Chapter 4
Xiumin melangkah masuk ke dalam rumah yang di kongsi bersama rakan baiknya sejak kecil lagi. Dia dapat bekerja menjadi seorang anggota polis yang sememangnya cita-citanya, manakala sahabat baiknya itu bekerja sebagai seorang guru di sekolah rendah berdekatakan kawasan perumahan mereka.
Xiumin membuka kasutnya kemudian segera merebahkan diri di sofa di ruang tamu. Dia cuba merehatkan mindanya seketika daripada pekerjaan yang betul-betul memberi tekanan kepadanya.
"Selamat pulang, Agent Xiumin!"
Xiumin mendengus kuat apabila mendengar panggilan nama itu. Dia segera mengangkat kepalanya hanya untuk melihat Kyungsoo duduk menyertainya sambil membawa secawan kopi.
"I love you, Kyungsoo!" Xiumin tersenyum lebar sambil merampas kopi itu daripada lelaki bermata bulat itu.
Kyungsoo hanya memandangnya dengan muka menyampah sambil mengetap giginya kegeraman. "Saya tak kisah pun. Jangan risau. Air tu memang saya buat sedap-sedap untuk awak."
Xiumin tersengih. "Sebab tu saya sayang awak sangat ni."
Kyungsoo merampas semula cawan itu. "Diam lah!"
Xiumin tergelak serta-merta. Dia suka sangat menyakat kawan baiknya yang seorang ini.
"Macam mana kerja.?"
Kyungsoo meneguk kopi itu sambil berfikir seketika. "Macam biasa. Budak-budak kat sekolah pun makin keras kepala."
Xiumin tergelak lagi. "Sebab tu saya tak pernah bercita-cita nak jadi guru. Silap-silap saya masuk hospital gila."
Kyungsoo hanya menjeling tajam ke arahnya. "Macam mana kerja awak.?"
"Teruk."
Kyungsoo mengerutkan dahinya. "Kenapa macam tu pula.?"
"Payah nak selesaikan kes ni." Xiumin mendengus kuat lalu kembali bersandar di sofa itu.
"Masih kes pencuri terkenal tu ke.?" Tanya Kyungsoo.
Xiumin hanya mengangguk-angguk.
"Masih tak ada perkembangan ke.?" Tanya Kyungsoo lagi.
Xiumin menggelengkan kepalanya. "Kami hampir dapat tangkap mereka malam tu. Tapi gagal."
Kyungsoo berfikir seketika. "Macam mana mereka boleh jadi selicik itu.?"
"Entah lah, Soo." Xiumin mendengus perlahan.
"Ini yang buatkan saya bersyukur tak jadi anggota polis."
Kenyataan itu membuatkan Xiumin menjeling tajam ke arahnya.
"Sekurang-kurangnya saya hanya berurusan dengan orang-orang yang boleh buat saya jadi gila." Kyungsoo bersuara. "Tapi kamu berurusan dengan orang-orang yang akan buat kamu terbunuh."
"Diamlah!"
---------------------------------------------------------------------------
To my beautiful agent,
Nampaknya awak akan marah pada saya lagi sebab dah buat kesalahan. Tapi tak apa. Saya suka tengok muka awak marah. Nampak comel. Hihihi. Terfikir juga bila dapat tengok wajah awak dari dekat. Saya harap ia akan jadi secepat yang mungkin. Atau pun kita boleh bertemu janji dan berbual seperti orang 'biasa'. Saya tahu keadaan kita agak tidak normal. Mungkin kita boleh ubah nanti.? Sampai jumpa!
LITTLE THIEF
Raiwa mendengus kuat setelah membaca surat itu untuk ke sekian kalinya. Dia sendiri tidak dapat menerangkan apa yang dia rasa. Marah? Geram? Gembira? Bengang dan sebagainya? Semuanya kini bercampur baur.
Dia sendiri tidak tahu apa motif lelaki ini memberi nota-nota ringkas seperti itu. Adakah untuk membuatnya marah atau sebaliknya? Ingin benar dia memukul lelaki itu bertubi-tubi jika dia menjumpainya. Dia akan menghantar nota ini ke makmal sebagai bukti. Semua nota yang lain juga di sana. Oleh kerana ia daripada seorang penjenayah, dia mesti menyerahkannya walaupun tiada apa yang berbaur ugutan pada nota tersebut.
Kejadian malam itu kembali dalam ingatannya. Itu adalah pertama kali dia mendengar suara lelaki itu dengan jelas. Sesiapapun yang mendengar pasti akan memberitahu bahawa dia orang biasa yang tidak mempunyai niat jahat. Tapi mengingatkan berapa banyak jenayah yang dia lakukan, itu pasti mustahil.
"Dah kali ke berapa awak baca tu, Cik Raiwa??"
Raiwa tersentak lalu menoleh serta-merta. Emma berjalan masuk ke ruang pejabat sambil membawa satu fail ditangannya sebelum duduk di kerusinya sendiri.
"Dah berkali-kali saya tengok." Emma melirik ke arahnya.
Raiwa mendengus kuat lalu melepaskan nota itu. "Saya cuma tak tahu apa motifnya sampai sekarang."
"Ke... Awak dah berkenan dengan dia.?" Xiumin tersenyum sinis.
"Jangan nak merepek lah!" Raiwa membentak. "Dia tu adalah penjenayah terkenal. Siapa yang nak kat dia.?!"
"Cakap lah macam tu..." Luhan menyampuk. "Kena pada awak nanti. Baru padan muka."
Raiwa hanya mampu menggerutu.
"Hey, Wa..." Emma membetulkan kedudukannya untuk menghadap gadis itu. "Macam mana perasaannya.? Berdepan secara terus dengan penjenayah yang kita kehendaki selama ni.?"
"Perasaan yang macam mana awak harapkan.?" Raiwa merenung rakannya itu. "Tak ada apa-apa pun."
"Yalah. Ini pertama kali kita nampak mereka secara fizikalnya... Dari jarak yang dekat." Emma bersuara lagi.
"Biasa je." Raiwa berfikir seketika. "Tapi kalau awak dengar suara dia... Betul-betul tak nampak macam orang jahat. Suara remaja biasa."
Xiumin, Emma dan Luhan hanya berpandangan seketika.
"Saya percaya wajah dia pun biasa juga." Raaiwa masih berusaha mengingati semuanya. "Dia pakai sarung kepala tapi saya nampak rambut depan dia dengan jelas. Warna hitam. Mata dia sepet. Terus terang saya cakap. Memang tak ada ciri-ciri orang jahat langsung."
"Tapi sayang mereka penjenayah yang dikehendaki." Emma mendengus perlahan. "Nak sangat tengok muka mereka yang sebenar."
"Tapi sekurang-kurangnya kita dah tahu yang mana satu memberi nota pada awak." Luhan tersengih.
"Ya." Xiumin mengangguk bersetuju. "Mereka ada empat orang kan semalam.?? Seorang lagi... Oh, ya... Luhan..."
Luhan mengangkat keningnya tidak bersuara.
"Awak pun berdepan secara dekat dengan salah seorang mereka kan.?" Xiumin memandang lelaki itu. "Macam mana ciri-ciri dia.?"
"Macam yang Raiwa cakap..." Luhan mengangkat bahunya. "Dia tak ada ciri-ciri orang jahat."
Emma, Raiwa dan Xiumin tidak memberi sebarang komen.
"Tapi beza dengan yang lain..." Luhan cuba mengingati bentuk fizikal lelaki itu. "Dia pakai topi hitam biasa. Rambut dia putih kekuningan."
"Wah..." Xiumin membesarkan matanya agak terlopong. "Dia nampaknya peka dengan fesyen."
Raiwa menggolekkan bebola matanya.
"Dia lebih tinggi dari saya..." Luhan menambah. "Mata dia pun agak sepet. Saya tak pasti lagi."
"Sikit je lagi kita dapat mereka semalam." Emma mengeluh. "Tak sangka mereka ada persediaan yang lain."
"Boleh dikatakan itu nasib baik bagi mereka." Ujar Raiwa. "Mereka nampak terkejut sangat bila kita serang."
Luhan mengangguk bersetuju. "Mereka ada persediaan kalau-kalau polis ada menyerang."
"Kenapa lah mereka cekap sangat.?!" Raiwa menggerutu.
"Sabarlah." Xiumin tersenyum sinis. "Kita akan tangkap peminat rahsia awak ni cepat atau lambat."
"Jangan nak mengada-ngada lah!" bentak Raiwa.
"Tak payah nak berlakon." Xiumin menyindir lagi. "Saya tahu awak sentiasa terfikir pasal dia."
"XIUMIN!!!" Raiwa memekik lalu bingkas bangun.
"Apa hal ni.?"
Serentak mereka semua menoleh ke pintu. Suho berdiri di sana dengan wajah yang serius.
"Tak ada apa."
Semua orang kembali melakukan tugas masing-masing.
A/n: Awww... Xiumin's best friend is Kyungsoo. Cute~ Agent Raiwa dapat nota lagi?? Naughty Baekkie!! Hahaha. Paling lucu semua takut kat Suho. Hahaha
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top