Chapter 3
Keempat-empat pencuri itu masuk ke dalam rumah mereka yang lebih dikenali sebagai 'tempat persembunyian' mereka. Masing-masing kelihatan agak letih berbeza dari keadaan mereka sebelumnya. Tidak pernah lagi mereka lari sekuat itu kerana ini pertama kali polis berada di tempat kejadian ketika mereka beroperasi.
Chen segera merebahkan dirinya di sofa setelah menanggalkan topi dan penutup mukanya disusuli oleh Baekhyun. Kai menyimpan peralatan mencuri mereka di atas meja kemudian menyertai yang lain. Sehun yang sudah menanggalkan penutup mukanya hanya duduk perlahan-lahan dengan wajah seperti tercengang. Ini adalah kali pertama operasi mereka gagal. Mereka tidak dapat membawa pulang benda sepeti yang diarahkan oleh 'boss' mereka.
"Macam mana polis boleh ada kat sana.?" Chen bertanya dengan wajah yang tidak percaya.
"Nampaknya mereka tahu yang kita beroperasi." Sehun mengangkat bahunya dengan dengusan kuat.
"Bukan setakat itu je..." Chen bersuara lagi. "Mereka juga tahu di mana lokasinya. Ini bahaya."
"Macam mana benda ni boleh jadi.?" Baekhyun mengerutkan dahinya.
"Mesti budak Lay tu tinggalkan kesan waktu dia buat tinjauan semalam." Kai menggerutu.
"Dia ke in charge semalam.?" Tanya Chen.
"Dia lah." Kai mendengus kuat kemudian bersandar. "Dia yang buat tinjauan untuk laporkan dengan boss."
"Lay ni..." Baekhyun mengetap giginya kegeraman. "Dia mesti tak hati-hati sampai tinggalkan kesan."
"Tapi sebenarnya..." Sehun mencelah. "Kalau dia tinggalkan kesan pun rasanya payah nak tahu."
"Betul tu." Chen mengangguk bersetuju. "Mungkin pemilik kedai tu memang sentiasa berhati-hati dan kita terlepas benda ni."
"Nyaris-nyaris je kita tertangkap." Chen menarik nafas lega. "Nasib baik Kai sentiasa buat persediaan."
"Saya hampir tak nak bawa bom asap tu tahu tak." Kai memberitahu. "Buat berat beg. Nasib baik saya tukar fikiran."
Semua mereka berdiam diri seketika. Hanya mampu menarik nafas lega kerana mereka tidak tertangkap.
"Sekarang ni apa kita nak buat.?" Tanya Chen setelah mereka berdiam diri agak lama di situ.
"Kita kena beritahu boss yang kita gagal." Baekhyun menjawab sambil mengangkat bahunya.
"Mesti dia terkejut sebab ini kali pertama kita gagal." Kai menarik nafas panjang.
"Bukan salah kita." Chen membentak.
"Boss takkan marah lah." Ujar Sehun. "Jangan risau. Benda kecil. Yang penting kita tak tertangkap sudah."
"Oh, ya. Baek..."
Baekhyun menoleh memandang Kai.
"Agent kesayangan awak tu ada kat sana ke.?" Kai mengerutkan dahinya. "Saya tak dapat cam pula."
"Ada." Baekhyun segera mengukir senyuman apabila teringat wajah gadis kegemarannya itu. "Dia yang in charge kat tempat saya."
Chen segera tersenyum sinis. "Gembira lah dapat tengok dia dari dekat."
"Eh, mestilah." Baekhyun tersenyum semakin lebar. "Pertama kali saya tengok muka dia dari dekat."
Kai menggelengkan kepalanya. "Awak ni dah gila!"
"Gila ke kalau macam ni.?" Baekhyun buat-buat terkejut.
"Kalau awak tu bukan pencuri dan dia bukan polis mungkin tak." Kai membalas. "Tapi malangnya..."
Baekhyun mendengus kuat. Tidak mahu Kai menghabiskan ayatnya. Dia sedar akan perkara itu. Dia adalah seorang pencuri yang dikehendaki. Agent Raiwa pula adalah anggota polis yang memburunya. Perkara tidak akan menjadi mudah dan normal bagi mereka untuk itu.
"Tak salah kalau mencuba." Chen cuba memberi semangat. "Sekurang-kurangnya kita tak pernah bunuh orang. Kalau tertangkap pun... Penjara bertahun-tahun je lah. Lepas tu awak boleh cari dia."
"Tak membantu langsung, Chen." Baekhyun menggerutu.
Chen hanya ketawa terbahak-bahak.
"Baek..."
Baekhyun mengalihkan pandangannya kepada Sehun yang kini berwajah serius tidak seperti selalunya.
"Ada apa.?"
"Saya nak tanya awak sesuatu." Riak wajah Sehun semakin serius.
"Apa dia.?" Soal Baekhyun.
"Siapa anggota polis yang berkulit putih lembut...." Sehun memejamkan matanya cuba mengingati wajah lelaki itu. "Dengan mata bersinar tu.?"
Baekhyun mengerutkan dahinya. "Apa.??"
Sehun mendengus perlahan. "Polis lelaki. Tinggi dia lebih kurang dengan saya tapi dia rendah sedikit. Rambut dia perang cerah."
Baekhyun berfikir lagi. Kai dan Chen turut memandang Baekhyun kerana mereka tidak tahu apa-apa mengenai itu. Hanya Baekhyun seorang sahaja yang berminat untuk ambil tahu siapa nama anggota polis yang memburu mereka. Itu pun sebab dia berminat pada polis perempuan itu.
"Muka dia nampak biasa dan tak serius sangat." Sehun menambah lagi. "Mata dia agak bulat sikit."
"Agent Suho muka serius..." Baekhyun menggumam sendirian sambil cuba mengingati semuanya. "Agent Xiumin mata dia ketara sangat sepetnya.... Agent Kris mustahil ada di tempat kejadian. Lagipun dia lebih...." Baekhyun membesarkan matanya seperti baru teringat sesuatu. "Agent Luhan!!"
"Luhan.??" Ulang Sehun.
"Ya." Baekhyun mengangguk-angguk. "Agent yang paling rapat dengan Agent Raiwa tu."
Sehun mengulang nama itu di dalam kepalanya.
"Well, well..." Chen tersenyum sinis ketika berpeluk tubuh sambil bersandar di sofa. "Nampaknya seorang lagi dah jatuh cinta dengan anggota polis."
Kai tersentak lalu merenung Sehun dengan mata terbuka luas. "Betul ke, Hunnie.?? Awak suka pada Agent Luhan.?"
"Apa.??" Sehun membuat muka tidak bersalah. "Saya memang berminat pada lelaki pun kan sebelum...."
"Bukan itu." Kai memintas. "Ini anggota polis, Hunnie."
"Kenapa Baekhyun boleh dan saya tak pula.??" Sehun agak bengang.
"Siapa kata Baekhyun boleh.??" Kai mengerutkan dahinya. "Dengar ni... Kamu berdua."
Baekhyun dan Sehun tidak bersuara.
"Saya harap apa yang ada dalam fikiran kamu pasal benda ni bukan sesuatu yang serius." Kai bersuara. "Saya tak nak risiko yang besar. Mereka anggota polis yang memburu kita."
"Tapi kita hanya akan di hukum penjara je kan.??" Baekhyun cuba membantah. "Bukannya seumur hidup pun."
"Ya." Kai mendengus lagi. "Tapi mereka akan suka pada kamu ke.?"
Kenyataan itu membuatkan Sehun dan Baekhyun tergamam. Benar juga. Walaupun mereka ada peluang tiada gunanya kalau hanya bertepuk sebelah tangan. Lagipun, mahu kah mereka dengan penjenayah seperti mereka.?
"Saya tak larang apa-apa." Kai bersuara perlahan. "Saya cuma harap kamu bersedia je."
Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Chen hanya mampu memandang mereka tidak bersuara.
"Dah lah." Baekhyun mencapai alat kawalan jauh lalu menghidupkan televisyen. "Saya nak tengok berita. Mesti mereka ada buat liputan."
Semua mata kini beralih memandang ke arah televisyen. Ternyata benar. Tepat pada stesen berita yang membuat liputan mengenai kes mereka yang baru sahaja berlaku. Kelihatan anggota polis masih memeriksa tempat kejadian.
"Itu orangnya kan, Sehun!!"
Sehun segera memandang Baekhyun lalu memandang ke televisyen semula. "Yang mana.?"
"Dekat dengan Agent Raiwa." Ujar Baekhyun sambil menuding ke arah tersebut. "Yang bercakap dengan dia."
Sehun memerhati lelaki itu. Memang benar. Itu dia. Lelaki dengan mata bersinar yang menawan. Yang berjaya membuat dia terpaku serta-merta. Agent Luhan.
"Muka dia macam perempuan." Komen Chen selamba.
Sehun langsung tidak mempedulikannya. Dia hanya fokus untuk merenung wajah lelaki itu.
"Boleh tahan kacak lah." Komen Kai pula. "Tak hairan lah."
"Mulai sekarang dia agent kegemaran saya." Sehun tersenyum sendiri. "Agent Luhan."
A/n: Hahaha, seriously tak tau dah apa yang jadi dengan cerita ne. Nampaknya Sehun pun dah ada crush dengan polis macam Baekhyun. Tapi sayangnya... Pencuri vs Polis! So, leave me your feedback.
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top