

"Apa jadi sebenarnya, weh? Kau buat apa dekat Fea?"

Aku terdiam. Ni semua sebab budak Nat tu lah.

"Nat muncul balik." Tiga perkataan itu sudah menjelaskan segalanya.

"Then?"

Aku mengeluh berat. Kepala yang terasa pusing dipicit.

"Dia cakap macam-macam. Fea fikir aku pernah tidur dengan dia."

"Bukan pernah ke?" Soalan dari Ammar buat aku berdecit geram.

"I've told you, Ammar." Balas aku geram.

Terus Ammar ketawa mengejek.

"Ya, ya, ya. Fea tengah buat sesi luahan dengan my girl. So, kau balik dulu, okey. Cuma lain kali terangkan lah elok-elok. Habis dia curi masa aku dengan Syira tau tak," omel Ammar geram.

Aku tergelak. Tahu sangat dia rindu dengan buah hatinya.

Aku pun rindu buah hati aku, Ammar.

"Lagi satu, jangan bagi muka sangat dekat scandal-scandal kau tu." Perlian sedas itu menikam ke sanubari aku.

Wallah!

"Hotak hang! Depa tu semua ex! Bekas! Hang tau dak tupperware, tau?" Dengan perasaan tak puas hati aku sekeh kuat kepala Ammar.

"Sakit, bangang! Amboi keluaq loghat Kedah noh," usik Ammar sambil membetulkan rambutnya serabai.

"Eh, Ammar."

"Hm, apa?" Ammar menjawab bosan.

"Kalau hang...." Ayat digantungkan. Mata aku memerhati dia atas bawah.

"Woi, nak cabul aku ke! Siot ah kau Ayden!" Tangan Ammar disilangkan di dadanya.

"Kepala pak hang!" Sekali lagi kepala Ammar jadi sasaran aku.

"Sakit, gila!" protes Ammar.

Aku mengecilkan mata memandang. Kecik besar kecik besar aje aku tengok budak ni.

"Kalau kau jadi pengapit aku nanti cun juga kan?" Aku tersenyum sendiri.

"Oh, pengapit. Awal kau berangan. Selamat bermimpi, sahabatku." Tangan Ammar menepuk-nepuk bahu aku.

"Kurang asam punya Ammar." Aku menepis kasar tangannya.

"Nak berangan, kau pujuk dulu yang dekat dalam tu." Mata Ammar terarah pada pintu wad Syira.

Aku mengeluh sekali lagi. Mesti Fea sedih kan?

Sementara itu, di dalam wad...

"Weh, filter anjing weh, anjing." Fea.

"Anjing punya kawan. Bungalah, doh!" protes Syira.

"Like I care huh? Cepat!"

Dalam kiraan tiga, Fea menjelirkan lidah dan mata memandang ke atas. Syira pula hanya tersenyum dengan muka pasrah.

Snap!

Ya, sedih. Fea sedih sangat!

Pft.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top