Chapter 23
EMPAT TAHUN KEMUDIAN
Sehun dan Kai melangkah keluar daripada pagar besar itu. Menghirup udara segar yang sepertinya sudah tidak dihirup setelah sekian lama. Pelbagai pengalaman dan pengajaran telah mereka lalui selama berada di tempat itu. Kini, mereka sudah bebas. Untuk memulakan hidup yang baru. Bermula dari awal lagi.
Baekhyun tersenyum memandang mereka dengan tangan yang terbuka luas yang mana kedua-dua mereka menyambut dengan hati yang senang. Setelah sekian lama tidak dapat merasa antara satu sama lain.
"Jom. Masuk dalam." Arah Baekhyun kemudian masuk ke dalam tempat duduk pemandu.
Kai segera masuk ke sebelahnya. Manakala Sehun duduk di tempat duduk belakang. Kedua-dua mereka ternganga.
"Wah..." Sehun membesarkan matanya. "Tak sangka awak ada kereta."
"Ini kereta Raiwa." Baekhyun mula memandu kereta itu. "Dia beri saya pinjam. Sebab saya yang akan ambil dia pulang kerja."
Sehun tersenyum sinis. "Nampaknya semua berjalan lancar antara kamu."
Baekhyun hanya tersengih. "Dia banyak bantu saya. Macam mana kehidupan kat dalam.? Okey tak.?"
"Boleh tahan." Kai menarik nafas panjang. "Jumpa orang yang lebih teruk. Nasib baik Kris selalu melawat dalam tu. Ramai orang takut dengan dia."
Baekhyun mengangguk-angguk. "Oh, kenapa kamu keluar awal.? Bukan sepatutnya lima tahun ke.?"
"Ya." Kai mengangguk. "Kami dikurangkan setahun sebab kami berkelakuan baik. Nasib kami terima nasihat Kris."
"Lay mana.?" Tanya Baekhyun lagi. "Dia sama penjara dengan kamu kan.?"
"Dia dah keluar dua bulan yang lalu." Beritahu Sehun. "Pun atas berkelakuan baik Dia dah pindah ke China. Tinggal dengan kawan baik dia kat sana."
Baekhyun hanya mengangguk-angguk.
"Baekhyun..."
Baekhyun memandang cermin tengah untuk melihat Sehun.
"Luhan apa khabar.?"
Baekhyun mengangkat keningnya. "Awak tak dengar cerita pasal dia ke.?"
Hati Sehun mula tidak sedap mendengar ayat itu. "Dia tak dibenarkan melawat saya sebab apa yang terjadi di mahkamah untuk mengelakkan perkara lain. Saya tak dengar apa-apa lagi." Sehun menelan air liurnya seketika. "Saya ada tanya pada Kris. Tapi dia cakap biar Luhan sendiri yang beritahu saya."
Baekhyun menarik nafas panjang. "Dia dah tak jadi polis lagi, Sehun."
Sehun tersentak mendengar kenyataan itu. Terasa seperti jantungnya sudah berhenti berdenyut. Kai turut membesarkan matanya.
"Dia dibuang ke.?" Tanya Sehun risau.
Baekhyun menggelengkan kepalanya. "Dia berhenti. Dua hari selepas awak dibicarakan di mahkamah."
"Empat tahun yang lalu..." gumam Sehun. Matanya mula berair. Dia tidak dapat membayangkan perkara itu berlaku. "Habis tu mana dia.?"
Baekhyun berfikir seketika. "Di suatu tempat. Saya akan hantar awak ke sana nanti. Jangan risau."
Sehun kini sudah tersandar di kerusi.
"Kyungsoo.??"
Baekhyun mengerutkan dahinya memandang Kai. "Eh... Saya ingatkan awak dah tak nak peduli pasal dia lagi."
"Siapa cakap macam tu.??" Kai membalas.
"Kai..." Baekhyun mendengus perlahan. "Awak jauhkan diri daripada dia empat tahun lalu. Bila dia lawat awak kat penjara... Awak tak nak jumpa. Awak putuskan semua benda yang boleh hubungkan kamu berdua."
Kai mengeluh panjang. "Tapi dia berhenti melawat saya selepas tu kan.?? Dia dah tak cari saya lagi."
"Awak fikir awak masih nak jumpa orang tu ke selepas setahun awak tak peduli dengan dia.??"
Kai terdiam.
"Apa lagi yang dia boleh buat.??" Tanya Baekhyun lagi. "Dia dah anggap awak tak suka dengan dia..."
"Saya tak cakap macam tu!" Kai memintas.
Baekhyun mengangkat keningnya.
Kai menarik nafas panjang. "Saya tak nak dia tengok saya jadi banduan. Saya rasa lebih baik dia hidup dengan orang lain."
"Awak bercakap langsung tak fikir apa yang dia nak." Baekhyun menggelengkan kepalanya perlahan.
"Oh, Baek..." Sehun mencelah. Cuba meleraikan ketegangan itu. "Awak kerja ke sekarang.? Awak tinggal kat mana.? Boleh tumpang.?"
Baekhyun tersengih sedikit. "Saya kerja kat supermarket. Saya tinggal dengan Tao. Teman lelaki Agent Emma yang baru pindah ke sini. Kebetulan dia nak cari orang tinggal serumah dengan dia... Saya setuju lah. Dan kamu boleh ikut tinggal sama. Saya dah beritahu dia."
---------------------------------------------------------------------
Luhan membetulkan apron yang dipakainya kemudian bergerak keluar dari meja kaunter itu. Ia kini sudah lewat malam dan tiba masanya untuk mereka menutup kafe kedai kek itu.
"Chanyeol!!"
Lelaki tinggi lampai yang sedang membersihkan meja itu menoleh ke arah abangnya. Dia juga memakai apron yang sama dengan Luhan.
"Kita bersiap nak tutup." Beritahu Luhan.
Chanyeol hanya tersenyum kemudian mengangguk. Dia gembira melihat senyuman satu-satunya abang kandungnya itu. "Roger!!"
Luhan menggolekkan bebola matanya kemudian menggelengkan kepala. Dia kembali menuju ke kaunter dan duduk untuk mengemas sesuatu. Bunyi loceng pintu kafe itu berbunyi menandakan ada pelanggan yang datang menyebabkan Luhan berdiri semula.
"Maaf. Tapi kedai kami dah..."
Luhan tergamam tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Dia mengeras di tempatnya berdiri. Tidak tahu hendak melakukan apa.
"Hai, Lu..."
"Se... Sehun.??"
Sehun tersenyum lebar kemudian mengangguk.
"Aw... Awak..." Luhan berjalan perlahan-lahan mendekati lelaki itu. "Awak... Dah keluar.??"
Sehun mengangguk lagi. "Saya keluar setahun lebih awal sebab berkelakuan baik."
"Oh my God!"
Dengan pantas, Luhan memeluk lelaki itu erat. Sehun membalas tanpa berfikir walau seketika pun.
"Awak tak tahu betapa saya rindu awak." Gumam Luhan. "Mereka tak benarkan langsung saya jumpa awak."
"Saya tahu." Sehun menggosok-gosok belakang lelaki itu. Dia terpandang Chanyeol yang kini memandang mereka dengan mulut ternganga menyebabkan Luhan meleraikan pelukan mereka.
"Adik saya... Chanyeol."
Sehun hanya melambai ke arah lelaki itu yang hanya membalas balik.
"Tak mengapa." Chanyeol menjerit. "Saya akan kemas kedai!"
Chanyeol segera menghilang ke dapur sambil tersengih-sengih.
"Kenapa awak tinggalkan polis, Lu.?" Sehun tidak dapat mengawal dirinya daripada bertanya soalan itu.
Luhan menggigit bibirnya lalu tunduk seketika.
"Bukan sebab saya kan.??" Sehun merenung lelaki itu.
Luhan menggelengkan kepalanya. "Saya memang nak berhenti. Lagipun saya nak mulakan kafe ni dengan adik saya. Memandangkan dia dah habis belajar dalam bidang ni. Senang lah sikit."
Sehun mendengus perlahan. "Sayang... Sedangkan saya tengok awak dengan pakaian seragam polis."
"Jadi awak tak suka saya sekarang.??" Luhan buat-buat terkejut.
Sehun mengecilkan matanya memandang Luhan yang masih memakai apron. Dia tersenyum seketika. "Sekarang awak nampak comel. Saya lebih suka."
Luhan segera tergelak kemudian memukul dada Sehun perlahan. "Awak nak kerja kat sini.?? Masih banyak yang kosong."
"Boleh ke.??" Tanya Sehun teruja. "Adik awak..."
"Dia tahu pasal awak." Luhan memintas. "Boleh je. Cuma kami berdua yang kerja kat sini. Awak boleh ajak Kai sekali.
Sehun tersenyum kemudian mengangguk. "Baik lah. Tapi sebelum tu... Saya nak tanya awak sesuatu ni."
"Apa dia.?" Luhan mengangkat keningnya.
"Awak nak tak keluar dengan saya.?"
A/n: Wuoh, wuoh! Time skip~ Hahaha, malas nak buat dalam masa empat tahun tu. Jadi kita buat dorang dah keluar. And what happen to Kai?? Avoiding Kyungsoo~ Sehun still wants to go with Lulu. Helping with his new job. Chanyeol also appears.
Three more chapters~
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top