Chapter 21



"Baik." Kris mengangguk ketika salah seorang anggota polis itu bercakap dengannya yang hanya didengari oleh mereka. "Baiklah. Saya akan beri arahan. Minta beberapa orang bersedia."

"Baik, Tuan." Ucap lelaki itu kemudian berlalu pergi.

Kris berpaling memandang orang-orang yang ada di situ. Emma dan Xiumin hanya bersandar sambil berpandangan sesama sendiri. Suho berdiri berdekatan pintu. Turut memerhatikan yang lain. Raiwa berjalan ulang-alik di hadapan pintu kecemasan itu. Dia seperti orang hilang arah. Luhan pula duduk di sebelah Sehun. Hampir menangis sekali dengan lelaki itu. Kai duduk di sebelah Sehun juga.

Pada ketika itu, Kris tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan orang-orang dibawahnya itu. Dia tahu ada sesuatu yang berlaku antara mereka dengan pencuri itu tanpa pengetahuannya. Entah kenapa, perkara itu membuatkan dia tersenyum sendiri kemudian menggelengkan kepalanya.

"Sehun..." panggil Luhan dengan nada berbisik sambil memegang tangan lelaki itu perlahan.

Sehun tidak membalas sebaliknya memegang tangan Luhan erat. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Airmatanya bercucuran jatuh. Melihat sahabat baiknya sendiri mengambil peluru tembakan itu untuknya benar-benar membuatnya terkesan. Dia langsung tidak sangka perkara itu akan berlaku.

"Wa..." panggil Emma. Dia semakin risau melihat gadis itu seperti orang gila berjalan mundar-mandir.

"Dia ditembak..." Raiwa bersuara dengan nada tersekat-sekat.

Emma memandang Xiumin sekali imbas dengan wajah yang risau. Dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

"Raiwa..."

"Dia ditembak sebab saya..." Raiwa menangis lagi. "Dia ditembak sebab selamatkan saya."

"Bertenang." Emma cuba menenangkannya. "Kita tak tahu apa yang terjadi. Kita pun tak sangka benda ni berlaku."

Kris hanya memerhati gelagat mereka semua satu-persatu sambil cuba memikirkan apa yang dia perlu lakukan.

"Doktor!!"

Pintu wad kecemasan itu terbuka. Beberapa orang doktor lengkap berpakaian bedah keluar. Slaah seorang daripadanya menanggalkan topeng mukanya apabila semua orang mengerumuninya.

"Macam mana.??" Tanya Kris serius.

"Pesakit yang seorang tu... Baekhyun." Doktor itu cuba berfikir. "Peluru terkena dibahunya. Dia bernasib baik ia sedikit tersasar. Kami dapat keluarkan peluru tersebut dan dia selamat tapi..."

"Tapi.???" Raiwa membesarkan matanya.

"Dia kehilangan banyak sangat darah." Doktor itu menyambung. "Pertahanan badannya kini sangat lemah. Kami tak pasti sama ada dia akan sedar atau tidak."

"Apa maksudnya.??" Tanya Kai sambil berkerut.

"Dia dalam keadaan koma." Doktor itu menghembuskan nafas panjang.

Kai terkedu mendengar kenyataan itu. Raiwa pula seperti ingin menangis kuat pada bila-bila masa sahaja.

"Bagaimana dengan yang seorang lagi.?" Tanya Kris pula.

Doktor itu menarik nafas panjang. "Kami tak dapat selamatkan dia."

"Apa maksud awak.??" Sehun membesarkan matanya.

"Peluru tu kena tepat di jantungnya menyebabkan jantungnya tidak boleh digunakan lagi." Beritahu doktor itu. "Jadi kami tak boleh buat apa-apa."

Sehun terkedu. Berusaha sedaya-upaya berpaut pada Luhan agar dia tidak jatuh di atas lantai.

"Baiklah." Kris mengangguk. "Hubungi saya kalau ada apa-apa."

Doktor itu hanya mengangguk kemudian berlalu pergi.

"Semua kena bersurai..." Kris memberi arahan. "Kita perlu hantar mereka ke balai dan laporkan semuanya."

---------------------------------------------------------------------

Kris duduk tenang di barisan hadapan mahkamah itu. Suho duduk di sebelahnya hanya mendengar dengan tekun. Xiumin kini duduk bersebelahan dengan Kyungsoo yang menggesa ingin datang ke persidangan itu. Emma duduk di sebelah Raiwa. Cuba menenangkan gadis itu dengan apa jua keadaan. Luhan duduk di sebelah Kris tidak begitu senang. Matanya agak berair.

Sehun dan Kai kini duduk di dalam kandang yang berasingan. Masing-masing tunduk membisu. Pada saat Kai melihat wajah Kyungsoo, dia dapat merasakan dunia kini sudah berakhir. Dia dapat melihat dengan jelas wajah sayu lelaki itu melihatnya dipimpim keluar oleh polis dengan tangan yang digari.

Berbeza dengan Sehun. Sehun melemparkan senyuman manis kepada Luhan yang sememangnya sudah bersedia untuk menangis pada bila-bila masa sahaja. Dia gembira bahawa dia ditangkap ditangan lelaki itu seperti yang mereka janjikan. Dia hanya mampu berserah atas apa sahaja yang akan dijatuhkan padanya.

"Mereka dah mencuri berjuta-juta jumlah barangan bernilai..." ujar Kris sebagai orang terakhir yang memberi penerangan sebelum keputusan mahkamah diputuskan. "Tak ada sebab untuk mereka tidak diberi hukuman..."

Luhan menggenggam buku limanya erat. Cuba menerima dengan hati yang terbuka semuanya.

"Tapi..."

Kenyataan itu membuatkan semua kepala yang tunduk mendongak semula untuk memandang Kris. Kris kini memandang Kai dan Sehun silih-berganti dengan mata tajamnya. Sehun dan Kai turut kebingungan memandangnya.

"Kejadian baru-baru ni patut diambil kira."

Semua orang kelihatan bingung.

"Mereka membantu anggota polis agar tidak terbunuh..." Kris menarik nafas panjang. "Malah... Sebelum ini mereka telah memberi amaran bahawa nyawa anggota polis dalam bahaya."

Semua orang hanya mendengar dengan tekun untuk apa sahaja yang bakal diungkapkan oleh Kris.

"Bagaimana salah seorang daripada mereka terbunuh..." Kris menyambung. "Dan seorang lagi dalam keadaan koma hanya untuk membantu pihak polis. Saya rasa itu perlu dipertimbangkan."

Setelah Kris selesai memberi penerangan, mahkamah berehat untuk membincangkan keputusan. Luhan memandang Kris dengan wajah yang penuh berterima kasih dan Kris hanya membalas dengan senyuman. Setelah hampir setengah jam, mahkamah bersidang semula untuk keputusan.

"Setelah berbincang..." Hakim bersuara. "Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Kai dan Sehun. Manakala Baekhyun akan diminta berkhidmat untuk masyarakat selama setahun selepas dia sedar daripada koma."

Semua orang berdiri setelah hakim tersebut mengetuk dua kali. Raiwa kini sudah jatuh dalam pelukan Emma sambil menangis. Luhan terus sahaja berlari pantas memeluk Sehun. Dia sudah tidak peduli dengan apa polis-polis yang lain akan cakap padanya.

"Sehun..."

Sehun tidak mampu membalas pelukan lelaki itu dalam keadaan tangannya digari. Airmatanya jatuh perlahan.

"Semuanya dah berakhir..." bisik Sehun.

"Saya akan tunggu awak." Luhan bersuara. "Saya akan tunggu awak keluar dari penjara."

Sehun tersenyum hampir menangis lagi. "Saya nak awak teruskan kerja ni, Lu. Saya nak tengok awak sebagai Agent Luhan lagi."

"Saya tak janji." Luhan membalas.

Luhan segera melepaskan pelukannya apabila anggota polis di situ memberi arahan. Kai hanya mampu memandang Kyungsoo dari jauh. Dia tidak mahu memberi apa-apa harapan. Dia hanya mampu membiarkan lelaki itu meneruskan hidup tanpanya. Kyungsoo hanya berdiri kaku di tempatnya. Dia tidak mampu berbuat apa-apa dalam keadaan seperti itu. Dia tidak tahu.

"Kita perlu balik ke ibu pejabat."

Semua orang memandang Kris. Kris kini memandang wajah Raiwa, Luhan, Xiumin, Suho dan Emma.

"Kita perlu berbincang." Ujar Kris. "Saya diminta memberi penerangan mengenai semua ni."

"Semua akan okey ke.?" Tanya Raiwa.

Kris hanya memberi senyuman manis kepadanya. "Saya cuba pastikan semuanya akan okey."


A/n: Aigoo~ Sorry for killing Chen. Huhuhu~ I need to follow the plot. Btw, Kris is soooo cool here!! Leave me your feedback.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top