Chapter 22



"Luhan..."

Luhan segera menoleh apabila mendengar namanya disebut. Kris berdiri di pintu pejabat yang kini sudah lengang itu.

"Hai, Kris." Luhan mengukir senyuman manis.

Kris mengangguk sedikit kemudian segera berjalan mendekati Luhan yang sedang sibuk melakukan sesuatu di mejanya. "Awak betul-betul dah buat keputusan.? Dah fikir masak-masak.?"

Luhan tersenyum sayu kemudian mengangguk. "Saya dah buat keputusan."

Kris mendengus perlahan. "Sayangnya... Awak adalah antara anggota polis kegemaran saya."

Luhan tersengih mendengar kata-kata Kris. "Dan awak adalah ketua terbaik yang pernah saya bekerja."

Kris turut tergelak.

"Terima kasih, Kris."

Kris mengerutkan dahinya memandang lelaki itu. "Untuk apa.??"

"Sebab tolong dia di mahkamah." Luhan menjawab.

Kris ketawa lagi. "Perkara betul. Lagipun saya tak sanggup pula tengok kawan-kawan saya ni bersedih."

"Awak tahu.??" Luhan merenung lelaki itu.

Kris tersenyum kemudian mengangguk. "Dah lama. Saya sengaja tak beritahu. Awak... Raiwa... Dan saya juga tahu Xiumin yang hapuskan bukti tu."

Luhan membesarkan matanya. "Dia yang..."

Kris mengangguk sebelum sempat Luhan menghabiskan pertanyaannya. "Dia tak dapat hack dalam sistem saya."

"Tapi kenapa awak tak..."

"Sebab saya tahu kamu semua ada sebab." Ujar Kris. "Lagipun semuanya dah berakhir."

Luhan tersenyum kemudian mengangguk-angguk. "Nampaknya semua anggota polis mengambil cuti."

Kris menarik nafas panjang. "Nampaknya macam tu lah. Suho mungkin sedang berbincang persiapan pertunangan dia. Emma dah pergi ke China. Lawat teman lelaki dia si Tao tu kat sana."

"Raiwa.??"

"Masih kat hospital." Jawab Kris. "Dia dah macam tak terurus saya tengok. Awak tengok-tengokkan dia. Memandangkan kami semua tak akan ada di sini."

"Xiumin.??"

"Dia balik ke kampung Kyungsoo." Beritahu Kris. "Dia nak tenangkan fikiran budak tu dulu."

"Awak berbulan madu ke mana, Kris.?" Tanya Luhan lagi.

Kris tersenyum sinis. "Ke Sepanyol. Baiklah. Saya harap awak sentiasa berjaya dengan apa yang awak teruskan."

Luhan mengangguk ketika Kris menepuk bahunya.

---------------------------------------------------------------------------

Raiwa melangkah masuk ke dalam wad hospital itu. Dia sudah tidak pasti berapa kerap dia ke situ sejak lima bulan yang lalu. Pada setiap hari itu, perasaannya terhadap lelaki ini semakin kuat. Dia setia menanti di situ jika dia tidak kembali bertugas. Dia masih lagi menjadi anggota polis sehingga kini. Kris baru sahaja kembali bertugas tiga bulan selepas dia bercuti dan sedang menguruskan kes baru. Kawan-kawannya yang lain juga masih bertugas kecuali Luhan. Luhan sudah berhenti dua hari selepas Sehun masuk ke penjara.

"Hai, Baekhyun..."

Raiwa memandang tubuh pucat yang terkulai kaku di atas katil itu. Bantuan oksigen masih disalurkan. Sudah lima bulan, Baekhyun masih belum sedarkan diri. Bagaimanapun, badannya sudah semakin pulih. Ia kelihatan kurus kerana dia langsung tidak makan selama lima bulan koma itu.

"Awak apa khabar.?"

Sudah semestinya, tiada jawapan yang bakal diterima. Tapi Raiwa yakin Baekhyun dapat mendengar setiap apa yang dia perkatakan.

"Dah lima bulan..." Raiwa bersuara lagi. "Saya harap awak akan sedar secepat mungkin. Doktor cakap keadaan awak semakin membaik."

Raiwa memandang wajah Baekhyun agak lama. Barulah dia dapat melihat bagaimana kacaknya lelaki ini.

"Awak tahu tak..." Raiwa mengusap-usap tangan kanan Baekhyun. "Saya masih belum jawab pertanyaan awak hari tu. Awak tanya kalau saya nak keluar dating dengan awak atau tidak."

Raiwa tergelak sedikit. "Saya jawab sekarang. Ya. Saya setuju." Raiwa memandang wajah Baekhyun. Berharap lelaki itu akan melonjak kegembiraan. Menyakatnya seperti selalu.

Raiwa tersentak secara tiba-tiba. Dia dapat merasakan sesuatu yang bergerak di tangannya. Dia memandang tangan Baekhyun. Kemudian memandang wajah lelaki itu. Matanya bergerak-gerak sedikit.

"DOKTOR!!!!!!"

-----------------------------------------------------------------------

Raiwa kini sedang berdiri di hadapan pintu wad hospital itu. Dia langsung tidak terfikir untuk duduk. Sudah hampir sejam doktor memeriksa keadaan Baekhyun di dalam. Raiwa tidak tahu sama ada Baekhyun sudah beanr-benar sedar atau belum. Dia hanya mampu berharap semuanya berjalan lancar.

Pintu dikuak perlahan dan Raiwa segera bergegas mendekati doktor itu yang masih memiliki wajah tegang.

"Macam mana doktor.??"

Doktor itu menarik nafas panjang kemudian mengangguk perlahan. "Dia dah sedar. Awak boleh jumpa dia."

Raiwa terus sahaja bergegas masuk sebelum doktor itu sempat berkata apa-apa lagi. Baekhyun yang kini sedang duduk di katil itu dengan wajah yang bingung segera memandang gadis itu.

"Ba... Baek... Baekhyun.??"

Baekhyun merenungnya seketika. Dia berkerut perlahan-lahan sambil mengelipkan matanya. "Awak siapa.?"

Raiwa tergamam mendengar soalan itu. Terasa seperti jantungnya berhenti berdenyut. Baekhyun tidak mengenalinya. Baekhyun hilang ingatan.

Tiba-tiba sahaja Baekhyun ketawa terbahak-bahak sambil memandang wajah Raiwa yang kebingungan.

"Awak patut tengok wajah awak bila saya cakap macam tu."

Raiwa mengerutkan dahinya. "Apa.??"

"Saya bergurau lah." Ujar Baekhyun. "Mesti lah saya kenal awak. My beautiful Agent Raiwa."

Raiwa terlopong kemudian mengetap giginya kegeraman. "Awak!!!!!"

Baekhyun masih lagi ketawa terbahak-bahak ketika Raiwa mencucuk-cucuknya dalam keadaan geram.

"Jantung saya hampir nak tercabut bila fikir awak betul-betul hilang ingatan. Awak tahu tak.?!"

Baekhyun tergelak lagi. "Maaf lah."

Raiwa mendengus kuat kemudian segera duduk di kerusi. Dia tidak dapat menahan daripada mengukir senyuman. "Tapi bagus lah awak dah sedar."

Baekhyun hanya tersenyum manis.

"Awak tahu yang awak akan..."

"Khidmat masyarakat." Baekhyun memintas. "Ya. Saya tahu. Awak dah beritahu pada saya."

Raiwa berkerut kebingungan.

"Saya dengar setiap apa yang awak cakap pada saya setiap hari, Wa..." Baekhyun memandang gadis itu. "Termasuk lah awak mengaku yang awak jatuh cinta pada saya."

Wajah Raiwa mula kemerahan. "Diam lah!"

Baekhyun ketawa lagi. "Awak dah setuju nak keluar dating... Jangan nak tarik balik pula."

Raiwa hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Sebelum tu saya nak lawa Kai dengan Sehun dulu..." Baekhyun menarik nafas panjang. "Dan saya nak lawat kubur Chen."


A/n: Awwww... Luhan quit being an agent. And Baekhyun already woke up!!! Hehehe. Leave me your feedback.

P.S:: Already post sequel untuk cerita HURUF. Tapi bukan EXO version. Hanya untuk Original version. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top