Part 10 : She will be fine

Syira's pov

"Papaa..."

Satu suara kanak-kanak memanggil. Tapi, siapa?

"Ya, sayang."

Suara lelaki menyahut.

"Sorry, pa."

"Papa, kalau papa nak nangis, nangis ajelah." Kata-kata budak itu mengundang gelak tawa oleh satu lagi suara wanita.

"Alala, sayang Syira ni. Habis comot muka papa nangis. Macam koala."

"Apalah awak ni. Malu je menangis depan anak," ejek suara yang ketawa tadi.

"Biarlah. Dah tu Syira tak sayang saya, memanglah nangis."

"Eh, mana ada. Syira sayanglah!" Budak perempuan tadi kedengaran membentak.

Apa yang berlaku? Syira? Itu aku! Kenapa aku tak dapat tengok apa-apa? Semua suara bergabung dan bergema tapi gelap!

"Betul ni, sayang?"

Tiada balasan.

"Em, mama."

"Lapar...." Suaranya kedengaran manja. Aku tersenyum tanpa sedar.

"Nak makan."

"Okey. Nak nasi ke roti?"

"Nasi!"

"Mama panaskan lauk dulu. Syira mandi ya." Kemudian kedengaran derapan kaki yang semakin menjauh.

"Apa pandang-pandang?" Suara papa.

"Syira tak puas hati dengan papa."

"Tak puas hati apa, sayang."

Sekali lagi aku tersenyum sendiri. Manjanya aku dengan papa dulu.

"Papa suruh budak tu panggil papa, papa. Papa tak layan Syira. Papa tinggal Syira. Papa tak pujuk Syira."

"Syira cemburu?'

"Soalan apa ni, pa. Mestilah. Papa lagi sayang budak tu dari Syira."

"Budak tu, budak tu. Nama dia Ammar."

"Syira."

"Papa sayang Syira, okay. Ammar is Ammar. Tapi Syira tetap buah hati papa."

Serentak itu, aku dapat dengar bunyi berantakan dari dunia nyata. Semuanya kelam kabut. Perit di seluruh tubuh kian terasa.

Kenapa?

Zia's pov

"Doktor! Kenapa dengan anak saya, doktor!" Air mata galak keluar apabila melihat keadaan satu-satunya anak aku begini.

"Sabar, puan. Minta kerjasama puan keluar sebentar. Biar saya dan nurse periksa dulu." Kata doktor yang bernametag Airil.

Jururawat di situ membawa aku keluar dan duduk di kerusi.

Muka ditekup dan nafas ditarik dalam dalam. Aku harus bertenang. Mana Zia yang cool dulu?

Tak ada.

Kenapa?

Bila hal berkenaan anak aku, aku tak boleh!

"Sayang..." panggil satu suara. Tanpa perlu melihat wajahnya, aku terus berdiri dan memeluknya erat. Terasa pelukan dibalas.

"Kenapa ni, hm?" soalnya lembut.

"Syira... dia tiba-tiba macam sesak nafas tadi. Zia takut." Belakang badan aku terasa diusap perlahan.

Fareez masih sama seperti dulu.

Fareez yang pandai memujuk.

Fareez yang penyayang.

Fareez yang sweet talker.

"It's okay, dear. She will be fine," pujuknya. Pelukan dileraikan dan kami duduk di kerusi.

"I hope so," balas aku sambil jari bermain sesama sendiri.

"Anak kita kuat. Jangan risau."

Aku mengangguk.

Pintu wad dibuka dari dalam. Kami bergegas bangun.

"Doktor, macam mana keadaan anak saya?" soal Fareez tenang.

Airil tersenyum.

"Alhamdulillah. Syira dah lepasi tahap kritikal. Keadaannya semakin membaik," jelasnya.

Gembira aku mendengarnya.

"Doktor kenal anak saya?" Fareez kerut dahi.

Airil mengangguk sebelum menjawab.

"Kenallah juga."

Kami mengangguk faham. Selepas Airil meminta diri, aku meluru masuk ke dalam wad.

Wajah Syira dipandang penuh kasih. Kepalanya diusap perlahan.

"Syira cepat bangun ye, sayang." Air mata yang bergenang diseka. Terasa ada tepukan lembut pada bahu.

"Sabar, okey. Syira akan bangun. Pasti bangun." kata Fareez meyakinkan aku. Aku mengangguk dan tersenyum gembira.

Mama rindu Syira.

Author's pov

"Nah!" Seorang kanak kanak lelaki nenghulurkan satu kotak lutsinar.

"Wah, comelnya!" jerit si gadis dengan teruja. Kotak tadi dicapai dan isinya diperhati dengan penuh minat.

"Satu... dua... tiga. Ada tiga!" jeritnya sekali lagi.

"Suka tak?" soal kanak kanak lelaki itu. Gadis itu tiba-tiba terkedu.

"Tak," balasnya ringkas seraya mengembalikan kotak itu semula.

"Ala, tapi Ammar nak bagi Syira." Ammar letakkan semula kotak tadi di riba Syira.

"Syira ambil aje, okey. Syira suka kan?" soal Ammar beserta senyuman manis yang tak lekang di bibirnya. Syira diam.

"Kalau tak suka Syira buang ajelah. Ammar balik dulu." Ammar membalas dingin.

"Ammar." panggil Syira perlahan. Langkah Ammar terhenti. Badannya dipusingkan.

"Terima kasih." Syira simpulkan satu senyuman. Tak lama kemudian Ammar ikut tersenyum. Cepat-cepat dia bersila di depan Syira.

"Syira suka?" soal Ammar teruja.

PON! PON!

"AH!"

DANG!

Keadaan sekeliling bertukar dalam sekelip. Kali ini di simpang berdekatan rumah Syira.

"Syira!" jerit satu suara.

Tubuh Syira yang terbaring lemah dilihat bagai tidak percaya. Kemudian pemilik suara itu berlari ke arah Syira dan melutut di situ. Sekujur tubuh yang dipenuhi darah itu dipeluk erat.

"Syira! Ammar dah balik! Ammar dah balik! Ammar datang nak tengok Syira!" Ammar meraung di situ.

Zia yang baru tiba di situ setelah mendengar bunyi bising hanya terkaku. Kejadian ini seperti 24 tahun lepas. Bezanya dulu yang terbaring di jalan ialah dia dan sekarang Syira!

"Syira! Bangun, Syira! Ammar dah lama tunggu saat ni! Tolong bangun Syira! Ammar rindu! Syira tak rindu Ammar ke? Ammar kan dah janji nak kahwin dengan Syira. Ni... ni Ammar... dah... balik tsk... tsk..."

Tiba-tiba pandangan dikaburi kabus tebal. Suara Ammar semasa kecil mahupun sudah dewasa bergema.

"Baguslah. Ammar suka tengok Syira senyum."

"Beli? Ammar tangkap la Syira. Jom kita bagi ladybird ni nama."

"Tak nak lah. Kita panggil dia Timah, okay?"

"Bye bye, Timmy!"

"Syira..."

"Syira jangan lupa nama Ammar tau."

"Hello! Syira! Hari ni Ammar balik! Syira tunggu, okey. Ammar rindu Syira!"

"Ammar tengah drive ni. Syira jangan pergi mana-mana."

"Syira! Tolong kurung Cherry tu! Mama tengah masak ni!" Suara mama.

"Ala, tak naklah, ma!"

"Tolonglah kejap!"

"Ish! Yelah, yelah. Sibuk aje kucing ni nak merayap ke luar pula. Kena langgar kereta kang baru tahu."

"Syira kena tunggu Ammar."

"Syira kena tunggu Ammar."

"Syira kena tunggu Ammar."

Beep... beep... beep...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top