Chapter 20



Raiwa bersedia di tempat dia kini bersembunyi. Dia lengkap berpakaian seragam bertugasnya. Pistol digenggam erat ditangan. Sekali-sekala dia akan melirik ke arah kawan baiknya, Emma yang berada di sebelahnya. Mereka bersedia untuk apa sahaja kemungkinan. Setelah menerima arahan bertugas, dia sudah tidak senang duduk.

Luhan kini sedang bersembunyi di tempat yang dia sepatutnya berada. Jantungnya berdegup kencang. Ini lah harinya. Hari yang dimaksudkan oleh mereka. Hari yang akan menghentikan segala-galanya. Xiumin yang bersedia di suatu tempat berhadapan dengannya melihat kerisauan pada wajah lelaki itu. Dia tahu, ada sesuatu yang mengganggu fikirannya sejak mereka menerima arahan.

Kris sedang menunggu di suatu tempat dengan selamba. Entah kenapa, ini dirasakan kali terakhir dia akan turun bertugas sebelum mengambil cuti yang lama untuk dirinya sendiri. Suho hanya bersembunyi dengan semangat yang tinggi. Dia sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh bersemangat.

Kedengaran bunyi derapan kaki. Debaran semakin jelas terasa. Masing-masing mula bersedia untuk menyerang. Mereka tahu pencuri-pencuri itu akan beroperasi malam ini memandangkan ada tanda-tanda yang ditinggalkan lagi. Mereka sudah berpakat untuk mengakhirinya malam itu juga.

Bunyi derapan kaki itu semakin lama semakin jelas membuatkan mereka kebingungan seketika. Belum sempat mereka melakukan apa-apa pergerakan, kedengaran bunyi sesuatu berdesing di lantai sebelum asap keluar ke setiap pelusuk tempat itu. Mereka mula terbatuk-batuk sambil menahan hidung mereka. Mata mereka cuba dibesarkan untuk melihat sesuatu jika ada.

BANG!!

Bunyi das tembakan mengejutkan mereka semua. Dengan pantas mereka keluar dari tempat persembunyian dalam keadaan terkejut. Akan tetapi, mereka lebih terkejut apabila melihat lebih dari sepuluh orang lengkap dengan penyamaran sedang mengacukan pistol ke arah mereka.

"Apa ni.?" Gumam Suho agak terkejut.

Satu das tembakan dilepaskan lagi dari segenap arah menyebabkan mereka semua berlari bertaburan dalam asap tebal itu untuk bersembunyi.

"Ada sesiapa kena tembakan.??" Kris menjerit.

"Tak ada!!"

"Ini bukan pencuri tu..."

Raiwa segera memandang Emma yang berada di sebelahnya. "Apa maksud awak, Emma.??"

"Mereka tak akan menyerang macam ni." Ujar Emma sambil terbatuk-batuk. "Lagipun mereka hanya berempat..."

"Jadi ini..." Raiwa membesarkan matanya. "Adalah perangkap."

"Tak guna!!" Emma menyumpah.

"Semua hati-hati!!" Kris menjerit dari segenap arah. "Cuba cari jalan keluar."

"Tak boleh!" Xiumin membalas. "Mereka tutup semua tempat."

"Tak guna." Kris menggerutu.

Belum sempat mereka bertindak apa-apa, mereka diseret keluar dari tempat persembunyian mereka dan diletakkan di tengah-tengah tempat itu. Asap tebal itu kini sudah tiada dan mereka semua bersua secara berdepan. Mereka sedang dikepung oleh orang-orang bertopeng.

"Saya nak kamu semua cari jalan keluar semampu yang mungkin." Kris menggumam yang hanya boleh didengar antara mereka.

"Kris..." Xiumin menggumam apabila pisol diacukan tepat dikepalanya.

Tiada ssesiapa yang mampu menyahut kerana mereka semua kini diacukan pistol di kepala. Buat seketika, Raiwa menyesal kerana tidak mendengar kata-kata Baekhyun. Dia tidak mengambil serius.

Raiwa menelan air liurnya apabila picu pistol di hadapan matanya itu kini ditarik. Dia tidak mampu melakukan apa-apa melainkan memejamkan matanya. Bersedia untuk menghadapinya.

BANG!!

Serentak semua orang menoleh apabila mendengar bunyi tembakan dilepaskan. Kris liar memandang sekeliling. Memastikan tiada antara anak buahnya tercedera. Raiwa turut membuka matanya agak terkejut. Pistol yang diacukan di kepalanya kini sudah terjatuh di atas lantai. Semua orang kini kebingungan. Orang-orang yang sedang mengepung mereka itu juga kebingungan.

"Apa dah..."

Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, satu das tembakan dilepaskan lagi. Keadaan menjadi semakin kalut bagi mereka.

"Lepaskan mereka."

Selesai ayat itu diucapkan, lelaki yang berdiri di hadapan Raiwa itu mengerang kesakitan kemudian rebah ke lantai.

"Baekhyun.??" Raiwa membesarkan matanya tidak percaya.

Baekhyun kini berdiri tegak lengkap berpakaian hitam sambil memegang pistol di tangannya. Dia langsung tidak menutup mukanya menyebabkan semua orang di situ dapat melihatnya dengan jelas.

"Lari cepat!!" pekik Baekhyun.

Pada waktu itu juga, Baekhyun mula membuka langkah. Sehun, Kai dan Chen muncul entah dari mana. Lay turut berada di situ. Mereka mula berlawan. Tembakan demi tembakan diletupkan. Kris, Suho, Xiumin, Raiwa, Luhan dan Emma turut melakukan hal yang sama. Mereka mula berlari bertempiaran.

"Hati-hati!!"

Luhan tergamam apabila lengannya direntap kuat sebelum Sehun muncul di belakangnya sambil mengacukan pistol dan melepaskan tembakan. Lelaki yang hampir menembak Luhan itu rebah ke lantai. Luhan hanya terkedu. Tidak sangka pembunuhan akan berlaku betul-betul di hadapan matanya.

"Tolong hati-hati, Lu!" pesan Sehun kemudian kembali memandang sekeliling untuk menumbangkan musuh.

"Suho!!" pekik Kris. "Minta bantuan."

"Baik." Suho tidak membantah. Dia terus sahaja mengeluarkan sesuatu dari kocek jaketnya sebelum melakukan sesuatu.

"Kenapa kamu mengkhianat.??" Tanya lelak bertopeng itu.

"Sebab kami nak menyerah." Selamba Kai membalas sebelum menumbuk muka lelaki itu.

Keadaan menjadi semakin kalut. Mereka tidak menyangka bahawa orang-orang yang datang itu agak ramai. Bagaimanapun situasi sedikit dapat di kawal. Luhan dan Sehun kini sedang berlawan dengan mereka. Begitu juga dengan yang lain. Kris dapat berlawan sendiri dengan selamba. Dia mampu menumbangkan beberapa orang dengan mudah tanpa bantuan sesiapa. Semakin lama bilangan musuh itu semakin berkurangan. Keadaan menjadi semakin mudah.

Baekhyun terhenti seketika. Dia dapat melihat titik merah bergerak-gerak di merata tempat menyebabkan dia mendongak memandang sekeliling. Dia ternampak seseorang sedang mengacukan senapang tepat ke arah Raiwa yang sedang sibuk berlawan dengan musuh.

"Hati-hati!!"

Baekhyun berlari pantas sebelum mengacukan pistolnya ke arah lelaki itu. Dia cuba menolak Raiwa ke tepi sambil melepaskan tembakan. Dia berjaya. Dia berjaya menembak lelaki itu sebelum jatuh ke lantai.

"Baekhyun!!" pekik Raiwa kemudian mendekati lelaki itu.

Baekhyun tidak dapat bergerak. Dia dapat merasakan pandangannya berpinar-pinar dan mula kabur. Baru lah dia perasan apabila dia memegang dadanya. Darah merah pekat mengalir keluar deras.

"Dia kena tembak!!" pekik Raiwa apabila melutut di sebelah Baekhyun. Baekhyun kini tidak mampu berbuat apa-apa. Bebola matanya bergolek-golek seketika sebelum matanya tertutup perlahan.

"Nadinya lemah." Ucap Suho apabila memeriksa lelaki itu.

"Nampaknya kamu tak boleh patah balik lagi..."

Serentak mereka semua menoleh. Seorang lelaki berumur dengan badan tang tegap muncul bersama beberapa orang di belakangnya.

"Boss." Gumam Kai.

"Satu pengkhianat dah tumbang..." Lelaki bengis itu bersuara kemudian mengacukan pistol tepat ke arah Sehun. "Nak hapuskan yang lain lagi."

Sehun membesarkan matanya. Dia baru sedar dia tidak memegang apa-apa senjata atau alat perlindungan.

"Selamat tinggal, Sehun."

"Tak!!!!!!"

Tembakan dilepaskan. Sehun jatuh dilantai. Bukan kerana cedera. Tapi kerana ditolak. Dia tergamam. Chen kini mengerang kesakitan sebelum rebah tidak sedarkan diri.

"TAK!!!!" Kai menjerit kemudian melepaskan tembakan bertubi-tubi secara rawak dengan marah.

Pada ketika itu juga pasukan keselamatan sampai. Keadaan menjadi seperti bergerak perlahan. Sehun masih lagi melutut tercengang di sebelah Chen yang sudah berlumuran tidak sedarkan diri. Raiwa masih memegang tangan Baekhyun. Kai pula berdiri tercengang. Matanya berair.

"Kami perlukan pasukan perubatan dengan segera!!" pekik Kris.

Semua berjalan mengikut arahan ketua itu. Pasukan polis yang lain cuba mengalihkan penjenayah yang lain termasuk Kai dan Sehun. Pasukan perubatan mula mengangkat Baekhyun dan Chen.

"Biarkan mereka berdua ke hospital dulu." Kris memberi arahan sambil menuding ke arah Kai dan Sehun yang meronta-ronta meminta dilepaskan. "Pasukan saya akan kawal mereka di sana. Kami akan bawa mereka ke balai nanti."


A/n: Aigoo~ Tak tahu apa jadi dalam ni. Hahaha. Leave me your feedback. Saya berusaha nak tamatkan cerita ni supaya boleh fokus dengan Huruf II.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top