Epilogue

IMPORTANT NOTES IN THE END! PLEASE READ!


Baekhyun dan Raiwa berjalan bergandingan sambil berpegangan tangan masuk ke dalam kafe milik Luhan dan Chanyeol. Senyuman di bibir mereka tidak pernah hilang apabila melihat wajah antara satu sama lain. Segala-galanya kini berjalan lancar tidak seperti yang mereka jangkakan.

Pada saat ini, Baekhyun tidak menyesal jatuh cinta dengan anggota polis ini, Agent Raiwa. Dia tidak menyesal mengirimkan semua nota-nota sebelum ini. Dia juga tidak menyesal menerima tembakan untuknya. Jika dia tidak melakukan semua itu, dia pasti masih dengan kegiatan buruknya iaitu mencuri.

Apabila mereka naik ke tingkat atas, ia kini sudah kelihatan meriah dan ramai orang. Chanyeol, Luhan dan Sehun kelihatan sedang menyediakan segala-galanya di atas meja. Emma tengah berbual dengan teman lelakinya, Tao. Lay yang baru tiba dari China kelmarin turut berada di situ sambil berbual dengan Tao dalam bahasa Cina.

Suho sedang duduk berbual dengan Xiumin mengenai sesuatu yang serius. Di kanannya, seorang gadis cantik dan ayu sedang memegang erat tangannya. Kyungsoo dan Kai pula turut melakukan sesuatu untuk acara itu.

"Dah sampai pun pasangan ni..." Emma memekik apabila terpandang Baekhyun dan Raiwa.

Kedua-dua pasangan itu segera menyertai mereka di situ.

"Mana dia.?? Belum sampai.??" Tanya Raiwa.

"Belum." Emma menggelengkan kepalanya. "Isteri dia cuba nak alihkan perhatian dia dulu. Dia tak tahu pasal kejutan ni."

"Saya dengar kamu nak kahwin. Betul ke.?" Raiwa mengangkat keningnya.

Emma memandang Tao sekali imbas kemudian mendengus perlahan. "Dia ni... Tak sabar sangat. Kami baru rancang nak bertunang dalam masa terdekat."

"Yalah." Tao menggolekkan bebola matanya. "Nak tunggu sampai bila lagi.?? Dah bertahun-tahun ni."

Raiwa hanya ketawa kemudian menggelengkan kepalanya.

"Macam mana kehidupan di China, Lay.?" Baekhyun memandang lelaki itu yang kini kelihatan mengantuk.

"Boleh tahan." Lay mengangkat bahunya. "Saya sibuk dengan berniaga sekarang. Itu je."

Baekhyun terlopong. "Hebat awak..."

Lay hanya tersengih sambil mengusap-usap tengkuknya.

"Awak bila nak kahwin, Xiumin.??" Suho memandang lelaki itu.

Xiumin mendengus kuat. "Ini lah soalan yang saya paling tak suka. Saya tahu lah awak baru je kahwin."

Suho memandang gadis di sebelahnya itu kemudian tersengih. "Tapi bagus lah Kyungsoo dah kembali kepada asal."

"Kalau dia tak kembali..." Xiumin mengetap giginya kegeraman. "Saya akan buang dia ke dalam laut sekali dengan Kai."

Serentak semua yang mendengar kenyataan itu ketawa.

"Sehun!! Bukan macam tu!" pekik Luhan apabila terpandang Sehun menyusun gelas dengan selamba.

"Lu..." Sehun mengeluh. "Gelas je pun."

"Tak boleh! Kena susun bagus-bagus. Chanyeol!!!"

Chanyeol terkejut mendengar pekikan itu kemudian memandang Luhan dengan mata yang besar.

"Sudu dan garpu kena asingkan!!" Luhan kini seang bercekak pinggang memandang adiknya itu.

Chanyeol menarik nafas panjang cuba menahan sabar. Dia terpandang Sehun yang hanya memberi pandangan simpati kepadanya.

"Memang Luhan macam tu ke.??" Kai mendekatkan mukanya kepada Kyungsoo.

Kyungsoo mendengus kemudian mengangguk-angguk. "Dia memang macam tu. Nak semua sempurna."

"Awak tak macam tu kan.??" Kai tersenyum sinis yang mana Kyungsoo hanya menjeling tajam ke arahnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------

"SELAMAT ULANG TAHUN, KRIS!!!!!"

Kris segera memberhentikan langkahnya apabila terdengar pekikan secara beramai-ramai yang membingitkan telinga itu. Dia memang sekeliling dengan wajah yang tercengang bercampur terharu dengan majlis kecil yang dibuat itu. Dia memandang isterinya yang hanya mengangkat bahu sambil tersenyum manis.

"Jadi ini yang berlaku sebenarnya.?"Kris segera ketawa.

"Awak fikir kenapa saya sengaja bawa awak ke dalam tujuh kedai yang saya tak beli apa-apa pun." Hannah mengangkat keningnya.

Kris hanya tersengih kemudian menggelengkan kepalanya.

"Anak awak ke.??" Emma memandang bayi kecil yang digendong oleh Hannah.

Serentak Hannah dan Kris mengangguk.

"Baru lima bulan." Beritahu Kris.

"Siapa namanya.?" Tanya Emma lagi.

"Chen."


A/n: Well, at least Chen's name still with them. Hehehe. I want to say thank you very much for the support. Reading, voting and comment this story. i really appreciate. It's the end here.

**About the story of EXO again, I will post it. But, not now. Maybe later. It will be WEREWOLF/VAMPIRE. But, I give you a warn. It's a bromance. Means they will pair up among them. Not with a girl. I will post if I'm start typing it.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top