Chapter 9


Kai masuk ke bilik itu perlahan-lahan setelah menutup mukanya agar tidak dilihat. Dia memandang lelaki bertubuh kecil yang kini sedang baring di sudut katil dengan kedua-dua belah kaki dan tangannya diikat. Mulutnya juga ditutup dengan gam tape yang mana Kai tahu itu akan menyukarkan pernafasan lelaki itu.

Akan tetapi, mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Kyungsoo sudah tersedar ketika Kai berjaya membawanya ke rumah itu. Tapi lelaki itu terlalu aktif meminta untuk dilepaskan. Mereka mengalami masalah untuk menenangkannya yang mana tidak akan pernah berjaya. Chen hampir sahaja menumbuk muka lelaki itu kerana tidak tahan bagaimanapun berjaya dihalang oleh Kai.

Mereka terpaksa membiarkan lelaki itu dalam keadaan tidak selesa kerana takut dia akan berbuat hal yang akan menyusahkan lagi. Mereka terpaksa menggunakan kloroform untuk membuat Kyungsoo pengsan dan barulah mereka dapat bertenang daripada keadaan yang memenatkan itu.

Kai menung wajah Kyungsoo yang masih tidur dengan nyenyak di sudut katil itu. Dia tidak dapat menafikan bagaimana kecomelan lelaki itu. Nanti. Dia bukan berminat pada lelaki. Hanya Sehun yang bersifat seperti itu. Dia yakin bahawa dirinya normal. Tapi lelaki ini. Ada sesuatu padanya yang membuatkan Kai tidak mampu mengalihkan matanya. Sesuatu yang dia tidak pasti.

Dia masih ingat bagaimana kali pertama mereka bertemu. Wajah wakut Kyungsoo benar-benar boleh dilihat. Bagaimana lelaki itu gelabah dan berusaha untuk lari. Tapi bagi Kai, semua itu menampakkan betapa lucunya dia. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia berfikiran seperti itu.

Kyungsoo asyik menangis dan merayu meminta untuk dilepaskan. Tapi mereka tidak boleh berbuat seperti itu sebelum apa yang mereka inginkan dicapai. Kai sebenarnya tidak sampai hati melihat lelaki itu. Dia seperti remaja yang perlukan jagaan seseorang yang boleh melindungi dirinya.

"Er... Er..."

Kai tersentak apabila mendengar bunyi itu. Kyungsoo mula bergerak dari posisinya. Dahinya berkerut jelas menunjukkan bahawa keadaannya itu amat tidak menyenangkan. Kedengaran hembusan nafasnya terlalu dalam dan Kai tahu itu adalah sebab gam tape yang menutup mulutnya.

Kyungsoo bergerak lagi. Dahinya masih berkerut. Dia benar-benar benci keadaannya kini. Berharap jika dia bangun ini adalah satu mimpi ngeri sahaja. Semuanya terbukti salah apabila dia membuka matanya perlahan-lahan. Dia masih lagi berada pada tempat yang asing baginya.

"Kyungsoo..."

Kyungsoo membesarkan matanya kemudian bingkas bangun dengan sukarnya. Dia terkejut melihat Kai berdiri berdekatakan katil itu menyebabkan dia mengundurkan dirinya ke hujung dinding. Berharap Kai tidak akan dapat menyentuhnya. Matanya berair lagi hampir menangis.

"Okey..." Kai mendengus perlahan. "Saya akan buka gam pada mulut awak untuk memudahkan awak bernafas, tapi!! Saya akan tutup balik dan tak akan pernah buka kalau awak mengeluarkan bunyi yang kuat."

Kyungsoo tidak memberi sebarang reaksi. Mata bulatnya hanya merenung Kai sambil tercungap-cungap.

"Boleh tak, Kyungsoo??"

Kyungsoo menelan air liurnya. Dia sebenarnya tidak mahu membuat apa-apa perjanjian dengan penjenayah itu bagaimanapun tidak tahan dengan hanya bernafas pada hidung sahaja. Dia hampir lemas kerana itu.

"Deal??" tanya Kai lagi.

Kyungsoo menelan air liurnya sekali lagi kemudian mengangguk pantas. Kai mengukir senyuman yang tidak ketara kemudian duduk di atas katil dan mendekati Kyungsoo yang masih kelihatan takut.

"Jangan risau." Kai cuba menenangkannya kerana sepertinya lelaki itu terlalu takut. "Saya hanya nak buka gam tu."

Kyungsoo masih kelihatan teragak-agak bagaimanapun membiarkan Kai menyentuh pipinya untuk mencabut gam tape itu. Dia menghembus nafas lega apabila ia dibuka. Dia hampir terlupa bila kali terakhir dia menyedut udara yang menyenangkan seperti itu. Dia kini tercungap-cungap cuba membetulkan sistem pernafasannya.

Kai hanya tersengih melihat gelagat lelaki itu. "Awak lapar tak? Awak nak makan? Awak belum makan dari semalam."

Kyungsoo masih lagi berusaha menjauhkan dirinya daripada Kai. Dia masih lagi tidak percaya pada lelaki itu.

"Awak nak ke?" tanya Kai lagi.

Kyungsoo menggelengkan kepalanya agak terketar-ketar. Dia tidak mahu diracuni oleh makanan yang diberi padanya.

Kai mendengus perlahan. "Kyungsoo... Awak kena makan. Nanti awak sakit. Dari semalam awak tak makan."

"Saya tak nak." Kyungsoo menolak lagi.

"Kyungsoo..."

"Saya nak balik." Kyungsoo bersuara hampir menangis.

Kai mendengus sekali lagi. "Saya tahu awak takut. Dan kami akan kembalikan awak lepas semuanya selesai."

"Apa yang kamu nak??" tanya Kyungsoo dengan nada rintihan. "Kenapa kamu ambil saya? Keluarga saya ada berhutang dengan kamu ke?"

Sebak hati kecil Kai melihat lelaki itu. "Awak tak ada salah apa-apa, Kyungsoo. Tak ada. Mahupun keluarga awak."

"Jadi kenapa kamu ambil saya?" Kyungsoo menangis lagi.

"Kami perlukan sesuatu dari kawan baik awak."

Kyungsoo mengerutkan dahinya. "Kawan baik saya?? Xiumin??"

Kai mengangguk perlahan.

"Apa kamu nak dari dia??" Kyungsoo kelihatan terkejut. "Dia tak akan buat salah pada orang. Dia amat baik."

"Saya tahu." Ujar Kai. "Kami perlu dia lakukan sesuatu untuk kami. Itu je. Dan kami janji tak akan cederakan awak."

Kyungsoo kelihatan tercengang dengan kenyataan itu. Dia tahu ada sesuatu yang tidak baik diingini oleh lelaki ini. Sebab itu mereka menggunakan cara ini untuk mengugut Xiumin. Kasihan Xiumin.

"Saya ada bawa makanan." Kai mencapai nasi bungkus yang dibawanya dari atas lantai kemudian menunjukkannya pada Kyungsoo. "Awak makan ya."

Kyungsoo tidak membalas.

"Kyungsoo..."

"Saya tak nak." Kyungsoo menolak lagi.

"Kyungsoo..."

"Awak pasti nak racun saya!" pintas Kyungsoo.

Kai mendengus perlahan. "Saya tak akan buat macam tu."

"Dan kenapa saya perlu percayakan awak pula?"

Kai berfikir seketika. Dia tidak tahu bagaimana hendak membuat lelaki itu percaya bahawa makanan itu selamat untuk dimakan. Dia tidak mahu Kyungsoo kelaparan dan dia perlu cari idea.

"Okey, macam ni..." Kai menarik nafas panjang. "Kita makan sama-sama."

Kyungsoo membesarkan matanya mendengar kenyataan itu. "Apa??"

"Kita makan sama-sama." Ulang Kai sekali lagi. "Macam tu... Kalau makanan ni ada racun... Saya akan mati juga."

Kyungsoo merenung lelaki itu tajam. Berusaha mencari jika ada muslihat jahat yang tersimpan. Tapi sukar untuk dia melihat apa-apa kerana lelaki itu memakai kacamata hitam dan menutup bahagian mukanya dengan baju turtle neck yang dipakainya.

"Deal??"

Kyungsoo hanya mengangguk walaupun dia masih tidak yakin. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada terus kelaparan.

"Okey." Kai segera tersenyum kemudian muka membuka nasi bungkus yang dibawa. Dia melipat penutup muka yang dipakainya sehingga menampakkan mukanya. Mujur sahaja dia memakai kacamata. Jika tidak, Kyungsoo pasti mengecam mukanya.

"Saya akan suap awak."

Kyungsoo membetulkan kedudukannya. Bau harum makanan yang dibawa oleh lelaki itu benar-benar membuatkan perutnya menjadi lebih lapar. Kai menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya terlebih dahulu untuk membuktikan tiada apa-apa yang merbahaya pada makanan itu.

Dia segera menyuap nasi ke dalam mulut Kyungsoo dan lelaki itu menerima dengan senang hati setelah memastikan Kai tidak akan mati. Kai terus lagi makan dengan suapan seterusnya dan hanya membiarkan Kyungsoo menghabiskan yang selebihnya. Dia dapat melihat kelaparan yang ada pada diri Kyungsoo. Lelaki itu menerima dengan senang hati setiap suapan Kai.

Kai tidak mampu mengawal dirinya daripada tersenyum melihat kecomelan pada lelaki itu. Dia seperti kanak-kanak yang menggelikan hati. Kai masih tidak habis berfikir. Apa yang lelaki ini telah lakukan padanya. Kali terakhir dia ingat adalah dia masih normal dan suka pada perempuan. Tapi kenapa lelaki bernama Kyungsoo ini membuatkan dia mempersoalkan segala-galanya.

"Saya rasa awak tengah renung saya sekarang." Kyungsoo bersuara dengan nada tidak senang.

"Sebab awak comel sangat."


A/n: Awwww~ Don't you think Kyungsoo is so adorable and cute! Hehehe. KaiSoo moment. And btw, I heard about the news of Kai and Krystal are dating. Who cares right? KaiSoo always alive. Hehehe

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top