Chapter 2

I dedicate this chapter to Hunhan12H because  is starting here in this chapter. I know you love them so much. Besides, you always support my story. Thank you~ :) 

Kesemua anggota polis itu masuk kerja di ibu pejabat seperti biasa. Xiumin sibuk meneliti sesuatu pada skrin komputernya. Raiwa pula sedang duduk bersandar di mejanya sambil berfikir mengenai semua nota-nota yang ditinggalkan untuknya daripada 'Little Thief'. Apa motif mereka berbuat seperti itu.? Luhan dan Emma bertugas di makmal untuk satu kes yang lain.

"Agent Raiwa!"

Raiwa tersentak dari lamunannya kemudian segera mendongak. Suho berdiri di sebelahnya dengan wajah yang serius.

"Chief Kris nak jumpa semua." Suho memberitahu dengan nada serius sama dengan riak wajahnya. Dia beralih memandang Xiumin yang sememangnya sudah melirik ke arah mereka. "Awak juga."

Suho pantas beredar tanpa sepatah kata pun selepas itu. Keluar dari ruangan itu dan menuju ke bilik mesyuarat. Raiwa dan Xiumin berpandangan sesama sendiri tanpa sepatah kata untuk beberapa saat.

"Tak boleh senyum ke dia tu.?" Xiumin mendengus kuat lalu bersandar pada kerusinya.

Raiwa tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Macam awak tak tahu Suho tu. Dah! Jom meeting. Nanti Kris marah."

Xiumin bingkas bangun kemudian menyusul Raiwa menuju ke bilik mesyuarat. Mereka berjalan beriringan masuk ke bilik itu. Kelihatan Luhan dan Emma sudah sedia duduk di situ. Kris duduk di bahagian paling depan denganw ajah serius sambil matanya merenung tajam ke arah Raiwa dan Xiumin. Suho pula duduk berdekatan Kris sambil meneliti satu fail yang ada di atas meja. Kedua-dua mereka segera duduk di situ.

Kris berdehem sebelum membetulkan kedudukannya. "Rasanya kamu tahu kenapa saya panggil ke sini."

"Pasal Little Thief.??" Emma cuba meneka walaupun dia tahu itu adalah jawapan yang sebenar.

"Tepat sekali." Kris mengangguk sedikit. "Macam yang kita tahu sekarang ni masih tiada apa-apa perkembangan. Maksudnya kita langsung tak dapat apa-apa yang baru daripada kes ini...."

Kesemua mereka tidak bersuara. Tahu bahawa masalah itu adalah satu masalah besar. Sudah hampir setahun, tetap tiada apa-apa perkembangan.

"Pegawai atasan dah banyak kali membebel pasal ni..." Kris mendengus kuat sambil memandang fail yang berada di hadapannya. "Naik muak juga saya mendengar. Asyik benda yang sama."

Mereka tidak menyalahkan Kris untuk itu sebab hanya lelaki itu seorang sahaja yang berhubung dengan pihak atasan. Kris hanya dilantik sebagai ketua untuk kes itu dan sentiasa memberikan arahan.

"Dia ada tinggalkan nota lagi tak, Raiwa.?"

Raiwa terpinga-pinga seketika sebelum mengangguk. "Ada. Tapi tak ada yang boleh kita buat apa-apa untuk nota tu."

Kris mendengus lagi. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Ketegangan benar-benar dirasai.

"Malam ni mereka akan bertindak."

Kenyataan itu benar-benar mengejutkan semua orang.

"Saya ada dapat laporan." Ujar Kris.

"Laporan.??" Ulang Luhan. "Siapa yang buat laporan.??"

"Pemilik kedai batu permata di sebuah tempat..." Kris membetulkan kedudukannya. "Berbeza dengan pemilik kedai yang lain... Orang ni sedikit cekap dalam memperhatikan sesuatu yang pelik pada kedainya."

"Apa yang dia dapati.?" Tanya Suho pula.

"Dia perasan kesan fabrik yang terkena pada kaca pintu kedainya... Dari sebelah dalam."

Kenyataan itu sekali lagi mengejutkan mereka.

"Menurut dia..." Kris berfikir seketika. "Dia mengelap setiap cermin itu sebelum menutup kedai dan hanya dia sahaja yang memegang kunci."

"Maksudnya ada orang yang masuk ke situ.?" Xiumin mengerutkan dahinya.

"Ya." Kris mengangguk. "Tanpa kesan. Dan ini adalah mereka."

"Tapi..." Suho membetulkan kedudukannya. "Kenapa mereka masuk tanpa terus mencuri.?"

"Itu memang cara mereka." Emma menjawab. "Mereka akan praktis dan tengok berapa banyak keperluan yang mereka perlukan untuk laksanakan jenayah mereka tu. Biasanya salah seorang je pergi."

"Jadi..." Kris segera mencelah. "Saya nak semua bersedia."

-------------------------------------------------------------------------------------

Baekhyun melangkah masuk ke dalam kedai itu sambil memandang sekeliling. Chen agak teruja kerana tempat itu amat luas dari yang mereka bayangkan. Sehun pula menyusuldi belakang mereka dan Kai masih lagi cuba memastikan tiada apa yang ditinggalkan pada pintu yang baru sahaja di bukanya menggunakan taktik yang tiada siapa ketahui. Hanya dia dan kawan-kawannya sahaja yang tahu.

Mereka berjalan penuh berhati-hati. Mata mereka dibuka luas untuk memastikan tiada apa-apa yang akan mereka langgar dalam keadaan gelap. Mereka memakai baju serba hitam dan memakai sarung muka yang hanya menutup bahagian hidung dan mulut sahaja. Mereka juga memakai 'beanie' di kepala sebagai penahan rambut mereka daripada berguguran atau jatuh. Kasut but yang diperbuat daripada kain adalah untuk mengelakkan langkah mereka mengeluarkan bunyi.

"Saya pergi bahagian belakang." Sehun berbisik kemudian segera menghilang daripada pandangan.

Baekhyun pergi ke bahagian sudut kedai itu untuk mengambil apa yang mereka perlu, manakala Kai dan Chen sudah bersedia pada bahagian depan untuk membuka pintu kaca yang menyimpan berlian itu.

"Jangan bergerak!!! Ini polis!!!"

Serentak Chen dan Kai terkedu. Mereka memandang sekeliling dengan mata yang terbuka luas. Lebih kurang empat anggota polis mengacukan pistol ke arah mereka. Baekhyun yang berada di sudut kedai itu segera tunduk untuk menyembunyikan diri bagaimanapun seseorang muncuk di hadapannya.

"Jangan cuba nak lari, tikus licik."

Baekhyun membesarkan matanya. Dia kenal benar suara itu walaupun pun melihat wajahnya kerana gelap. Itu adalah Agent Raiwa.

Chen dan Kai tidak bergerak dari tempat mereka berdiri. Mereka hanya memandang anggota polis yang berada di situ sambil cuba memastikan sesuatu. Mereka langsung tidak bersuara atau berinteraksi antara satu sama lain.

"Angkat tangan!!" arah Suho.

Chen dan Kai hanya menurut. Mereka mengangkat kedua-dua tangan mereka yang yang bersarung tangan.

"Akhirnya jatuh ke dalam perangkap..." Raiwa tersenyum sinis melihat lelaki di hadapannya itu yang hanya membongkok keras.

Baekhyun tidak bersuara sebaliknya meneliti setiap inci wajah gadis itu. Dia langsung tidak hirau dengan keadaan bahawa dia sedang berhadapan dengan anggota polis yang memburunya.

Sehun yang masih belum tahu apa yang berlaku di bahagian hadapan masih sibuk membongkar sesuatu di bahagian belakang tempat itu. Dia mencari barang yang mereka perlukan kerana mereka sudah bahagikan tugas sebelum datang ke situ.

"Jangan bergerak!"

Suara keras yang memberi amaran itu membuatkan Sehun berhenti melakukan apa sahaja yang sedang dilakukannya.

"Berdiri perlahan-lahan..." Luhan memberi amaran sambil tepat mengacukan pistolnya tepat pada kepala Sehun. "Angkat kedua-dua tangan."

Sehun menurut. Otaknya kini ligat memikirkan bagaimana untuk melepaskan diri dari situasi itu. Ia adalah perkara yang tidak dijangka. Tiada dalam perancangan mereka untuk bersedia mengenai itu. Mereka tidak menduga polis akan tahu mereka melakukan operasi pada malam itu. Di tempat itu.

"Jangan berani buat apa-apa." Luhan memberi arahan betul-betul di belakang lelaki itu dengan langkah penuh berhati-hati.

"Tak guna. Kenapa ada polis.?" Desis Sehun di dalam hati.

Manakala keadaan Kai, Chen dan Baekhyun sama sahaja di luar. Mereka dalam keadaan membeku di tempat masing-masing.

"Akhirnya kita berjumpa, pencuri..." Suho tersenyum sinis.

Entah kenapa, perkara itu membuatkan Kai tersenyum sinis. Perlahan-lahan dia menendang sesuatu di lantai. Tidak sampai sepuluh saat, satu letupan kecil berlaku menyebabkan tempat itu penuh asap.

Bunyi bising itu membuatkan fokus Luhan terganggu. Kepalanya menoleh secara automatik. Sehun mengambil kesempatan untuk merampas pistol tersenyum. Dia memulas tangan Luhan dan menolak lelaki itu ke rak yang berdekatan. Tangan kanannya memulas tangan dan tangan kirinya pula menekup mulut Luhan.

Luhan yang terkejut hanya mampu membesarkan matanya. Pada saat itu, cahaya masuk dari luar dan menyuluh wajah Luhan. Sehun terkedu seketika. Buat pertama kali dalam hidupnya, itu adalah kali pertama dia melihat mata seseorang cantik dan menawan seperti itu. Dia terpaku.

Buat seketika, mereka kekal pada posisi itu. Mata Luhan masih terbuka luas. Dia tidak bergerak kerana takut nyawanya akan terancam. Sehun pula terus-menerus merenung Luhan dari jarang hanya beberapa inci. Wajah mereka benar-benar hampir.

"Hoi!!"

Luhan melirikkan matanya apabila mendengar suara itu. Sehun pula masih dalam posisi itu. Masih hanyut pada sepasang mata yang dilihatnya.

"Hoi!!!" Chen menggoncangkan Sehun. "Jom pergi!!"

Sehun melepaskan cengkamannya pada Luhan dengan mata masih merenung lelaki itu. Luhan hanya mampu membetulkan sistem pernafasannya.

Baekhyun memasukkan sesuatu pada kocek vest yang dipakai oleh Raiwa yang kini terbatuk kuat akibat asap yang terlalu tebal.

"See you again, my agent."

Raiwa tidak membalas. Dia hanya mampu menyumpah seranah di dalam hati. Baekhyun segera melarikan diri dan menyusul rakan-rakannya yang lain untuk beredar dari situ.

A/n: Awwww~ HunHan happen here!!!! Kyaaaa!! Hahaha. Cute kan?? Just like in the gif. HunHan~~

What do you think so far? Any comment?

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top