Chapter 8
Kai menyelinap masuk ke dalam rumah yang agak sunyi itu. Dia kini sedang lengkap berpakaian hitam dan menutup mukanya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Dia benar-benar bersyukur bahawa rumah Xiumin adalah rumah bertingkap dan bukannya apartment membuatkan dia tidak perlu memanjat terlalu tinggi untuk masuk ke dalam.
Rumah itu gelap gelita. Sehun sedang menunggu di luar rumah untuk memastikan tiada sesiapa yang datang. Baekhyun dan Chen pula mengawasi ibu pejabat polis. Mengatakan bahawa Xiumin sedang berkerja lewat dan mereka harus memastikan lelaki itu tidak pulang ke rumah sebelum mereka selesai melakukan apa yang seharusnya mereka buat di situ.
Kai memandang seluruh rumah itu. Cuba untuk tidak mengeluarkan apa-apa bunyi. Dia tidak mahu berlawan. Lagipun, sasarannya kali ini bukan objek. Tapi manusia. Ini membuatkan ianya lebih sukar.
"Dia dah tidur ke.?" Gumam Kai di dalam hati. Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana wajah lelaki yang harus diculiknya ini. Dia hanya tahu lelaki ini sedang bersendirian di rumah yang agak besar ini.
Kai berjalan perlahan-lahan untuk mencari di mana kelibat lelaki itu berada. Boleh jadi dia hanya tidur di ruang tamu. Boleh jadi juga dia kini sedang tidur di bilik. Ataupun dia masih lagi terjaga.
Malangnya, kaki Kai terlanggar meja kecil yang berada di satu sudut membuatkan dia mengerang kesakitan tanpa mengeluarkan bunyi. Akan tetapi, pasu bunga yang terletak di atas meja itu terjatuh ke lantai. Ia pecah berderai dan mengeluarkan bunyi yang amat kuat di rumah yang sunyi itu.
"Tak guna!!" Kai menyumpah.
Kai berusaha membersihkan apa sahaja yang sedang dilakukannya. Dia perlu berhati-hati agar tidak mengeluarkan apa-apa bunyi dan meninggalkan kesan yang boleh dijadikan bukti.
"Umin..."
Kai terkedu serta-merta. Dia mengeras di posisi tempat dia berada ketika ini. Apa sahaja yang dilakukannya segera dihentikan.
"Xiumin.??" Panggil suara itu lagi. "Awak ke tu.?"
Kai dapat mengagak bahawa lelaki itu dalam keadaan mamai hanya dari nada suaranya.
"Xiumin..." Panggilnya lagi.
Kai masih tidak tahu hendak berbuat apa. Dia tidak menyangka hal itu akan berlaku. Keadaan menjadi semakin kalut apabila keadaan tiba-tiba menjadi terang.
"Tak guna!" Kai menyumpah lagi.
"Xiumin..."
Kai dapat merasakan bahawa suara lelaki itu semakin dekat. Bunyi derapan kaki masih kedengaran menunjukkan lelaki itu masih berlegar-legar di situ.
"Xi... Siapa awak.?!!"
Kai tahu. Lelaki itu sudah nampak dia. Kerana dia tidak berada di tempat yang tertutup.
"A-Awak siapa.?"
Kai tersenyum sinis apabila mendengar nada ketakutan pada suara lelaki itu. Dia berdiri perlahan-lahan dan berpaling ke belakang. Buat seketika, dia agak terkejut kerana lelaki yang berdiri di hadapannya kini tidak seperti yang dia sangkakan.
Lelaki itu sedikit rendah dengan wajah comel bermata bulat. Dia kini merenung Kai pucat.
"Pencu..."
Belum sempat lelaki itu menghabiskan jeritannya, Kai segera menekup mulutnya dengan kuat. Kyungsoo kini meronta-ronta dan berusaha untuk melepaskan dirinya. Bagaimanapun, tenaganya belum cukup kuat.
"Jangan melawan, budak." Kai berbisik di telinga lelaki itu.
Kyungsoo hampir sahaja mengeluarkan airmatanya. Memikirkan jika dia ada melakukan kesalahan pada sesiapa sampai perkara seperti ini terjadi.
"Kita jadikan benda ni... Argh!!"
Belum sempat Kai menghabiskan kata-katanya, tangannya digigit oleh lelaki kecil itu menyebabkan dia mengerang kesakitan. Tangannya segera dilepaskan menyebabkan Kyungsoo lari dari tempat itu.
"Jangan lari!" Kai langsung tidak mempeduli kesakitan akibat gigitan itu. Dia terus sahaja mengejar lelaki itu. Dia tidak boleh membiarkan Kyungsoo sempat melakukan sesuatu yang merbahaya bagi dirinya.
"Lepas!!" Kyungsoo menjerit apabila bajunya berjaya disambar oleh Kai.
"Jangan buat saya sakitkan awak, budak." Bisik Kai lagi.
Kyungsoo tidak mampu membalas kerana mulutnya kini sudah ditutup oleh lelaki itu dengan kuat.
"Jangan risau. Semua akan baik-baik saja."
Kyungsoo dapat merasakan bahawa tenaganya semakin berkurangan. Matanya mula terasa berat sebelum tertutup perlahan-lahan.
-----------------------------------------------------------------------
Xiumin meregangkan otot lehernya seketika sebelum membuka pintu rumahnya. Dia tidak menjerit 'Saya dah balik' seperti biasanya kerana ia sudah lewat malam. Kyungsoo sudah pasti tidur kerana esok dia ada kerja. Xiumin terpaksa kerja lewat malam untuk siapkan bahan-bahan ujikaji untuk sampel DNA yang mereka dapat.
Buat seketika, dia mengerutkan dahinya agak pelik. Jika Kyungsoo sudah tidur, lelaki itu pasti akan mematikan suis lampu kerana dia adalah orang yang paling berkira jika melibatkan hal elektrik. Akan tetapi, lampu ruang tamu itu kini terpasang. Xiumin membuka kasutnya perlahan-lahan lalu berjalan untuk mencari jika ada kelibat Kyungsoo di kawasan berdekatan.
"Soo..."
Tiada sahutan yang diterima.
"Soo... Kyungsoo..."
Tetap tiada sahutan yang diterima.
"Awak ma..."
Langkah Xiumin terhenti sebelum sempat dia meneruskan kata-katanya lagi. Sesuatu menarik perhatiannya. Ada serpihan kaca pasu yang pecah di atas lantai di sudut ruang tamu rumah itu.
"Apa ni.?" Gumam Xiumin.
Hatinya mula tidak sedap. Dia terus berpaling untuk berjalan mencari kawan baiknya itu.
"Kyungsoo!! Kyungsoo!!"
Tiada sahutan. Xiumin semakin cemas. Dia membuka pintu bilik Kyungsoo. Lelaki itu tiada di situ membuatkan dia menghidupkan suis lampu. Dia mencari ke tandas. Tetap tiada sesiapa.
"Kyungsoo!!" pekik Xiumin mula panik. "Kyung...."
Mata Xiumin tertangkap sesuatu. Ada sehelai kertas putih yang diletakkan di atas lantai betul-betul di pintu masuk bilik itu. Xiumin menelan air liur lalu mengutip kertas itu. Perlahan-lahan dia membuka untuk membacanya.
Kehilangan kawan baik? Jangan risau. Dia berada di tangan kami. Kalau nak dia selamat, saya nak awak hapuskan bukti sampel DNA yang sedang kamu uji sekarang ini. Jika tidak kamu tahu apa nasibnya.
Dan kamu mesti tahu yang kami adalah penjenayah dan boleh buat apa sahaja benda yang kamu tak akan pernah sangka. Hapuskan bukti tu dan kami akan kembalikan dia tanpa sedikit calar pun. Kalau awak beritahu sesiapa, kami tak akan beri jaminan mengenai nyawanya. Kami akan buat sesuatu yang akan buat kamu menyesal seumur hidup menjadi seorang anggota polis.
LITTLE THIEF
"Tak guna!!!" Xiumin menjerit lalu merenyukkan kertas itu sebelum melemparnya kuat ke dinding. Kenapa semua ini berlaku? Kyungsoo tidak bersalah. Dia tiada kaitan sama sekali.
A/n: Well, well, well! Hahahaha. Kai kidnap Kyungsoo!! Hahaha~ Poor Xiumin. Kena ugut.
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top